Monday, 7 October 2013

:::Biarkan Aku Sendiri:::


Dua puluh enam

  FADLAN??  Is that you?”  Suara lunak itu mematikan langkah Ilham.  Dia berpaling untuk melihat empunya suara itu.  Seorang gadis tersenyum manis. 
  Don’t you remember me? Ouchh.. its hurt me..”  Wanita itu memang berubah seratus peratus.  Dari seorang gadis polos yang bertudung, dia kini sedang meniti aliran fesyen terkini.  Dari hujung rambut hingga hujung kakinya disaluti barang berjenama. 
  Reen?”  Perlahan dia bersuara dan dia seolah berbisik dengan dirinya sendiri. 
  Yes!!  You remember me.. Jom kita makan dulu..”  Reen menarik tangan Ilham dengan selamba dan berjalan menuju ke restoran mewah.  Ilham hanya mengikut walaupun kata hatinya sedang menolak. 

HIDANGAN yang terhidang memang menyelerakan.  Namun, dia lebih merindui saat makanan masakan Syazmy terhidang.  Lauk pauk yang terhidang disua oleh Reen.  Reen memang sudah berubah.  Dia tidak semalu dahulu.  Segalanya sudah terbalik.  Walaupun masih cantik, Reen sudah tidak memikat hatinya. 
  Makanlah, Ris.. janganlah malu.  This is my treat..” 
  Kenapa awak berubah macam ni?  Mana tudung?”  Ilham memandang ke arah bekas kekasihnya yang sudah berubah sepenuhnya.  Wanita yang duduk di hadapannya ini memang bukan gadis sunti yang dikenalinya dahulu.  Rambutnya sudah berwarna dan beralun.  Bajunya tidak ketinggalan fesyen.  Singkat di sana sini. 
 Opsss…. Kena ceramah ke ni?”  Reen masih tersenyum.  Tidak terkesan rasa malu.  Dia memang sudah menjadi Reen ‘baru’ setelah dinikahi Tengku Carl Mell, dia terus diasuh sebegitu.  Kini, hubungannya dengan suaminya sudah direhatkan kerana Carl didapati curang dan dia tidak mampu mengubah aliran yang diajar oleh Carl. 
  Nope… just asking..”  Ilham mengambil sedikit sayuran.  Memang tidak sesedap air tangan Syazmy.  Dia rindu pada isterinya.  Dia sudah membuat keputusan untuk mengetahui hal sebenarnya dari bibir Syazmy.  Biar tenang hatinya berbicara hati ke hati dari memendam rasa sampai entah bila.  Dia mahu mengakhiri segalanya dengan perbincangan.  Hal ini tidak akan selesai selagi dia memendam rasa dan membiarkan Syazmy hanya bersabar dengan karenahnya.  Sabar seseorang tentu ada hadnya dan dia tidak mahu melampaui batas kesabaran yang Syazmy ada.  Kini, mungkin gilirannya melayani karenah Syazmy dan dia harus redha. 
  How’s your life now?”  Ilham membuka bicara.  Mulutnya mengunyah perlahan-lahan.  Dia mahu menyimpan ruang untuk makan di rumah bersama Syazmy. 
  What do you think?”  Reen bertanya semula.  Seolah meminta pendapat. 
  Maybe you’d be happy and maybe you’d not…”  Ilham mengangkat keningnya.  Reen hanya tersenyum.  Dia sudah tidak kisah dengan apa kata orang.  Carl telah membawanya sejauh ini dan dia tidak tahu bagaimana mahu pulang semula ke titik asal. 
  Both answers are right…”  Reen tersenyum.  Ilham memandang wajah itu.  Apa cerita Reen dengan Isqandar saat dia meninggalkannya?
  Ops… I guess you wanna know about me and Isqandar?”  Bagai dapat membaca pemikiran Ilham, Reen meneka.  Ilham tersengih. 
  Apa cerita you dengan Isqandar?”  Ringan mulutnya menyoal.  Alang-alang bertemu, biarlah dia bertanya segala kemusykilannya. 
  Isqandar?”  Reen tersenyum seolah terluka.  Ilham membaca riak wajah bekas kekasihnya itu. 
  Dia bukan nakkan I.  Dia sebenarnya nak berkawan je.  Sebenarnya, I tak bagitau hal sebenar dengan Isqandar.  I yang tak bagitau hubungan kita yang sebenar.  Isqandar hanya tahu kita berdua kawan macam biasa.  I do like him but dia biasa je.  I tuduh Isqandar sukakan I.  I malu, sebab tu I tinggalkan you.  I think you deserve someone better than me.  Sampai lepas beberapa bulan, I jumpa dengan suami I sekarang dan kami buat keputusan berkahwin.  Sekaranglah adanya Reen baru depan you..” 
  Reen.. ini bukan caranya.   pernah tunggu you untuk tempoh bertahun.  Kenapa tak berterus-terang?”  Ilham mengeluh kecewa.  Dia kecewa kerana hal itu menjadikan dia dan Isqandar masih bermusuh.  Hal sekecil ini membuatkan dia menanti dengan harapan Reen akan kembali sedangkan Reen tidak pernah terfikir untuk kembali padanya sejak meninggalkannya.  Ilham menggeleng perlahan. 
  You takkan faham dan tak perlu faham, Ris.  We have gone far from our story.. apa cerita you?  I dengar you dah kahwin?”  Reen mula tersenyum ceria semula.  Ilham menyambung senyuman.  Di tubir matanya, dia ternampak Syazmy, Haziq dan Fifi.  Dia bahagia dengan rasa yang sedang mengepungnya itu.  Ilham mengangguk suka.  Reen masih tersenyum.  Dia tahu Ilham bahagia dengan hidupnya. 
  I dah ada dua orang anak.. seorang isteri..”  Ilham ketawa. 
  Aik… ada hati nak tambah kuota ke?”  Reen menjeling geram.  Perihal kecurangan Carl menyakitkannya.  Walaupun Carl mampu, dia tetap tidak mahu ada pesaing. 
  Kalau you nak masuk kuota I, it’s still have been reserved..”  Ilham mengusik. 
  Betul?  Kalau betul, I mintak cerai!”  Reen mengugut Ilham. 
  Isshh… takkanlah!”  Ilham mengerutkan dahinya. 
  Tau takut..”  Reen tersengih.  Lelaki itu bukan lagi destinasinya.  Ilham hanya menggeleng.  Dia tidak akan menduakan Syazmy.  Syazmy sudah terlalu baik. 
  Ehhh.. I nak baliklah..”
  Ehh.. belum habis lagi lauk ni..”
  I nak simpan perut untuk makan kat rumah..”
  Untungnya isteri you…”
  Bukan dia yang untung.  I yang untung…”  Ilham mula mahu bangun dan membayar bil.  Reen menarik lengannya. 
  I bayar.  I nak belanja awak… nak tebus salah..”
  I lelaki.  Anggap je I dah maafkan you…”  Ilham membayar bil itu.  Reen tersenyum manis sambil mengangguk.  Memang lelaki ini adalah lelaki budiman. 

LANGKAH mereka sama-sama terhenti.  Yang paling terkejut adalah Syazmy.  Lelaki yang berbual mesra keluar dari restoran di hadapannya itu adalah suaminya sendiri.  Ilham bergandingan dengan seorang perempuan yang tidak kurang penampilannya.  Ilham terpaku.  Susuk yang sedang berdiri tidak kurang semester darinya itu adalah isterinya.  Di sebelah wanita yang sedang memeluk bahu kecil Fifi itu adalah susuk tubuh Khairil yang sedang mendukung Haziq.  Mereka berempat bagaikan keluarga yang sangat bahagia. Namun tindakan yang paling drastik yang pernah dilakukan, Ilham mendekati Khairil dan mengambil Haziq dari dukungan Khairil dan menarik lengan Syazmy berlalu pergi tanpa menyapa Khairil. 
  Sakitlah!!!  Yamy boleh jalan sendiri..”  Syazmy menarik tangannya dari pegangan erat Ilham. 
  Memang boleh jalan sendiri.  Kenapa jalan dengan Ril?”  Suara Ilham tidak meninggi tapi kedengaran keras. 
  Yamy baru jumpa abang Ril tadi.  A moment before I saw you with that girl.. and not to forget.. he is my brother..”  Syazmy seolah menjerit halus.  Ilham seolah tersedar. 
  We don’t have to fight in front of our children..”  Ilham bersuara lembut.  Fifi hanya memerhatikan gelagat mereka. 
  Abang.. please… Jumpa abang Ril and say hi.  It’s not proper acting like this. We are family..”  Syazmy menarik Ilham untuk bertemu mata dengan Khairil. 
  Hai abang Ril… lame tak dengar cerita?”  Ilham menghulurkan salam.  Khairil yang tergamam menyambut salam itu dengan mesra.  Reen tersenyum dari jauh.  Dia ingin mendekati pasangan itu tetapi dia terasa tidak layak berkenalan dengan keluarga bahagia itu. 
  Abang.. apa khabar?  Abang Ril terserempak dengan Yamy tadi.  Itu yang abang Ril temankan Yamy..”  Khairil menerangkan situasi sebenar.  Ilham mengangguk-angguk namun hatinya serasa menggelegak.  Perit bertemu mata apabila mengetahui kisah yang tersirat.  Syazmy hanya tersenyum apabila mendengar abang dan suaminya berbual seketika. 
  Am bawa Yamy balik ye?”  Ilham meminta izin daripada Khairil.  Khairil mengangguk mengizinkan.  Siapa dia untuk menahan Ilham mengambil isterinya?  Syazmy itu milik sah lelaki yang meminta izin itu.  Ilham mendukung Haziq.  Syazmy memimpin Fifi dan berjalan seiring dengan suaminya usai bersalaman dengan Khairil. 
  That girl and I is not what you’ve been thinking right now..”  Suara Ilham menusuk telinganya. 
  I am not thinking anything and I just don’t care about you and any girl that you want..”  Kata-kata Syazmy itu mengundang rasa marah di hati Ilham.  Matanya tajam menusuk pandangan Syazmy.  Syazmy melawan pandangan itu sebelum mengalihkan pandangannya ke selaut manusia di dalam pusat membeli-belah itu.  Dan rengekan Haziq yang seolah tidak mahu didukung oleh Ilham itu menyedarkan lelaki itu yang dia sudah dilupakan oleh anak kecilnya itu.  Syazmy mendukung dan memujuk anak itu. 

No comments:

Post a Comment