Empat puluh satu
MAJLIS keraian itu sudah pun surut dari
kemeriahan. Syazmy sedang sibuk mengemas
dapur dan ruang tamu rumah yang bersepah sempena majlis kelahiran pertama
Hazrell Ilmy. Ilham turut membantu
Syazmy. Hari ini, usia anak kecil mereka
sudah menginjak ke nombor satu. Masa
terasa begitu cepat. Sekelip mata sahaja,
cahaya mata mereka membesar. Belon
berwarna-warni bersepah-sepah. Hilai tawa
para tetamu sudah tiada. Rumah yang
tadinya bergema dengan hilai tawa sudah kembali sunyi. Ilham tersenyum manis ke arah Syazmy. Syazmy hanya membalas senyuman Ilham dengan
pandangan redup. Nyatanya, lelaki itu
masih berusaha untuk menarik perhatiannya.
JEMARI Syazmy terhenti bekerja saat matanya
menjamah pandangan pada kek hari lahir Hazrell yang bernombor satu itu terhias
dengan gambar keluarga mereka. Dia masih
menyimpan rasa rindu pada suasana bahagia mereka dahulu. Suara tawa Hazrell dan Fifi menghapuskan
lamunan seketika Syazmy. Dia kembali
mengemas meja dan mengambil kek itu untuk disimpan. Ilham mengorak langkah menghampiri
Syazmy.
“
Yamy.. da solat belum?”
Pertanyaan Ilham itu dijawab dengan anggukkan.
“
Dah.. Abang dah solat?”
“ Baru
lepas.. penat ke? Rehat lah.. nanti
abang sambung kemaskan..”
“
Ala.. sikit je lagi ni… malam ni Yamy dah plan nak goreng mee je.. is it
okay with you?”
“ Okey
je.. abang belasah je.. umi dengan walid
dah balik ke?”
“
Ehhh.. ada lagi.. mama dengan papa ajak tidur sini.. lagipun esok kan hari minggu..”
“ Umi
dengan walid je ke? Abang ni kena balik
ke? Mana aci…”
“
Ahhh.. aci tak aci.. aci mana ada.. amoi adalah..” Syazmy mengusik bekas suaminya.
“
Eleeeeee.. perasan la kengkonon dia tu amoi…” Ilham mencebik. Dia membantu Syazmy membilas pinggan-mangkuk
yang baru dicuci. Syazmy ketawa
girang. Ilham hanya tersenyum. Syazmy makin mudah ketawa sekarang berbanding
dahulu.
“
NAH..abang kena baca untuk tahu hal sebenar…” Sebuah sampul surat putih dihulur. Ilham sedang sibuk melayan Hazrell sebelum
masuk tidur malam itu.
“ Apa
ni?” Ilham terpinga-pinga. Namun, sampul itu disambut. Mujur semua sudah masuk tidur.
“
Surat cinta untuk abang. Dulu
masa awal kahwin, tak sempat nak menjiwang..”
Syazmy menjawab selamba. Ilham
hanya mengerutkan dahi tanda tidak percaya.
“
Lambatnya nak menjiwang? Anak dah
setahun kot… Fifi pun dah sekolah la…
ibunya baru nak hantar surat cinta?”
Ilham mencebik.
“
Ehhh.. kira okay apa, ada jugak surat cinta, dari ayahnya…”
“
Ehhh.. kita ada satu surat.. surat nikah semula.. nak?” Ilham mengusik Syazmy. Syazmy mencebik. Dia tahu Ilham sengaja.
“ Kiss
goodnight dekat ayah cepat, sayang..”
Syazmy menyuruh Fifi menyalam Ilham.
Hazrell pula diambil dari dukungan Ilham.
“ Kiss
gud nite dari ibu mana?” Ilham mengusik
lagi. Dia tidak jemu mengusik. Dia mahu sentiasa melihat Syazmy
sebegitu. Senyum, tawa, geram atau
marah. Syazmy hanya mencebik geram. Dia malas melayan Ilham lama-lama. Kerana dia semakin menyukai Ilham. Menyukai usikan Ilham.
“ Kiss
pakai kaki kang..” Syazmy membuntangkan
matanya.
“ It
would be my pleasure..” Makin giat Ilham
mengusik. Syazmy memijak kaki Ilham
tanda protes. Ilham mengaduh dalam
tawa. Fifi hanya tersenyum melihat
gelagat ibu dan ayahnya. Malam minggu
selalunya, dia akan tidur bersama Syazmy dan Hazrell. Langkah kakinya diatur ke bilik Syazmy.
ILHAM meraup wajahnya. Usai solat Isya’, dia berbaring
seketika. Melepaskan lelah dan
penat. Sesekali dia tersenyum memikirkan
telatah Hazrell, Fifi dan Syazmy.
Sekurang-kurangnya, dia masih bertuah kerana tidak berjauhan dari mereka
semua. Nafas dihela perlahan. Ilham bangun dan bersandar di kepala
katil. Sampul surat di sisi katil itu
diambil. Isinya ditarik. Ilham menarik nafas. Dia teruja mahu tahu isi hati bekas isterinya
itu. Namun, dia tetap takut sekiranya
sukar menerima isi kandungan surat itu.
Perlahan, helaian surat itu dibuka lipatannya.
‘Buat bekas suami Yamy, Ilham Fadlan…
Mula-mula nak tulis surat untuk abang ni,
Yamy rasa macam mengada pun ada.
Ilham tersenyum bila matanya menjamah bait
itu. Terukir wajah Syazmy di tubir matanya. Ilham membetulkan cermin matanya. Menyambung bacaannya.
Haaaa… mesti abang tersenyum sorang-sorang la
tu. Yamy dah agak dah.. yamy bukan baru
kenal abang tau.. Hmm.. yang pentingnya, Yamy nak berterima kasih pada
abang. Hari ini, hari ulangtahun pertama
untuk Hazrell dan yang istimewanya, hari ini hari ulangtahun pernikahan
kita. Kalau kita masih suami isteri,
rasanya dah lima tahun kot usia perkahwinan kita.. abang ingat lagi tak?
Bacaan Ilham terhenti. Jemarinya mengambil telefon bimbitnya. Ya, ada notification di situ. Ulangtahun kahwin 5.. Nyatanya, Syazmy tidak
pernah lupa.
Tapi sebenarnya, hakikatnya, antara kita
terlupa sesuatu. Perbincangan tentang
kisah kita, kisah rumahtangga kita yang termusnah. Sebenarnya, Yamy nak abang tahu, jauh di
sudut hati Yamy, Yamy tidak pernah menyesal menjadi isteri abang. Walaupun tidak sampai lima tahun,
sekurang-kurangnya dalam lima tahun ini, hubungan kita masih baik. Dan abang juga masih sayangkan Yamy kan?
Ilham tersenyum. Rasanya sejak berkahwin dengan Syazmy, tiada
sehari pun, dia tidak sayangkan Syazmy.
Mengingatkan hal itu, dia rasa sesalnya kembali datang. Kerana tidak memikirkan perasaan Syazmy, dia tegar
melukai hati cintanya itu. Ilham
menghela nafas. Tiba-tiba dia rasa rindu
pada Syazmy.
Kesilapan Yamy adalah tidak memulakan
hubungan kita atas dasar kejujuran.
Jujur dan percaya itu adunan penting dalam perkahwinan. Yamy sebenarnya tegar membiarkan abang terus
mengorek kisah Yamy sendiri. Sedangkan
masa Yamy dan Amar berkawan, dia tahu semuanya.
Dan kerana itu, dia tidak pernah rasa marah pada hubungan Yamy dan Abang
Khairil.
Ilham terhenti. Dia menelan liurnya. Syazmy sudah menyingkap kisah silamnya. Sediakah dia?
Untuk menelan kepahitan kebenaran itu?
Nafas ditarik sedalamnya. Ilham
menyambung bacaannya.
Saya, Fitratun Syazmy binti Marzuki.. mengaku
yang saya pernah mempunyai hubungan istimewa melebihi abang dan adik dengan
Khairil Aizam bin Hamzah. Yamy tahu hati
abang akan sakit. Yamy melukai abang dengan
kenyataan ini. Ini hakikat. Yamy tak mahu kita berselindung dari
kebenaran. Ini sebahagian dari kisah
Yamy dan Yamy mahu abang tahu.
Sejujurnya bukan untuk menyakiti, tapi untuk memperbetulkan
tanggapan. Yamy memilih untuk berbicara
melalui kertas kerana Yamy tahu abang tidak tegar untuk bertanya hati ke hati
dengan Yamy dan tegar melepaskan Yamy dahulu.
Benar, Yamy rapat dengan abang Ril. Dia pelindung Yamy malah kami pernah berjanji
kami akan hidup bersama. Namun,
segalanya berubah saat mama dan papa bergurau nak menjodohkan abang Ril dengan
Kak Leya (ingat x, abang ada tanya Yamy siapa perempuan yang datang melawat
abang Ril dulu? Dia lahhh..) dan abang Ril sambung belajar di luar
Negara. Masa hubungan runcing tu, abang
Ril putuskan hubungan kami. Bila
fikir-fikir balik, hal kecil je kami bergaduh, abang..
Dan, kesalahan itu disambung oleh abang,
Yamy. Abang Ril dah cakap dengan abang
dah. Abang degil.. Ilham hanya membiarkan hatinya menyambung
bicara.
Balik Malaysia, Yamy jatuh sakit. Dan Yamy kenal Amar. Amar dengan Yamy pernah berjumpa tapi jodoh
kuat kot, jumpa balik selepas berapa tahun tah.. dia bekas suami Yamy, sebelum
abang. Dia tahu segalanya dan dia tahu
Yamy dan abang Ril pernah ada hubungan.
Antara kami, sangat serasi dan hingga dia melamar Yamy. Sukar nak Yamy gambarkan perasaan Yamy. Yamy selesa dengan dia tapi hati Yamy ini
terikat. Terikat pada kasih
Khairil. Namun, Amar yang penyabar itu
telah membuka mata Yamy. Dia yang menjaga
anak buahnya, Fifi dan uminya telah mencairkan hati Yamy. Cinta itu indah apabila kita
mengindahkannya. Dan cinta itu mampu
dipupuk.
Usia Amar tidak panjang. Dia pergi selepas tidak sampai 24 jam
bergelar suami. Yamy tak sangka, malam
akhir kami berbual mesra itu adalah malam kenangan untuk selamanya. Bukan senang berhadapan dengan semua
ini. Yamy harus kuat. Fifi adalah amanah dari arwah Amar. Bagaimana sabarnya dia melayan karenah Yamy,
begitulah Yamy mahu sabar meniti hidup menjaga Fifi. Tak lama selepas Amar pergi, umi
menyusul. Hidup Yamy kosong dan Khairil
sentiasa menemani Yamy walaupun hubungan kami tidak seistimewa dahulu, dia cuba
menjadi abang yang baik.
Wajah manis anak kecil itu terlayang di tabir
mata. Anak yang baik itu adalah anak
buah arwah Amar. Fikirannya juga
melayang pada Khairil. Lelaki itu tidak
salah. Dia tahu, lelaki itu tidak mampu
melawan perasaannya. Perasaan itu bukan
sesuatu yang boleh dipaksa. Dan kini,
selepas Khairil pergi, barulah dia sedar mengapa Khairil begitu mengambil berat
tentang Syazmy. Mereka dibesarkan di
bawah bumbung yang sama. Mereka saling
terpikat dan mereka tidak mampu menidakkan perasaan itu. Mengapa kisah cinta yang silam itu harus
disalahkan? Bukankah jika menerima
dengan hati terbuka, hidup akan lebih bahagia dan tenang?
Mencintainya bukan satu kesilapan dalam kamus
hidup Yamy namun mungkin bukan tertulis ada jodoh antara kami. Papa menentang hebat hubungan kami. Papa tidak pernah menyatakannya namun
perbuatan dan permintaan papa telah memberi keputusan muktamad. Yamy dan abang dinikahkan tanpa
berkenalan. Yamy hanya redha namun Yamy
agak terkilan kerana Yamy tidak sempat menceritakan kisah hidup Yamy yang
panjang ni pada suami Yamy tu.
Disebabkan kealpaan Yamy ketika menghitung
bahagia, kisah silam Yamy menunjukkan bayangnya. Takut, malu dan mungkin kerana sudah sayang,
Yamy takut rumahtangga kita dilanda badai.
Apakan daya, mulut orang lebih berbisa.
Yamy tidak tahu bagaimana abang tahu, namun lepas kita berkahwin, nama
Khairil Aizam semakin lupus. Dia hanya
sekadar abang di hati Yamy. Dan kerana
ingatannya yang tidak kuat, Yamy berharap kisah kami tersimpan. Orang kata, manusia lebih suka ditipu asalkan
kita senang hati. Menipu diri sendiri
dan menyimpan kisah ini telah membuahkan hasil yang pahit.
Yamy akui, pertama kali selepas menjadi
Miss j, Yamy malu dan Yamy tersangat
marahkan abang. Yamy kehilangan Haziq
dan abang Ril dalam masa yang sama.
Kalaulahhhhh… abang berfikir sebelum …. (jangan fikirkan perkataan kalau
jika perkara sudah berlaku.) Tapi, Yamy
bahagia bila ada cinta kita yang sempat bertunas. Dia sudah setahun hari ini. Buah hati Yamy yang nakal tu.
Ilham Fadlan, menjadi seorang isteri kepada
kamu, adalah ceritera terindah dalam hidup saya. Jodoh antara kita mungkin tidak panjang namun
hubungan kita kekal sebagai ayah dan ibu pada anak-anak kita kan.. Mama kata, abang dan Yamy kalau bersatu
semula, semuanya akan kembali seperti dulu.
Tapi, Yamy terasa langkah Yamy terpaku.
Yamy tidak mahu kisah lama kita akan berulang. Kemarahan abang, bagaikan hukuman paling
perit sepanjang menjadi isteri abang.
Bila kita sayangkan seseorang, luka yang ditinggalkan adalah luka yang
paling dalam. Luka Yamy di hati sudah
sembuh Cuma Yamy terasa mahu keadaan ini terus dalam hidup kita. Abang dan Yamy masih boleh ketawa
bersama. Berbincang bersama dan
merancang masa depan anak-anak kita bersama-sama. Cuma tiada ikatan pernikahan. Mama kata, Yamy terhenti pada suatu tempat di
mana Yamy selesa dan tidak mahu berubah dan Yamy terasa setuju dengan pendapat
mama. Usaha abang untuk rujuk semula tu,
dah banyak kali terlintas Cuma Yamy tiada lagi jawapan pasti. Andai abang berjumpa dengan wanita yang lebih
baik untuk menjaga abang, Yamy izinkan.
Kisah kita sudah cukup sempurna di sini.
Maafkan Yamy.. Mungkin Yamy tidak
mahu terluka atau melukai orang yang Yamy sayang lagi.. Sejujurnya, memang
tapak Amar dan Khairil masih berbekas di hati, namun mereka sudah lama pergi..
Satu Ilham tidak akan sama dengan mana-mana Amar atau Khairil.
Bekas isteri Ilham..
Ilham mengeluh lembut. Matanya mula berkolam. Dia tahu, Syazmy bukannya menghukumnya tetapi
Syazmy tidak mahu dilukai lagi. Bukan
senang membuat keputusan itu dan Syazmy berani melakukannya. Dia tahu Syazmy menyayanginya. Kerana, wanita itu pernah menghuni hatinya
dan hingga kini, dia tetap berada dekat di hatinya.
Telefon bimbitnya ditaip perlahan. Jam di dinding sudah melewati awal pagi.
To: Syazmy
Time: 01:59 a.m.
‘Abg
tetap tgg Yamy walau lama mana Yamy nk berhenti di tmpt selesa ni. Take ur time
and I always be beside u. loving u till
death do us apart.. selamat malam ibu, mimpi yang indah2..’
Ilham menghela nafas. Kebenaran itu pahit dan dia harus menelannya
hingga hancur. Hingga sisanya tidak
terasa. Perjalanan hidup ini harus
diteruskan dan dia mahu meneruskan hidupnya di samping Syazmy biarpun ikatan
mereka tidak mampu disambung semula.
SYAZMY mengusap airmata yang keluar. Entah mengapa, hari indah itu, dia terasa
sayu. Hari lahir pertama Hazrell, hari
ulangtahun bekas perkahwinan mereka dan hari ini juga, Ilham telah membaca
tulisannya hingga seawal pagi ini.
Syazmy mengusap kepala anak-anaknya.
Betapa, dia mahu terus melangkah ke arah Ilham tanpa menoleh ke belakang
tetapi dia terpaku. Terasa bersalah
terhadap arwah Khairil. Dia tidak mahu
bahagia sendiri sedangkan abangnya terkorban kerana sketsa rumahtangganya.
No comments:
Post a Comment