Lima
“ PA…
tolonglah.. Yamy takde transport ni.. pukul 5 petang la.. bole ye, pa?” Kedengaran Syazmy merayu-rayu papanya. Dan akhirnya senyuman manis terukir di bibir
Syazmy apabila mendapat persetujuan daripada papanya untuk menjemputnya pulang
dari kerja.
Syazmy
melangkah keluar dari bangunan Tremendous Tower. Matanya melilau serata tempat mencari kereta
papanya. Beberapa kali dia cuba
menghubungi papa tetapi talian seperti ditutup. Situasi itu agak merisaukan dia. Syazmy mengeluh perlahan. Matanya terpaku pada sebuah kereta Honda
berwarna hitam ala-ala sporty. Kereta
dan pemandu itu seolah dikenali.
Amar menanggalkan
kaca mata hitamnya. Dia tersenyum dan
melambai ke arah Syazmy. Syazmy
mengerutkan dahinya. Dia melangkah ke
arah kereta yang seperti dikenali itu.
“
Amar?!! Buat apa dekat sini? Tunggu siapa?” Syazmy menegur Amar yang tersenyum.
“
Uikss.. sombongnya.. Tanya buat apa dekat sini? Tunggu cik puteri sombong ni
la..Naiklah.. Kenapa lambat sangat? Amar tunggu dari pukul 4.55 tadi..” Amar membetulkan tempat duduk pemandu dan
melakukan sedikit gerakan regangan.
Syazmy tanpa banyak soal masuk ke dalam perut kereta.
“
Macam mana Amar boleh datang jemput pulak nie?” Syazmy memandang Amar sambil memakai tali
pinggang kaledar. Amar tersenyum sambil
membetulkan cermin sisi keretanya.
“ Papa
minta tolong tadi. Waktu Amar keluar nak
jumpa client tadi, papa terserempak dengan Amar. Papa minta Amar tolong jemput Yamy sebab
pukul 5 petang tu, kebetulan papa ada urgent meeting dengan pihak
pengurusan. Tak boleh nak cancel dah..
kebetulan pulak, Amar jumpa client lalu jalan ni. Lepas meeting, Amar terus tunggu dekat
sini. Try call tapi tak dapat nak
reach. Kenapa tutup handset?” Sambil menerangkan duduk hal sebenar, Amar
memandu meninggalkan perkarangan bangunan Tremendous Tower.
“
Bateri Yamy kong.. Yamy call papa
banyak kali tak dapat lepas tu bateri terus kong.. last-last Yamy turun jugak sebab nak tengok
kereta papa tapi ternampak kereta Amar..
Nasib baik Amar datang. Jom
tengok kereta Yamy dekat workshop.. entah bila la boleh siap tu.. pagi tadi,
kelam-kabut jugak Yamy nak pergi kerja.
Nasib baik sampai ngam-ngam je.
Kalau tak, memang melayanglah memo kat meja Yamy.. dahlah baru masuk
kerja.. tak nak la ada record tak best..”
Amar tersenyum mendengar kata-kata Syazmy.
“
Kenapa tak minta Amar jemput?
Sama je kan?”
“ Tak
naklah susahkan Amar.. Amar dah banyak tolong Yamy..”
“
Yamy.. seorang kawan takkan menyusahkan kawannya.. apa salahnya? Bukannya tak biasa..”
“
Okay, boss!!! Next time, Yamy
minta tolong Amar je!!”
“ Good
girl!!” Mereka sama-sama ketawa.
SYAZMY dan Amar saling betukar pandangan
selepas mendengar penjelasan salah seorang mekanik yang menerangkan segala
kerosakan kereta Syazmy. Yang tampak
faham dengan penerangan itu adalah Amar.
Syazmy hanya memandang Amar bercerita dengan mekanik keretanya itu. Apalah yang dia tahu pun tentang kerosakan
kereta.. Selepas puas Amar membelek
kereta Syazmy dan menganggukkan kepalanya tanda dia mengerti, mereka berdua
melangkah untuk berlalu selepas diputuskan dengan keadaan kerosakan kereta itu
memakan masa seminggu untuk memeriksa segala sudut.
“
Seminggu? Lamanya.. kena naik
teksi la ni..” Syazmy mengeluh.
“
Takpelah.. Amar hantar and fetch you back.. Deal?” Syazmy mengeluh kecil sambil menebar
pandangan ke luar kereta yang sedang bergerak perlahan meninggalkan destinasi
itu. Amar masih memandang Syazmy. Menanti kata setuju.
“
Fikir apa lagi? Bukannya susah
pun.. kalau ada masa pun, kita memang keluar kan.. sama jugak kan? Still with me.. same..” Syazmy memandang sekilas ke wajah Amar dan
lantas dia menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan usul yang dicadangkan.
KINI, begitulah rutin untuk Amar dan
Syazmy. Detik-detik berlalu, kebanyakan
masa mereka akan habiskan bersama-sama.
Mungkin di rumah Syazmy atau keluar makan. Syazmy jarang keluar berseorangan lagi.
“ Esok
Yamy kerja sampai pukul berapa?”
“ Esok? Hmppphh.. dalam pukul balik lambat sikit kot..
kenapa?”
“
Esok.. Amar ada meeting urgent pukul 9 dengan client baru..”
“
Oho.. ye ke? Hmpphh.. kalau macam
tu, esok Yamy naik teksi je la.. don’t worry..
Ops.. kalau tak silap Yamy, ada member yang ikut jalan yang sama
kot. Kalau Amar tak dapat hantar pukul 9
pagi tu.. takpelah.. Yamy boleh bincang dengan mamat tu dulu..”
“
Mamat? Mamat yang mana? Takpelah.. Amar ada cadangan.. apa kata, awal
pagi tu, Yamy hantar Amar pergi pejabat then time Amar nak balik, I’ll give you
a call.. Fair rite?”
“
Oho.. nak dera Yamy bangun awal pagi?”
“
Sekali sekala tak salah kan?”
Amar memandang manja ke arah Syazmy.
Syazmy mengerutkan dahinya memikirkan sesuatu..
“
Kenapa Amar tak kasi Yamy pergi kerja dengan member pejabat Yamy tu?”
“
Member pejabat Yamy? Hadi kan? No..no..no.. absolutely no!!”
“ Hadi
tu baik la..”
“ Baik
ada makna.. memang la..” Nada yang Amar
gunakan seolah tidak berpuas hati dengan pujian Syazmy kepada Hadi.
“
Serkap jarang!!!” Syazmy hanya
menggelengkan kepala tanda tidak mahu memanjangkan isu Hadi. Dia enggan menimbulkan tentang status
hubungan mereka. Adakah persahabatan
antara lelaki dan perempuan yang sebaik hubungannya dengan Amar? Tingkah.. layanan dan cara Amar kepadanya,
mengingatkan dirinya pada hubungan yang pernah terputus dahulu.. dia kini seolah sedang membina impian kosong
dengan Khairil dengan dibayangi kehadiran Amar.
Namun, selepas Khairil mungkin belum masanya untuk dia membina hubungan
kasih dengan orang lain.
“ Ni
nak pergi mana ni? Ini bukan jalan nak
balik rumah Yamy..” Syazmy memegang
dashboard kereta itu. Dia cemas
memandang ke arah Amar.. Amar hanya
tersenyum.
“
Rileks la.. Amar bukannya ada niat buruk dengan Yamy.. kalau ada niat
buruk pun, Amar akan bertanggungjawab nanti.. don’t worry, honey!!” Amar tersenyum dan mengenyitkan matanya
dengan gaya budak nakal.
“
Jangan cakap yang bukan-bukan, Mar.
Yamy menjerit nanti..” Syazmy
memberi amaran. Nada yang lembut namun
ada kesungguhan pada wajah itu..
“ Yamy
menjerit pun, Amar je yang dengar..”
Amar mula ketawa. Tawa yang
membuatkan jantung Syazmy seolah terhenti.
Tiba-tiba kereta yang Amar pandu terhenti di hadapan sebuah rumah. Sederhana besar tetapi tampak indah dari luar.. Amar membuka pintu di bahagian Syazmy. Syazmy keluar dari perut kereta itu. Seolah terpukau dengan keindahan dan
keselesaan di halaman rumah yang sederhana besar itu. Bibirnya mengukir senyum. Amar memegang jemari Syazmy dan memimpin
untuk masuk ke dalam rumah itu.
“
Assalamualaikum.. ummi.. ummi..”
Amar melaung. Kunci keretanya itu
dilemparkan di meja sisi pintu utama itu.
Syazmy masih menjamu mata. Sejuk
sungguh suasana di dalam rumah itu.
Tiba-tiba keluar seorang wanita sebaya mamanya tersenyum manis. Syazmy menghulurkan salam perkenalan. Amar mengukir senyuman nakal..
“
Ummi.. inilah Yamy yang selalu ID ceritakan tu. Ayah dia ni, satu tempat kerja dengan
ID.. kenalkan, inilah wanita terulung
dalam hidup saya.. Yamy..inilah ummi saya dan inilah rumah tempat saya
membesar..” Syazmy mengangguk
faham. Tiba-tiba serasa wajah Amar
menghampiri wajahnya..
“ Amar
takkan buat perkara yang merugikan Amar.. kalaupun, Amar betul-betul sayangkan
Yamy, itu bukan cara yang betul untuk
memiliki Yamy..” Bisikan halus yang
keluar dari bibir Amar itu menanam keyakinan dalam persahabatan itu.. Syazmy hanya mengangguk.. Lalu jemarinya dihulur untuk bersalaman
dengan ummi Amar.
“
Assalamualaikum, makcik..” Syazmy
menyalami wanita itu. Mencium tangannya
tanda hormat.
“
Waalaikumussalam.. panggil ummi je, Syazmy. Lebih mudah dan lebih mesra..” Syazmy hanya mengangguk. Ummi kelihatan mesra dan baik sekali. Dan seolah-olah nama Syazmy sudah sebati
dengan pendengarannya. ‘Apa yang Amar
dah ceritakan agaknya?’
“ Amar
nak kenalkan Yamy dengan ummi.. and most special person.. Fifi mana, ummi?” Mata Amar meliar mencari tubuh kecil Fifi.
“
Babah..” Panggilan itu bagaikan
menyentak jantung Syazmy. Dia berkawan
dengan suami orang? Anak kecil yang
bernama Fifi itu bermesra dengan Amar seolah lupa bahawa rumah itu ada
seseorang yang masih asing dengan situasi itu.
“
Sayang.. kenal dengan auntie Yamy.
Kawan babah..” Amar mengarahkan
anak kecil itu bersalaman dengan Syazmy.
Syazmy tersenyum dan menyambut huluran salam dari jemari kecil itu.
“
Jangan salah sangka, Yamy. Ini
anak buah tunggal Amar.. Fifi.. baru 4 tahun..”
Penjelasan itu membuang prasangka buruk yang baru mula terbina dalam
kotak fikirannya.
“
Hai.. sweety..” Syazmy merendahkan
badannya sedikit dan mencuit pipi mogel milik kanak-kanak kecil itu.
“
Hai.. auntie..” Fifi mencium pipi
Syazmy.
“
Sweety, auntie tak bawak apa-apa pun untuk Fifi. Babah tak kasitau pun yang dia ada princess
comel macam ni..” Syazmy memegang kepala
anak kecil itu. Fifi kelihatan
mesra. Mungkin dia tidak pernah
menganggap orang lain asing pada pandangan matanya. Amar mendukung Fifi. Diciumnya pipi mogel itu. Manis sungguh anak itu tertawa. Melihat Amar sedang memesrai anak kecil itu,
Syazmy mengatur langkah mengekori ummi ke dapur.
“
Ummi.. ada apa-apa yang boleh Syazmy tolong?”
“
Ehh.. tak ada apa-apa pun.. semuanya dah siap awal. Amar bising minta ummi buat yang
special-special untuk minum petang ni.
Katanya nak bawa kawan.. rupanya Syazmy.
Ada jugak rezeki ummi nak kenal dengan Syazmy..”
“
Opss.. agaknya apa yang Amar dah cerita ni? Malunya saya..”
“
Bukannya yang tak elok. Semua
yang baik-baik je.. katanya dia jumpa
Syazmy dah lama. Masa dia ada di Cameron
Highlands ya? Kami sekeluarga ada di
sana.”
“ Oh
ye? Saya tak kenal yang lain pun.. kenal
Amar je..”
“ Ummi
ingat masa dia balik awal pagi tu.
Katanya jumpa kawan. Lama-lama
baru dia terus terang dia jumpa Syazmy.
Itupun lepas dia jumpa Syazmy balik kat universiti..” Syazmy tersenyum mendengar kata-kata ummi
sambil tangannya lincah menyusun cawan ke atas dulang untuk dihidang.
“ Dia
tak cakap pun nak bawa saya datang jumpa ummi.
Kalau tak, boleh sedia sikit. Ini
pun baru balik kerja..”
“
Takpe.. ini minum petang sama dulu.. lain-lain kali boleh datang makan
sini..”
“
Insya-ALLAH.” Petang indah itu
dihabiskan bercerita bersama ummi dan Amar.
Fifi juga sesekali ketawa sama.
Syazmy sekadar menjamu mata memerhatikan Amar dan Fifi. Hatinya terbetik soalan. Di mana papa dan mama anak kecil yang manis
itu? Rumah tenang itu tampak sunyi. Apa yang terjadi?
“ KELUARGA
Amar hanya ada Fifi dan ummi..” Bicara
Amar bermula. Dia masih menumpukan
perhatiannya pada pemanduannya. Petang
sudah lewat. Menghabiskan masa bersama
keluarga Amar membuatkan masanya terlalu cepat berlalu.
“
Abang dan kakak ipar Amar.. meninggal dunia masa kemalangan jalan raya..
balik je dari cuti di Cameron Highlands dulu..
Masa tu, Fifi dan ummi, Amar yang bawa dalam kereta. Memang dah ajal abang dan kakak ipar
Amar.. masa tu, Fifi kecil sangat. Dia tak tahu yang dia kehilangan papa dan
mamanya..” Amar bercerita panjang. Syazmy hanya menjadi pendengar. Sayu sungguh cerita itu. Fifi kehilangan tempat berteduh. Ummi kehilangan anak menantu dan Amar
kehilangan kasih abang dan kakak sekaligus merelakan dirinya menjadi tempat
teduhan Fifi. Betapa besar pengorbanan
itu.
“
Kenapa Amar tak kahwin? Mungkin
dapat Fifi menumpang sayang..” Syazmy
memandang Amar. amar membalas pandangan
itu.
“ Ada
ke perempuan yang dapat bagi kasih sayang sebenar pada anak yatim? Amar takut, Amar akan menzalimi anak yatim
kiranya Amar tak dapat mencari seorang ibu yang baik untuknya. Buat masa sekarang, ummi adalah ibu terbaik
untuknya..”
“
Bukan semua perempuan jahat tau..”
“
Memang dan Amar tak kata yang semua perempuan jahat.. Amar rasa, Syazmy
je yang layak untuk jadi ibu Fifi..”
Amar memandang Syazmy dengan wajah serius. Syazmy menelan liurnya. Matanya masih terpaku pada mata Amar. Tergamam..
“ Amar
gurau jela.. jangan buat muka macam tu.. Takut!!! Buat Amar reject Syazmy dari calon ibu Fifi
je..” Amar ketawa sambil menarik dagu
Syazmy sedikit. Syazmy tersenyum. Amar membuat jantungnya seolah terhenti
lagi. Syazmy mengalihkan pandangan ke
arah jalan raya dan kereta itu membelok ke simpang rumahnya. Syazmy menarik nafas lega.
No comments:
Post a Comment