Empat puluh
ILHAM berlegar-legar di hadapan wad itu. Empat jam masih lagi belum ada berita dari
dewan bersalin itu. Masa terasa begitu
lambat. Rambutnya diraut. Ilham bersandar. Dia terasa sunyi dan keseorangan. Sebentar tadi, dia menyuruh keluarganya
pulang. Dia mahu masuk ke dalam. Memberi kekuatan dan semangat buat Syazmy
namun keupayaannya terbatas. Dia yang
menamatkan hubungan itu dan wanita itu sedang berjuang seorang untuk darah
dagingnya. Ilham terasa sebak. Dia mahu keadaan kembali pulih seperti
dahulu.
“
Encik..” Seorang jururawat menegur
Ilham.
“
Bagaimana, nurse?” Suara Ilham
kedengaran cemas.
“
Alhamdulillah.. bayi lelaki…”
Jururawat itu tersenyum. Ilham
memanjatkan syukur. Lega hatinya.
“
Isteri saya?” Pertanyaan itu
terluncur. Dia juga begitu bimbangkan
Syazmy. Wanita itu bagaimana? Bertarung nyawa demi sebuah lagi nyawa.
“
Alhamdulillah.. dan kita akan masukkan Puan Syazmy ke wad biasa.. encik
boleh azankan anak lelaki encik..” Ilham
mengangguk mendengar cadangan itu.
BAYI yang diazankan itu meniupkan rasa sayu
dalam dirinya. Wajah mulus sang bayi itu
mengingatkan dia pada Syazmy. Ya, bayi
itu mewarisi wajah Syazmy. Ingatannya
terlayang pada arwah anaknya. Dia jadi
rindu pada masa lalu yang kini hanya dipanggil kenangan. Seharian dia menanti Syazmy bangun dari
tidur. Dan sebaik sahaja Syazmy dan bayi
dilaporkan sihat, dia menghubungi keluarga dan mereka akan datang selepas
Subuh. Menghabiskan masa di dalam wad
itu membuatkan Ilham kembali dirembat rasa bersalah. Dia menghela nafas.
“
Abang..?” Syazmy menegur Ilham
sebaik sahaja Ilham membuka tirai langsir tingkap. Ilham berpaling.
“ Am I
disturbing you? Sorry…” Ilham bersuara. Dia serba-salah kerana mengejutkan Syazmy.
“ No…
Yamy memang dah jaga dah.. baby kita
sihat?” Syazmy tersenyum.
“
Sihat, sayang.. he looks like you..”
“
Thanks..”
“ I
should thank you, dear.. thanks for
everything that you have sacrifice…”
Ilham merenung anak mata wanita itu.
Syazmy hanya mengukir senyumannya.
Dia tahu perasaan Ilham. Dia
sudah lama memahami lelaki itu. Kerana
sayangnya pada lelaki itu, dia tidak mahu merosakkan kenangan mereka lagi. Dia mahu lelaki itu berhenti dari
merayunya. Dia mahu lelaki itu tahu, dia
tidak mahu kembali bukan kerana menghukum lelaki itu. Tetapi, kerana dia tidak sanggup untuk
terluka lagi.
“ You
have name for our hero?” Syazmy menukar topik
sedih itu. Ilham selalu rapuh saat
bersamanya. Dia tidak mahu melihat Ilham
begitu.
“ I
have thinking Haiqal will suit him.. how about you?”
“ Hmmm…
Can I put Hazrell as the second name?”
Syazmy memandang reaksi Ilham.
“ Haiqal
Hazrell? Hmmm..? Hazrell… what if I put
mine beside him..” Lelaki itu masih
berfikir namun matanya masih melekat pada wajah Syazmy.
“
Yours..?” Syazmy masih menanti
Ilham menghabiskan bicaranya.
“ How about Hazrell Ilmy… boleh?” Ilham tenang.
Dia mampu menguruskan emosinya kini.
Dia tidak harus membiarkan hatinya menerajui akal. Bukankah lelaki tercipta untuk membimbing
wanita? Wanita sering tidak tetap dengan
perasaannya. Mereka lebih halus dan
lelaki selalunya lebih rasional. Dia
harus menjadi matang. Kerana dia pernah
menjadi seorang suami dan kini seorang ayah.
“
Haziq.. Khairil.. Ilham.. dan Syazmy..
anak kita pastinya istimewa..
Yamy setuju..” Syazmy memandang
Ilham. Ilham mengangguk dan saat Ilham
mahu bangun, Syazmy memegang lengan lelaki itu.
Ilham merenungnya.
“ Yamy..
sayangkan abang.. thanks for understand me..”
“
Abang masih macam dulu.. still waiting to be yours again.. abang cuba
bersabar kerana abang puncanya… tapi sekarang, abang nak Yamy jaga kesihatan
dan anak kita.. I’ll be besides you for every second ahead.. I mean it..”
“
Sorry… for torturing you..” Suara
itu kedengaran serba-salah.
“ No…
I want it, dear.. I want to wait you until my last breathe.. forever.. be
besides you..” Ilham mengukir senyum
lembut. Dia mahu mengikut peredaran
masa. Masa memang pengubat pada sesebuah
kesakitan dan dia harus memahami kesakitan Syazmy selama ini.
“ You
can find another woman ini your life…” Syazmy bersuara. Dia mungkin akan kecewa sekiranya Ilham
berbuat demikian namun ikatan mereka yang sudah terlerai membuatkan dia harus
fikirkan kemunasabahannya.
“ I
just want to spend my time with a woman named Fitratun Syazmy and my son.. is
that clear?” Lembut bicara itu
membuatkan Syazmy hanya tunduk.
“
Assalamualaikum…” Suara beberapa
orang yang menjengah bilik mereka itu menamatkan perbincangan mereka. Mama, papa, umi, walid dan Fifi mendekatinya. Mama mendukung si kecil dan membawanya pada
Syazmy. Syazmy mengucup lembut pipi
kupu-kupu syurga itu. Dia memandang ke
arah Ilham. Ilham tersenyum dan mengusap
lembut ubun-ubun Hazrell. Hati Ilham dan
Syazmy sudah lama terikat. Hubungan yang
terlerai tidak meleraikan rasa kasih antara mereka.
BERITA yang diterima itu memberikan senyuman
ke wajah Khairil. Gambar yang dikirimkan
oleh walid itu memang mengubat rasa rindunya.
Syazmy, Ilham, Fifi dan bayi mereka.
Keluarga bahagia. Dia mendoakan
yang terbaik buat bekas kekasihnya itu.
Rupanya, ketenangan itu memang ada.
Saat dia melepaskan cintanya, dia terasa lebih tenang. Alhamdulillah. Dia memang tidak tersalah membuat keputusan.
“ Kau
tak menyesal ni?” Rashid sengaja
mengusiknya. Khairil menggeleng.
“
Peliknya, aku bahagia. Bahagia
kerana adik aku telah menemui jalannya..”
“
Let’s faith show you the way..”
Ucapan dari bibir Rashid itu diiyakan dengan anggukkan. Kopi panas itu dihirup. Namun saat Khairil mengorak langkah, dia
terlanggar seorang wanita yang bertudung.
Wanita itu terdorong ke belakang.
Saat wajah mereka saling memandang, wanita itu jelasnya begitu
terkejut.
“ You
are the one on the plane??” Namun,
kata-kata itu tergantung sebelum sempat Khairil bertanya lanjut…
“
Ehhh.. cepattttt…” Wanita itu
ditarik oleh temannya. Mungkin mereka
mengejar masa. Rashid dan Khairil
sama-sama terpinga. Tiada jawapan.
“
Wehh… Kau kenal ke?” Rashid
bertanya.
“
Aku? Entah-entah minah tu kenal
engkau. Aku ni kira tahap junior lagi
kat sini..” Khairil menggeleng. Dia tidak ingat pula di mana dia melihat
wanita itu. Tiada dalam rekodnya.
“ Tapi
tadi, dia pandang kau…”
“ Dia
tersilap orang kot…” Khairil
menambah.
“
Mungkin.. atau kalau kau nak tragis lagi tekaannya, mungkin ex-bf dia
rupa sebiji macam rupa kau…” Rashid mula
mengarut.
“
Hishhhhh.. mengarutlah.. kalau sebiji muka aku, mana ex-bf dia tu? Tapi dia tak tengok aku macam nak telan
pun..”
“
Laaaaa.. kalau dia nak telan, mungkin ex dia tu main kayu tiga.. tapi
kalau bf dia meninggal akibat sakit ke…
mana nak tahu kan..”
“
Engkau sangat mengarut!
Klise!!” Khairil dan Rashid
ketawa besar. Mengarut sahaja. Dan mereka membiarkan soal gadis itu
berlalu. Mungkin dia tersilap
pandang.
“ KAU
tengok siapa? Kita dah lambat tau..
Abang Razif tu kalau lambat, membebel kalah perempuan tau..” Ayu membebel.
Hani tersenyum. Dia mengekori
langkah kakak sepupunya itu. Dia keliru
melihat susuk tubuh yang melanggarnya.
“ Hani
macam pernah tengok mamat tu…”
“
Entah-entah tersilap orang ke… ramai
je orang yang serupa dalam dunia ni Hani..”
“ Tapi
masa Hani nampak lelaki tu dua tiga bulan lepas, lelaki tu macam mayat hidup,
kak Ayu.. serius..” Dahi Hani
berkerut. Dia seolah memikirkan lelaki
itu lagi.
“
Dah.. dah… jangan fikir lagi.. mungkin Hani silap orang kot…” Kata-kata Ayu itu mematikan lamunan Hani
terhadap lelaki itu. Namun, jauh di
sudut hatinya, dia tahu, dia tidak silap.
No comments:
Post a Comment