Tiga puluh enam
BUNYI bising dari halaman rumah mengejutkan
Syazmy dari tidur. Terasa lama dia
tidur. Mengambil masa untuk bangun,
kedengaran suara Fifi ketawa girang.
Beberapa suara bergabung dan dia tidak pasti siapa. Mungkin Pak Usu dan Mak Usu sedang melayan
karenah Fifi. Syazmy bangun dan
melangkah ke bilik air. Atau mungkin
juga ada tamu yang datang? Syazmy
menyiapkan dirinya untuk mandi. Sebentar
lagi, dia turunlah.
“
ASSALAMUALAIKUM…” Suara garau itu
teramat dikenalinya. Saat itu, kaki kanannya
baru sahaja menapak di anak tangga terakhir.
Dan lelaki itu kelihatan sangat santai..
Jeans lusuh dan baju putih bertulis I love Bandung.
“
Berdosa tau tak jawab salam…”
Lelaki itu menegurnya. Syazmy
terkaku sementara otaknya sedang berputar mencari satu jawapan. Salam itu dijawab di dalam hati.
“
Ibuuuu… ayah datang pagi-pagi tadi….”
Fifi memegang jemari Ilham. Fifi
kelihatan seronok dengan kehadiran Ilham itu.
Sudah tentu. Dia berkali-kali
bertanyakan Ilham sejak beberapa hari mereka ke sini. Walaupun boleh dikatakan setiap malam mereka
berbual melalui video call, tapi ikatan hati mereka seolah lebih dari itu.
“ Abang
terus datang sini malam tadi…?” Syazmy
bertanya perlahan. Dan soalan itu
dijawab dengan senyuman. Syazmy tahu..
lelaki ini memakai baju yang sama malam tadi.
Tentunya dia bergegas untuk ke sini malam tadi juga.
“
Abang tak tenang malam tadi.. but I got the flight early in the
morning.. Abang rasa risau tengok Yamy
menangis malam tadi..” Ilham bersuara.
“ Kenapa Fifi tak kejut ibu?” Syazmy memandang anak kecilnya.
“
Kejut… tapi ibu tak bangun. Ayah
kata, biarlah ibu rehat. Ibu tidur
lambat malam tadi..” Fifi menerangkan
situasi. Syazmy merenung anak mata bekas
suaminya itu. Ilham hanya tersenyum mengangguk. Dan, apakah lagi alasan untuk
menolaknya? Dia cuba memperbaiki dirinya
yang salah dan kini dia meminta ruang untuk dia memperbaikinya dalam
perhubungan mereka.
“
Yamy.. sarapan dulu.. nanti kita masak istimewa sikit untuk Ilham. Dia terbang dari jauh-jauh ni.. sampai
awal-awal pulak tu..” Mak Usu mengusik
Syazmy. Pak Usu hanya tersenyum penuh
makna.
“ Yamy
tak tahu pun Am nak datang..” Syazmy
bersuara seolah membela dirinya sendiri.
“ Am
rindu lah tu, Yamy… dengarnya malam tadi dia cari flight…” Pak Usu mengusik.
“
Abang nak rehat? Tidurlah kat
bilik Yamy…” Syazmy mempelawa. Ilham hanya mengangguk. Dia memang memerlukan rehat. Dia mahu tidur sebentar untuk memulihkan
tenaganya yang semakin lemah. Mungkin
risau dengan keadaan Syazmy malam tadi dan kini melihat wanita kesayangannya
sihat-sihat sahaja, dia menarik nafas lega.
“
Fifi… bawak ayah masuk bilik kita.
Bagi ayah rehat.. lepas tu, Fifi turun tolong ibu siapkan makanan
special untuk ayah ye??” Syazmy meminta
bantuan anak kecilnya. Fifi hanya
mengangguk faham dan memimpin ayahnya untuk ke bilik tidur. Syazmy mengusap kepala anak kecilnya.
“ DIA
sayangkan Yamy..” Suara Mak Usu memecah
sunyi antara mereka. Jemari Syazmy
lincah menghidang makanan tengah hari. Masakan
hari ini agak istimewa. Entah mengapa,
Syazmy terasa dia mahu menjamu lelaki kesayangannya itu dengan air
tangannya. Paprik sotong, sambal udang
petai, sayur campur, telur dadar dan air nenas.
Kegemaran Ilham. Dia tidak akan
pernah lupa.
“ Yamy
tahu.. semua orang cakap macam tu..”
Syazmy mengeluh lembut. Merenung
ke luar dapur. Dia seolah tidak mampu
berfikir kerana dia enggan memberatkan fikirannya lagi.
“ Yamy
tak mahu beri dia peluang?” Pertanyaan
Mak Usu itu dibiarkan berlalu. Namun,
soalan itu bergema di sudut hatinya.
‘Syazmy.. masih adakah peluang untuk Ilham?’
“
Ibuuuuu.. laparr..” Fifi merengek
manja apabila meja sudah terhidang makanan tengah hari. Syazmy mengusap kepala anak itu penuh kasih.
“
Pergi panggil ayah dengan Tuk Su.. kita boleh makan sekali… ibu masak
favourite Fifi.. Paprik sotongg…”
“
Wahhhh.. sedapnya…” Fifi terus
berlari ke tingkat atas untuk memanggil Ilham dan Pak Usu. Syazmy hanya tersenyum memandang telatah anaknya
itu.
“
ASSALAMUALAIKUM…” Syazmy
melangkah ke pintu hadapan melihat tetamu yang memberi salam itu.
“
Waalaikumussalam.. Ehhh?
Hai…” Syazmy menegur lelaki
itu.
“ Saya
mengganggu ke?” Lelaki itu menghadiahkan
senyuman.
“
Nope… tapi langkah kanan.. Join us for lunch?” Syazmy mengajak.
“ If
you insist…” Lelaki itu tersenyum namun
jemarinya menghulurkan sekuntum ros merah.
“
Untuk saya??” Wajah Syazmy tampak
terkejut. Lelaki itu lantas mengangguk
sambil tersenyum.
“
Thankss.. Please come..” Bunga
ros itu bertukar tangan.
“
Uncleee..?” Suara kecil itu
datang dari belakang. Fifi tersenyum
manis melihat lelaki itu datang.
“ I
got something for you sweety..” Sekotak
coklat bercorak kartun untuk anak kecilnya.
Fifi terjerit suka.
“
Mesti mahal ni..” komen
Syazmy.
“
Takda lah…”
“ I
know… this is hand made laaa….” Syazmy
mencebik. Isqandar hanya ketawa
kecil. Wanita ini terlalu detail. Terperinci.
Namun, hatinya tetap terlekat pada wanita yang ini. Suara deheman dari dalam menyedarkan Isqandar
bahawa mereka diperhatikan dari tadi.
“
Ilham…” Mendatar suara itu. Ilham tersenyum namun reaksinya kaku. Dia seolah tidak puas hati melihat wajah
lelaki itu. Isqandar bersikap
biasa.
“
Come… kita makan..” Syazmy
mengajak Ilham dan Isqandar. Dia tidak
mahu terbakar di tengah-tengah apabila kedua-dua lelaki ini saling menyabung
pandang. Rasa seperti mereka bermadu
pula. Syazmy yang terasa tidak
tenang.
“
KENAPA Syazmy?” Ilham bertanya
tiba-tiba. Puas dia menahan rasa melihat
kemesraan antara Isqandar dan keluarga Syazmy.
Hatinya terhiris pedih.
“ You
know why… aku tak memilih pada siapa aku
akan suka. Aku Cuma terasa pandangan
pertama aku pada dia mengusik jiwa lelaki aku..” Isqandar memeluk tubuh. Dia mahu berhadapan seperti lelaki matang. Ya.
Dia sukakan Syazmy. Dan Ilham
kini bukan lagi suami Syazmy. Dia tidak
berasa perasaannya salah.
“
Dulu.. Reen.. sekarang Yamy… dia isteri aku..”
“ Dia
bukan lagi ‘isteri’ kau, Am.. dan aku dengan ‘Reen’ tak pernah ada hubungan..” Perkataan isteri dan nama Reen itu
ditekankan. Isqandar menyauk rerambut
yang berjuntaian ke dahi. Angin laut
menyapa lembut. Mereka lebih senang
berbicara di halaman rumah.
“ Aku
suka pada dia.. bukan sebab dia milik kau.. tapi sebab dia ada nilainya sendiri..” Isqandar membuang pandangan pada laut. Ilham mengeluh. Dia makin sukar untuk menggapai Syazmy.
“
Kesalahan aku terlampau besar pada dia..
aku cuba menebusnya..”
“ Aku cuma
mencuba nasib. Aku tak tahu kenapa hati
aku pilih dia Ilham.. kalaulah aku boleh
alihkan perasaan aku, aku akan buat… tapi hati aku memilih dia, Am..”
“
Kerana dia wanita hebat.. dia kuat dalam segala segi. Kalau dia terima kau…..” Kata-kata Ilham termati di situ. Dia tidak sanggup memikirkan ayat untuk
menamatkan ayat itu.
“ Aku…
akan membahagiakan dia, Am. Aku takkan
melepaskan dia walau sejuta orang menentang aku atau seluruh dunia memaksa aku
meninggalkan dia. Aku takkan lepaskan
dia semudah kau melepaskan dia…”
Isqandar memandang temannya itu.
Ilham tersentak. Sakitnya
mendengar kenyataan dari mulut Isqandar itu.
Ya. Dialah lelaki bodoh yang
melepaskan permata dari genggaman.
“
Jangan cakap lagi, Is. Aku
terhukum setiap saat kerana kenyataan itu..
aku manusia biasa. Aku buat
salah, Is..” Ilham bersuara kesal.
“ Aku
takkan mainkan dia, Am.. aku janji
dengan kau. Aku janji dengan diri aku
sendiri… aku sanggup terima Fifi..
terima anak kau…” Rayuan Isqandar itu
bagaikan racun pada Ilham. Meresapi
pembuluh darahnya dengan pantas. Dan dia
semakin merasai Syazmy semakin jauh. Dan
pandangannya tiba-tiba gelap.
No comments:
Post a Comment