Enam
Taman
Asuhan Didikan Kanak-kanak Mutiara
“MUMMY…
can I bring my friend with us?”
Pandangan lembut dari anak kecilnya itu menimbulkan rasa kasihan. Tambahan pula si comel, teman Adam itu turut
menunggu reaksi Safaa. Safaa bertinggung
di hadapan kedua-dua anak kecil itu.
“Mummy tak kisah sayang tapi nanti kalo
mummy kawan Adam ni cari dia macam mana?
Mesti mummy dia risau..”
“I
don’t have mummy.. can I follow you, mummy?” Gadis kecil itu memanggil Safaa dengan
panggilan mummy. Safaa terasa
sebak. Kasihannya anak kecil ini tidak
beribu. Safaa memandang kea rah pengasuh
taska itu, Ros. Ros memujuk lembut anak
kecil itu namun anak kecil itu masih tidak berganjak. Matanya mula bergenang. Adam menarik-narik lengan baju kurungnya
meminta dia belas. Safaa menghembuskan
nafas. Sesak kepalanya. Ini kes anak orang yang nak ikut dia balik
ni. Bukan anak kucing ke anak patung
ke. Bawak tak tentu arah nanti, kot kena
saman. Sakit.. sakit..
“Listen.. what’s your name, baby?” Safaa mendukung anak kecil itu.
“Atiya..”
“Listen Tiya.. I have to ask permission from
your guardian.. maybe nenek ke papa ke… kalau mummy bawa Tiya balik tak
beritahu siapa-siapa, nanti mummy boleh kena tangkap tau. Nanti kesian dengan Adam. Siapa nak jaga dia.. okay
sayang?” Safaa terus berlembut mahu
membahasakan diri dengan panggilan mummy.
“Aunty Ros.. called la papa G. Cakap dengan papa G, Tiya nak ikut mummy..”
Si kecil sudah memberi arahan.
“Selalunya
memang papa dia tu ambil dia lambat ke Ros?”
Safaa memandang pengasuh itu seketika.
“Ha’ah
kak. Papa dia selalu sibuk. Yang jemput dia pun papa G. kadang-kadang nenek dia. Kalau nenek dia ada, nenek dia selalunya
jemput awal. Kesian jugak dengan dia
kak. Selalu balik lambat. Pernah dua tiga hari, malam. Dia memang suka kawan dengan Adam pun..”
“Oh..
ye ke? Adam ni cepat pulak nak carikan
akak ni menantu..” Safaa bergurau. Ros ketawa kecil.
“Haaa..
macam ni, Ros ada number orang yang selalu jemput dia? Biar akak call..”
“Ada..
dia garang sikit…”
“Ye
ke? Siapa?”
“Ros
tak pasti siapa. Papa dia ke Papa G dia
yang garang..”
“Amboiii..
ramainya papa si Tiya tu.. takpe.. bagi
je numbernye. Biar akak yang called..”
SAFAA
menghidangkan makanan di atas meja. Seperti
biasanya, Adam memang akan menukar pakaian dan duduk untuk makan. Atiya kelihatan terpinga-pinga.
“Sayang.. kenapa ni?” Safaa terusik melihat reaksi canggung anak
kecil itu. Kepalanya diusap lembut.
“Mummy
masak ke ni?” soal si kecil.
“Ya, Tiya sayang. Kenapa? Tak suka ke lauk ni?” Safaa mengusap lembut kepala anak kecil
itu.
“Bukan tak suka. Adam selalu cerita mummy masak sedap.. Tiya nak
makan lah. Mummy Tiya tak pernah masak untuk Tiya..”
“It’s
okay sayang.. mummy kan boleh masak?
Tiya dah ada mummy dah ye..
kena share dengan Adam la..” Tiya hanya mengangguk. Namun, dia rasa damai saat Adam dan Atiya
menadah tangan berdoa sebelum memulakan makan.
“KAK
FIY.. siapa tu?” Entah dari mana muncul, Ella menyapa.
“Lala.. lain kali bagi salam
ye. Akak terkejut..” Safaa menepuk bahu Ella, pekerjanya. Dia membawa Ella ke ruang hadapan. Enggan membiarkan Atiya dan Adam mendengar
bicara mereka. Ella mengetap
bibirnya. Tahu kerana dia telah
mengejutkan Safaa sebentar tadi.
“ Kawan Adam.. panggil akak mummy pulak tu. Haii.. rasa macam dah tua pulak akak ni. Dah nak ada menantu dah..”
“Hai, kak Fiy.. jauhnya fikir… anak
pun belum sunat…”
“Ehhh… siapa kata? Akak dah sunatkan dia la… Ni, Lala.. ada
masalah ke kat kedai hari ni?”
“Tip
top.. tak ada masalah besar pun Cuma mak mentua akak call tadi..”
“Haaa.. potong gaji Lala ye..
mengarut tak habis.. ibu nak apa?”
“Ibu tanya khabar.. dia tanya,
kenapa lama tak balik.. dah dekat sebulan dah dia tak jumpa cucu dia tu…”
“Ehh.. mana ada sebulan.. baru dua
minggu lebih..”
“Akak ada kecik ati dengan ibu
ke?” Ella menyoal. Safaa merenung lembut ke arah Ella. Ella bagaikan adik kandungnya. Ella setia bersamanya dalam susah dan
senangnya. Dia tidak lokek meluah rasa
pada Ella.
“Mana ada.. siapalah akak nak kecil
hati dengan orang yang banyak berjasa dengan hidup akak ni, Lala. Akak Cuma kurang selesa dengan Redza je.. die
tu kan tak suka akak dengan Adam menumpang kasih ibu dia..”
“Akak kata tak nak kecil hati.. ni kira
akak kecil hati la ni.. kesian ibu tu kak.. ibu sayang akak. Set
Redza aside. Telan je..”
“Lala.. kalau die kutuk ke apa ke
kat akak.. I just don’t mind. But he hates Adam so much. Akak tak tahan nak dengar dia marah-marah
Adam. Menjaga fikiran Adam dari
terganggu jugak adalah tanggungjawab akak..”
“Akak tak nak cari bekas suami akak
ke?” Pertanyaan cepu emas dari Ella itu
membuatkan liur Safaa terasa pahit.
Pahit sepahit-pahitnya.
“Lala…
I don’t wanna talk about this.. please..”
“Akak lari dari kenyataan.. cuba berbincang..”
“Lala..
listen.. first, ini, hari ini dan hidup akak sekarang ini adalah
kenyataan. Second, he is only my ex. Not
more than that. Sebab akak sangat
berterima kasih atas kehadiran dia dalam hidup akak, akak doakan yang baik-baik
sahaja untuk dia.. case closed.. okay?” Safaa meletakkan jemari telunjuknya di atas
bibir Ella yang becok itu. Ella hanya
tersenyum mengangguk. Dia tak banyak
dapat mengorek rahsia hidup Safaa kerana Safaa sangat berahsia. Dan dia cukup puas jika sehari, sekali dia
akan meminta Safaa mengungkit kisah silamnya.
Safaa bagaikan manusia tanpa kisah silam. Entah siapa bekas suaminya dan kenapa mereka
berpisah, di mana ibu bapa kandung dia dan berapa adik-beradiknya.
“Okay… pergilah layan menantu akak
tu..” Ella bangun dari duduknya. Safaa tersenyum.
“Lala dah makan ke belum?”
“Confirm
dah.. masakan Chef Fiy kot.. kak, esok
tolong masak macaroni goreng pedas tu kak.. teringin laaaa…” Terasa kecur liurnya mengingati masakan
Safaa. Safaa hanya mengangguk
setuju. Makanan kegemaran ibu juga
tu.
“Boleh lah.. nanti akak buat lebih
sikit… ibu pun suka macaroni goreng
tu.. Dah.. pergi layan pelanggan tu..
kek banyak lagi stok ke?”
“Kek favorite akak tu dah lama habis.. lain kali kena buat lebih sikit
je.. haaaa.. minggu depan ada order
untuk birthday celebration kak.. kena bersengkang mata la…”
“Okay.. petang nanti, kita pergi
beli barang yang tak cukup ye? Diorang
pesan apa?”
“Red
velvet with cream cheese..”
“Berapa?”
“150 biji…”
“Wahhh.. lumayann..” Safaa mengangkat keningnya. Rezeki kurniaan ALLAH.
“NENEK…” Adam berpelukan dengan Puan Azizah. Safaa tersenyum. Dia sebak melihat reaksi Puan Azizah yang
memeluk erat tubuh kecil Adam. Safaa
memimpin tangan kecil Atiya. Atiya
menghampiri Puan Azizah. Safaa
memerhatikan reaksi Puan Azizah apabila jemari kecil itu menepuk lembut lengan
Puan Azizah.
“Hug
me too, nenek..” Dan permintaan si
kecil itu membuatkan mata Safaa berkolam.
Sebak menerpa. Hatinya jatuh
kasihan kerana anak kecil itu seolah meminta dikasihi. Puan Azizah terus memeluk Atiya dan
Adam.
“Okay
honey.. cukup-cukup hug nenek. Nanti mummy
jealous tau.. Adam.. bawak Tiya pergi
main dekat your playing court..”
“Okay
mummy…”
“Jangan buat sepah kat rumah nenek
ye sayang.. mummy nak tolong nenek masak kejap.. nanti kalau bersepah…”
“Uncle
Redza marah kan.. Adam tahu mummy..” Belumpun sempat Safaa menghabiskan ayatnya,
Adam menyambungnya sambil tersenyum.
Safaa mengusap ubun-ubun kepala Adam.
“Good
boy..” Safaa tersenyum memerhatikan
Adam dan Atiya berlalu ke bilik mainannya.
Dia terus ke dapur membawa bekas berisi macaroni pedas.
“Ibu.. Fiy ada buat macaroni pedas
untuk ibu.. sorry sebab dah lama tak
balik.. my bad..” Safaa meminta maaf. Banyak sebab yang membuatkan dia tidak
datang. Bukan kerana dia lupa pada ibu
yang keseorangan itu.
“Ibu baru je mengidam nak rasa..
tup-tup anak ibu dah bawa.. emmm.. panaskan dulu, Fiy. Makan panas-panas baru sedap..” Reaksi Puan Azizah membuatkan Safaa
lega. Wanita itu tidak marah
padanya.
“Okay.. emmm ibu masak apa hari
ni? Fiy dengan Adam nak tumpang makan
malam ni..”
“Ibu masak simple je.. petang sikit ingat nak buat ikan tilapia masak sweet sour.. Fiy masakkan untuk ibu boleh? Lama ibu tak rasa air tangan Fiy…”
“Ibu rindu nak makan masakan Fiy
ea? Kalau Redza tanya nanti macam mana?”
“Alaaaa.. dia tu mulut je bising.. dia dah lama rindukan Fiy.. seminggu, dua
tiga kali dia tanya Adam.. bukan tanya anak sebenarnya.. dia rindu kat maknya
la tu..”
“Yolahhh tu.. ada-ada je ibu
ni..” Safaa menggeleng. Dia mengeluarkan tomato serta timun dari
ruangan sayuran di dalam peti ais. Bekas
berisi ikan tilapia itu turut diletakkan di dalam sinki. Sambil menyediakan barangan untuk memasak, dia
ingin berbual panjang dengan Puan Azizah.
Melepas rindu pada umi yang jauh di mata..
“Fiy.. budak kecil yang comel tu
siapa Fiy?” Puan Azizah turut sama
mengupas bawang untuk memasak. Safaa
yang sedang leka membuang mata pada buah nanas itu terdiam seketika.
“Kawan Adam, bu.. dia nak ikut Adam balik sangat tengah hari
tadi.”
“Amboiii.. kita sibuk nak carikan
ayah untuk dia, dia dah carikan Fiy menantu.. advanced betul cucu ibu tu..”
gurau Puan Azizah. Safaa mencebik
mendengar bicara awal Puan Azizah itu.
“Ibu ni ada je nak kenakan
Fiy.. Ros kata, Tiya tu selalu lambat
balik. Dia ada dua papa. Kesian dia, bu. Macam kurang kasih sayang sikit. Dan dia tak segan nak suruh kita peluk
dia. Sayang dia. Kesian pulak Fiy tengok dia..”
“Tulah, Fiy.. manusia ni ada
bahagian dia. Adam masih dikira bertuah,
Fiy. Ada Fiy. Ada ibu dan ibu rasa, dia tak rasa tersisih. Daripada mempunyai dua papa yang sibuk, lebih
baik ada ibu dan nenek yang memberikan perhatian.. Ehhh.. Fiy dah beritahu papa-papa
dia ke? Jenuh dia mencari nanti..”
“Tak pun.. tapi Ros tahu Tiya ada
dengan Fiy. Dia nak ambil nanti, dia call.
Sibuk sangat gayanya..”
“Sibuk sampai tak ingat anak? Hmm.. macam-macam orang sekarang ni..”
“Ibu.. thanks.. sebab sudi terima Fiy..”
Mood di dapur sudah begitu
sedih. Safaa tak henti bersyukur kerana
kehadiran Puan Azizah. Dia mahu wanita
itu tahu betapa besar jasanya pada kehidupan gelap dia dan Adam.
“Fiy.. Fiy tak nak balik cari family
Fiy? Mungkin mereka pun rindukan Fiy?” Lambat-lambat Puan Azizah mengutarakan soalan
itu. Sememangnya soalan itu paling
sensitive buat Safaa.
“Fiy tak mahu mereka bencikan Fiy
lebih teruk. Fiy anak tak guna. Fiy dah malukan mereka. Fiy tak patut jadi anak mereka..”
“Fiy.. tak baik cakap macam tu. Semua ni dugaan. Mungkin Fiy patut fikir untuk maafkan
mereka. Apatah lagi kalau dia tengok
Adam yang makin membesar. Mereka pasti
lega melihat cara Fiy mendidik Adam..”
“Fiy fikirkan nanti la, ibu. Fiy tak sedia..” Suasana diam seketika. Kaku terasa.
“Fiy.. nanti bawang ni tumbuk je
ye.. kalau mesin tak sedap la..” Puan
Azizah menukar topik yang semakin membawa Safaa jauh darinya.
“Fiy pun suka kalau tumbuk. Lesung ibu kat bawah sinki kan?” Safa tersenyum. Dan mereka kemudiannya berbual ringan.
SUASANA mulai hening di meja makan
saat mereka terdengar daun pintu dibuka.
Wajah Adam mula cuak. Safaa hanya
menguhulurkan senyuman manis. Dia
menambah lauk ke pinggan Adam dan Atiya.
Mengusir rasa tidak seronok itu pergi.
“Hai.. senyap je?” Redza menegur. Dia mengucup dahi sang ibu yang sedang
menikmati makanan.
“Ha’ah… malaikat lalu
agaknya..” Puan Azizah mengusik. Safaa membesarkan matanya ke arah Puan
Azizah.
“Tahap malaikat ke, bu yang lalu
tu?” Safaa sengaja menyindir Redza. Redza membalas kata-kata Safaa itu dengan
jelingan.
“Za naik dulu la bu..
Panassss..” Redza meminta diri sambil
menekan perkataan panas itu dan memandang kea rah Safaa dengan tajam.
“Elok la tu, Za.. nanti dah habis
mandi, solat, turun makan ye..” Puan
Azizah cuba meredakan suasana tegang yang tercetus antara Safaa dan Redza. Safaa sudah mula berani membidas Redza. Pastinya mengejutkan hati tuanya. Selama ini, Safaa hanya menelan segala
kata-kata Redza.
“Amboiii… berani anak ibu ni?” Puan Azizah mengusik Safaa.
“Ehhh… bukan bakal menantu ke
ibu? Menantu kena pandai bidas kalau
dapat pasangan macam Za yang hati kering tu..”
Safaa membalas dengan nada usikan.
“Ibu faham… Fiy tak mahu Redza
terus-terusan buat Adam rendah diri kan..”
“Fiy sanggup buat apa saja untuk
Adam.. sama macam ibu sanggup buat apa sahaja demi Redza…”
“Sama macam ibu sanggup buat apa
sahaja demi Redza, Safaa dan Adam…” Puan
Azizah membetulkan ayat Safaa. Safaa
membalas pandangan Puan Azizah dengan sebuah pandangan penuh kasih. Puan Azizah banyak menyuntik semangat
buatnya.
SUSUK
tubuh yang tinggi, tegap dan kemas itu mengingatkan Safaa pada seraut wajah
yang pernah tinggal di dalam hatinya.
Terus Safaa mengingatkan dirinya.
Jangan tenggelam dalam kisah silam.
Dia sudah mengingatkan diri sendiri.
Kisah silamnya adalah kosong dan kisah depannya adalah tumpuannya
kini. Untuk apa membiarkan fikiran
melayang pada sejarah yang tidak pernah wujud pada satu lagi pihak? Membuang masa.
“Saya datang nak ambil Tiya..” Safaa mencuri pandang pada wajah lelaki
itu. Lelaki itu tersenyum. Walau sudah melepasi waktu kerja, wangiannya
masih kuat.
“Tiya dah tidur.. kalau nak ambil, kena dukung la..” Waktu yang sudah melewati jam sebelas malam
ini, memang waktu tidur bagi anak kecil.
“Boleh ke saya masuk?”
“Boleh.. silakan.. Ella..
ni ada orang nak jemput Tiya ni..”
Safaa melaung. Lelaki itu
menanggalkan kasutnya.
“Errr… sorry.. awak ni papa dia yang mana ye? Sorry
to ask.. I got confused..” Safaa
menggigit hujung lidahnya. Tapi dia
tertanya-tanya.
“Saya Papa G. Uncle
dia actually.. tapi masa kecil dia
susah nak sebut uncle… tu yang jadi
Papa G tu. Papa dia outstation dua minggu..”
“Ohhh.. saya ingtkan satu Papa
G. Satu Papa Zola..” Safaa menggumam, berniat untuk mengusik.
“Papa Zola? Siapa tu?”
Wajah lelaki itu kelihatan keliru.
“Alaa.. tu watak kartun dalam
BoboiBoy tu la..”
“Aiii.. dah besar panjang macam ni
pun duk tengok kartun BoboiBoy jugak?” Dussshhh.. Terkena Safaa dengan
kata-kata Papa G itu. Safaa menjeling..
Elleee.. dia tu tak tengok BoboiBoy, nak kaver la tu.. uh.. memang dasar orang
kaya.. mesti tengok mickey mouse.. Spongebob sume tu.
“Of
course la.. saya ada anak. Tu yang
tengok semua tu..” Safaa menjawab
kata-kata lelaki itu. Lelaki itu ketawa
lembut. Menampakkan lesung pipit yang
yang panjang di pipi kanannya.
Manisnyaaa… ‘Safaa! Please behave.. you have a son.. behave!!’ hatinya bersuara.
“Mama Zola.. anyway thanks jagakan anak buah saya ye.. maaf menyusahkan..” Lelaki itu masih berbudi bahasa. Safaa hanya mengangguk.
“Haaaiipp.. saya bukan Mama Zola ye
Papa G..” Safaa mencebik saat terdengar
perkataan Mama Zola. Lelaki itu ketawa
kecil. Dia menghulurkan kad namanya. Safaa menyambut dan merenung kad itu saat
keretanya berlalu.
Azham Razzy Razak
Marketing Manager
Global Properties Holdings
‘Hmmm.. kerja besar. Patutlah kemas semacam..’ Safaa menyimpan kad itu. Adat orang berbisnes. Kad bersepah nak beri kat orang. Jemarinya menarik grill pintu rumahnya. Menutup suis lampu dan bersedia untuk
merehatkan badannya. Untuk menghadapi
hari esok pula.
No comments:
Post a Comment