Mata Puan Rubiah
memerah. Tiga kuburan itu dipandang
sayu. Pemergian teman baiknya, Maznah
bersama suaminya, Marzuki diterima dalam keadaan terkejut. Pasangan itu terlibat dalam kemalangan jalan
raya yang dahsyat. Tidak cukup dengan
kematian dua insan itu, satu-satunya darah daging Maznah iaitu mak kandungnya
turut menuruti jejak pemergian pasangan suami isteri itu kerana serangan
jantung. Kini hanya tinggal anak tunggal
mereka, seorang kanak-kanak perempuan sedang bertarung dengan nyawanya di dalam
ICU.
Encik Hamzah memeluk
bahu isterinya. Wanita yang baru sahaja
disemadikan itu adalah teman baik isterinya sejak menuntut di sekolah
lagi. Masakan wanita itu tidak sebak. Satu-satunya teman yang memahaminya sudah pun
menghadap Ilahi.
“ Abang.. siapa yang nak jaga Yamy?” Puan Rubiah memikirkan kesudahan hidup anak
teman baiknya. Siapa yang ada untuk dia
bergantung hidup?
“ Kita
akan jaga dia, sayang.. dia juga anak kita..
Syazmy akan tinggal dengan kita.
Itu sahaja yang Maznah tinggalkan untuk kita. Takkan kita tergamak untuk menghantar Yamy ke
rumah anak yatim..”
“
Terima kasih, abang..” Puan
Rubiah teresak-esak. Segala senda tawa
bersama Maznah bermain di matanya. Hanya
Maznah yang menjadi teman baiknya. Yang
sanggup mengharungi bersama segala kesusahan dan kedukaan bersamanya. Kini dipanggill Ilahi.
Syazmy
terpinga-pinga. Wajah polos kanak-kanak itu
membuatkan hati Puan Rubiah terpagut sayu.
Dia menghampiri anak kecil yang baru sahaja sedar itu. Menurut kata doktor, emosi anak kecil itu
sudah semakin pulih sejak kehilangan keluarganya.
“ Mama
mana, auntie?” Bibir comel itu ramah
bertanya. Puan Rubiah mengalirkan
airmata.
“
Sekarang, auntie adalah mama Yamy..
Yamy akan tinggal dengan mama, papa dan abang Khairil..”
“ Mama
mana?” Syazmy mula meracau-racau. Dan serentak dengan itu, kanak-kanak itu
meraung sedih. Seolah dia tahu apakah
yang terjadi.. dan Puan Rubiah memeluk
erat tubuh kecil itu. Anak itu masih
perlukan sepenuh perhatian dan kasih sayang kedua ibu bapanya namun apakan
daya, segalanya telah tertulis. Puan
Rubiah bertekad untuk menjaga Syazmy seperti anak kandungnya. Itulah satu-satunya amanat yang perlu
dijaga. Tentu Maznah juga tidak mahu
anaknya kehilangan kasih sayang sebenar.
No comments:
Post a Comment