Tiga puluh tiga
ILHAM mengekori langkah Syazmy. Menurut papa, Syazmy sudah mula mahu bekerja
di Tremendous Tower sementara menanti detik bersalin. Syazmy jarang mahu memandu. Die lebih suka menaiki kenderaan awam. Menaiki tren ke destinasinya sedangkan jarak antara
rumah dan tempat bekerja itu bukanlah sejauh mana. Kerana mahu melindungi Syazmy, dia mengikut
langkah Syazmy walau ke mana pun. Dia
kadang kala sukar mentafsir apa yang terjadi.
Syazmy mula enggan bertemu.
Enggan bersuara dan kini dia lebih suka mengajar dirinya bersusah
sedangkan dia tidak perlu merasai saat sukar itu. Kerana bimbangkan Syazmy dan anaknya, dia
tegar menjadi pengawal peribadi tanpa gaji.
FITRATUN SYAZMY MARZUKI. Itulah nama seorang wanita yang sedang berada
di hadapan matanya kini. Ilham hanya
merenung lembut wajah itu. Wanita itu
tidak memberontak walaupun hatinya dikerumuni rasa marah. Perjalanan tren itu membuatkan mereka berdua
hanya beradu pandangan tanpa suara. Ilham
berkali-kali cuba untuk bersuara tetapi suaranya tersekat di kerongkong. Tambahan pula, Syazmy seakan tunduk untuk
mengelakkan perbualan terjadi antara mereka.
Penumpang yang keluar masuk ke dalam tren itu menghimpit-himpit. Ilham melindungi Syazmy di dalam
pelukannya. Syazmy hanya menurut. Sesungguhnya, memang perbuatan Ilham mampu
mencairkan hatinya serta menggebukan rasa rindu namun segala peristiwa yang
berlaku antara mereka tidak mampu diperbaiki dengan sekelip mata. Ilham sanggup membeli pas bulanan semata-mata
untuk menemani Syazmy setiap kali pergi ke tempat kerja dan pulang dari tempat
kerja.
“ Yamy
haus? Abang belikan air?” Pertanyaan itu hanya dibiarkan sepi. Ilham memang menjaganya dengan baik sejak
tahu dia bekerja dan ke tempat kerja dengan kenderaan awam. Syazmy hanya menggeleng tanda tidak
mahu.
“
Penat?”
Syazmy masih menggeleng.
“
Lapar?”
Geleng juga.
“
Sayang abang?” Pertanyaan itu
sekadar mencuba nasib. Jika Syazmy
menggeleng juga, dia bersedia untuk terluka.
Gelengan Syazmy terhenti. Dia
tidak bereaksi. Seolah tidak mendengar
pertanyaan akhir itu. Ilham menyimpan
senyum. Yang dia tahu, Syazmy memilih
untuk tidak menjawab pertanyaan itu.
SYAZMY mengeluh saat kakinya melalui lorong
laluan pas bulanan. Lelaki yang segak
itu sedang menantinya. Dia tahu lelaki
itu telah menjadi peneman setianya setiap kali ke tempat kerja dan dia juga
sedia maklum bahawa langkah yang lelaki itu atur tentunya berdasarkan sumber
dari keluarganya sendiri Cuma dia kurang pasti siapakah orang itu. Antara mama atau papanya. Itu memang pasti. Sejak papa menjadi penjemput setia buat Fifi,
Syazmy lebih suka mengajar dirinya agar tidak terlalu bersenang. Dia mahu melalui rasa sukar itu dan mengajar
bayinya supaya bersederhana. Dalam pada
itu, dia sedang memikirkan tentang jemputan keluarga Pak Usunya untuk ke Labuan. Namun, hatinya sering mencair saat Ilham
selalu berada di sisinya kini. Keras dan
kentalnya hatinya semakin berkurangan.
Dia tahu lelaki itu mahu menebus kesalahannya.
“
Assalamualaikum..” Suara lelaki
itu menusuk halwa telinganya. Lembut dan
mendamaikan hatinya. Syazmy mengusap
lembut perutnya lalu berbisik ke dalam hati kepada bayinya. ‘Itu suara ayah sayang tau..’ Syazmy menyembunyikan senyumnya lalu menjawab
salam itu di dalam hati.
“
Orang bagi salam kena jawab tau.. berdosa kalau tak jawab..” Ilham memancing minat Syazmy untuk
bersuara. Syazmy hanya berdiam diri
seolah tidak mengenali lelaki itu.
Namun, hatinya damai ditemani lelaki itu. Bukan seorang dua yang memerhatikan gelagat
mereka berdua. Apatah lagi apabila
melihat Ilham bersuara seorang diri dan tidak mendapat layanan.
“ Dah
sarapan pagi ni?” Ilham memandang
Syazmy.
Bisu.
Syazmy masih mengunci mulutnya.
Nasibnya pagi itu agak baik kerana tren sampai saat kakinya sedang
berdiri berdekatan garis kuning itu.
“
Hati-hati, ibu. Yamy masih perlu
jaga diri..” Ilham bersuara. Menusuk ke dalam hati kecil Syazmy namun dia
tidak berpaling. Dia Cuma merelakan
lelaki itu dekat dengannya dan mengahalang kesesakan menolak tubuhnya bersama
bayi di dalam kandungannya. Itulah rutin
Ilham sejak Syazmy mula menggunakan perkhidmatan kenderaan awam. Ilham setia menemaninya ke tempat kerja dan
menemaninya pulang hingga ke pintu rumah.
Sungguh!!! Lelaki itu sebenarnya
berjaya membuatkan dirinya terharu.
SYAZMY duduk memandang Ilham berbual dan
membantu Fifi menyiapkan kerja sekolah.
Hatinya terusik. Bukan sedikit..
terlalu banyak yang Ilham lakukan meruntun hatinya untuk memaafkan lelaki itu
dan memberi peluang untuk membuka lembaran baru namun selalu hajatnya terhalang
oleh akal. Sanggupkah dia membiarkan
lelaki yang sewenang-wenangnya menuturkan lafaz yang meleraikan ikatan sah
antara mereka itu kembali ke dalam hidupnya?
Kemesraan antara Fifi dan Ilham memang bagaikan ayah dan anak
kandung. Kasih sayang mereka seperti
tidak pernah berkurangan. Syazmy
bersyukur kerana Ilham menyayangi Fifi lebih dari dahulu. Amanah yang dipikul daripada Amar masih
berbaloi. Anak itu beruntung kerana
insan sekelilingnya melindunginya.
“ Ibu…
Fifi tanya boleh?” Anak bertocang dua
itu tersenyum manis. Sesekali wajahnya
kelihatan seperti Amar dan umi ketika senyum.
Ketika itu Ilham baru meminta diri untuk pulang.
“ Apa
dia, sayang? Tanyalah..” Syazmy mengusap lembut ubun-ubun anak
itu. Sayangnya tidak terucap. Fifi tidak pernah mengundang masalah dalam
hidupnya.
“ Ibu
tak sayang adik ke?” Fifi mengusap
lembut perut Syazmy yang mula menampakkan bentuk. Ilham entah menghilang ke mana bersama papa
sebentar tadi.
“
Mestilah sayang. Ini kan adik
Fifi. Anak ibu..” Syazmy tersenyum. Benar, dia menyayangi Fifi setaraf dengan
sayangnya pada Haziq dan anak yang bakal lahir ini. Dia tidak pernah terfikir yang jalan
perkahwinannya hancur setengah jalan.
“ Ibu
sayang ayah?” Soalan Fifi seolah
mematikan sendi Syazmy. Runtuh kekuatan
yang terbina di dinding hatinya. SAYANG? Ya, dia sayangkan Ilham. Bukan sahaja dengan sepenuh jiwa malah untuk
seluruh hidupnya.
“
Kesian adik, bu. Fifi dapat kasih
sayang ayah. Haziq pun sama tapi untuk
adik ni.. takkan ibu dengan ayah nak bergaduh lama-lama lagi? Fifi rindu nak tengok ayah dan ibu yang
dulu..” Fifi merenungnya lembut. Ada sendu di dalam suara anak kecil itu. Syazmy mengeluh. Soalan Fifi dibiarkan berlalu bagai angin. Keluhan tidak terluah. Dia juga rindu. Dia juga inginkan bahagia. Dia sayangkan Ilham. Sayangkan anak-anaknya dan dia tidak mahu
mereka semua terabai walaupun Ilham tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya
sebagai seorang ayah, namun kekurangan itu masih ada.
“ Fifi
jangan risau. Ibu tahu apa yang ibu
buat, sayang. Fifi kecil lagi. Fifi belum faham sepenuhnya.” Syazmy berdiplomasi. Bulan-bulan telah berlalu dan dia memang
sedang berusaha untuk membuat keputusan yang terbaik untuk semua pihak. Buat masa sekarang, dia mahu tenang
sendirian… Sendirian kah dia? Ilham
setiasa bersamanya. Dia tidak pernah
sendirian. Lelaki itu sentiasa menjadi
payungnya. Payung yang
melindunginya. Menjaganya tetapi pernah
membasahkannya dengan air hujan.
ILHAM meraup rambutnya. Sesekali dia meramas rambutnya. Sakit akar rambutnya ditarik, sakit lagi
beban yang ada di dalam hatinya ini. Melihat
wajah lembut Syazmy setiap hari tanpa dapat menikmati senyuman dari ulas bibir
itu mencarik hatinya hampir setiap detik.
Sesalan yang terasa semakin menggunung.
Antara perkara yang paling disesalinya adalah melepaskan Syazmy dengan
hanya kerana salah sangka. Betapa dia
semakin bersalah setiap saat berdampingan dengan Ilham. Selagi dia mampu bertahan, dia mahu
bertahan. Demi keluarganya, demi menanti
Syazmy kembali ke sisinya, dia sanggup menanti walau puluhan tahun yang wanita
itu perlukan untuk memaafkannya. Demi
anak yang masih berada di dalam kandungan itu, dia rela menjadi ayah hanya
kepada anak-anaknya tanpa dapat menyentuh ibunya.
“ Am
ni macam ayam berak kapur kenapa?” Pertanyaan
lembut itu dibiarkan seketika. Ilham
merenung uminya lembut. Puan Bainun
melabuhkan punggungnya di kerusi batu di halaman rumah itu.
“ Tak
ada apa-apa, umi..” Sebuah keluhan
lembut kedengaran. Ilham cuba bertahan
dengan perasaannya sendiri. Dia tidak
mahu melibatkan uminya dalam hal sebegini.
Apatah lagi semua ini kesilapan bodohnya.
“
Bincanglah dengan umi, Am.
Walaupun Am salah, umi takkan blame Am.
Semua ni perencah dalam hidup.. Am akan belajar setelah membuat
kesilapan..” Puan Bainun menasihati anak
lelakinya itu. Puas dia mencari jodoh
yang sesuai untuk Ilham yang kecewa dari putus kasihnya dengan kekasih
lamanya. Bertahun dia melihat anaknya
itu menderita. Dia mahu menabur bahagia
pula pada anaknya itu. Dia mencari gadis
yang baik dan dari matanya, anaknya itu bahagia tetapi entah apakah silapnya
lagi, semuanya hancur. Roboh dan musnah
di hadapan matanya.
“ Am
malu, umi. Am tak pernah cuba untuk
matang dan belajar semua yang terjadi.
Entah macam mana ringan sangat mulut ni..” Ilham meraup wajahnya pula. Garis-garis kesal terserlah.
“
Perempuan ini kompleks. Apa yang
dikatakan kadang-kala tidak dimaksudkan dan kadang-kala hati mereka terlalu
lembut. Kadang-kala hati perempuan keras
bak kerikil. Am, perempuan ni ibarat
tulang rusuk yang bengkok. Kalau
meluruskannya dengan keras, ia akan patah tapi kalau terlalu lembut, ia tetap
bengkok. Perlu banyak kesabaran..”
“ Am
nak kembali macam dulu, mi. Am nak
keluarga Am semula. Am mahu anak Am ada
keluarga yang sempurna..” Ilham serius
dalam inginkan perubahan itu. Tetapi
kini hati Syazmy telah retak. Dia
kehilangan dahan tempatnya pernah berpaut.
Dia kehilangan permata kesayangannya malah rumahtangganya musnah sekelip
mata.
“
Berdoa, Am. Doa itu senjata orang
mukmin. Berdoalah agar pintu hati Yamy
terbuka seluasnya. Terbuka untuk kembali
ke dalam keluarga sempurna Am. Umi
sentiasa berdoa untuk Am dan Yamy.” Puan
Bainun menepuk lembut bahu anak lelakinya.
Ilham menyembamkan wajahnya ke bahu uminya.
“
Selagi Am berdaya, Am bertahan lah untuk rumahtangga ini. Selagi anak Am belum dilahirkan, Am masih
boleh memperbaiki perhubungan.. Berusaha, Am..”
Puan Bainun memujuk Ilham.
No comments:
Post a Comment