Tuesday, 8 October 2013

:::Biarkan Aku Sendiri:::


Tiga puluh empat

  PUAN Fitratun Syazmy binti Marzuki..”  Laungan lembut itu memanggilnya tanda gilirannya sudah sampai untuk berjumpa doktor.  Hari ini, mama tidak dapat menemaninya kerana terpaksa menghantar Fifi ke kelas mengaji.  Hari makin hari, Syazmy mula terasa lelah dengan rasa sunyi itu.  Dia percaya dia mampu berdikari tetapi semakin hari kekuatannya semakin terhakis.  Setiap kali doktor bertanyakan suaminya, dia hanya mampu tersenyum pahit.  Ya.  Dia sakit.  Dia terluka dengan pertanyaan itu kerana dia mahu mengulangi rasa indah yang bertamu saat dia dan Ilham menantikan kehadiran Haziq suatu masa dahulu.  Dia mahu bayinya terasa yang dia tidak kekurangan apa-apa. 
  Puan sendiri lagi hari ini?”  Ramahnya Doktor Masitah memulakan perbualan.  Ketika Syazmy mengukir senyum dan mengangguk, ada suatu suara sempat menyampuk. 
  Sayang.. sorry abang lambat..”  Ilham tersenyum dan memegang belakang Syazmy dengan lembut.  Dia melangkah masuk bersama Syazmy walaupun wajah Syazmy kelihatan kehairanan.  Pertemuan dengan Doktor Masitah kali ini hanya dipenuhi dengan segala pertanyaan dari bibir Ilham manakala Syazmy hanya memandang lembut lelaki itu.  Itulah lelaki yang pernah bersikap sebegitu saat menanti kehadiran Haziq.  Tidak berubah sama sekali.  Penerangan Doktor Masitah bagaikan angin lalu ke telinganya.  Dia terbang bersama impian melihat Ilham bertanggungjawab sebegitu.  Hati kecilnya seolah mencair. 

SEPANJANG perjalanan pulang, Ilham banyak bersuara dan bercerita tentang perkembangan bayi kedua mereka itu malah dia turut merancang untuk mencari barangan bayi yang baru.  Syazmy hanya mengangguk walaupun dia terpaksa menahan rasa sebak dan rasa bahagia yang sedang bertamu di laman hatinya.  Ilham hanya memandang dengan ekor matanya saat Syazmy menunduk menyembunyikan kolam matanya yang semakin berkaca. 
  Kita jemput Fifi dulu ye?” 
  Papa kata, papa nak jemput Fifi balik kelas mengaji hari ni..”  Syazmy memandang Ilham.  Tidak bekerjakah dia hari ini?  Namun pertanyaan itu dibiarkan di dalam hatinya. 
  Abang tak kerja hari ini.  I am off.  Hari ini, abang nak bawak keluarga abang makan angin.  Kita keluar sama-sama hari ni ye… kita bawak Fifi sekali.  Abang rindu nak keluar sama-sama..”  Ilham memandang lembut ke arah Syazmy.  Syazmy tergamam mendengar kata-kata itu.  Ilham tersenyum manis sambil mengusap kepala Syazmy. 
  Abang ada beritahu papa tadi.  Papa kata okay je.. mama pun dah izinkan.  Petang ni, kita ambil Fifi kemudian kita shopping..” 
  Tapi.. kita balik dulu la.. kita keluar lepas maghrib la.. selesa sikit..”  Syazmy memberi cadangan.  Ilham menyembunyikan senyumannya.  Hati Syazmy semakin berlembut. 
  Abang pun plan macam tu jugak..”  Kereta Ilham membelok ke kawasan surau berdekatan dengan perumahan keluarga Syazmy untuk menjemput Fifi.  Syazmy tersenyum manis saat melihat Ilham mendepakan tangannya untuk mendukung Fifi.  Fifi ketawa girang.  Syazmy sedar, hatinya sudah mula pulih sedikit demi sedikit untuk menerima Ilham. 

BUKAN senang untuk bertahan dengan apa yang dilakukan oleh Ilham.  Setiap kali hatinya mahu memaafkan Ilham, satu demi satu perkara yang terjadi terbayang.  Sukar untuk menerima Ilham sama sukarnya untuk melepaskannya.  Memandang Ilham bagaikan disiram dengan air sesejuk air gunung.  Dia memang tenang.  Setenang air di kolam.  Tidak pernah sekalipun lelaki itu mengeluh atau berputus asa.  Itulah ILHAM FADLAN.  
  Sayang.. I am sorry for the bad communication.  I am a man.  I don’t know how to speak your Marsian language because I am not a Venusian..  Sorry for everything that ever happen in our life.  Sorry for all my mistakes..”  Entah berapa ratus kali kemaafan dihulurkan oleh lelaki itu.  Walau dalam bentuk yang berbeza, maksudnya sama.  Tetap seiring.  Meminta sekeping hati memaafkan segala kesilapan yang pernah mencemar hubungan suci mereka.   Pandangan penuh kesal serta beberapa kali Ilham mahu mereka rujuk semula.  Syazmy hanya membisu.  Dia teringin sekali mahu membuka langkah dan menyambut huluran tangan Ilham untuk bersama semula namun dia tidak mahu hatinya terhiris lagi. 

SEJAK kebelakangan ini, mama dan papa selalu bercuti.  Terkadang terasa sunyi namun mama tetap menghubungi Syazmy.  Papa juga semakin mengambil berat tentangnya.  Dan kadang kala lelaki itu memberikan nasihat tentang hubungannya dan Ilham yang sudah mula jernih.  Walaupun dia masih belum memikirkan tentang pelawaan rujuk dari Ilham, mama dan papa nampaknya menyokong penuh parti ILHAM.  Tentunya Fifi di pihak sana.  Syazmy tersenyum sendiri.  Memikirkan hari-hari bahagianya dahulu, dia terasa melayang.  Namun, terkadang fikirannya melayang pada satu wajah yang pernah hidup dalam dirinya.  KHAIRIL AIZAM..

‘Apakah andai jodohnya bersama lelaki itu, lelaki itu akan membahagiakannya?  Dia jadi rindu pada zaman mudanya yang berani.  Dia rindu untuk menjalani hidup yang dahulu.  Andai dia tidak perlu dewasa…’

KAKI-kaki lima itu bagaikan terlalu sesak.  Bahunya berlaga dengan orang ramai namun fikirannya sudah sampai ke dalam bangunan itu.  Dia mahu berlari selaju angin.  Dia mahu berada di hadapan mata Syazmy sekarang!!! 
  Fitratun Syazmy!!!”  Semua mata memandang ke arah Ilham saat Ilham melaungkan nama itu. Ilham sudah tidak kisah dengan pandangan orang ramai di situ.  Nasib baik dia sempat menelefon Fifi pagi tadi.  Jika tidak, mungkin Syazmy sudah berada dalam perut kapal terbang sekarang ini, baru dia tahu berita besar ini.   Syazmy berpaling memandang lelaki yang melaungkan namanya itu. 
  Ayaaahh!!!”  Fifi menjerit kecil.  Anak kecil itu girang sekali.  Syazmy mengeluh lembut.  Ilham menghampirinya. 
  Kenapa Yamy buat macam ni?”  Perlahan suara itu.  Syazmy mengeluh lembut.  Dia tunduk dari memandang Ilham. 
  Yamy perlu masa…  masa untuk memikirkan segalanya..  harap Am faham..”  Suara lembut itu menusuk halwa telinganya.  Ilham menelan liur menahan rasa sedih yang bermukim.  Suasana LCCT itu kelihatan lengang.  Saat dia menghubungi Fifi awal pagi tadi, Fifi memaklumkan bahawa dia dan Syazmy akan ke Labuan untuk bercuti, jantungnya terasa direntap.  Dia tahu Syazmy cuba untuk menjauhkan diri darinya.  Pemergian Syazmy ke Labuan untuk menjenguk keluarga kandungnya itu bagaikan merentap jantung dari tangkainya. 
  I have done all my best asking for your forgiveness, dear..”  suara itu kedengaran sesal sekali. 
  Yamy dah lama maafkan Am.  Yamy mahu menghargai diri sendiri, Am.  Yamy mahu melihat dunia dari kaca mata yang lain.  Mungkin ini jalan terbaik untuk kita, Am.”
  Yamy.. kita ada anak bersama.  Fikirkan Fifi dan bakal bayi kita.  We can mend all these things.” 
  Give me some air… to breathe..”  Dan Ilham hanya tunduk saat Syazmy memandangnya.  Jelas sekali, segalanya jelas.  Wanita itu membina tembok yang kukuh untuk dihampiri dan dicairkan.  Ilham mengeluh.  Dia melarikan mata ke arah selautan orang.  Mendongak mencari cara memujuk wanita itu. 
  Jangan lama-lama di sana.  Abang tak boleh lama-lama tak tengok Yamy depan mata..”  Kata-kata itu terzahir.  Dia menelan kata-kata pujukan di dalam hati sahaja.  Syazmy tidak akan terpujuk lagi. 
  You’ll get used to it..”  Saat itu, hati Ilham pula terasa dilapah.  Sakitnya bila Syazmy mula memikirkan tentang perpisahan itu untuk selamanya.  Dia seolah tiada ruang untuk bersama semula dengan Syazmy.  Dan bayi yang Syazmy kandungkan itu juga bukan tiket untuk mendapatkan kepercayaan Syazmy semula kerana kepercayaannya sudah sampai ke tahap negatif.  Dan selepas kelibat Syazmy dan Fifi hilang di sebalik lautan orang ramai, airmata lelakinya terasa hangat mengalir.  Sayu kerana Syazmy membawa semua miliknya.  Hatinya, perasaannya, anaknya dan bahagianya.  Mampukah dia bahagia jika wanita penyeri rumahtangganya bukannya Syazmy?

No comments:

Post a Comment