Tiga puluh
KELOPAK mata terasa berat untuk dibuka. Suasana terasa sunyi dan damai. Ada jemari mengusap rambutnya. Wangian ini sangat-sangat dikenalinya. Syazmy tidak sedia untuk membuka matanya. Dia enggan terjaga kalau ini adalah mimpi
dalam hidupnya. Dia mahu berasa selesa
dengan usapan hangat ini. Dia mahu terus
didakap oleh wangian ini. Airmatanya
serasa mengalir. Pantas, ada usapan
lembut membelai pipinya. Syazmy membuka
matanya perlahan-lahan. Ya… wajah itu
sedang mengukir senyuman yang paling manis buatnya. Dia dikelilingi oleh ahli keluarganya. Wajah mama, papa, ummi dan ayah sedang
mengerumuninya. Semua memaparkan wajah
lega.
“
Kenapa ni?” Syazmy mula sedar
yang dia berada di hospital yang sama.
Dia terlupa apa yang terjadi sebelum dia terjaga.
“ Yamy
tak apa-apa.. Cuma perlukan rehat yang cukup… untuk adik Haziq..” Lembut nada itu keluar dari dua ulas bibir
Puan Bainun. Wajah mertuanya itu tampak
ikhlas menghadiahkan senyuman.
Benarkah? Benarkah ada nyawa
sedang membesar di dalam rahimnya?
Benarkah dia sedang membawa buah cintanya?
“ Adik
Haziq?” Suaranya antara keluar dan
tidak. Dia mengusap lembut
perutnya. Ilham memandangnya penuh
kasih. Namun kini fikirannya
bercelaru. Ya, dia gembira kerana sedang
hamil benih cintanya tetapi hatinya terasa sebak kerana saat ini, ikatan
cintanya sudah terlerai. Ilham bukan
lagi suaminya meskipun dia kini sedang hamil.
Perlahan-lahan, jemari yang berada dalam genggaman hangat Ilham itu
ditarik. Semua yang ada agak terkejut
namun pantas Puan Rubiah bersuara.
“ Am…
semua ni bukan senang untuk Yamy…” Semua
mata tertumpu ke arah Syazmy dan Puan Rubiah.
Encik Hamzah hanya memerhati.
“
Hubungan ni dah dileraikan…” Encik
Hamzah dan Encik Fazlan saling berpandangan.
Mereka agak tergamam dan menelan liur.
Ilham mengundur sedikit.
Rambutnya yang tidak terurus dielus.
Syazmy memalingkan wajahnya.
Tidak tahu bagaimana untuk bereaksi.
“ Bagi
abang peluang Yamy.. ni keluarga kita.. anak kita perlukan kita berdua..” Ilham bersuara lembut. Syazmy mengesat airmatanya yang
mengalir. Sayu dia mendengar suara itu
separuh merayu. Namun, hatinya kebal
dengan pujukan. Sakit, luka, marah sudah
bercampur-baur.
“
Biarkan Yamy tenang dulu. Nanti
kita akan fikirkan caranya, Am..” Puan
Rubiah membela anaknya itu. Cara
terhormat untuk membuatkan Ilham keluar sebentar dari wad itu. Dia mahu Syazmy mendapat ruang untuk
bernafas. Ilham mengangguk faham. Langkah yang diatur keluar dari wad itu
diiringi oleh langkah Encik Fazlan dan Puan Bainun.
“
SAYANG… jangan fikir yang bukan-bukan.
Sekarang fikirkan kesihatan Yamy..”
Pelukan lembut dan kata-kata semangat itu memang sangat diperlukan. Namun, kini, dia lebih memerlukan dakapan
lembut dan pujukan garau lelaki bernama Ilham.
‘Ah… sukarnya untuk bernafas tanpa lelaki itu..’ Airmatanya tidak mahu berhenti.
“ Mama
faham keadaan Yamy. Bukan senang nak
hadapi semua ni seorang diri. Mama
sayangkan Yamy dan mama sentiasa sokong Yamy..
apapun keputusan Yamy, mama terima.”
“
Mama… Yamy sayangkan Am tapi apa yang terjadi depan mata Yamy menghalang
tindakan Yamy. Suara tengkingan dia saat
melafazkan talak menghantui pemikiran Yamy, ma.
Setiap saat. Yamy tak pernah mahu
hubungan kami tamat. Yamy cuba
berbincang sebelum dia marah-marah. Dia
hanya marahkan Yamy keluar dengan abang.
Demi ALLAH, ma. Yamy keluar
dengan abang bukan sebab kami ada apa-apa perasaan tapi sebab hubungan abang
dan adik. Abang dah mula ingat dan pulih
dengan ingatannya, ma..” Syazmy
meluahkan rasa. Semua yang terbuku
dikeluarkan perlahan-lahan. Dia terseksa
kerana memendam rasa. Dia terseksa
dengan masalahnya sekarang. Pelbagai
perkara mengasaknya dari pelbagai sudut.
“
Sabar, Yamy… ALLAH menguji setiap hamba-Nya mengikut kemampuan hambanya
itu. ALLAH Maha Mengetahui segalanya,
Yamy. Ada hikmah di sebalik semua ini,
Yamy..” Suara seorang ibu menenangkan
hati anaknya. Walhal dia sedang menempuh
saat-saat sukar juga. Dia sedang melalui
frasa sukar saat anak kandungnya sedang bertarung dengan nyawa di dalam wad
rawatan rapi. Begitulah kuatnya semangat
seorang ibu.
“ Ma… Am dah tahu hubungan Yamy dengan abang pernah
melebihi hubungan adik dan abang.. Yamy tak tahu dia tahu dari siapa. Ma, Yamy tak berniat nak sembunyikan apa-apa
tapi Yamy tak pernah berkesempatan untuk bercerita dengan dia. Lagipun, apa yang terjadi antara abang dengan
Yamy dah pun berlalu. Kenapa semua tak
pernah nak faham yang kami tak minta perasaan itu hadir? Kalaulah Yamy mampu tolak, kami takkan ada
hubungan istimewa sebegitu. Mama,
percayalah antara kami tidak pernah melampaui batas kemanusiaan.” Tangisan Syazmy melebat. Dugaan ini adalah terhebat dalam
hidupnya. Di mana-mana suara Ilham
seolah sebati dalam jiwanya.
“ Yamy
tak pernah curang pada arwah Amar dan Yamy tidak pernah terlintas untuk kembali
pada abang setelah perkahwinan antara Yamy dengan Am. Sumpah, ma.
Yamy sayangkan keluarga Yamy, ma.
Yamy sayangkan Am. Yamy sayangkan
Haziq. Yamy pun sayangkan abang tapi dia
hanya abang pada Yamy. Dia lindungi Yamy
selama Yamy hidup, ma. Yamy takkan lupa
jasa abang sampai mati. Abang parah
sebab selamatkan anak Yamy, ma. Takkan
itu pun Am nak cemburu? Itu bukan anak Am
jugak ke??” Syazmy seolah mahu
menjerit. Hatinya sakit menahan segala
rasa. Semuanya bercampur-baur. Puan Rubiah mengusap belakang anaknya itu. Dia membiarkan Syazmy mehamburkan rasa sedih
dibahunya. Itu yang Syazmy perlu buat
masa ini. Birkan dia tenang setelah
meluah rasa. Namun kata-kata luahan
Syazmy itu dapat didengar jelas oleh seseorang yang bersandar disebalik pintu
wad itu. Ilham melepaskan nafas
berat. Langkahnya terbantut untuk
melangkah masuk melawat Syazmy.
POSISI duduk Ilham masih belum berubah sejak
setengah jam lalu. Yang berubah cuma
posisi kepalanya. Lelaki itu menarik dan
melepaskan nafas beratnya. Kata-kata
Syazmy yang didengarinya tadi terasa terngiang-ngiang di halwa telinganya. Mata yang terpejam terus terpejam meladeni
rasa sesal. Satu per satu peristiwa pada
malam tragedi itu terlayar. Sukar
sungguh untuk memadam ingatan yang semakin terlekat.
“ Penyakit Puan Syazmy ini, penyakit biasa bagi
semua perempuan yang sudah berkahwin…”
Dr. Lily menguntum senyum. Ilham
sedikit terkejut. Dia seolah dapat
menduga saat doktor itu tersenyum penuh makna.
“ Is she expecting??” Seolah tidak terkeluar pertanyaan itu. Dr. Lily tersenyum sambil mengangguk.
“ Congratulation, daddy..” Ucapan tahniah itu bagaikan satu ucapan yang
terus membebankan pemikirannya.
Ya.
Syazmy sudahpun dilepaskan pada malam itu. Kini wanita itu mengandungkan zuriatnya dan
bagaimana dia mahu menerangkan semua ini pada dunia? Khairil dan Puan Bainun menjadi saksi nyata
dalam lafaznya. Ya ALLAH.. apakah semua ini?
BUNYI derapan kaki berlari melintasi bangku
yang didudukinya. Ilham membuka matanya
perlahan. Wad kecemasan itu bagaikan
dilanda ribut. Ilham terasa dadanya
tersentap. Matanya mula membulat saat
sebuah nama terlintas dimindanya.
Khairil? Dan saat itu juga nama
Haziq terlintas. Ilham terasa dadanya
mahu pecah. Dia pantas berlari ke arah
wad itu. Matanya sempat tertancap ke arah
sebuah susuk tubuh yang sedang bertarung dengan nyawa.
“
Encik.. sila berikan kami ruang untuk bekerja. Kehadiran encik akan menyukarkan kami. Sila duduk..”
Seorang jururawat menegurnya yang sedang meninjau bilik rawatan.
“ Dia…
abang saya..” Lancar bibirnya
menutur. Ya. Khairil abangnya. Abang Syazmy adalah abangnya. Meskipun ikatan mereka sudah terlerai, peluang
untuknya masih bersisa saat benihnya masih bernyawa dalam rahim Syazmy.
“
Berikan kerjasama encik. Duduk
dahulu dan kami akan maklumkan apa-apa perkara secepatnya.” Namun duduknya tidak setenang itu. Gerak hatinya menuju ke arah tubuh kecil
anaknya. Dia melangkah laju ke wad
biasa. Wjah Syazmy yang sedang termenung
direnung. Dia enggan menganggu namun dia
juga tidak mahu wanita itu menyesal.
“
YAMY.. jom ikut abang..” Ilham
menolak kerusi tolak itu menghampiri katil Syazmy.
“ Nak
ke mana?” Suara Syazmy perlahan. Dia tidak menolak dan tidak pula
bersetuju. Hanya bertanya.
“ Kita
tengok anak kita… kita tengok Haziq..
tgk Abang Ril.. abang nak minta maaf kat
semua..” Ilham berlembut. Syazmy turun dari katil dan duduk di atas
kerusi tolak itu. Ilham menolak perlahan
kerusi itu. Namun keadaan yang agak
kucar-kacir itu membuatkan Syazmy tersentak.
Melata rasa beban itu ke dalam ruang hatinya.
“ Anak
kita??” Syazmy bertanya perlahan. Ilham terasa pasir di pangkal lidah. Ilham mengangguk namun airmatanya mengalir
perlahan.
“ Kita
jenguk Haziq, abang… kita jenguk dia…
Yamy nak beritahu dia… dia akan jadi abang.
Dia kena kuat untuk jaga adik dia..”
Syazmy menggoncang lengan Ilham.
Hatinya sudah berdetak kencang.
Airmatanya Cuma menanti masa untuk gugur. Sesaat pun dia tidak mahu di mindanya
terlintas tentang kehilangan Haziq. Ilham
menahan rasa. Sakit kerana terluka di
bahagian badan masih mampu ditahan namun melihat airmata wanita kesayangannya
menjadinya luka hatinya bagaikan ditabur garam.
Pedih sekali.
“ Kita
tak boleh ganggu urusan mereka, Yamy.. doa Yamy.. doa.. kuatkan diri
kita..” Belumpun sempat Ilham
menghabiskan bicara, seorang doktor menghampiri mereka. Wajah keruh itu seolah memberi gambaran
duka.
“
Maafkan kami… kami berusaha sedaya upaya kami untuk menyelamatkan kedua
mereka namun Allah lebih menyayangi mereka..”
Bicara itu membuatkan seluruh dunia Syazmy kelam. Dia memejam matanya. Khairil dan Haziq dijemput bersama-sama
menghadap ILAHI.
“ Innalillah
wa ina illa hiroji’un..” Ilham dan
Syazmy sama-sama mengungkap kalimah itu.
Mama dan papa sudah dimaklumkan .
Mama kelihatan tenang namun dia masih kaku di tempat duduk panjang
itu. Papa memujuk lembut agar
menenangkan perasaan mama. Dan saat itu
Syazmy menyelami perasaan mama saat itu.
Dia yang kehilangan Haziq yang berumur setahun jagung itu merasa perit
yang teramat, inikan pula mama yang melihat anaknya membesar dan
membujang. Semuanya sudah tertulis. Siapa kita untuk menolak ketentuan-Nya? ‘Abang..
jagakan Haziq untuk Syazmy ya. Amar,
anak Yamy ada di sana. Temankan Amar dan
umi..’ Hatinya berbisik lembut
sejurus dia menghadiahkan Al-Fatihah kepada arwah kedua mereka.
PUAN Rubiah meramas lengan baju
suaminya. Airmatanya tidak pernah kering
sejak keluarga mereka dilanda kemalangan.
“
Shid… uncle nak seperti yang kita
rancang..” Talian telefon
dimatikan. Encik Hamzah mengusap bahu
isterinya. Dia tidak sanggup melihat
wajah sayu isterinya dan di saat ini, dia harus tegas dan keras.
“ Saya
buat ini untuk kita. Awak kena banyak
bersabar dan redha.. saya handle dengan
Shid dulu. Nanti kita bincang macam
mana. Awak kena temankan Syazmy.” Suara lembut itu bagaikan sudah membuat
keputusan untuk mereka. Encik Hamzah mengurut
kepalanya berkali-kali. Ini keputusan
yang paling sukar untuknya namun sekali dia sudah memulakan hal ini, dia harus
sudahkan semuanya walaupun sukar diterima oleh sesiapa. Tanyalah pada dunia, siapakah antara mereka
yang menjadi ayah tidak memikirkan tentang masa depan anak mereka? Dan siapakah antara mereka yang rela mati
untuk anak mereka? Dia adalah salah
seorang dari ayah yang akan mati untuk kebahagiaan anaknya jika dia dahulu, dia
pernah memusnahkan kebahagiaan anaknya, kini dia mahu menebusnya semula.
“ Saya
nak ikut….”
“ Saya
akan pergi dulu.. awak tunggu… saya akan bawa awak..” Encik Hamzah mengusap lembut pipi tua
isterinya. Berat Puan Rubiah mahu tinggal,
berat lagi hatinya mahu membawa isterinya sekali. Namun, ini persoalan hidup atau mati dan dia
mahu terus hidup.
“ Jaga
diri abang… telefon saya bila dah jumpa
dengan Shid…”
“ Saya
sayang awak, Rubi.. doakan semuanya akan kembali pulih..” Encik Hamzah sempat berpesan. Dia mahu sang isteri berdoa dan bertahan.
SEMUANYA terjadi tanpa diduga. Selesai segala-galanya bagaikan mimpi yang
ngeri. Syazmy sudah berpindah sepenuhnya
ke rumah papa dan mama. Papa sudah
jarang ada di rumah. Mama kadang-kala
termenung sendiri. Kalau papa ada di
rumah barulah mama akan nampak segar. Dia
cemburu dengan mama dan papa. Dia
cemburu pada rumahtangga yang bahagia seperti itu. Dia sendiri kini jarang berbual melainkan ada
hal penting. Menemani Fifi membuat
kerja-kerja sekolah merupakan rutin hariannya yang baru. Setiap detik, Syazmy mahu masanya diisi agar
hatinya pulih dari kehilangan. Ilham,
kadang-kala menjenguknya selepas waktu kerja.
Perut Syazmy sudah mula kelihatan sedikit. Seringkali Syazmy terfikir tentang masa depan
kandungannya yang masih baru itu. Dia
dan Ilham sudah terlerai ikatan.
Meskipun dia boleh merubah keadaan dengan kembali kepada Ilham, tetapi
setiap langkah ingin kembali itu, dia dibayangi oleh kemalangan yang melibatkan
Haziq dan Khairil pada malam tragedi itu.
No comments:
Post a Comment