Empat puluh dua
“
Hemmm…” Khairil berdehem. Wajah perempuan polos itu direnung. Bukan sekali dia tersedar mata gadis itu
asyik melekat padanya. Rashid yang ke
tandas memberinya laluan untuk berbual dan menegur gadis itu. Gadis polos itu tergamam.
“ Kita
kenal ke ye?” Khairil bertanya ke arah
gadis itu.
“
Assalamualaikum..” Perlahan namun
cukup menyedarkan Khairil kekhilafannya.
Khairil menjawab lembut. Dia tahu
dia menegur seorang gadis tanpa memberi salam.
Khairil dan gadis itu berbalas senyum seketika.
“ Di
mana awak pernah tengok saya?” Khairil
memulakan bicara.
“ On
the plane.. several months ago. You look
pale and weak..” Perlahan gadis itu
menjawab.
“ How
about now?” Khairil menala pandangan ke
arah jalan raya yang tidak sibuk.
“ You
look alive… jadinya, saya terkejut.
Adakah awak orang yang sama..”
“ Awak
ada bekas kekasih yang sama rupa dengan saya ke?” Khairil selamba bertanya. Kedengaran gadis itu tertawa lembut. Dia seperti Syazmy. Bila dia ketawa, matanya turut sama ketawa
dan bercahaya.
“ Mana
ada… bekas kekasih saya, rupa dia macam Aaron Aziz tau.. badan dia tinggi lebih
dari awak.. kulit dia cerah lagi dari awak.. hmmm.. mata dia lagi kecil dari
mata awak..”
“
Amboiiii.. telitinya awak.. Nampak sangat berbeza jauh panggang dari api
saya ni dengan bekas kekasih awak..”
Khairil ketawa lembut. Baru
pertama kali berbual, dia terasa mesra dengan gadis itu.
“ Awak
ada sakit ke?” Gadis itu bertanya
lembut. Dia nyata sedang membezakan
lelaki di hadapan matanya ini dengan lelaki yang pernah dilihat dahulu.
“
Sakit ini kan ada ubatnya.. sama ada ia datang dari jiwa atau dari
mana-mana pun, tetap ada ubatnya. Allah
dah berfirman, ‘setiap penyakit yang diturunkan, ubatnya telah diturunkan
terlebih dahulu..’” Namun, seketika
kemudian, Rashid keluar. Gadis itu hanya
mengangguk memandang Rashid.
“
Okaylah.. kami minta diri dulu…”
Khairil bersuara. Namun, saat
langkahnya baru setapak dua, Rashid menghulurkan sehelai kertas kecil. Gadis itu terpinga-pinga tetapi dia tetap
menyambutnya. Khairil memandang hairan
ke arah Rashid.
“ Aku
bagi number kau, Ril..” Separa berbisik
suara Rashid.
“ Hmmm.. cik, dia masih single.. saya tak
tipu..” Khairil hanya tersenyum namun
bahu Rashid sudah ditarik. Dia malu
namun dia tahu Rashid sedang membantunya.
NOMBOR-nombor yang tertulis itu direnung
lama. Sudah seminggu nombor itu menjadi
santapan matanya. Jika ditanya, mungkin
dia sudah hafal nombor itu namun kekuatan masih belum berdiri dalam
jiwanya. Terkadang, dia teringatkan
lelaki yang mempunyai senyuman memikat itu.
Namun, dia takut untuk memulakan langkah. Takut tersadung. Tapi, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya. Hani mengeluh
lembut. Namun, jemarinya menaip sesuatu
di telefon bimbitnya.
To: Khairil
‘Salam..
Gud morning..’
Dan, mesej itu dibalas beberapa minit
kemudian.
+
Salam.. yes? Do I know u?’
-
Hani. Ur fren gave me ur number..
+
Which Hani?
- The
one saw ur pale look on plane.
Dan mesej mereka terhenti sehingga situ. Beberapa kali Hani memegang telefonnya,
menantikan balasan jawapan dari lelaki itu.
Namun hampa. Hendak menghantar
lagi mesej, terasa segan. Takut
terlampau terburu-buru. Dan dibiarkan
rasa kecewanya di dalam hati.
“ DIA
mesej kau?? Serius???” Rashid hampir menjerit. Khairil hanya mengangguk malas. Dia tidak tahu mahu menunjukkan reaksi bagaimana. Mahu berbalas mesej lagi, dia sudah tidak
biasa. Setahunya, ketika bersama Syazmy,
dia memang sangat arif tentang memanjang-manjangkan isi mesej. Tetapi sekarang, semakin dia dewasa, semakin
dia tidak tahu cara sebenar. Dia tahu,
gadis itu mahu mengenalinya dengan lebih dekat kerana jarang ada gadis yang
berani menghantar mesej kepada lelaki untuk memulakan langkah. Nyatanya, gadis itu berani dan mungkinnya dia
ikhlas. Namun, ukuran untuk ikhlas itu
bukan dia tempat menilainya. ALLAH
sahaja yang Maha Mengetahui.
“ Kau
balas tak?”
“
Balas.. tapi satu dua mesej je.. lepas tu, aku jadi blank…”
“
Sekarang…?”
“ Dah
dekat seminggu kot aku tak balas.”
“
Whatt?” Rashid meninggikan
suaranya.
“
Ishhhhh.. aku bukan tak nak balas.
Aku tak tahu nak tanya apa…”
“
Yelah engkau tu.. alasan memang banyak.. tanya jelah, dah makan? Sihat ke?
Tengah buat apa… ohh man.. banyak laaaaaa benda kau boleh tanya..”
“ Aku
dah tak biasa, Shid. Benda tu bukan lagi
gelanggang aku..”
“
Habis kau nak bermain dengan permainan apa? Buka mata.
Buka hati. Kau dah dewasa dan kau
dah bertekad untuk lepaskan kisah silam..”
“ This
is not about past…”
“ Part
of that, yes right.. don’t deny
it…”
“ At
least I am not reject her.. its just some rearrangement in my life. I need to take it slowly…”
“ This
is not the time to walk slowly.. you’ll miss the train, buddy..”
“ I
have missed my train..” Perlahan dan
sendu suara Khairil. Wajahnya mula
mendung.
“
Sorry..” Rashid mula terasa
bersalah. Mungkin dia terlalu mendesak
kawannya itu untuk berubah. Kita senang
sahaja mengatakan berubah itu perlu kuat semangat dan tidak susah. Hakikatnya, dia tidak berada di dalam situasi
Khairil. Jalan hidupnya berselirat
sehingga dia sudah tidak tahu bagaimana untuk meleraikan jalan hidupnya untuk
menjadi lebih mudah.
“
HAI.. Assalamualaikum..” Lembut nada lelaki itu menuturkannya. Hati yang panas pun boleh menyejuk seperti
ais. Hani menjawab salam itu di dalam
hati. Rasa kecil hatinya mula
bertapak. Masuk hari ini, sudah hampir
tiga minggu lelaki itu tidak pernah menjawab mesejnya. Malu mula bertapak. Terasa seperti dia gadis yang tidak
bermaruah. Memikat lelaki yang tidak
menginginkannya. Jemarinya lincah
memilih paket-paket rempah di atas rak kedai itu. Khairil mengekorinya perlahan. Pertemuan yang tak terduga.
“ Mak
saya kata, berdosa kalau kita tak jawab salam orang.” Khairil bersuara lagi. Hani membuat muka ketika tunduk. ‘Hai.. mak dia mana tahu kalau orang tu jawab
dalam hati..’ Hati Hani tetap menjawab
setiap bait kata lelaki itu. Sukar
baginya mahu menolak kehadiran lelaki ini.
Lelaki ini sebenarnya telah mengetuk pintu hatinya. Dan sedang cuba untuk menguncinya. Hani mengeluh perlahan.
“
Mengeluh tu amalan syaitan tau..
okay lah. Kalau awak tak mahu
dengar penjelasan saya, tak apalah.
Sekurang-kurangnya, saya ada inisiatif untuk menerangkan pada awak. Dah, awak yang tak mahu dengar, saya tak
paksa..” Khairil mengatur langkah
berlalu. Hani tergamam. ‘Haaa.. tulah. Nak merajuk sangat.. kan dah melepas..’ Dan Hani hanya bersabar. Hendak dilaung, dia terasa segan. Lantas bayangan Khairil dibiarkan berlalu.
HANI menghulurkan sebotol air oren kepada
Khairil yang sedang bersandar. Khairil
memandang ke arah wanita itu. Nyatanya
gadis itu memang cekal. Khairil
tersenyum di dalam hati. Dia menyambut
huluran air itu dan mempersilakan Hani duduk.
Jarak antara mereka memang agak jauh.
Khairil diam. Dia sudah
kehilangan kata-kata.
“
Maaf…. Saya emosi..” Pengakuan
maaf itu membuatkan Khairil memandang sekilas ke arah gadis itu.
“
Ehh.. takpe.. patutnya saya yang minta maaf..”
“
Kenapa pulak?”
“ Saya
yang tak balas mesej awak lepas malam tu..”
“
Takpe.. bukan boleh paksa..”
“
Memang… tapi saya dah tak pandai bergaul dengan perempuan..”
“ Dah
tak pandai?” Hani berbisik seolah pada
dirinya. Khairil mengangguk
perlahan. Dia terdengar suara lembut
Hani berbisik. Matanya ditebar ke arah
tasik di hadapan mereka. Tasik yang
tenang. Ramai juga yang sedang beriadah
di sekitar tasik itu.
“
Kisah saya sangat panjang.. tak
tahu nak dimula dari mana. Saya faham
erti salam perkenalan Hani itu tapi saya masih terumbang-ambing lagi
sekarang. Bukan saya menolak Hani tapi
saya takut mahu memberi harapan.”
“ Saya
mahu berkawan dengan Khairil. Saya rasa
Khairil seperti kosong di jiwa..”
“
Hati, perasaan, fikiran serta jiwa saya memang sedang kosong..”
“ Beri
saya peluang..” Hani terasa mukanya
memerah. Dia amat malu namun dia tidak
mahu mengalah sebelum berjuang. Dia tidak
membuat perkara salah. Dia sekadar mahu
membantu lelaki yang mencuri hatinya.
Berdosakah dia? Sedangkan dia
tidak minta hatinya terpikat pada lelaki itu.
Namun, hatinya terdetik untuk mengenali lelaki itu dengan lebih
dekat.
“ Saya
tak tahu bagaimana rupa peluang itu…”
Suara sayu Khairil membuatkan Hani menelan liur. Dia mengagak yang hati lelaki itu sudah
hancur lebur. Dan mungkin luka cintanya
lebih parah.
“ Saya
tidak yakin ada perempuan yang sanggup terima saya jika tahu kisah cinta saya
yang panjang tu..”
“
Semua manusia berhak diberi peluang kedua..”
“
Namun, peluang kedua untuk saya langsung tiada..”
“
Mungkin kerana Allah telah tuliskan yang wanita itu bukan jodoh
awak. Bukan hanya kerana awak tidak baik
untuknya atau dia tidak baik untuknya tetapi jodoh itu telah diatur sejak kita
di Luh Mahfuz kan.. Percaya pada ketentuan-NYA, Khairil.” Hani mengangkat mukanya. Khairil mengalihkan wajahnya. Pipi cengkung itu basah dengan airmata. Hani tergamam. Sepanjang hidupnya, inilah kali pertama
lelaki menangis di hadapannya. Lelaki
itu pasti amat terseksa.
“
Ceritakan pada saya..”
“ Awak
sanggup terima apa pun kisah saya?
Bagaimana pun jalan cerita kisah silam saya?”
“ Awak
dan saya… masing-masing ada kisah silam.
Kerana kisah silam, kita lebih kuat dan saya harap kisah silam awak akan
jadikan awak lelaki yang lebih kuat di masa hadapan..”
Khairil
memulakan cerita kisah cintanya yang terkandas.
Kisah dia dan Yamy. Kisah dia di
zaman mudanya. Dia mahu Hani
mengetahuinya kerana dia tidak mahu memulakan kisah akan datangnya dengan
landas kejujuran.
HANI terkebil-kebil sendirian. Jemarinya masih lincah mencuci pinggan
mangkuk yang baru digunakan untuk makan malam tadi. Suasana ruang tamu rumah itu agak riuh dengan
suara-suara kecil anak-anak kakak sepupunya itu. Sejak menyambung pengajian di Negara orang,
dia memang menumpang teduh di rumah sepupunya itu. Kebetulan suaminya bekerja merata-rata
tempat, jadinya dia dapat menemani wanita itu.
“
Hani..? kenapa termenung
ni?” Ayu menegur lembut. Dari tadi dia memerhatikan gelagat Hani. Agak lain dari biasa.
“ Ehh…
tak ada apa-apa..”
“
Mustahillah… takkan tak ada apa-apa..
nak share?” Ayu memandang adik
sepupunya itu. Sejak kematian tunangnya
dua tahun lepas, dia menutup hatinya dari lelaki lain. Dan kini. Sikap pendiamnya kembali muncul dan
dia tidak mahu Hani terus meladeni rasa sedihnya. Hidup ini harus diteruskan.
“ Tak
ada apa-apa lah kak Ayu..” Hani
melepaskan nafasnya perlahan. Beratnya
beban perasaan. Terngiang-ngiang suara
Khairil menembusi halwa telinganya. Dan
lebih berat lagi, satu demi satu cerita yang terlahir dari bibir lelaki itu
bagaikan siaran ulangan di telinganya.
“
Hani… ceritalah.. you can count
on me..” Ayu mengusap lembut belakangnya. Hani menarik kerusi untuk melabuhkan
duduknya.
“ Akak
ingat tak lelaki yang Hani ada jumpa hari tu?”
“
Hmmm.. lelaki mana ye?”
“ Yang
Hani kata Hani jumpa kat dalam plane tu..”
“
Hmm.. ohhhh? Kenapa dengan lelaki
tu?”
“ Hani
ra..sa, Hani… su… suka.. dia..” Mata
Hani mula berkolam. Ayu menghela
nafas. Jarang Hani berbual secara
terbuka dengannya tentang perasaan.
“ Hani
yakin Hani suka dia? Bukan hanya kerana
Hani sunyi? Bukan kerana Hani nak
lupakan arwah?”
“ Hani
tak tahu kerana apa Hani suka dia. Hani
terpaut bila tengok dia macam lost. Hani
suka bila tengok dia seperti kosong.
Hani nak pimpin tangan dia. Hani
nak jadi biadadari yang menyenangkan dia..”
Hani merenung kakinya. Airmatanya
mulai gugur. Benar, rasa cinta ini tiada
siapa yang mampu menidakkannya. Kerana
kita tidak mampu mengawal ia dari datang.
“ Dia
tahu?” Pertanyaan dari Ayu itu dijawab
dengan anggukan perlahan.
“
Dan.. dia kata apa?” Suasana
sunyi seketika. Suara Hani seolah
tersekat.
“ Dia
tak tahu nak beri peluang itu bagaimana dan dia tidak mahu memberi harapan
sebab dia takut tak mampu menunaikannya..”
“ Dia
ada kekasih??”
“ Dah
putus dah…”
“ Baru
putus ke?”
“
Tujuh tahun ada rasanya..”
“
Tujuhhhh? Lama tu…”
“
Perempuan tu adik dia..”
“
Haaaaaaaa?????”
“
Bukan adik betul… macam adik angkat jugaklah.. sama-sama membesar dari
kecil..”
“
Ohh.. complicated nya.. mana budak perempuan tu sekarang?”
“ Dah
kahwin dah..” Dan atas beberapa
pertanyaan dari Ayu, telah membawa Hani untuk bercerita dengan lebih lanjut
tentang kisah panjang Khairil. Tentang
bekas kekasihnya yang kematian anak, hingga ke pertunangannya yang sudah
terlerai. Sukar untuk menghadam cerita
itu namun itulah hakikat dan peliknya, hatinya masih tidak mahu berundur dari
hidup Khairil. Dia tetap mahu menemani hidup lelaki itu di masa
hadapan.
“
TEPUK dada, tanyalah selera, Hani..
Kak Ayu tahu Hani serba-salah tapi rasanya, cara Khairil itu betul
kerana dia mahu Hani tahu semuanya. Tak
mahu ada perselisihan timbul di kemudian hari.
Hani kena fikir dalam-dalam, Hani.
Kalau ditakdirkan Hani bertemu dengan adik Khairil yang juga bekas
kekasih Khairil tu, macam mana? Boleh ke
Hani terima? Boleh Hani redha? Berkahwin itu bukan seperti memiliki apa yang
kita ingin tetapi berkongsi segala rasa.
Pahit, manis, suka dan duka..
jangan kerana Hani mahukan dia, Hani menipu untuk menerima dan menelan
kisah silamnya tapi hal ini akan berbangkit.
Biar Hani fikir sedalamnya dahulu.
Jika bukan Khairil, mungkin ada lelaki lain tercipta untuk Hani… selain
arwah Shah..” Ayu memberi
nasihatnya. Dia tidak mahu mempengaruhi
perasaan dan keputusan Hani. Asalkan
Khairil dan Hani sudah tahu kisah silam masing-masing dan mereka saling mahu
menerima, segalanya akan lebih mudah.
Namun, hal perasaan ini terlalu halus.
“ Hani
faham, kak. Hani pun memang nak fikir
habis-habis dan buat masa ini, kami hanya nak berkawan saja dulu. Biar masa menentukan segalanya dan Hani rasa,
Hani perlu buat istikharah..”
“
Baguslah.. ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Redha, percaya dan tawakal..”
“
Insya-ALLAH..” Hani terasa
sedikit lega. Dia terasa setengah dari
bebannya telah dibawa pergi.
“
Kalau ada masa, bawak lah Khairil datang makan sini.. boleh akak kenal-kenal
dengan dia..”
“
Insya-ALLAH, Kak Ayu..” Hani
tersenyum ke arah kakak sepupunya dan dia membalas genggaman tangan wanita
itu. ‘Abang Shah, tiba masa untuk Hani
cari bahagia Hani. Hani harap, roh abang
di sana, dirahmati ALLAH selalu.. Aminn..’
Doa Hani untuk lelaki yang pernah disayanginya.
KHAIRIL meraup wajahnya perlahan. Alhamdulillah. Hatinya makin tenang. Dia memandang sekilas ke arah teman baiknya
yang sedang mengalunkan ayat suci Al-Quran.
Tidak disangka, berada lama di bumi perantauan, Rashid tidak pernah lupa
pada ALLAH. Berbanding dahulu, Rashid
sudah lama berubah. Berubah ke arah
kebaikan dan kini, sahabatnya itu banyak membantunya. Memberikan beberapa potong ayat suci
untuknya. Memulakan hidup baru. Melupakan apa yang bukan haknya serta
membantu mengubati luka hati dari perasaan cinta terhadap manusia. Betapa dia tersedar, cintanya telah melampaui
batas. Dia seharusnya mendahulukan
Pencipta dari manusia lain. Khairil
kesal atas kekhilafan sendiri. Hatinya
kini turut tenang selepas Hani tahu kisah sebenar. Jika Hani mahu berhenti dari mendekatinya,
dia akan menganggap Hani hanya sekadar persinggahan sementara. Dan jika Hani masih menerimanya seperti
menerima kisah silamnya, dia hanya mampu bersyukur. Biarlah ALLAH menentukan segala
takdirnya.
BAGAIKAN mimpi. Semuanya berlaku dengan sekelip mata. Sebulan terputus hubungan dengan Hani selepas
pengakuannya, kini dia berada bersama Hani untuk ke rumah kakak sepupunya. Aturan ALLAH itu begitu halus. Tidak pernah terduga oleh Khairil yang Hani
akan muncul semula di dalam hidupnya.
Hani yang manis itu begitu sabar dan gadis itu juga telah mengaku yang
dia mahu mengubati luka hati Khairil yang sudah lama berdarah. Langkah kakinya kini sudah berada di dalam
rumah saudara gadis itu. Berkenalan
dengan Razif serta kakak sepupu Hani yang peramah, Ayu.
“
Keluarga Khairil ada berapa orang?”
Ayu bertanya sedikit sebanyak soalan berkenaan latar belakang lelaki
itu. Entah mengapa, melihat redupnya
pandangan mata lelaki itu, dia tiba-tiba terasa teringat kepada seseorang. Dan dia terasa seperi pernah mengenali lelaki
yang sedang duduk di hadapannya ini. Ayu
masih memutar memori silam untuk mencari jawapan.
“ Saya
anak tunggal dalam keluarga tapi papa dan mama ada menjaga anak seorang
teman. Jadinya, ikutnya saya ada seorang
adik perempuan.” Khairil menjawab. Wajah wanita peramah itu seperti mengingatkan
dia pada Syazmy. Mengapa ya?
“ Kita
pernah berjumpa ke?” Ayu bertanya.
“ Saya
pun rasa macam pernah kenal dengan Ayu..
tapi rasanya dah lama sangat memori tu.
Saya pernah kemalangan dan ingatan saya tentang memori lama sedikit
bermasalah.”
“
Khairil mengingatkan saya pada seseorang..” Ayu bersuara perlahan. Dia merenung redup mata lelaki itu. Ya, lelaki itu mempunyai aura yang
tersendiri. Menarik dan tenang. Lama bicara mereka terhenti. Suasana ketika itu hanya diisi dengan suara
Razif melayan anak-anak dan Hani yang sedang menyiapkan minuman panas untuk
dihidang.
“
Syazmy…? Ayu kenal dengan nama
tu?” Khairil bersuara. Dia menunduk.
Mata Ayu membulat.
“
Syazmy??!!” Lelaki itu merupakan
abang kepada teman baiknya!! Ayu terasa
liurnya kesat.
KHAIRIL menghulurkan segaris senyum. Dia terdiam melihat Ayu yang berdiri di luar
pintu rumahnya.
“
Boleh kita bercakap kejap?” Ayu
memulakan bicara. Khairil mengangguk
perlahan.
“
Sure.. kita ke taman depan sana la..”
Ayu mengekori langkah Khairil.
Sengaja dia mencari ruang untuk berbual panjang dengan lelaki ini. Dia tidak tahu mengapa dia begitu
meronta-ronta mahu berbicara dengan lelaki itu.
“ Apa
mimpi Ayu ni?”
“
Mimpikan teman lama…” Mata Ayu
mula berkaca. Mengingati Syazmy, dia
jadi rapuh. Dia jadi kesal kerana lama
meninggalkan temannya itu tanpa berita.
Dan melihat Khairil yang berdiri hadapannya, dia dapat mengagak yang
kesimpulan kisah mereka sangat bersimpul-simpul.
“ Dia
sihat rasanya…”
“ Ayu
rasa kesal, Ril..”
“ Hal
lama Ayu… kisah tu dah simpan dalam hati.. tak nak ungkit-ungkit lagi..”
“ Aku
serba-salah.. Yamy kawan aku, Ril.. Hani tu sepupu aku.. lepas aku datang sini, memang aku sibuk sikit
tapi lama-lama aku terus lupa nak cari Yamy.
Aku terus biarkan masa mengisi ruang untuk menjauhkan Yamy dan aku..”
“ Aku
dah terangkan semuanya Ayu pada Hani…
Apa yang berlaku ada sebabnya dan mungkin kerana kau dan Yamy terputus
hubungan, ALLAH lorongkan untuk aku dan Hani bertemu. Aku redha andai kau menolak aku. Berdepan dengan realiti itu lebih baik..”
“ Aku
tak ada hak untuk menolak kau. Kisah kau
dan Hani, asalkan Hani terima, aku tak ada masalah. Aku kenal keluarga kau. Ril, kalau aku nak dengar dari versi kau
sendiri, boleh?” Teragak-agak Ayu
bersuara. Khairil terdiam lama. Menceritakan semua kepada Ayu seolah merobek
lagi luka lama. Memejam mata pun dia
masih teringatkan sekilas wajah Syazmy.
Lantas, bibirnya mula mengalun ceritera kisah silam bersama Syazmy.
No comments:
Post a Comment