Monday, 21 October 2013

Dia... Safaa Hafiya

Lapan

Rainbow Cake House

            WANGIAN manis yang bertebaran membuatkan perut Razzy mula berkeriut.  Hari ini, dia sengaja muncul dengan lebih awal untuk melihat keriangan anak buahnya.  Sejak sebulan lalu, Atiya kelihatan lebih bersemangat. 
            “Haii.. Mama Zola..”  Razzy mengusik Safaa yang sedang sibuk melayan pelanggan.  Safaa hanya tersenyum nipis.  Ella sedang melayan Atiya dan Adam yang sedang bermain di ruang tengah. 
            “Assalamualaikum…”  Safaa datang menghulurkan secangkir kopi dan sepotong kek pelangi buat Razzy.  Razzy bersandar dan mengukir senyum.  Lantas, bibirnya menyambut salam yang dihulur di dalam hati.  Terasa tersindir dengan ibu muda itu. 
            “Mama Zola sibuk nampaknya…  anyway, thanks.. memang G tengah lapar..” 
            “Jangan lupa baca bismillah.. Tiya pun pandai baca doa sebelum makan tau..”  Safaa mengusik jejaka itu. 
            “Ye mama Zola…”
            “Bukan mama Zola la.. saya mummy Zola..”  Safaa menyambut gurauan lelaki itu dengan baik.  Agak pelik juga kebelakangan ini lelaki ini sering muncul awal di kedainya. 
            “Hmmm.. sedapnya kek ni… Mummy Zola memang terror bab buat kek ni ye..?”  Safaa hanya memandang reaksi Razzy dari tadi.  Lelaki ini juga tidak kering idea untuk berbual.  Ella memberikan isyarat kepada Safaa.  Safaa mengerutkan dahinya. 
            “Alaaa.. Kak Fiy ni kerut-kerut pulak… si G ni duk berkenan dengan mummy Zola.. tu yang asyik melekat je kat sini je… Tiya pun melekat, papa G pun duk melekat..”  Ella memulakan mukadimahnya. 
            “Ellaeeeee…  apa yang duk mengarut ni?”  Safaa menepis gossip yang cuba disebar itu.  Razzy ketawa suka. 
            “Kalau berkenan pun tak salah kan?  Sama-sama kosong..”  Razzy mula bersuara semula.  Safaa membulatkan matanya.  Tanda tidak suka. 
            “Ehh..  mana pulak sama-sama kosong..  Awak kosong, saya satu..”  Safaa mebidas. 
            “Habislah Abang G..  kak Fiy ni ramai peminat.  Yang kat rumah, mentua duk tunggu green light, anak duk cari gaduh, kat kedai, papa Zola duk menghimpit..”  Tawa Ella dan Razzy berpadu.  Safaa bangun lantas menutup mulut Ella dengan tangannya.  Tawa mereka masih bersisa.  Mereka harus dipisahkan.  Ella sudah berada di bahagian depan.  Melayan pelanggan yang baru muncul. 
            “Awak hantar Adam mengaji kat mana?”  Razzy mula bersuara semula.  Safaa terdiam seketika.  Ini pasti berikutan Atiya yang mahu sama-sama mengaji dengan Adam kebelakangan ini. 
            “Saya hantar rumah ibu..  ibu yang tolong ajar.  Kadang-kadang saya ajar.  Mengaji sama-sama.  Kenapa?” 
            “Saja tanya..  papa dia kursus sebulan, Tiya pun cuti sebulan jugak..  sebab tu dia nak mengaji sama dengan Adam tu..” 
            “Awak tak ajar ke?”  Safaa tiba-tiba terdiam.  Razzy turut terkedu. 
            “Saya sibuk sikit.. mana ada masa nak ajar dia..” 
            “Masa itu turut patut dibahagi bersama masa untuk ALLAH..”  Safaa mengingatkan.  Razzy kelihatan menggaru-garu kepalanya.  Safaa hanya tersenyum manis. 
            “Tak apa.. awak boleh cuba perlahan-lahan lepas ni.. Cuma G kena ingat.. mati itu boleh berlaku pada bila-bila masa..  cubalah luangkan masa untuk ALLAH..”  Safaa menasihati Razzy.  Jauh di sudut hati, Razzy terasa tenang.  Tenang bersama wanita yang seperti Safaa. 

            “MUMMY… pedasss..”  Muka Adam memerah menahan pedas.  Safaa sedikit terkejut.  Rasanya dia tidak memasak yang pedas untuk anak itu.  Puan Azizah turut mengasingkan ayam masak kicap yang ada di dalam pinggan Adam.  Safaa merasa kuah yang ada di dalam pinggan anak itu.  Ada rasa menyengit ke deria rasanya.  Pantas, matanya menuntang ke arah Redza.  Redza hanya memandangnya sinis. 
            “Minum ni sayang… mummy ambil gula-gula kejap…”  Safaa bangun dan mencari gula-gula. 
Apa yang dirisaukan, perut Adam tidak begitu ramah menerima makanan pedas.  Perut pun ikut keturunan ayah dia.  Safaa mengeluh.  Dia tahu pasti kerja Redza.  Sebab, dia sudah merasa masakan itu sebelum terhidang tadi.  Tak mungkin Puan Azizah tidak tahu.  Puan Azizah yang memasak hari ini.  Safaa mengusap kepala Adam ketika anak kecil itu mencicip gula-gula yang diberikan.  Redza masih berselera makan.  Safaa terasa seleranya tumpul dengan tiba-tiba.  Mahu ditengking, mereka di meja makan.  Dia diamkan sahaja. 
            “Adam okay ke?  Sakit perut tak?”  Safaa mengusap perut anaknya.  Adam menggeleng.  Mukanya masih memerah.  Safaa mengeluh tanda tidak puas hati.  Dan tiba-tiba Adam terus termuntah.  Safaa lantas bangun dan mengambil kunci di atas meja.  Dia mendukung Adam. 
            “Bu, Fiy hantar hospital kejap..” 
            “Fiy.. ibu ikut.. tunggu…”  Puan Azizah bergegas mengekori Safaa. 
            “Redza.. nak ikut tak?”  Puan Azizah bertanya.  Safaa sudah meletakkan Adam ke dalam kereta.  Redza dalam keadaan serba salah.  Dia mengangguk. 
            “Saya drive..”  Redza berdiri di pintu hadapan bahagian pemandu. 
            “Saya boleh drive sendiri..”  Jemari Safaa menggigil untuk menghidupkan enjin.  airmatanya sudah berjuraian.  Mukanya memerah.  Redza menarik lengan Safaa keluar dari tempat duduk itu. 
            “I said, I’ll drive..”  Safaa mengesat airmatanya.  Redza terus mengambil tempat duduk dan memandu ke hospital berhampiran. 

            REDZA mencuri pandang ke arah Safaa yang baru duduk di sisi katil terlantarnya Adam.  Puan Azizah menunaikan solat sebentar.  Hatinya jadi belas dengan tindakannya kepada Adam.  Dia tahu, rasa tidak suka pada anak kecil itu telah membawanya menjadi lelaki yang tak baik.  Dia tidak pernah berperasaan begini.  Dia sukakan Safaa dari sejak mula.  Namun, dia tidak suka dengan kisah hitam Safaa.  Dan tanggapannya terhadap wanita makin teruk saat Aula meninggalkannya.  Dia rasa sakit.  Sakit kerana wanita.  Namun, kini dihadapannya, dia telah menyakiti budak yang tidka berdosa. 
            “Redza.. jom kita balik.. esok pagi-pagi kita datang..”  Puan Azizah memegang lengan anaknya yang sedang melamun. 
            “Fiy macam mana?” 
            “Fiy tak nak balik. Dia nak tunggu anak dia..  tak apalah.. esok kita take turn..”  Puan Azizah meminta diri daripada Safaa.  Safaa hanya mengangguk.  Matanya mulai membengkak kerana terlalu banyak menangis.  Dan Safaa tidak mengangkat mukanya pada Redza.  Membuat rasa bersalah Redza makin tebal. 

            “SUDAH-sudahlah tu, Redza.. kalau Redza tak suka, jangan sampai membunuh..”  Puan Azizah memulakan mukadimahnya sebaik masuk ke perut kereta.  Redza menelan liurnya.  Ibunya juga tahu? 
            “Berapa kali ibu nak cakap?  Adam tu tak bersalah..  Fiy pun tak salah..  keadaan yang menyebabkan dia jadi macam tu.. penat ibu hantar Redza pergi belajar tinggi-tinggi, Redza tak boleh nak bezakan perkara yang betul dengan tak betul??  Adam tu sakit, Za.  Perut dia sensitif..  Fiy dan ibu tak manjakan dia.  Kami buat perkara yang betul sebagai seorang wanita dan ibu..  kenapalah ibu ada anak yang besar panjang macam ni tapi tak boleh fikir dengan waras?  Lagi lama, Za simpan dendam pada Fiy.. pada Adam.. makin tak tenang hidup Redza.  Macam nilah, Redza.. kalau Za tak suka, lepas ni, ibu jelah yang jenguk diorang.  Tak payah suruh Fiy datang rumah..”  Dan lama-kelamaan, suara Puan Azizah berubah sendu.  Ada tangisan yang jatuh.  Mencambahkan rasa bersalah yang paling dalam. 
            “Za tak faham.. ibu sayangkan Fiy dengan Adam sebab diorang la peneman ibu masa Redza kerja jauh hari tu..  sakit pening ibu, dia yang tolong..  Redza tak boleh fikir untuk diri sendiri..” 
            “Redza mintak maaf, bu.  Redza yang salah..”  Berkali-kali liurnya ditelan.  Puan Azizah hanya terdiam.  Dia kesal dengan sikap anak bujangnya itu.  Keluhan kecil terlepas. 
            “Ibu tahu, Redza.. ibu nampak semua tu.. tapi tak adil untuk Fiy dan Adam bila Redza hukum Adam.  Ingat, Redza.  ALLAH tidak pernah membezakan hambaNYA dengan dosanya.  Yang penting amal ibadatnya.  Siapapun Fiy dan Adam, kita kena terima seadanya.  Redza sendiri..  sudah cukup baik ke?  Jangan kata dengan ibu, Redza tak pernah jeling pada Aula.  Kita bukan maksum seperti nabi tapi kita boleh berusaha untuk menjadi lebih baik..” 
            “Redza salah..bu..”
            “Kita tak berhak menghukum sesiapa. Kerana kita tidak berada di tempatnya.  Kalau ikutkan hati ibu, ibu nak bongkar semua.. tapi Fiy tak beri.  Ibu menyimpan amanah yang besar.  Kalaulah Redza tahu macam mana hidup Hafiya…”  Puan Azizah memejam matanya.  Dari A hingga Z, dia tahu sejarah silam Safaa.  Kerana itu, dia sentiasa melindungi Safaa.  Dia tidak mahu Safaa rapuh dalam hidup. 

            SAFAA masih tertunduk membisu.  Pandangan dihala ke taman yang mendamaikan.  Suasana dari tingkat dua hospital itu masih tenang.  Redza sedang menanti jawapannya. 
            “Redza tau.. apa yang Redza buat, melukakan hati Fiy.. Redza minta maaf.  Dari awal perkenalan kita sampai hari ni, Redza tak pernah buat Fiy tenang..”  Lembut bicara sang arjuna.  Dan dapat dirasakan lelaki itu tulus memohon maaf. 
            “Lupakanlah, Redza..  perkara dah nak jadi..” 
            “You sound like not forgiving me yet..”  Redza menghela nafas.  Benarlah, bukan mudah untuk memaafkan tapi paling mudah untuk melukakan. 
            “I can’t bare losing him..  what you’ve done to him, just make me unsecure..”  Safaa bersuara.  Airmatanya berjuraian.  Mencarik rasa bersalah di dalam jiwa Redza.  Betapa dia bersalah sekiranya Adam terkorban malam itu. 
            “I am truly sorry, Fiy.  I promise that I will never do this again… please..”  Redza memandang Safaa.  Dia mahu Safaa tahu yang dia ikhlas. 
            “Mohon ampun pada ALLAH dan minta maaf pada Adam.. saya hanya akan maafkan awak andai anak saya memaafkan awak..”  Safaa beristighafar.  Tiba-tiba dia terasa seperti dia mementingkan diri sendiri.  Siapa dia untuk menolak maaf dari seorang manusia?  Di dasar hatinya, dia perlahan-lahan mencari jalan untuk memaafkan Redza.  Redza masih kaku di beranda itu.  Mencari semangat untuk kembali bertentang mata dengan Safaa selepas ini. 

            “MUMMY..!!”  Sebuah suara comel menegur Safaa saat dia menolak pintu wad itu.  Wad Adam itu kini dipenuhi dengan belon-belon dan gula-gula.  Pelukan kecil dari Atiya dibalas penuh rasa kasih.  Razzy menghulurkan senyuman semanis gula.  Safaa tersenyum.  Dia bersyukur kerana lelaki itu sanggup menggembirakan hati anak kecilnya. 
            “Fiy.. sepatutnya, kena beritahu G yang Adam masuk wad.  Nasib baik pergi kedai tadi, Ella inform..”  Razzy bersuara.  Sebaik sahaja menjemput Atiya hari ini, dia sedikit terkedu apabila Atiya mengatakan Adam tidak datang ke tadika.  Puas memandu laju di luar alam, Ella memberitahu kisah dan tempat Safaa bertapa. 
            “Saya tak sempat nak inform sesiapa.  Ella dengan Ros je..  risau sangat..” 
            “Adam da sihat??”  Razzy duduk di sisi Adam.  Wajah yang ceria itu membuang rasa gusar.  Safaa memerhatikan Razzy dan Adam.  Safaa teringat kisah dahulu di mana dia pernah hampir kehilangan Adam kerana tindakan bodohnya dahulu dan dia tidak mahu kerana tindakan bodoh orang lain, anaknya menjadi mangsa. 
            “Papa G datang, Adam rasa sihatttt..”  Suara ceria Adam bergema.  Safaa ketawa melihat anaknya kembali ceria.  Razzy mengusap kepala Adam. 
            “Anak mummy rasa sihat sebab tengok banyak gula-gula ni.. Papa G ni nak kena sebat ni.. rosak gigi Adam, mummy rotan Papa G..”  Safaa mengusik.  Razzy mengangkat keningnya. 

            “Haihhh.. kita pulak yang kena??  Kejam betul mummy Zola ni…”  Razzy dan Safaa berkongsi tawa.  Mereka memerhatikan Atiya dan Adam yang sedang berbual dan bermain dengan bahasa mereka.  

No comments:

Post a Comment