Sepuluh
SYAZMY tersenyum. Entah apa rasanya. Manis atau tawar. Namun mungkin bukan pahit. Melihat Leya sedang menerima sarungan cincin
di jari manis, mengingatkan Syazmy bahawasanya Khairil dan dia sudah ada dunia
sendiri. Mama memeluk pinggang
Syazmy. Mama memandang Syazmy dengan
sendu. Ada airmata yang mengalir di pipi
tua mamanya. Syazmy membalas pelukan
pinggang mamanya. Seolah-olah
menenangkan hati seorang ibu.
“
Mama.. jangan menangis. Jangan
buat Yamy rasa bersalah dalam hidup ni.
Yamy hanya nak mama tersenyum.
Kalau Yamy boleh undur masa, Yamy takkan kecewakan sesiapa pun. Bukan senang untuk Yamy dan abang, ma. Leya pun bukan orang lain kan mama?”
“ Mama
cuma mahukan Yamy. Takkan ada orang
mampu gantikan anak perempuan mama.. Dan
sebab itu, mama tak mampu nak sarungkan cincin pada bakal menantu mama tu..
Mama tau kenapa abang tiba-tiba nak bertunang.
Dia tak pernah cakap apa-apa tentang Leya.. Perkara ni bukan
dirancang..”
SYAZMY masuk ke pintu bilik Leya. Bersalaman dengan bakal kakak iparnya. Dia mencium pipi Leya namun Leya memegang
lembut lengannya.
“
Yamy.. doakan kami kekal..”
Ucapan Leya itu bagaikan satu permintaan penuh harapan. Dia yakin, Leya masih belum mengetahui kisah
sebenarnya. Biarlah Leya tidak
mengetahuinya. Khairil berhak unutk
memulakan hidup barunya.
“
Insya ALLAH. Cepat-cepatlah kak
Leya plan nak kahwin. Lepas je Yamy
dengan Amar lepas, kak Leya kena pujuk abang kahwin. Dia tak boleh kalau berpisah lama-lama dengan
Yamy. Sekurang-kurangnya akak dapat
penuhi ruang hati abang..” Syazmy
tersenyum manis. Kehadiran Leya disambut
mesra. Mama harus punya keputusan yang
sama. Menerima ketentuan hidup.
PANDANGAN redup lelaki itu masih sama. Dia tidak mahu melihat renungan itu tetapi
matanya tetap mahu mencuri pandang.
Bersalahnya dia pada tunangnya namun rentak hatinya seolah tidak mampu
dikawal. Kerana lelaki itu pernah
memegang alat kawalannya. Khairil memang
tampak segak. Berkemeja biasa, dia masih
mampu membuatkan semua mata gadis-gadis terpaku. Majlis sederhana yang dilangsungkan di rumah
Leeya itu berjalan lancar. Saat mereka
sama-sama melangkah keluar dari perkarangan rumah itu, tangan Khairil hinggap
di belakang Syazmy. Hangat terasa
membuatkan Syazmy terkedu dan merenung Khairil meminta penjelasan.
“
Balik dengan abang…” Lembut lirih
suara itu. Syazmy masih tidak
bersuara. Hari ini, Amar tidak dapat datang
menemani keluarga mereka kerana dia harus menemani ummi ke hospital pakar.
“ Tapi
Yamy balik dengan mama…papa..”
“
Teman abang..” Tegas suara
itu.
“ Abang
tak nak tunggu dulu ke? Bergambar dengan
Kak Leeya?” Syazmy cuba mengelak. Apatah lagi, dari jauh, wajah ayu Leeya mula
tampak ragu tentang Khairil yang sedang berbual dengan Syazmy.
“ You
are coming with me..” Titik. Memang kata-kata itu satu arahan.
“
Mama.. papa.. Yamy ikut abang eh..”
Syazmy tersenyum dan bersikap seperti biasa. Wajah mama tampak terkejut tetapi papa
mengizinkan. Syazmy memandang tepat ke
arah mamanya. Menghantar pesan agar
wanita itu tidak bimbangkannya.
“
Jangan balik lambat sangat.
Dua-dua ni darah manis..” Papa
sekadar berpesan seolah mengerti yang kami tidak akan terus pulang. Syazmy hanya mengangguk faham.
KHAIRIL meletakkan sedikit sos ke dalam burger
yang baru ditatangnya. Petang yang
damai. Suasana yang indah. Mereka berdua seperti mengimbau kisah lama di
restoran makanan segera itu.
“ Yamy
bahagia?” Syazmy menggigit burger yang
diberi oleh Khairil. Tidak mahu menjawab
soalan itu.
“
Yamy?” Khairil mengangkat
keningnya mahukan jawapan.
“ Abang bahagia?” Pertanyaan itu diulang tanya.
“
Asalkan Yamy bahagia, abang akan berusaha untuk bahagia..” Perlahan kata-kata itu dituturkan. Lelaki itu masih seperti lelaki yang pernah
menduduki hatinya.
“ Kita
dah pilih jalan kita, abang.. baru tadi, abang dah bertunang. Bertunang itu mengikat janji.. Kita tidak pernah diajar untuk mungkir janji,
kan?” Syazmy memang tahu bagaimana untuk
berlembut. Mencairkan hati Khairil yang
keras. Khairil tidak boleh didekati
secara keras. Pendekatannya halus. Tampak seperti dia kasar orangnya tetapi
hatinya halus.
“
Abang membuat kesilapan, Yamy dan Yamy tahu tentang perkara itu. Ini semua kesilapan..”
“
Bukan kesilapan, abang.. ini semua takdir yang tertulis.. abang kena
ingat.. semua yang terjadi pada hari semalam… pada hari ini dan pada hari esok,
semuanya sudah terancang.” Kata-kata
Syazmy itu membuatkan Khairil terkedu. Syazmy
memang bijak berbicara.
“
Abang tak pernah terfikir kita akan sejauh ni…” Khairil seolah meluah rasa. Pandangannya dialihkan ke luar restoran
itu. Orang yang lalu lalang tidak
menganggu kosentrasi mereka untuk berbual kerana mereka berada di satu sudut
yang agak ke dalam. Syazmy hanya tersenyum
tawar. Benar. Dahulu, dia hanya memintal angan untuk
bersama Khairil. Dia hanya melihat
Khairil di dalam dunia akan datangnya tetapi apa yang terjadi sudah tidak
terjangkau oleh pemikiran. Syazmy. Khairil.
Amar. Leeya.
“
Kalaulah masa boleh di…..”
Belumpun sempat Khairil menuturkannya, jemari telunjuk Syazmy bergerak
ke kiri dan ke kanan. Menghalang dari
Khairil berbicara lebih.
“
Jangan fikir ke belakang.. masa kita hanya untuk ke depan..”
“
Yamy.. serius… abang bukan nak pikat atau nak menyesal tapi abang nak
pegang erat tangan Yamy dan takkan lepaskan… itu janji abang..”
“
Berjanji untuk perkara yang sudah berlaku tak merubah apa-apa…” Syazmy masih cuba menyedarkan Khairil dari
anganan. Khairil mengeluh lembut. Seleranya terus patah. Syazmy juga mengunyah selama mungkin untuk
sekali gigitannya. Makanan itu seolah
sukar dihadam. Seperti perasaan mereka
pada sesame sendiri. Sukar untuk
ditelan.
KANOPI-kanopi sudahpun berdiri megah di
hadapan laman rumah itu. Senyuman Encik
Hamzah dan Puan Rubiah semakin melebar.
Beberapa jam lagi detik Syazmy akan menjadi milik orang. Khairil memeluk mamanya. Puan Rubiah tersenyum.
“
Lepas ni, Ril pulak..” Puan
Rubiah memujuk anak lelakinya itu. Dia
sangat berharap Khairil akan melangkah untuk ke hadapan. Bukan terhenti hanya setakat persinggahan
Syazmy.
“
Hmm..? Ril lambat lagi
lah,ma.. Ril nak bina kehidupan dulu..”
“
Hmm.. tapi gadis yang Ril nak kenalkan dengan mama lepas bina kehidupan
tu, dah nak kahwin pun..” Puan Rubiah
memandang anak mata Khairil. Dia mahu
melihat reaksi Khairil.
“
Mama?!!” Khairil merenung mata
mamanya. Puan Rubiah hanya menganggukkan
kepalanya. Tanda dia mengakui yang dia
tahu tentang rahsia besar yang Khairil sembunyikan itu.
“ Siapa
beritahu mama?”
“ Mama
dapat baca la, sayang.. tapi mama terlambat.
Semuanya mama dapat tahu selepas Yamy dengan Amar bertunang..”
“
Mama.. mama jangan buat Ril sedih.. sedihnya nak tengok Yamy dengan
orang lain..” Khairil menahan rasa sebak
yang bertandang. Setiap kali memikirkan
Syazmy akan menjadi hak orang lain, hatinya terlapah pedih.
“
Sabarlah sayang.. Ril dah jumpa perempuan lain pun. Ingat.. Leya adalah tunang Ril yang sah. Mungkin dia lebih baik dari Yamy..”
“ Ril
rasa, Yamy yang terbaik.” Luahan Khairil
itu membuatkan Puan Rubiah terasa sendu.
Sedih kerana anak-anaknya kecundang dalam cinta. Kalau dia mementingkan Khairil dan Syazmy
semata, Amar dan Leya pula bagaimana?
Keluarganya hanya berapa kerat.
Takkan nak menambah malu dan kecewa pada mereka.. Syazmy pun tidak akan kejam sebegitu.
“
Ingat Ril.. Ril yang pilih Leya.
Yamy harus jadi sejarah..”
Pesanan itu diterima dengan sukar.
Khairil hanya terdiam.
“
MAMA.. mama…” Kedengaran suara
Syazmy sedang bercampur dengan suara riuh jiran-jiran dan teman-teman
seperniagaan Encik Hamzah. Puan Rubiah
mendapatkan Syazmy.
“
Kenapa sayang?” Puan Rubiah
mengusap belakang anak gadisnya itu.
Meredakan kekalutan hati anaknya itu.
“
Mama.. bunga rampai untuk bilik Yamy mana ma?”
“ Ada
ni.. nanti mama bawa…” Puan Rubiah
merapati anak gadisnya. Syazmy kelihatan
tidak menentu melihat Khairil bersamanya.
“ Yamy
takut ke?” Pertanyaan mama itu hanya
dijawab dengan anggukkan.
“
Yamy.. rasa takut apanya? Amar
takkan makan Yamy..” Puan Rubiah
memandang Syazmy.
“
Entahlah.. macam-macam rasa ma…”
Syazmy bersuara. Lengan mama nya
dipegang erat.
“ Ma..
mama rasa Yamy buat keputusan yang betul ke?”
Syazmy memandang anak mata mamanya.
Dia turut meminta kepastian dari mamanya. Khairil memandang Syazmy tanpa reaksi. Inai-inai yang memerah di jemari Syazmy
melukakan lagi hatinya. Dia tunduk. Syazmy turut tidak keruan melihat Khairil
berada di antara dia dna Puan Rubiah.
Puan Rubiah mengeluh lembut. Dia
mengusap lengan anak gadisnya. Dia mahu
member ruang terakhir pada anak-anaknya untuk berbincang.
“
Yamy.. jumpalah dengan abang dulu.
Mama tahu Yamy dengan abang masih ada rasa sayang tapi mama bukan sokong
Yamy untuk akhirkan semua ni. Semua dah
tertulis. Yamy cuma perlu mengikut jalan
yang dah Yamy pilih..”
“ Yamy
faham, ma. Amar tetap akan jadi suami
Yamy.” Syazmy menghampiri Khairil. Khairil tersenyum. Mama meninggalkan mereka. Sebaik sahaja bayang mama menghilang, Khairil
memegang lengan Syazmy. Tubuh itu
dipeluknya. Erat. Seerat mungkin. Syazmy tergamam namun dia membalas pelukan
lelaki itu. Dia yakin, hatinya masih
sayang dan rindukan lelaki itu namun mungkin mereka tidak ditakdirkan
bersama.
“
Abang sayang Yamy.. sampai bila-bila.
Abang tahu keputusan yang abang pernah buat untuk hubungan kita memang
satu kesilapan terbesar yang tak patut dimaafkan. Abang betul-betul menyesal. Maafkan abang, Yamy..” Kalau ada perkataan yang menggambarkan rasa
sesalnya ini, itulah perasaan yang paling medalam tertanam dalam jiwanya
kini.
“
Abang.. Yamy pun minta maaf.
Salah kita sama-sama. Terlalu
mentah nak menilai sesebuah perhubungan tapi kita masih rapat dan ada hubungan
sebagai abang dan adik kan?” Syazmy
mengusap belakang lelaki itu. Dia terasa
dada Khairil mula beralun. Suaranya mula
serak dan bahunya mulai basah.
“ Sayang..
tak boleh ke kita undur perbuatan kita ni?
Lupakan Amar dan Leya. Ikut
abang.. kita lari..” Khairil masih
memeluk tubuh Syazmy mengharapkan Syazmy mengubah keputusan terakhirnya. Syazmy mengalirkan airmatanya. Khairil masih sepertinya. Tidak mahu melepaskan satu sama lain. Puan Rubiah tersandar. Melihat kedua-dua anaknya sedang meruntuhkan
kasih sayang yang terbina antara mereka.
Sesungguhnya, tiada yang lebih baik daripada melihat kedua-dua anaknya
bahagia. Walapun terpaksa melukakan hati
insan sekelilingnya.
“
Jangan abang.. kita tak boleh mengecewakan orang lain. Kita dah melibatkan perasaan Amar dan Kak
Leya.. Yamy tak nak kita jadi pelarian. Bukan saja dengan orang sekeliling kita tapi
pelarian perasaan dari orang teraniaya.
Tak mungkin abang dan Yamy dapat lakukannya.. kan? Kita masih ada mama dan papa.. kita takkan
malukan mereka kan??” Khairil hanya
mengangguk dan melepaskan keluhan kasar.
Dia akur yang dia harus melepaskan Syazmy.
No comments:
Post a Comment