Monday, 21 October 2013

:::Biarkan Aku Sendiri:::

Empat puluh lima

MAJLIS merisik dan bertunang itu berlalu dengan lancar.  Syazmy bagaikan mahu menjerit.  Kehadiran seorang teman yang lama menghilang membuatkan hidupnya kembali ke titik normal.  Ayu sudah bahagia dan mempunyai keluarga sendiri.  Terlalu banyak yang berlaku dan pertemuan itu bagaikan satu rahmat setelah sekian lama.  Mereka berkongsi cerita.  Rupanya tunangan Khairil adalah sanak saudara Ayu.  Kecilnya dunia.  Dan sekali lagi, Khairil masih menjadi orang yang telah menggerakkan langkah Syazmy.  Syazmy merenung Khairil dari jauh.  Dia bersyukur kerana menjadi sebahagian dari hidup Puan Rubiah dan Encik Hamzah.  Dia tidak pernah disisihkan.  Dan dia sangat suka melihat senyuman Khairil pada hari ini.  Hari dia berjanji untuk mengikat seseorang menjadi surinya.  Walaupun tidak melihat wajah gadis yang Berjaya mengikat hati Khairil itu, namun dia yakin yang gadis itu kurniaan Ilahi buat seorang lelaki yang baik seperti Khairil Aizam.  ‘Abang.. semoga kali ini bahagia milikmu..’  Syazmy menitipkan doa untuk seorang abang. 
“  I think he fall head over heels to you..”  Ayu tersenyum-senyum memandang Syazmy.  Ya, dari tadi lelaki itu memerhatikan Syazmy tanpa berkelip.  Wajahnya tidak menghampakan.  Ada rupa dan gayanya memang tak boleh dinafikan.  Syazmy memandang ke arah lelaki yang Ayu maksudkan.  Saat itu, rombongan dari rumah bakal pengantin perempuan sudah mahu berangkat pulang. 
“  Lelaki tu ke?  Yang pakai baju melayu kelabu tu?”  Syazmy memandang Ayu.  Dia memandang lagi ke arah lelaki yang dimaksudkan Ayu.  Dan pandangan mereka bersatu.  Agak lama.  Agak hening. 
“  Yelah.. dialah… amboi.. korang ni macam sedondon je… janji ye?  Boyfriend kau ye?” 
“  Kenapa kau kata dia boyfriend aku?” 
“  Abang Ril… kata kau…. dah… divorce..”  Ayu menuturkannya hati-hati.  Dia tidak mahu Syazmy kecil hati. 
“  Ayu.. aku tak kisah.. memang betul pun aku dah divorce pun.  So, it doesn’t hurt me at all..”  Syazmy memegang jemari Ayu.  Ayu membalas senyuman Syazmy.  Setelah berpisah bertahun-tahun, dia tidak mahu mencalarkan kenangan pertemuan semula itu.  Saat Syazmy dan Ayu berpelukan berbalas pelukan selamat tinggal, Syazmy sempat berbisik perlahan ke telinga Ayu. 
“  Lelaki yang kau kata boyfriend aku tu, bekas suami aku..  anak yang dia dukung dari tadi tu, anak dia dengan aku…”  Ayu membesarkan anak matanya tanda meminta kepastian.  Syazmy tersenyum lembut dan mengangguk.  Yang nyatanya, memang itulah kenyataan.  Ilham adalah bekas suaminya.  Cuma Ayu sedikit terkejut apabila kami seolah tiada apa yang berlaku.  Masih seperti teman baik biarpun ikatan kami telah terlerai. 

HANI menghela nafas berat.  Panggilan dari tanah air itu membuatkan jantungnya berhenti berdenyut buat seketika.  Keluarganya menerima pinangan dari sebuah keluarga baik-baik dan kini dia sudah bergelar tunangan orang.  Berkali-kali jemarinya cuba menghubungi Khairil namun hampa.  Entah ke mana Khairil menghilang hingga kini.  Janjinya untuk pulang hanya sekadar untuk dua minggu namun kini sudah menganjak ke empat minggu dan lelaki itu tidak menghantar sebarang berita.  Untuk dia bertemu Rashid, teman baik lelaki itu adalah mustahil kerana dia berasa segan untuk bertanya tentang lelaki yang tidak pernah mengingatinya. 

‘Ril, awak ke mana?  Sy ada perkara nk bincang..’

‘Ril.. awak ada masalah ke?  Kenapa tak return call?’

‘Ril.. keluarga sy dah terima pinangan utk sy.. L

Khairil hanya membaca setiap mesej yang dihantar itu.  Dia bukan tidak mahu menjawab panggilan si gadis namun dia mahu membuat kejutan buat gadis itu.  Untuk pertama kalinya selepas kehadiran Syazmy, dia terasa rindu pada seorang gadis.  Namun, kini gadis itu telah diikat dengannya.  Sengaja dia enggan memberitahu Hani.  Dia mahu Hani pulang dan hanya duduk untuk menjadi pengantin perempuannya.  Dia melakukan semua ini setelah gadis itu tamat peperiksaan terakhirnya.  Ayu telah berjanji untuk memberi informasi tentang keadaan Hani padanya.  Dia hanya perlu bersabar sedikit kerana Ayu dan keluarganya sedang berada di dalam perut kapal terbang dan kini, Khairil hanya perlu memikirkan bagaimana untuk melangsungkan perkahwinan yang bakal berlangsung lebih kurang 5 bulan dari sekarang. 

SYAZMY merenung jauh ke langit.  Biru yang mendamaikan.  Dia santai di wakaf mama di sekitar halaman rumah mereka.  Bila dia tidak tenang, dia akan selalu duduk di wakaf itu.  Merenung langit dan kehijauan taman mini mama.  Mindanya sedang berlari mengukur kenangan.  Khairil, Haziq, Ilham.  Memikirkan setiap bait kata Khairil yang dirasakan ada benarnya. 
“  Hai.. jauhnya termenung? Dari tadi abang tengok Yamy termenung je..”  Khairil bersuara perlahan.  Langkahnya diatur ke arah Syazmy.  Tersenyum dan menunjukkan barisan giginya yang tersusun. 
“  Memikirkan masa depan..”  Syazmy tersenyum Khairil.  Lelaki itu mula matang.  Dan dia tahu lelaki itu telah menyimpan kenangan mereka di dalam lipatan sejarah.  Semua orang ada kisah silam dan dia tidak pernah sesal kerana memiliki Khairil sebagai abang dan kekasih pertamanya. 
“  Masa depan itu sudah ada cahayanya cuma Yamy kena melangkah.  Hidup ini risiko, dik.”  Khairil menasihati Syazmy.  Bukan senang mahu meyakinkan Syazmy untuk bergerak dari titik berhentinya.  Dia mahu Syazmy bahagia. 
“  I am happy that you find your true love..”  Syazmy memandang Khairil.  Dia tambah bersyukur melihat Khairil berdiri dengan sihat di hadapannya.  Biarlah Haziq pergi, dia harus redha dan dia pasti akan bertemu dengan anaknya di syurga nanti.  Insya-Allah. 
“  I will be very happy if you reunite with Ilham..”  Kata-kata Khairil itu dijawab dengan senyuman.  Syazmy melepaskan nafasnya lembut.  Dia menunduk memerhatikan jemari kakinya. 
“  I am thinking of that too.. tapi masih belum ada jawapan..”  Perlahan Syazmy menuturkan kata. 
“  Tepuk dada, tanya selera..  jawapan itu sudah lama ada pada Yamy Cuma Yamy tak berani..” 

“  Bagi Yamy masa, bang.  Bukan senang semua ni..”  Syazmy memandang Khairil.  Khairil terdiam.  Dia melepaskan nafas.  

No comments:

Post a Comment