Tujuh belas
“ NAH…” Ilham menghulurkan sebuah beg kertas yang
bersaiz sederhana. Syazmy yang baru
duduk di atas sofa itu tertanya-tanya.
Beg yang dihulur itu ditarik. Dia
dengan segera bergegas ke ruang dapur dan mendapatkan dua gelas air sejuk untuk
minuman dia dan suaminya. Sepenat
manapun dia ketika baru pulang dari kerja, dia mahu menjalankan tanggungjawab
sebagai seorang isteri dengan sempurna.
“ Apa
ni, Am?” Syazmy menyoal lembut saat
menghulurkan segelas oren yang siap dibancuh untuk menghilangkan rasa
dahaga.
“ Baju
la… jangan you buat kain buruk pulak, penat I cari warna favorite you
ni..” Selamba Ilham bersuara. Syazmy tersengih sambil mencebik. Baju blaus sederhana labuh berbelah di
kedua-dua belah tepi yang berwarna hijau pucuk pisang itu diacu berkali-kali ke
tubuh tingginya. Memang cantik pilihan Ilham
itu. Siap dengan sehelai seluar slack
berwarna putih serta tudung dari rona warna putih bunga baju pucuk pisang
itu. Memang sempurna pilihan lelaki
itu.
“ Am
mimpi apa ni?” Syazmy bertanya sambil
jemarinya merasa dahi lelaki itu.
Memeriksa sekiranya lelaki itu diserang demam. Perlahan, tangan Syazmy diraih lembut. Syazmy terdiam.
“
Takkan nak mimpi dulu baru boleh bagi hadiah dekat isteri sendiri?” Kata-kata Ilham itu mematikan suara
Syazmy.
“ Tapi
atas sebab apa.. takkan saja-saja..”
“
Pandailah you ni… macam mana you boleh sense ni?” Ilham ketawa kecil. Memang Syazmy tidak dapat ditipu dengan
barang-barangan.
“ I
sebenarnya nak ajak you pergi ikut you reunion kat P.D. hujung minggu
ni..” Ilham melihat reaksi Syazmy. Senyuman mula pudar dari wajah Syazmy.
“
Owhhh.. nak minta teman? Boleh
je.. anyway, thanks for the dress..” Syazmy memberi persetujuan dan sempat mengutuk
dirinya sendiri kerana menyangka Ilham sudah mula menyimpan rasa padanya. Lelaki itu tidak akan berbuat baik tanpa
mahukan apa-apa. Itulah kenyataan yang
harus ditelan. Layanan Ilham memang baik
namun dia tidak pandai menjaga perasaannya sebagai seorang perempuan dan
isteri.
“ You
marah I ke?” Ilham kurang senang dengan
perubahan dari wajah isterinya itu.
“
Taklah. Takkan nak marah Am
pulak. Dah dibelikan baju takkan nak
marah pulak.. Fifi mana? Am tak ambik Fifi lagi?” Syazmy mengalihkan topik. Jika topik pakaian ini diperbesarkan, parah
lukanya nanti.
“ Masa
I sampai rumah umi tadi, Fifi dah tidur..”
“ Fifi
mesti terjaga malam kalau Yamy tak ada…
menyusahkan umi je nanti..”
Syazmy mencapai kunci keretanya.
Kepulangannya yang agak lambat kali ini menyebabkan dia terpaksa meminta
bantuan mentuanya menjaga Fifi buat sementara.
“
Pentingnya Fifi dekat you ye…” Ilham
menyalurkan rasa cemburunya. Setelah usia perkahwinan mereka menginjak ke usia
5 bulan, barulah Ilham tahu bahawa status Syazmy adalah seorang ibu tiri kepada
Fifi. Itu pun selepas terdengar
perbualan Syazmy dan umi tentang Fifi.
Jelas sekali banyak perkara yang dia tidak tahu.
“ Dia
anak Yamy.. amanah untuk Yamy tatang..”
Syazmy menjawab lembut. Dia
paling tidak suka apabila ada orang membangkitkan pertaliannya dengan
Fifi. Baik Khairil ataupun Ilham. Mereka berdua tidak pernah faham tentang
kasih sayangnya terhadap Fifi melebihi segala-galanya.
“ Dia
cuma anak tiri you..” Kata-kata Ilham
itu cukup mengguris perasaannya. Syazmy
terus keluar dari rumah itu dan menghidupkan enjin keretanya.
“ But
she still my daughter..” Tegas suara
itu. Ilham terdiam.
“
YAMY.. sorang je?” Puan Bainun
agak terkejut dengan kehadiran Syazmy.
Syazmy tersenyum lembut. Baju
yang tersarung di tubuhnya masih dalam pakaian kerja.
“
Umi.. Yamy nak ambil Fifi, mi.
Fifi tu kalau Yamy takda, dia terjaga malam, umi. Yamy tak nak susahkan umi..”
“
Laaa…. Tahulah umi pujuk nanti.. Yamy pun baru balik kerja, mesti
penat.. Am datang tadi pun umi tak kasi bawak balik..”
“ Mi… izinkan
Yamy, mi. jangan buat Yamy macam ni..
kenapa semua orang tak pernah izinkan hubungan antara Yamy dengan Fifi? Dia anak Yamy..” Airmata Syazmy mula mengalir. Dia semakin terasa berat bebannya. Semua orang menyoal status hubungannya dengan
Fifi. Apakah hubungan antara mereka
menjadi kesalahan besar? Kalaupun dia
bukan anak darah dagingnya, jadi ke mana dia harus mencampakkan anak comel
itu? Ke rumah kebajikan masyarakatkah
agar semua orang bergembira?
“
Yamy.. kenapa ni? Kenapa Yamy
macam ni? Yamy tak bahagia ke?” Puan Bainun memegang bahu menantunya. Memang Syazmy sedang bersandar dan menahan
perasaan sebak. Melihat keadaan wanita
itu, dia merasa turut sayu. Syazmy
menggeleng-gelengkan kepalanya dan dia melangkah lemah ke bilik utama Ilham di
rumah itu. Dia tahu di situlah Fifi
ditidurkan. Namun sangkaannya
meleset. Tubuh kecil anaknya tidak
berada situ.
“ Fifi
mana, umi?” Syazmy mengesat
airmatanya.
“ Fifi
selamat di sini, Yamy. Dia akan selesa
dan akan sukakan suasana kami. Dia tidur
dengan walid..” Kata-kata lembut
mentuanya itu menyenangkan hati Syazmy.
Jauh di sudut hatinya, dia tidak menyangka begitu baik penerimaan
keluarga Ilham ke atas dirinya dan Fifi.
“
Terima kasih, umi..” Tanpa sedar,
ringan sahaja tangannya memeluk tubuh Puan Bainun.
“
Ehh.. kenapa pulak? Fifi anak
Yamy dan cucu kami, Yamy. Besar
ganjarannya menyayangi anak yatim dan melayannya dengan baik. Umi rasa Yamy mungkin tertekan sekarang ni
kot… jom.. umi siapkan susu panas. Yamy
mandi dan segarkan diri..” Syazmy hanya
mengikut kata-kata mentuanya itu.
SUSU panas itu diteguk perlahan. Rasa selesa sedang mengepungnya. Memang benar, mungkin dia sedang
tertekan. Tapi apakah puncanya? Dia hanya berasa begini saat pertama kali
dilamun cinta kepada Khairil suatu masa dahulu.
Adakah…….? Mindanya berperang
sendiri. Umi mengusap belakang
tubuhnya. Ya. Sentuhan seorang ibu memang menyelesakan.
“ Yamy
dah beritahu Am yang Yamy ada kat sini?”
Lembut sungguh pertanyaan itu.
“ Am
tahu Yamy ke sini..” Syazmy menjawab
perlahan.
“ Yamy
beritahu yang Yamy nak tidur sini?”
Pertanyaan itu hanya dijawab dengan gelengan. Airmata Syazmy mengalir. Dia menggeleng perlahan.
“
Takpe, umi.. Am ingat Am pun nak
tidur sini…” Satu suara menyahut dari
dapur. Syazmy tergamam seketika dan
menghampiri lelaki itu. Ilham tersenyum
lembut. Syazmy bangun dan menghampiri Ilham. Dia menyalami jemari lelaki itu dan
mengucupnya tanda hormat.
“ I am
sorry…” Lembut suara Syazmy menyapa
kedatangan suaminya.
“ I
would apologise first… that’s my
fault..” Ilham bersuara lembut. Dia tidak mahu uminya terdengar. Sekalipun Syazmy adalah pilihan uminya, dia
tidak mahu umi menyesal kerana mengahwinkan mereka berdua.
“
Sorry, Yamy. Umi tak mahu kamu
melangkah dengan iringan derhaka. Kamu
hak Am dan Am patut tahu tentang kamu..”
Puan Bainun tersenyum manis dan meninggalkan mereka berdua bersendirian.
“ Am
tak patut cakap macam tu dengan Yamy…” Ilham
bersuara.
“
Takpe.. Yamy yang ter‘sensitif’ sangat..”
“ Fifi
mana?”
“
Tidur dengan umi dengan walid.
Yamy pun tak sempat nak jenguk dia..”
Syazmy mencuci cawan dan menyambut huluran jemari Ilham untuk masuk
tidur. Dia bahagia saat ini bersama
seorang suami sebegitu. Ilham memang
pandai membuai perasaannya dan dia tidak kisah andainya dia hanya bertepuk
sebelah tangan. Dia sedar yang kini dia
sudah jatuh cinta pada seorang lelaki yang bergelar suami.
DETIK yang berlalu seperti begitu
lambat. Khairil merenung gambar Syazmy
dengan rasa sayang. Berdosa dia
mengingati isteri orang. Dia mengeluh
lembut. Kekesalan yang menghempap
kepalanya tidak terbawa oleh dirinya.
Terlalu banyak rasa yang berperang dalam jiwanya. Perasaan Khairil makin terasa teruk. Dia bagaikan tidak mampu mengawal perasaan
sendiri. Yang dia tahu, hingga saat ini
dia masih terasa sayang pada Syazmy.
Perkahwinan pertama Syazmy adalah kerana kebodohannya dan kali ini perkahwinan
Syazmy juga disebabkan oleh kekhilafannya.
Sakit hati, marah, benci dan segala rasa negatif sedang menghentam
dadanya. Dan kerana perasaan yang tidak
terkawal itu, dia berada di hadapan rumah Leya petang itu juga. Kakinya menuju
ke destinasi yang memang tidak mahu dituju selama ini. Kehadirannya memang disambut baik namun
hatinya bebal. Dia enggan memikirkan
perasaan orang lain sedangkan perasaannya sedang dipijak-pijak.
“ Saya
tahu kedatangan saya ni tak diundang..
terima kasih atas layanan baik ini.. saya tak perlukan minum atau makan
untuk kedatangan ini.. Saya cuma mahu berbincang dengan Leya..” Bibit bicara Khairil menyentak hati keluarga
Leya. Malah, Leya turut berdebar. Hadirnya Khairil kali ini bukan untuk berbaik. Pasti sikap Khairil jadi begini kerana
perkahwinan Syazmy. Leya arif tentang
itu. Khairil memang bereaksi besar jika
segalanya melibatkan Syazmy.
“ Ril…
don’t say anything..”
“ I
have to say that.. I am sorry,
Leya.. very..very sorry…”
“ Ril…”
“
Leya.. listen.. we were not meant to be together.. I am not your right
guy..”
“
Rill…please..” Leya sudah mula
mengalirkan airmata.
“
Jangan menangis Leya. I tak
cintakan you dan you patut bersyukur sebab kita belum terikat dengan
perkahwinan. I rasa you akan lebih
kecewa jika tahu semua ni lepas kahwin.
I am very sorry. Pertunangan kita
Cuma sampai sini sahaja. Maafkan saya…” Khairil terus keluar dari rumah itu. Dia tidak mahu mendengar apa-apa rayuan atau
melihat airmata sesiapa. Dia tidak mahu
tahu tentang semuanya. Dan dia sudah
berkeras untuk mama dan papanya memutuskan pertuanangan mereka secara
rasmi. Apapun terjadi, jika bukan
Syazmy.. dia tidak mahu menjadi suami sesiapa.
Dan dia sudah berjanji, jika mama dan papa enggan, dia akan keluar dari
rumah itu. Namun belumpun panjang
langkahnya, lengannya ditarik. Leya
sanggup melutut di hadapannya. Tangisan
Leya tak mampu mengubah sekecil-kecil perasaan sekalipun. Dia tidak mahu menjadi hak sesiapa.
“
Leya.. saya tahu saya salah tapi saya memang tak mampu nak menyemai rasa
cinta untuk awak. Saya tak mahu menjadi
hak sesiapa jika bukan dengan Yamy..”
Kata-kata itu memang mengguris dasar hati yang paling dalam. Selama ini memang Khairil tidak pernah
mencintainya. Leya masih tersedu-sedan
saat Khairil melangkah keluar. Mereka
sempat berbalah dan saat Leya menolak tubuh Khairil ke arah jalan raya akibat
rasa kecewa dengan keputusan Khairil, tiba-tiba sebuah dentuman kuat
kedengaran. Khairil diseret oleh sebuah
kereta dan melambung. Leya berlari ke arah
tubuh Khairil yang terkaku. Tangisannya
makin lebat.
No comments:
Post a Comment