Monday, 7 October 2013

:::Biarkan Aku Sendiri:::


Dua puluh empat

LEYA mundar-mandir sendirian.  Hatinya tidak pernah berhenti berdenyut.  Khairil memang mampu menguasai fizikalnya dan mentalnya.  Kecintaannya pada lelaki itu membuatnya bagaikan hilang kawalan pada dirinya sendiri.  Setiap detik yang dilalui bagaikan menanti hukuman mati padanya.  Khairil tidak menghubunginya dan dia tidak sanggup memikirkan penamat hubungan mereka.  Sebelum kemalangan dahulu, Khairil turut pernah memutuskan pertunangan mereka dan walaupun belum sembuh sepenuhnya, Khairil masih membuat keputusan yang sama. 

FIKIR demi fikir, langkah kakinya kini kaku di hadapan syarikat korporat.  Dia tidak tahu sama ada tindakannya ini betul atau tidak.  Tapi dia begitu terdesak.  Dia tidak mahu kehilangan satu-satunya orang yang mencuri hatinya.  Dia tetap mahu memiliki Khairil.  Kedatangannya disambut baik oleh lelaki itu.  Lelaki yang tidak tahu apa niat perempuan itu menemuinya. 
  Jemput duduk dulu.  Saya minta setiausaha saya sediakan minuman..”  Ilham tersenyum.  Dia menerima kehadiran tetamunya dengan besar hati.  Dia memang berminat untuk mengetahui tentang perempuan yang hadirnya secara tiba-tiba itu. 
  Terima kasih…  Encik Ilham..”  Liurnya terasa perit untuk ditelan.  Demi Khairil, dia harus berani. 
  Ada apa ye?” 
  Saya datang ni demi Khairil..”
  Apa kena-mengena saya dengan Khairil?”  Ilham tersenyum lembut.  Dia turut hairan.  Leya datang dengan wajah yang keruh dan memerlukan pertolongannya demi Khairil?  Bahasa apa yang dapat mentafsir perkataan itu? 
  Saya dan Khairil menghadapi saat-saat sukar sekarang.  Saya sayangkan dia dan saya mahu memilikinya..  saya dah tak ada cara lain.  Berjumpa dengan awak ni satu jalan yang terpaksa saya pilih..” 
  Straight to the point.  I can’t wait to know it..”  Ilham bagaikan hilang sabar bila perempuan seolah-olah bercerita dengan isi yang sukar dibaca.  Apa yang sebenarnya dia mahu?  Ilham meneguk air oren yang baru sampai.  Sejurus daun pintu tertutup, Leya mula menitiskan airmata. 
  Khairil dan Syazmy, isteri awak pernah menjalin hubungan cinta dan sampai sekarang, Khairil tak dapat lupakan dia.  Kasih sayang dia pada Syazmy telah menggugat perhubungan saya dan Khairil.  Sebelum kemalangan, Ril pernah memutuskan pertunangan kami.  Dan walaupun dia sekarang hilang ingatan, perkaranya tidak pernak berubah.  Khairil memang menyayangi Syazmy..”  Leya menahan rasa.  Hatinya cukup sakit dengan kenyataan itu.  Dia tidak mahu mengalah dan dia tidak akan membiarkan Syazmy memiliki lelaki itu.  Biar dia tidak mendapat Khairil dan biar dia tahu bagaimana rasanya kecewa apabila suaminya tahu kisah cinta lalunya bersama bergelar abang yang sama-sama membesar dengannya.  Bait-bait kata yang terlahir dari bibir Leya bukan lagi menganggu mindanya.  Kenyataan demi kenyataan yang sedang dihadapinya ini bagaikan mengundang masalah baru dalam hidupnya.  Ilham tersandar.  Dia tidak mahu tahu tentang hal ini dan mengapa kenyataan yang lahir dari bibir Leya itu menyiat-nyiat hatinya?  Ilham menarik lengan Leya yang masih bersuara itu.  Telinganya seolah enggan tahu tentang perkara selanjutnya.  Leya ditolak keluar dari pejabatnya dan dia merenung tajam mata Leya. 
  Stop talking about my wife in front of me.  Whatever it is, she is still my wife and a mom to my son..  don’t let me see you again anywhere.. I just don’t wanna let you ruin my life..”  Keras kata-kata itu mengejutkan Leya.  Ilham memang kelihatan tegas dengan kata-kata itu.  Sekali lagi, dia dihalau dari ruang seorang lelaki. 

SEHARIAN itu mood Ilham menjadi semakin teruk.  Kepalanya hanya ada Syazmy dan Khairil.  Dan telinganya dijamu dengan penerangan lanjut dari bibir Leya sebentar tadi.  Bagaikan putaran rakaman di alat perakam.  Malam semakin berlabuh.  Hatinya enggan pulang kerana dia tidak mahu melihat wajah polos anaknya dan wajah sayu Syazmy andai hal ini meletus.  Dia sedang cuba mengawal perasaannya. 

ILHAM mengeluh sendiri.  Berat perasaannya masih sama seperti tadi tetapi hatinya tidak sanggup membiarkan Syazmy dan Haziq menantinya.  Berkali-kali telefon bimbitnya berbunyi.  Dia tidak menjawab kerana dia masih merasa kecewa. 
  Abang…”  Syazmy sudahpun berdiri di luar pintu keretanya.  Wanita itu sentiasa manis apabila menyambutnya.  Terasa terhidu bauan segar yang selalu berlegar walaupun belum membuka pintu kereta.  Ilham mengukir segaris senyum. 
  Kenapa balik lambat?  Haziq baru je terlelap..”  Syazmy menarik jemarinya.  Dia mengucup hormat jemari lelaki itu.  Ilham terasa sejuk.  Syazmy tidak pernah menaikkan darahnya.  Dia cukup bahagia dengan keluarganya kini. 
  Hari ni sibuk sikit..”  Nada suara Ilham agak mendatar.  Syazmy tersenyum manis.  Mungkin suaminya penat. 
  Sayang.. hari ni Haziq dah mula berjalan tau…  Yamy ada rakam untuk abang.  His first step..”  Syazmy terus berbual mesra.  Ilham mendengar tanpa dapat bereaksi.  Telinganya masih terngiang-ngiang suara Leya yang bercerita tentang kisah Syazmy dan Khairil.  Dia terasa kepalanya menggelegak. 
  Abang..  kenapa ni?  Penat ye?”  Syazmy bertanya saat kata-katanya tidak mendapat respon sari Ilham. 
  Abang kusut sikit…”  Ilham menjawab perlahan.  Dia melangkah masuk terus.  Namun, jemarinya ditarik lembut.  Sejuk sungguh genggaman jemari Syazmy.  Syazmy selalu menyenangkan hati lelakinya. 
  Abang naik mandi, Yamy sediakan makanan.  Kita makan sama…”  Syazmy tersenyum manis.  Biar apapun masalah Ilham, dia tidak mahu memaksa saat Ilham tidak mahu berkongsi.  Ilham mengangguk perlahan.  Dia tidak mahu membiarkan perasaan menerajui akal.  Dia tidak mahu melukakan Syazmy dan keluarganya. 
  Abang…”  Langkah Ilham terhenti saat Syazmy memanggilnya.  Dia memandang ke arah mata wanita itu. 
  Yamy sayang abang…”  Syazmy memandang suaminya.  Entah mengapa, dia terasa seperti lelaki itu sedang memikirkan tentang perhubungan mereka.  Dia tahu bukan masalah pejabat yang menganggunya.  Ilham bukan jenis lelaki yang membawa masalah pejabat ke rumah.  Ilham mengangguk dan berlalu pergi. 

SEMINGGU berlalu, keadaan masih belum berubah.  Ilham masih acuh tidak acuh dengannya.  Syazmy hanya bersabar.  Melihat Haziq seolah terpinggir, hatinya mula rasa terkilan.  Apa masalah Ilham hingga anak kecil mereka itu tidak dilayan?  Haziq tidak pernah bersalah. 
  Abang ada masalah apa ni?”  Syazmy merapati lelaki itu.  Dia mahu berlembut dalam setiap perkara. 
  Tak ada..”
  Kenapa seminggu ni macam takde mood je?”  Nadanya masih lembut.
  Abang ada banyak kerja..”
  Abang bukan jenis tu..  selama ni, abang tak campur adukkan kerja dan keluarga..”
  I have something that bother me.. inside my mind but I am still don’t know if it is okay to share with you…” 
  I am care to share with you, honey..  I am your wifey.. and I love you..”  Syazmy mengucup jemari Ilham.  Dia menyalurkan rasa sayangnya.  Ilham hanya bersandar.  Hatinya mahu membelai sang isteri.  Hatinya mahu mendekati Syazmy dan bertanya dengan jujur.  Tapi apa yang ada hanya sebuah keluhan sepi di dalam hati.  Dia tak mampu menggapai jemari Syazmy selagi wajah Khairil berlegar.  Ilham masih beku.  Syazmy sedar itu tetapi dia cuba berkompromi dengan suaminya.  Mungkin ada yang menganggunya.  Dia sudah memulakan pertanyaan namun Ilham hanya berkata tiada apa.  Dia cuba menanam kesabaran.  Dia mahu Ilham membuka mulut dan berkongsi dengannya.  Syazmy lantas bangun saat reaksi dari suaminya tiada.  Dia terasa hati.  Namun jemarinya sempat ditarik lembut.  Syazmy menarik nafas perlahan dan memandang kea rah Ilham yang masih bersandar. 
  Give me some time.. I’ll try to handle it..”  Kata-kata itu seakan memujuk namun masih belum kuat.  Syazmy hanya mengeluh.  Ilham tahu isterinya terasa hati.  Dia mahu mengusir rasa tidak selesa itu segera dan mahu rumahtangganya kembali pulih. 

MAKANAN yang terhidang tidak menajamkan seleranya langsung.  Ilham merenung lauk-pauk yang terhidang di hadapannya.  Syazmy tampak bersungguh menyediakan makanan.  Sup ayam, sambal ikan bilis dan telur dadar itu lauk yang agak biasa namun sentuhan air tangan Syazmy tidak pernah mengecewakan tekaknya.  Hari ini, seleranya masih disekat oleh perasaan marahnya tentang perhubungan yang pernah didengarnya dari Leya.  Berkali-kali dia mahu berbincang dengan Syazmy namun keputusannya masih tiada apa.  Dia takut untuk bertanya dengan wanita itu.  Tapi dia mahu tahu kebenarannya. 
  Abang..?  kenapa ni?  Tak sedap ke lauk yang Yamy masak?  Abang nak lauk lain?”  Syazmy bertanya lembut.  Ilham menelan liur.  Baiknya pekerti isteri pilihan keluarga itu. 
  Lauk sedap.. tekak abang macam tak sihat..”  Ilham merenung isterinya.  Syazmy bangun dan mengemas meja.  Semua lauk-pauk dimasukkan ke dalam periuk semula.  Hatinya mula panas dan dia sedang menahan rasa marah dan kecewa.  Ilham memegang lembut lengannya. 
  Abang rasa tak nak makan, Yamy masak bubur untuk abang..”  Perlahan suara Syazmy.  Ilham terus memeluk tubuh isterinya.  Hatinya sendu dan sakit membuat begitu terhadap Syazmy.  Dia sedang cuba melawan perasaan negatif itu. 

ILHAM hanya memerhatikan tindak-tanduk Khairil.  Makan malam di rumah keluarga Syazmy kali ini bagaikan panas padanya.  Melihat Syazmy tersenyum mesra kepada Khairil, darahnya terasa menggelegak. 
  Am..?  Tak sihat ke?”  Teguran Puan Rubiah mengejutkan lamunan Ilham.  Ilham menghulur segaris senyum.  Lantas menggelengkan kepalanya. 
  Abang banyak kerja sekarang, ma.  Tu yang dia serabut tu..”  Syazmy merapati suaminya.  Dia mengurut lembut bahu lelaki itu.  Meredakan perasaan tekanan lelaki itu.  Dia tidak tahu mengapa Ilham berubah sejak akhir-akhir ini.  Namun, jelas di matanya segala tingkah lakunya di rumah ini seolah diperhatikan oleh Ilham dan wajah Ilham akan segera pudar saat Khairil mengusiknya.  Dia terasa Khairil seolah penyebab mood Ilham semakin teruk.  Tapi dia tidak tahu kesahihannya. 
  Ye ke ni?  Janganlah stress sangat..”  Puan Rubiah menasihati menantunya itu. 
  Tulah ma… tu yang buat Am rasa tak sihat sangat.. letih kot..”  Ilham mencari alasan agar kedinginannya pada keluarga tidak terserlah. 
  Rehatlah…  tidur sinilah..”  Puan Rubiah terasa hairan dengan sikap Ilham malam itu.  Mungkin benar lelaki itu penat.  Sepatah ditanya, sepatah saja dijawab. 
  Tak pe, ma… ok lagi ni..” 
  Tidur sini jela…  pergi rehat kat atas dulu.. Yamy bawak Am naik..”  Arahan Puan Rubiah membuatkan Ilham lantas bangun dan Syazmy memegang lengan Ilham untuk naik ke bilik. 

ILHAM merebahkan dirinya.  Di sisinya Haziq sedang terlena.  Ilham terus memejamkan matanya.  Dia tidak acuh dengan kehadiran Syazmy.  Syazmy menarik tangan Ilham namun Ilham melepaskannya dengan kasar.  Dia mengalihkan pandangan dari Syazmy. 
  Abang ni kenapa ni?”  Syazmy bersuara agak tinggi.  Dia rimas dihukum tanpa sebab.  Tambah menyakitkan hatinya, Ilham menolak tubuh kecil anaknya yang sedang tidur itu jauh dari dirinya. 
  Bincanglah kalau ada masalah.  Kenapa nak pendam-pendam?  Kenapa nak hukum Haziq?”  Syazmy menarik tubuh Ilham dari terus berbaring.  Dia mahu Ilham bersuara.  Biarlah Ilham mahu berteriak sekalipun asalkan hatinya puas.  Namun ini.. Ilham hanya membisu dan mendera hati Syazmy. 
  Talk to me…”  Syazmy bersuara perlahan.  Dia mahu Ilham yang dahulu.  Dia mahu suaminya yang suka tersenyum dan mengusiknya itu.  Dia mahu suami yang menyayangi anak-anaknya.  Lelaki yang bersamanya ini.. yang sedang menghirup udara yang sama dalam bilik ini sudah menjadi orang asing. 
  I have no issue about anything..  you’re just think too much..”  Ilham bersuara dan terus bangun ke bilik air.  Syazmy merengus perlahan.  Dia tahu ada yang Ilham pendamkan namun lelaki itu tegar untuk menyimpannya dari berkongsi dan sekiranya hal Khairil yang dirisaukan, bagaimana dia mahu memulakan bicara sekiranya dia tidak tahu dari mana simpulnya.  Kalau bukan hal Khairil pula, tegarkah dia membuka pekung yang membuatkan Ilham lebih dingin?  Dan apabila Ilham melintasi Syazmy, Syazmy mengusap airmatanya.  Dia menutup lampu dan menarik Haziq agar merapatinya dan menjauhi Ilham.  Dia tidak sanggup memikirkan Ilham menolak anak kecil ini tadi.  Malam itu, Ilham diserang rasa bersalah.  Dia mahu memeluk tubuh Syazmy dan memohon maaf namun akalnya menghalang saat wajah Khairil melintasi kotak fikirannya. 

  SAYA rasa diorang bergaduh lah..”  Wajah risau terpancar pada Puan Rubiah.  Encik Hamzah menarik majalah Tempur dari meja sisi.  Sejak tadi, hatinya tertanya-tanya melihat reaksi Syazmy dan Ilham yang tampak kaku.  Namun, dia tidak mahu masuk campur.  Baru ini, dia terdengar suara Ilham dan Syazmy yang kedengaran keras.  Selalunya mereka tidak pernah berbincang hingga terdengar di telinga tuanya. 
  Saya pun rasa macam tu…”  Encik Hamzah masih meneliti majalah di tangannya. 
  Macam mana ni, bang?”  Puan Rubiah terjengah ke luar bilik.  Terdengar suara Syazmy dan Ilham sedang berbual tapi bukan dengan nada lembut.  Mungkin membincangkan sesuatu yang serius. 
  Saya rasa….. ada kena-mengena dengan Ril…”  Perlahan-lahan Encik Hamzah bersuara.  Puan Rubiah membuntangkan matanya. 
  Haaa???  Mana abang tahu?” 
  Cara Am tu lain macam je hari ni… tak macam selalu..” 
  Macam mana nak tolong diorang ni, abang?  Alaaahaiii… kenapalah Am tahu masa Ril dah tak ingat ni…”  keluh Puan Rubiah.  Dia bersandar di kepala katil.  Jiwanya resah. 
  Entahlah….  Rubi… awak rasa….”  Tersekat-sekat suaminya mahu menyoalnya. 
  Rasa apa, abang?” 
  Awak rasa…. Saya buat salah ke?”
  Maksud abang??”  Dahi Puan Rubiah berkerut.  Mencerna ayat yang keluar dari bibir suaminya. 
  Saya ke yang bersalah atas semua hal ni?  Saya mula rasa, hidup saya sedang dihukum atas kedegilan saya…”
  Abangg.. kenapa ni?”  Puan Rubiah cuba memujuk suaminya.  Encik Hamzah bersandar.  Matanya mula berkolam.  Sesal mula tertimpa.  Hatinya terasa sempit. 
  Rubi… saya rasa berdosa….”
  Ya ALLAH… kenapa ni abang…” 
  Berdosa kerana memisahkan Yamy dan Ril….  Yamy dan Am bergaduh.. Ril masih sayangkan Yamy walaupun dia dah tak ada memori lama..  adakah langkah yang saya ambil sebenarnya salah?  Saya paksa Yamy dan saya seksa Ril… berdosanya saya Rubi.. mereka anak-anak saya…”  Dan lelaki itu tertunduk.  Matanya mengalir airmata sesal.  Puan Rubiah memeluk lembut tubuh suaminya. 
  Abang… semua ni takdir.. saya faham, abang buat semua ni untuk keluarga kita… mungkin apa yang kita fikir baik, kesannya tak seperti yang kita sangka…”  Puan Rubiah cuba memahami hati suaminya.  Dia tahu lelaki itu mula terasa sesal.  Melihat keadaan sekarang, mungkin rasa bersalahnya makin meninggi.  
  Yamy bergaduh dengan Am tu lumrah lah abang.. kita muda-muda dulu pun bergaduh, abang..  mereka ada rumahtangga dan mereka akan handle dengan cara mereka…  kalaupun Khairil menjadi puncanya, Ilham harus matang dalam menguasai keadaan.  Bukannya membiarkan nafsu amarah menguasai akal…  Khairil tu… mungkin takdirnya lebih baik jika dengan jalan ni..  Berhenti menyalahkan diri, abang…”
  Abang rasa berdosa…”
  Kita ibu bapa yang inginkan terbaik untuk anak-anak kita..”  Makin mereka tua, mereka makin terasa sedih apabila apa yang diharapkan dalam hidup tidak terjadi.  Mahu melihat Khairil dan Syazmy berbahagia dengan jalan mereka sendiri namun jalan di hadapan nampak kabur.  Adanya Ilham dan Khairil yang masih menanti tangannya bersambut.  Entah bagaimana akhirnya.  Namun, Puan Rubiah tidak lupa untuk mendoakan agar perasaan Khairil pada Syazmy makin beransur pergi. 

BEG besar yang terdampar itu membuatkan Syazmy menelan liur berkali-kali.  Ilham bersandar lembut.  Petang ini dia mahu berangkat ke Langkawi, petang ini baru Syazmy diberitahu.  Entah mengapa, sejak kebelakangan ini dia sering berjauh dengan Syazmy.  Semua yang Syazmy lakukan tidak mendapat kredit darinya.  Belaiannya terhadap Haziq juga berkurangan. 
  Flight abang pukul berapa ni?”  Walaupun berkecil hati, dia masih mengawal dirinya.  Dia menghenyakkan punggung di depan Ilham.  Ilham masih bersahaja dan seolah enggan memulakan apa-apa perbualan.
  Hmmm…??”  Mata Ilham masih terpejam. 
  Flight nya pukul berapa ni?  Abang nak Yamy hantarkan ke?”  Lembut masih paksinya.  Dia tidak mahu terburu-buru menyatakan tidak puas hatinya.  Dia tidak mahu bergaduh tanpa sebab walaupun hatinya saban hari terluka. 
  Company hantar.  Dorang da on the way.”  Masih lagi mendatar suara lelaki itu.  Syazmy menghela nafas tanda dia sudah mula hilang sabar. 
  Abang pergi berapa hari ni?”  Masih tidak mahu berputus asa dengan layanan dingin lelaki itu, Syazmy masih ringan menyusun kata. 
  Hmmmm… tak tahu lagi…”  dan tawarnya jawapan itu menyebabkan hati Syazmy semakin tawar ingin berbual.  Dia lantas mengambil kunci kereta dan terus keluar menjemput Fifi dari rumah umi.  Kini, Ilham seoalah enggan melibatkan diri dalam dunia rumahtangga mereka.  Sikapnya semakin acuh tak acuh dan itu menbuatkan Syazmy berasa sangat lelah.  Dia penat melayan karenah lelaki itu menghukumnya tanpa dia tahu apakah sebab utama kemarahan lelaki itu.  Keluhan demi keluhan dilepaskan. 

No comments:

Post a Comment