Empat
“
TIPU!!!! Amar main tipu!! Itu outside!!” Syazmy ketawa riang melihat Amar menjelir
sambil mengangkat bahunya. Amar
menghampiri Syazmy. Syazmy menolak bahu
Amar. Tidak puas hati dengan corak
permainan yang Amar tunjukkan sebentar tadi.
“
Ala.. kasi Amar menang satu set pun kedekut!!! Yamy dah menang dua set pun tak cukup? Bagi la satu set menang dekat Amar. Boleh jugak bangga dengan member-member
tu..” Syazmy ketawa. Sejak berjumpa semula dengan Amar, hari-hari
riangnya kembali mewarnai hidupnya.
Syazmy meletakkan raketnya.
Sebuah botol mineral
yang Amar hulurkan disambut. Diteguk air
mineral itu untuk menghilangkan lelah selepas selesai 3 set permainan badminton
bersama Amar. Bermain badminton dengan
Amar lebih membuatkan Syazmy penat ketawa sepanjang permainan. Omelan Amar menggeletek hatinya. Kata-kata spontannya membuatkan perutnya
bagaikan ingin pecah kerana ketawa terlalu banyak.
“ Tak
puas hati lagilah tu? Hmppphh? Nak game lagi?” Amar seolah mencabar. Syazmy ketawa lagi sambil menggelengkan
kepalanya. Loyar buruk betul Amar ni..
menang satu game pun, main tipu.. lagi
nak lawan.. Syazmy mencebik ke arah Amar.
“
Eleh..menang satu set pun menang kesian.. nak ajak game lagi?” Amar mengukir senyum. Syazmy membalas senyuman itu.
“ Amar
suka Yamy tersenyum. Nampak yang Yamy
tak pura-pura. Senyumlah lagi. Bila Yamy masam kan.. seluruh jiwa orang yang
memandang akan jadi kelat!!”
“
Amar!!!” Syazmy mencubit lengan
Amar yang mengusiknya. Gelagat mereka
mengundang mata-mata orang sekeliling untuk memandang. Kebanyakan mereka mengukir senyum. Turut berkongsi keriangan bersama Syazmy dan
Amar.
“
YAMY..” Senyuman dan gelak tawa
Syazmy tiba-tiba mati. Gadis yang
tersenyum menegurnya itu adalah LEYA!!!
Musuh di dalam hatinya. Amar juga
terdiam. Leya menghampiri Syazmy. Menghulurkan salam. Syazmy tersenyum tawar menyambut salam
itu. Terasa hatinya bagaikan sedang
disiat-siat. Saat dia sedang mengubati
hatinya, Leya muncul!!!
“ Kak
Leya?! Kak Leya buat apa kat sini? Tak
pernah nampak pulak kak Leya kat sini sebelum ni?” Syazmy memandang Leya. Meminta jawapan.
“
Oho.. akak nak main tennis. Ni ha
sepupu akak ni sibuk nak main tennis.
Kenalkan, sepupu akak, Rashid.. Shid, ini anak kawan mama,
Syazmy..” Leya masih tersenyum manis
memperkenalkan sepupunya kepada Syazmy.
Tiada perubahan yang dapat dikesan.
Syazmy dihadapannya kini masih Syazmy yang dikenali dahulu cuma masa
membataskan pertemuan mereka.
“
Rashid.” Rashid menghulur salam
perkenalan.
“
Syazmy.” Huluran salam itu
disambut.
“
Jadi, inilah adik Khairil ye?
Wah.. manis budaknya. Patutlah
dia berahsia.” Rashid ketawa. Leya tersenyum mengangguk. Syazmy agak tercengang mendengar kata-kata
Rashid.
“
Rashid kenal abang ke?”
Pertanyaan Syazmy itu dijawab dengan anggukan.
“
Abang Syazmy tu, kawan abang Shid time di sana. Abang Shid dah habis. Abang Khairil ada setahun lagi kan? Tahun ni dia balik lah.. tapi, muka Syazmy ni
macam familiar sangat. Oho.. dalam
almari dia, penuh dengan gambar dia dengan Syazmy!!!” Semua yang berada di situ agak tergamam
dengan kata-kata Rashid itu.
“
Abang kan memang rapat dengan Yamy.. sebab tu kami memang macam tu. Tak salah kan? Yamy adik dia..” Syazmy memberi penjelasan sekalipun
pernjelasannya itu hanya untuk menenangkan hatinya sendiri.
“
Ha’ah la, Shid. Yamy dengan abang
dia tu, macam isi dengan kuku. Rapat
sangat-sangat..” Leya membela Syazmy
seolah memujuk hatinya sendiri. Siapa
yang tak cemas bila lelaki pujaannya menyimpan gambar gadis lain? Syazmy membuat kesimpulan sendiri. Anggukan Rashid membuatkan nafas Syazmy
seolah teratur kembali.
“
Ops.. nama gadis kepunyaan Khairil tu, Itra. Yup. Aku pernah dengar diorang berbual. Bukan main mesra tu.. ya.. Itra..” Wajah Leya mula berubah. Syazmy juga sedang berperang untuk
mengekalkan ketenangan untuk dirinya.
“ Ops…
asyik cerita Yamy, Leya, Rashid dan Khairil je.. siapa yang nak kenalkan
saya?” Amar tiba-tiba mencelah ketika
keadaan sedang tegang. Semua yang ada
tiba-tiba ketawa melihat mimik muka yang Amar tunjukkan.
“
Alahai.. lupa pulak si budak bucuk ni!!
Ini kawan Yamy. Nama dia, Amar
Hidir. Panggil ID. Yamy sorang je yang boleh panggil Amar.” Amar bersalaman dengan Rashid dan Leya. Syazmy mengukir senyum.
“ Ha..
Kak Leya perasan tak? Inilah lelaki yang
langgar Yamy masa kita dinner dekat Cameron Highland. First date akak dengan abang la.. ingat
tak?” Syazmy menerangkan serba sedikit
walaupun apa yang diceritakannya itu seolah mengoyak luka lama, namun dia
sanggup demi mengajar hatinya agar melupakan Khairil.
“
Oho.. budak gentlement tu? You
know, Shid. ID ni pertama kali kami jumpa
time dia sambut Yamy dari jatuh. Lepas
tu, dia minta maaf, bersalaman dan berkenalan dengan kami semua..
bayangkanlah..” Leya bercerita semula. Amar menunduk dan tersenyum.
“
What? Kalaulah I, dahlah
tersambut anak dara orang. Boleh minta
maaf dan berkenalan sekaligus dengan yang lain-lain? Mahunya menggeletar kepala lutut I ni..” Rashid membuat gaya lututnya sedang
menggeletar. Syazmy ketawa sambil
memegang lengan Amar. Leya mencubit
lengan Rashid. Tiba-tiba telefon bimbit
dari poket Syazmy kedengaran. Amar
mengangkat muka. Syazmy melangkah jauh
sedikit untuk tidak menganggu. Seketika
kemudian, Leya dan Rashid sudah berjalan menuju ke court tennis. Syazmy cuma melambai dari jauh dan mengukir
senyum.
AMAR menghampiri Syazmy sambil menghulurkan
raket dan beg Syazmy.
“
Dah.. jangan buat senyum plastik tu dengan Amar.” Amar meletakkan jari telunjuknya ke pipi
Syazmy. Syazmy tersenyum manis. Amar memang kenal benar dengan
senyumannya. Sama seperti Khairil. Kedua-dua mereka memang ada persamaan dan
sebab itu, Syazmy boleh keluar dan menghabiskan masanya bersama-sama dengan
Amar.
“ So,
ke mana selepas nie?” Syazmy memandang
Amar sambil mengambil beg dan raketnya dari Amar.
“ Yamy
nak ke mana?” Amar memandang ke dalam
mata Syazmy.
“ Kita
ke rumah Yamy? Mama nak kenal dengan
Amar la.. hari tu, Yamy ada cerita Yamy jumpa Amar then mama ajak datang
rumah. Jomlah. Untung-untung dapat minum petang
sekali..”
“
Kalau bab minum petang tu, boleh diterima la..okeh..jom!!” Amar menyandang raketnya dan melangkah
bersebelahan dengan Syazmy.
“
MAMA.. PAPA..” Syazmy melaung
dari ruang tamu. Mencari mama dan
papanya sambil tangannya memimpin tangan Amar.
Lagaknya seolah memperkenalkan teman lelaki kepada keluarga.
“
Mama!! Papa!!”
“ Kami
kat taman, Yamy!! Apanya yang melaung
tu?” Kedengaran suara mama dari arah
taman. Syazmy menepuk dahinya.
“
Macam mana boleh lupa pulak yang mama dan papa selalu minum dekat
taman!!” Syazmy seolah bertanya pada
dirinya sendiri. Tangan Syazmy masih memimpin tangan Amar.
“ Ma..
Yamy nak kenalkan dengan Amar..” Syazmy
memperkenalkan Amar pada mama dan papa.
Mereka bersalaman.
“
Wahhh.. Yamy dah pandai kenalkan lelaki dengan kita ni, Rubi. Sedia jelah.
Lepas Ril, Yamy pulak..” Papa
mengusik. Syazmy mencebik dan memeluk
papanya.
“ Papa
ni banyak mulut la. Ini kawan Yamy
je. Dia yang kita jumpa dekat Cameron
sebelum abang pergi belajar kat luar negara..”
“
Duduklah, Amar.. harapkan ajakan si Yamy nie, memang tak teringat dia
nak jemput Amar duduk..” Papa mengusik
lagi. Amar mengangguk sambil melabuhkan
duduknya. Syazmy menarik kerusi di sisi
Amar.
“ Puas
Yamy cari mama dengan papa tadi. Kalau
tak ada, mesti kami berdua dah kena tangkap basah walaupun dalam keadan kering..” Syazmy mengomel sendirian.
“
Ala.. bukannya tak biasa. Mama
dengan papa kan memang selalu minum petang dekat taman? Yamy je yang dah tak join kami.. itu pasallah
lupa!” Mama memulangkan paku buah
keras. Yamy terdiam tetapi matanya
meredup ke arah Amar. Kata-kata mama itu
mengingatkan dia pada Khairil. Kerana
Khairil, dunia asalnya musnah.
Fikirannya melayang entah ke mana.
“ Amar
sekarang kerja kat mana?” Papa memulakan
bicara.
“
Excelent Holding, pak cik.. Baru je setahun kerja. Rezeki sampai awal lepas graduate. Itupun kontrak setahun sebab nak tengok
prestasi dulu.. Fresh graduate..” Amar
memandang En. Hamzah tenang. Perwatakan
yang low profile pada En. Hamzah itu amat dikaguminya. Papa mengangguk faham.
“
Excellent Holding?? Eh.. Abang..
itu kan ke tempat kerja abang?” Mama
bersuara memandang ke arah papa. Papa
menganggukkan kepalanya sambil mengukir senyuman kepada Syazmy. Amar juga mengulum senyum. Syazmy mendongak.
“ Amar
ni kerja dekat tempat papa?” Syazmy memandang
meminta penjelasan. Papa dan Amar
mengangguk serentak. Kemudian
ketiga-tiga mereka ketawa riang..
“
Patutlah masa Amar nampak papa tadi, nampak gelisah je. Rupanya, dia kenal dengan papa!!” Syazmy mencubit lengan Amar.
“
Yelah.. Amar datang hari ni sebagai seorang kawan Syazmy bukan sebagai
pekerja papa, jadi papa tak bukak cerita lah..”
Papa ketawa. Syazmy
mencebik. Mama cuma menggeleng.
“
Yamy.. tadi ada surat untuk Yamy.. Kat atas meja sana..”
“
Surat dari mana, ma?” Syazmy
bangun dan mencapai surat yang dimaksudkan.
Mama hanya mengangkat bahu tanda dia tidak tahu surat dari mana. Amar hanya memerhati.
“
Amar.. jemputlah minum. Rasa kuih
tu. Makcik yang buat tu. Nak harapkan si Yamy nie, maknanya tak
merasalah.. selalu sangat balik lambat…”
Mama mengomel.
“
Ops.. correction, ma. Sekarang,
Yamy dah selalu lepak dekat rumah kan?
Cuma petang je, Yamy pergi main badminton. Mama ni sebenarnya mengadu kepada yang
salah. Mama tak ingat ke? Inilah lelaki yang menyebabkan anak mama ni
selalu balik lambat?”
“
Opss.. pembetulan, Yamy. Sekarang
Amar dah hantar Yamy balik rumah sebelum Maghrib kan? Betul tak?”
Amar bersuara memerangkap Syazmy.
Syazmy mencebik.
“ Lain
kali, tak boleh bawak Amar datang rumah lagi!
Kalau ye pun, back up la Yamy..”
Syazmy merungut sendirian.
Tiba-tiba mama dan papa ketawa riang.
Bersama Amar, Syazmy menjadi dirinya sendiri. Itulah yang melegakan hati mama dan
papanya.
“ Yamy
tak cakap suruh back up pun? Kalau back
up awal-awal, susah Amar nak bawak Yamy keluar malam pulak..” Syazmy mencubit lengan Amar. Amar mengaduh. Telatah mereka mencuri tumpuan mama dan papa. Syazmy melabuhkan duduk di sisi Amar. Jemarinya lincah pantas mencari ruang untuk
membuka surat yang baru sampai tadi.
Agak teruja untuk melihat isinya kerana logo yang tertera di hadapan
sampul surat itu membuatkan hati Syazmy tertanya-tanya. Seluruh isi rumah itu memandang dengan penuh
debaran.
Surat yang dikeluarkan pantas dari dalam
sampul itu dibaca secara rambang dan kedengaran jeritan kesukaan dari bibir
mungil Syazmy. Sungguh itulah salah satu
detik gembiranya selepas cintanya kecundang.
Mendapat tawaran bekerja sebagai pegawai di bahagian sumber dan manusia
syarikat swasta yang baru beroperasi selama beberapa tahun lalu. Pertaruhan nasib dalam pekerjaan itu memang
sebagai satu cabaran yang sukar.
“
Yamy!!!! Kalaulah mama, papa
dengan Amar ni ada sakit jantung, dah lama kami ‘gol’ tau? Tak ada sepakan penalty bila dengar jeritan
Yamy ni!!” Mama menarik nafas untuk
mengembalikan ketenangan dalam suasana.
Papa dan Amar melepaskan nafas lega.
Syazmy masih tersengih-sengih.
‘Marahlah Yamy!! Pukullah
Yamy!! Yang penting, Yamy dah dapat
kerja tanpa tunggu masa yang lama..’
“
Mama, papa.. Yamy dah dapat kerja!!!
Dekat Tremendous Tower!!!” Syazmy
memeluk mama dan papanya bergilir-gilir.
Pancaran keriangan itu kelihatan menggembirakan.. Syazmy memandang lembut ke arah Amar. Dia menghampiri Amar dan memegang jemari
Amar. Lembut.
“ I
know.. this luck was your effort too.. Thank you very much..” Amar hanya menganggukkan kepalanya sambil
tersenyum. Syazmy tahu, Amar banyak
memainkan peranan dalam pemilihannya sebagai pekerja Sumber Manusia di Tremendous
Tower apabila dia mengenalkan Syazmy dengan pihak pengurusan yang merupakan
teman baik Amar. Bekerja di Tremendous
Tower merupakan impiannya sejak di universiti lagi. ‘Amar Hidir.. kalaulah hati ini bukan milik
Khairil hingga kini, dirimu tentu menjadi pilihan..’
“
Anyway.. tahniah.. Yamy tak nak peluk Amar ke?” Amar mengusik Syazmy dihadapan mama dan papa
Syazmy. Kedua-dua mereka hanya tersenyum
lembut. Syazmy mencebik manja. Amar menggelengkan kepalanya. Dia suka melihat gadis itu keriangan. Dia tahu, ada sebuah duka di sebalik hati
tulus itu. Masa akan memberitahu keadaan
sebenar.
No comments:
Post a Comment