Monday, 21 October 2013

Dia... Safaa Hafiya

Tujuh

            “EXCUSE me…  siapa yang buat cupcakes ni?”  Seluruh mata yang berada di pejabat itu memandang pada sang bos yang sedang serius bertanya.  Masuk cup yang berada di tangannya itu, sudah lima biji cupcakes ditelannya. 
            “Haii.. bos. Dah makan dekat 5, 6 biji baru tanya siapa yang buat?  Saya la yang bakar malam tadi.. special untuk birthday celebration bos hari ni..”  Fiona  bersuara sambil ketawa.  Seluruh pejabat tahu yang bos mereka itu tidak ada pantang dalam pergaulan atau gurauan asalkan kerja mereka menepati piawaiannya. 
            “Serious??  Awak yang bakar?  It’s taste like one of my memorable taste of cakes..”  Lelaki itu seolah menggumam sendiri. 
            “Yuuuhuuu…memorable taste dari siapa ni, bos? Girlfriend ke, bos?”  Razlan mengusik bosnya. 
            “She’s more than that..”  Lelaki itu seakan berbisik.  Semua yang mendengar terdiam.  Bosnya itu kedengaran serius menuturkan kata itu. 
            “It comes from Rainbow Cake House..  one pretty girl owned it..”  Fiona menghulurkan kad nama dari kedai berkenaan.  Lelaki itu tersengih sambil menyambut kad nama itu.  Senyumannya makin melebar.    
            “Okay..  I will sponsor cakes for three days..”  Lelaki itu bersuara sambil tangannya mengambil 3 biji kek cawan yang dihidangkan. 
            “Ohh… no.. habislah diet saya bos..”  Fiona melaung. 
            “Siapa kata bos nak bagi kau?  Bos nak payung opis.. kau tak nak, jangan makan..” 
            “Hellooooo.. kek dia ni memang terbaik dari ladang tau..  mana boleh missed..”  Fiona mula membebel membidas kata-kata Razlan.  Beberapa pekerja ketawa dan menggeleng mendengar mereka berbalah. 

            Suasana hingar semakin tenggelam dari pendengaran Imtiaz.  Hans Imtiaz memejamkan matanya.  Menggali memori dari sebuah rasa yang terbit dari kek-kek cawan yang baru dinikmatinya.  Wangiannya sama dengan wangian yang pernah menemaninya dalam beberapa tahun ini.  Entah apa khabar wanita tabah itu?  Tidak pernah dalam sesaat dia terlupa untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan wanita itu walau di mana sekali pun dia berada.  Kolam matanya terasa penuh dengan air.  Rasa sebak sudah menular.  Mengingati kenangan demi kenangan sebenarnya lebih melukakan dari membahagiakan. 

Di Pearl Apartment beberapa tahun lalu…

            HANS memerhatikan daun pintu bilik di hadapan biliknya.  Isterinya masih tidak keluar-keluar.  Jika dihitung, masuk hari ini, wanita itu telah mengurung diri dan menyeksa diri selama 44 hari (wahh.. dah macam pantang-pantang orang melayu pulakk).  Hans mengatur langkah ke dapur.  Dia terasa lapar apabila menghidu bau manis dari arah dapurnya.  Tudung saji diangkat.  Mata Hans membulat. 
            Susunan kek-kek cawan yang terukir indah berada di bawah tudung saji itu.  Tiba-tiba senyuman di bibirnya terukir dengan sendiri.  Kek cawan yang terlukis ‘Happy 31 Birthday Hans Imtiaz’.  Beberapa ukiran comel seperti gambar keretanya, gitarnya dan ukiran hati memenuhi kek-kek cawan itu.  Jemarinya ingin mengambil kek cawan yang terlukis gambar hati yang merah dan penuh, tiba-tiba ada jemari menepuk tangannya.  Hans memalingkan wajahnya ke arah jemari itu. 
            “Haiipp.. sabar sikit ye.. penat-penat kita buat, dia nak makan sorang??”  tegur wanita itu membuatkan sengihan Hans semakin lebar.  Akhirnya wanita itu mahu bercakap dengannya sepeti dahulu. 
            “Thanks for remembering my birthday..”
            “Luckily wallet you kat luar..  nasib baik juga, I terbuka pintu hati nak tengok..”  Wanita itu mencebik. 
            “Opss.. I can sue you for accesing my private information..”  Hans mengusik sang isteri.  Safaa membuat muka selamba. 
            “Ohhh.. pleaseee… please sue me… remember Mr. Imtiaz, I am Puan Safaa Hafiya.  Your legal wife.. What’s yours are mine..”  Safaa mencebik.  Semalaman dia berteleku.  Memikirkan kehidupannya yang makin sempit.  Dan dia telah membuat keputusan untuk menutup buku lama dan membuka lembaran baru di buku baru.  Dia ada Imtiaz yang sudi menemaninya sepanjang kesukaran dan dia harus menghargai kurniaan ALLAH itu. 
            “I really appreciate this.. this is first time, I have celebrating my birthday with someone that really special to me..”  Hans bersuara.  Dia memandang reaksi sang isteri.  Wanita itu mengukir senyum.  Jemarinya lincah membancuh air.  Bihun goreng Singapura disenduk buat lelaki bergelar suami itu. 
            “So, what’s your wishes for this birthday?”  Wanita itu duduk di sisinya.  Lengkap sudah hidupnya.  Dia tidak memerlukan perkara lain.  Isteri yang sempurna begini. 
            “Wahhh.. boleh tunaikan semua ke??”  Mata Hans bercahaya. 
            “Depends..” 
            “My lovely wifey, Puan Safaa Hafiya..  mulai saat ini, detik ini, I want you to call me as abang..  no you, no I..  deal?”  Hans memandang isterinya.  Safaa terpinga-pinga.  Dia terdiam seketika.  ‘Aiii.. cina pun pandai nak guna gelaran abang?’ 
            “Deal, abang..”  Safaa menghabiskan kunyahan dan mengangguk.  Hans serasa mahu melompat.  Dia gembira dengan perubahan wanita ini.  Musim untuk wanita itu berkabung sudah tamat dan Hans harus memikirkan cara untuk wanita ini terus tersenyum dan gembira. 
            “Okay… I have another 24 hours to think about my birthday wish..”  Hans mengecilkan matanya.  Dia sekadar mahu mengusik sang isteri.  Safaa membesarkan anak matanya. 
            “Hello incik abang… please minus about eight hours ye… your birthday just valid for 12 midnight until 11:59 midnight today..”  Safaa mencebik manja. 
            “Second wishes..  please don’t think about anything that will make you sad..  it’s not good for both of you.. please… think about the baby inside you..  one fine day, your family will accept this.  We can just pray for the best.. I’ll be beside you.. ALLAH will be with us.. always..”  Hans memegang jemari Safaa.  Sebut tentang keluarga, dia tahu suis di kelopak mata Safaa akan secara automatik berkaca.  Betapa wanita itu telah disisih oleh insan-insan kesayangannya. 

            “ABANG…”  Safaa memanggil lembut suaminya.  Hans yang sedang menonton televisyen itu mengalihkan pandangan ke arah Safaa.  
            “Hmmm..?  Kenapa, Fiy..  Ada nak makan apa-apa?” 
            “Fiy.. teringin nak naik kereta..” 
            “Haiii… lain macam je mengidam ni?”  Hans mengangkat keningnya.  Dia berasa pelik. 
            “Fiy teringin nak naik kereta laju-laju… Jommm..  please..”  Safaa seolah merayu.  Entah mengapa, dia teringin sangat untuk berada di dalam kereta yang dipandu laju.  Mengidam jenis apa, dia pun tak tahu. 
            “Whattt?  Nope..  A big NO..  until the baby come out..”  Keputusan Hans seolah muktamad.  Bahaya bagi dia jika mengikut sahaja kehendak bukan-bukan seperti itu.  Walaupun dia merasakan permintaan wanita itu sebagai tidak munasabah, dia masih menimbang-nimbang sendiri.  Pelik!  Kerana dia tidak pernah berpengalaman mengendali seorang wanita hamil. 
            “Pleaseeee..  I wanna drive car.. very fasttt..”  Wajah Safaa mencebik. 
            “Driving??  Don’t dare to dream, hun..”  Hans kelihatan tegas. 
            “Hukkk..”  Safaa mula merasa emosinya kurang stabil.  Hans mengeluh melihat wajah sayu Safaa. 
            “Helloo hun.. today is my birthday.  I am the one who should set wishes..”  Hans bersuara seolah tidak puas hati. 
Dia mencapai handphone dan menelefon seseorang.  Dia berbicara dalam bahasa ibundanya sehingga dahi Safaa berkerut-kerut kerana tidak faham.  Safaa lantas bangun dan mahu memerap di dalam bilik.  Saat dia bangun, jemarinya diraih.  Hans tersenyum manis. 
            “Hun..  Go and change yourself..  kita pergi..”  Hans meluru untuk menukar pakaian. 
            “Haa..?  Pergi mana??”  Wajah Safaa terpinga-pinga. 
            “Kata nak pergi bawak kereta laju-laju??  Jadi ke tak ni?” 
            “Serius abang??”  Safaa seolah mahu melompat.  Hans tidak pernah mengecewakannya.  Senyuman Safaa mula lebar ke telinga. 
            “Serius but jangan lompat.  Fiy lompat, kita cancel..”  Hans mengugut.  Dia tahu sangat perangai Safaa yang suka melompat sekiranya dia gembira.  Safaa mencebik.  Jemarinya memutar tombol bilik. 
            “Guna kereta abang tau.. kereta Fiy tak best..”  Sayup-sayup Hans mendengar suara Safaa.  Hans menggeleng dalam senyuman. 
            “Banyak cantikkk..  dia yang mengidam, nak guna kereta kita pulak.  Guna je Myvi Fiy tu..”  Hans menjawab dari dalam bilik. 
            “Alaaaa… kalau guna Myvi Fiy, Fiy tak nak pergiii..”  Safaa tersenyum sendiri di balik pintu.  Hans akan mengalah sekiranya Safaa mengugutnya. 
            “Ishh.. yelahhhhh.. cepat..”  Safaa terlompat sedikit apabila mendengar persetujuan Hans.  Mana feel kalau naik kereta laju-laju dengan Myvi.. lainlah kalau kereta Honda Type R si Hans tu.  Barulah terasa feel sporty sikit..  Safaa tersengih-sengih sendiri. 
            “I said, we will cancel all this kalau Fiy melompat..”  Lelaki itu bersuara.  Safaa menggigit bibir bawahnya tanda bersalah.  Tahu saja Hans yang dia terlompat tadi.  Safaa terus mengambil tas tangannya.  Hans sudah menanti dengan kemeja Polo dan seluar bermudanya.  ‘Apex.. lu sangat hensemmmmmm..’  jerit Safaa dari dalam hati. 

            “ASSALAMUALAIKUM…”  Salam yang dihulur itu disambut.  Hans mengucup lembut dahi Safaa.  Makin hari, dia merasakan hatinya semakin terikat pada wanita itu.  Perut Safaa yang semakin membesar itu dipegang perlahan.  Dia menunduk sedikit. 
            “Sayang daddy..  buat apa tu?  Susahkan mummy ke hari ni?”  Hans berbicara bersama bayi di dalam kandungan Safaa. 
            “Baby baik je hari ni..”  Safaa menjawab.  Setiap hari, dia akan meluangkan masa untuk berbual dengan kandungan Safaa.  Katanya, dia mahu anak itu kenal dengan suara daddynya. 
            “Fiy masak apa hari ni?”  Hans memeluk bahu Safaa yang melangkah ke dapur.  Segelas air oren dihulur.  Hans menyambut perlahan.  Air sejuk itu diteguk.  Syukur diucapkan. 
            “Semalam abang kata nak makan baby sawi ala park choy..  Fiy buat lauk budak-budak je..”  Safaa mengusik Hans.  Hans mengangkat keningnya.  Dia tahu Safaa mengusiknya. 
            “Yelaaa..  makan masakan tak pedas kot.. makanan budak-budak la tu..”  Safaa menyambung usikannya. 
            “Ehhh..  bukan abang tak nak makan pedas, perut abang ni yang tak tahan..”  Hans menepuk-nepuk perutnya.  Safaa ketawa.  Dia sudah cukup faham dengan selera si cina terbakar tu.  Jadi, jika dia teringin untuk makan makanan pedas, dia akan mengasingkan yang tidak pedas untuk sang suami. 
            “Abang… esok kita pergi makan dim sum boleh??  Baby teringin la..”  Safaa bersuara.  Sejak tengah hari tadi, dia teringin untuk menikmati dim sum.  Tekaknya kini makin pelik.  Yang bukan-bukan sahaja yang diingini. 
            “Tak apalah.. malam ni, kita pergi..” 
            “Esok jelah.. hari ni abang penat..”  Safaa mengurut bahu Hans perlahan.  Hans tersenyum.  Safaa sentiasa membuat perasaannya tenang. 
            “Ehhh.. dah solat ke belum?  Dah nak dekat maghrib ni..”  Safaa menegur sang suami. 
            “Uhh.. baru nak terlayang kena urut..  Asar dah.. abang solat kat office tadi..” 
            “Pergi mandi cepat.  Dah pukul berapa ni.. karang, berlumba dengan syaitan pulak..”  Safaa mula membebel.  Hans mengerutkan dahinya.  Tidak faham dengan kata-kata Safaa. 
            “Kenapa berlumba dengan syaitan??” 
            “Abang.. waktu azan, semua syaitan akan bertempiaran lari masuk ke dalam tandas.  Jadi, kalau dah maghrib, abang masuk tandas, berebutlah dengan syaitan.. jadi, sebaiknya kena mandi sebelum azan berkumandang.. atau selepas azan.. Ada setengah jam lagi nak masuk waktu ni, pergi mandi cepat..” 
            “Ai.. ai.. captain!!”  Hans tabik pada Safaa.  Safaa ketawa dengan suara ala-ala Spongebob yang dibuat oleh Hans. 

            “FIY…  abang ganggu ke?”  Wajah bersih Hans yang baru lepas solat itu dipandang.  Berkain pelikat, bersongkok dan berbaju melayu.  Hans kelihatan seperti orang melayu yang lain.  Safaa mengucapkan syukur di dalam hati.  Tidak susah mendidik dan membantu Hans yang sentiasa ingin belajar tentang agama Islam itu. 
            “Taklah.. masuklah abang..”  Safaa menyuruh Hans masuk.  Usai solat maghrib tadi, Safaa bersandar sebentar.  Perutnya terasa memulas. 
            “Fiy sakit ke?  Nampak macam tak selesa je?”  Hans melabuhkan duduknya di birai katil.  Safaa kelihatan sedikit lesu. 
            “Sakit biasa je..”
            “Betul??  Nak pergi klinik tak ni?  Abang bawa..  jom..” 
            “Ishh.. sakit biasa je ni.. nanti okay la tu.  Kalo Fiy tak tahan, Fiy ajak abang pergi ye?”  Safaa memegang jemari Hans.  Dia tahu Hans bimbang. 
            “Okay then.. hmm.. ni.. abang nak baca surah Luqman..  untuk baby.  Fiy dengar ye..”  Safaa mengangguk.  Jemari dia dan Hans bertaut di atas perutnya yang terisi si kecil.  Alunan bacaan ayat suci itu membuatkan Safaa terasa sebak.  Tekunnya lelaki ini berusaha untuk menjadi khalifah yang baik dalam rumahtangga mereka.  Safaa bersyukur ke hadirat Illahi. 
            “Fiy.. kenapa ni?  Esok abang bacakan surah Maryam pulak.. ye?”  Usai bacaannya, Hans mengusap pipi Safaa.  Safaa di hadapannya ini banyak bersedih.  Safaa tersenyum mengangguk.  Dia memegang lembut jemari Hans.  Meminta sedikit semangat dari sang suami.  Safaa memejam matanya.  Dia ingin berehat seketika.  Melihat perubahan demi perubahan dari Hans membuatkan dia selalu terfikir, rahmat ALLAH itu tidak terhitung. 
            “Syyy.. jangan sedih..  rehat dulu..  abang sediakan makanan ye..  Fiy rehat..”  Hans bangun.  Dia menutup lembut daun pintu bilik Safaa.  Hatinya terusik.  Dia sudah pasti yang hatinya kini hanya ada Safaa.  Dia menelan liurnya berkali-kali.  Meneutralkan perasaan sendiri.  Songkoknya dibuka.  Rambut diraup perlahan.  Langkah diatur ke dapur selepas Hans meletakkan songkoknya di dalam bilik. 
            Peti sejuk dibuka perlahan.  Tangannya meraba-raba minuman kegemarannya.  Namun kosong.  Hatinya tiba-tiba berdebar.  Matanya teralih pada bakul buah di atas meja.  Buah itu juga?  Telah hilang?  Kakinya menekan kaki tong sampah di dapurnya.  Liurnya ditelan.  Kesat!  Apa yang Safaa cuba lakukan?  Darahnya naik ke kepala.  Dia menyepak dengan kuat tong sampah itu.  Sungguh!  Dia marah!  Berterabur kulit nanas yang berada di dalam tong sampah itu. 
            “FIYYYYY!!!”  Suara keras yang memanggil namanya itu membuatkan Safaa terjaga.  Kepalanya terasa berat.  Perutnya semakin senak dan sakit.  Tolakan keras di daun pintunya, wajah Hans yang sedang kemerahan itu samar-samar di anak matanya.  Hans marah?  Urat-urat kepalanya turut nampak jelas.  Saat itu, tekaknya mula mual dan muntah terhambur.  Hans tergamam.  Dia terus meluru ke arah Safaa.  Mata Safaa makin melayu.  Hans terus mendukung Safaa. 
            “Fiy… be strong Fiy.. I am taking you to hospital right now.  Be strong!!”  Hans seolah terasa jantungnya terhenti.  Melihat tubuh layu di dalam dukungannya ini, dia terasa darahnya hampir kering. 
            “Baby… be strong.. daddy ada..”  Dia bersuara untuk anak kecil di dalam perut Safaa.  Dia marah dengan tindakan Safaa tapi dia tahu sebab utama Safaa berfikiran cetek begitu.  Namun, dia perlu memperbetulkan Safaa.  Safaa dalam keadaan tertekan sebenarnya. 

            MATANYA dibuka perlahan.  Suasana pagi itu masih hening.  Telinganya mendengar sayup-sayup bacaan suci.  Tubuh yang membelakanginya itu sedang bersolat.  Airmatanya terus mengalir.  Kotak fikirannya mula berputar mencari kisah semalam.  Ada semakin jelas kisah semalam di fikirannya, semakin kuat esakan Safaa.  Hans berpaling usai doanya.  Dia mengukir senyum.  Kerana esakan itu telah membawa Safaanya terjaga. 
            “Fiy… kenapa ni?  Kenapa menangis ni?”  Hans memujuk lembut wanita itu.  Mata yang memerah itu membuatkan Hans terus sejuk.  Dia tidak tahu bagaimana hatinya boleh sejuk secepat ini saat sepasang mata berwarna coklat cair itu merenungnya. 
            “I am sorry.. truly sorry.. very .. very.. sorry.. sorry… sorry..”  Berulang kali ucapan maaf itu diucap.  Safaa mengucup jemari Hans.  Dosanya terasa besar.  Dia telah melakukan dosa besar.  Dan jika Hans boleh menerima takdir ini, kenapa dia harus menolak? 
            “Syyy.. it’s okay, sayang..  Please don’t do this again, dear..  I don’t want you to regret this.. please..”  Hans berbicara lembut.  Dia mahu pesanannya sampai ke dasar hati Safaa.  Safaa dan bayi itu adalah amanah yang ALLAH berikan.  Dia mahu menjadi khalifah yang berjaya memimpin mereka ke syurga nanti.  Insya-ALLAH. 
            “Sorry again… sorry…”  Safaa mengucapkan berkali-kali.  Airmatanya mengalir laju.  Tindakan bodohnya menghabiskan sebiji nanas Sarawak yang manis dan setengah tin air Coke milik Hans mengakibatkan dia berbaring di atas katil ini.  Dan dosanya tidak terampun sekiranya tindakan bodoh itu telah membawa pergi bayinya.  Kenapa dia harus takut?  Mengapa dia rasa keseorangan sedangkan Hans sentiasa menyokongnya?  Dia rasa keseorangan namun Hans sentiasa di sisi.  Apa lagi yang dia mahu?  Sesungguhnya dia menjadi manusia yang tidak bersyukur jika dia meminta lebih.  Terima seadanya dan bersyukur.  ALLAH tidak menurunkan dugaan yang tidak dapat dipikul oleh hambanya.  Percayalah.  Melihat perutnya yang masih membukit itu, dia memanjatkan syukur.  Kerana ALLAH masih memberinya peluang untuk memperbaiki kesilapannya.  Untuk dia dan Hans berpeluang mendidik seorang khalifah yang sedang membesar di dalam rahimnya. 
            “Fiy..  abang nak Fiy fikir dalam-dalam.  Don’t ever think to abort my baby.. please.. abang tahu Fiy takut.. I am with you..”  Hans bersuara.  Dia mahu Safaa jelas mengenai perkara ini. 
            “Truly sorry, abang… I am sorry..”  Sayu suara Safaa.  Hans mengusap lembut kepala sang isteri.  Dia hanya mengangguk.  Yang penting bayi itu telah stabil. 
            “Teka abang bawa apaaaaa…”  Hans menayangkan sebuah beg kertas di hadapan Safaa. 
            “Hmmm… tak tahu..  coklat?”  Safaa bersuara.  Hans menggeleng. 
            “Mana boleh makan coklat banyak-banyak.  Nanti anak abang warna coklat nanti..”  Safaa mencebik mendengar jawapan Hans.  Pipinya dicubit lembut oleh Hans. 
            “Jangan selalu buat muka macam ni. Nanti terkenan kat anak abang nanti..”  Hans mengucup lembut pipi Safaa.  Safaa tersenyum.  Dia bahagia. 
            “Abanggg.. cuba rasa.  Baby berdenyut.  Dia dengar abang asyik cakap pasal dia ni..”  Jemari Hans diletakkan di atas perutnya.  Hans membulatkan matanya.  Terkedu apabila dia merasa denyutan itu.  Safaa hanya mengangguk.  Mengiyakan bahawa denyutan itu adalah benar. 
            “Baby.. daddy bawa dim sum…”  Hans seolah berbisik.  Safaa membulatkan matanya tanda tidak percaya.  Hans mengangguk-angguk. 
            “Hellooo.. daddy.. mummy yang nak makan dim sum tau..”  Hans ketawa mendengar nada rajuk dari Safaa. 
            “Tapi sejuk lahhh.. abang beli malam semalam.  Nak makan tak lalu pulak tengok Fiy tengah terlantar..” 
            “Sejuk pun sejuk la..”  Safaa membuka mulutnya saat Hans mahu menyuapnya.  Sejuk atau panas makanan tersebut, bukan itu yang utama.  Yang pentingnya, dia bersama seseorang yang tersayang.  Hans turut menjamah makanan.  Semalaman perutnya kosong.  Bimbangkan sang isteri, seleranya turut patah. 

            “FAA..?”  Teguran seseorang itu membuatkan Safaa seolah mahu lari dan menyorokkan mukanya.  Kak Rania, Aleesya dan seorang wanita tua berada di sisinya.  Fuhh.. hatinya berdoa agar Hans segera muncul menyelamatkannya. 
            “Kak Rania..”  Jemari dihulur untuk bersalaman.  Dia tunduk hormat pada wanita tu yang turut mengiringi mereka. 
            “Mama.. kenalkan ni, kawan Nia, Safaa..”  Puan Aisya merenung lembut ke arah wanita itu.  Wanita itu tampak kurang bermaya.  Tidak sesuai dengan situasi tubuhnya yang sedang mengandung.  Mengandung?  Faa?  Ini bukan teman Rayyan yang pernah dibicarakan dahulu kah?  Fikiran tuanya melilau mencari jawapan. 
            “Ehh..  Faa tahu yang Ean dah fly bulan lepas?”  Rania bersuara perlahan.  Esya sedang bergayut pada tubuh Safaa yang semakin kurus walaupun sedikit membukit perutnya. 
            “Oh.. ye ke?  Tak tahu pulak.. Faa dah kahwin, kak..”  Akhirnya, Safaa mengaku di depan bekas-bakal-mak-mentuanya.  Mata tua itu asyik melilau ke tubuhnya.  Dia mengharap Hans datang membawa oksigen namun entah ke mana lelaki itu hilang.  Suasana supermarket itu tidaklah sesibuk mana. 
            “Akak tak tahu pun.. kenapa tak ajak?  Mana suami?”  Rania kelihatan kecewa.  Sedih dengan kehilangan Safaa.  Pasti Safaa tidak akan menjadi adik iparnya.  Patutlah Rayyan beria-ia mahu menyambung pelajarannya dan meninggalkan perniagaan kesayangannya. 
            “Faa buat kecil-kecil je kak..  suami Faa pergi cari barang tadi.. hilang pulak dia..”  Safaa tersenyum.  Puan Aisya memegang jemari Safaa.  Safaa agak terkejut dengan perbuatan Puan Aisya itu. 
            “Jaga kesihatan ye Faa..  ibu mengandung kena banyak berehat.  Faa kelihatan tak seimbang dengan kandungan.  Apapun yang ada dalam fikiran, jangan terlalu stress..”  Puan Aisya memeluk tubuh kurus itu.  Safaa menangis tiba-tiba.  Dia rasa sedih dengan perhatian yang diberikan.  Rania turut memeluk lembut tubuh Safaa. 
            “Faa mengandung?  Alhamdulillah… Esya ada kawan la lepas ni..  apa-apa hal beritahu la akak.  Putusnya Faa dengan Ean bukan bermakna putusnya hubungan kita.. ye dik?”  Rania tersenyum lebar.  Semua menerima kehadiran bayi ini dengan senang. 
            “Terima kasih aunty.  Faa akan cuba jaga diri lepas ni..  terima kasih kak Nia.  Thank you..”  Safaa mengangguk lembut sambil mengesat airmatanya.  Dan di sudut sana, dia ternampak sesusuk tubuh sedang memerhatikannya.  Hans mengukir segaris senyum. 

            “YOU knew it?”  Safaa membiarkan Hans menolak troli yang terisi barang-barang dapur untuk rumah mereka.  Jemarinya masih lincah mengoyakkan kertas yang membalut aiskrim Cornetto Royale yang Hans berikan tadi.  Walaupun, masih belum dibayar, Hans tidak banyak bising saat Safaa mahukan aiskrim itu.  Hans hanya mengangguk. 
            “Yeap..  you promised me not to think about him and not to hear even his name..”  Hans memandang ke arah Safaa.  Dia terasa kalah saat berbalah tentang Rayyan. 
            “You are jealous??”  Safaa tersenyum saat wajah Hans mulai memerah dan tidak memandangnya. 
            “I have right..  you are my wife.. and you are thinking about your ex..”  Hans bersuara.  Safaa menyimpul senyum.  Dia berhenti dari berjalan.  Membiarkan Hans meneruskan langkah menolak troli.  Saat menyedari Safaa tidak mengekori langkahnya, Hans berpaling. 
            “Now what?”  Hans bertanya. 
            “You have right to be jealous..  and I am not breaking any promises.  He’s my past.  You are my future.  I wanna be with my future more than my past..  can I?”  Safaa membuat muka kasihan.  Hans menyimpul senyum. 
            “Of course you can..  the future is all yours..”  Hans menghulurkan jemarinya.  Safaa menyambutnya dengan senyuman.  Tinggal Ean.  Tinggallah kenangan. 


No comments:

Post a Comment