Tuesday, 8 October 2013

:::Biarkan Aku Sendiri:::

Tiga puluh sembilan

ILHAM melambai Puan Rubiah dan Encik Hamzah yang baru keluar dari balai ketibaan.  Hampir dua minggu dia dan Syazmy pulang ke semenanjung.  Dia tidak mahu mengalah walau untuk siapa pun.  Dia mahu berada di sisi Syazmy sentiasa.  Biarpun tiada ikatan antara mereka tetapi bayi mereka masih mengikat mereka dalam satu hubungan.  Biarpun sejuta Isqandar yang beratur untuk memiliki Syazmy, dia tidak akan mengalah. 
  Sihat, papa?  Mama?”  Ilham bersalaman dengan mertuanya. 
  Kami, Alhamdulillah.. Am dengan Yamy macam mana?  Ada perkembangan?”  Papa menepuk perlahan bahu Ilham. 
  Kembang tu tak lah.. tapi ada la peningkatan.  Mahu jugaklah dia balik semenanjung..  biar Yamy depan mata, lega sikit hati Am..”   Ilham tersenyum. 
  Tu pun mama dengar sampai pengsan-pengsan Am kat Labuan?”  Sinis gurauan Puan Rubiah dan soalan itu dijawab dengan ledakan tawa dari Ilham dan Encik Hamzah. 
  Amboiiiii…. Seronoknya ketawa… cerita pasal apa ni?”  Syazmy menegur apabila melihat mereka semua ketawa.  Dia menyalami jemari mama dan papa.  Fifi turut melompat kegirangan. 
  Cerita biasa-biasa je, Yamy..  Yamy sihat?  Baby sihat tak?”  Puan Rubiah menukar topic segera.  Dan kemudian Syazmy dan Puan Rubiah bertukar-tukar cerita tentang kandungannya.  Ilham menarik nafas lega.  Puan Rubiah memang bijak menukar topik.  Bagasi dimasukkan ke boot kereta dan mereka menuju ke rumah Puan Rubiah. 

PUAN Bainun dan Encik Fazlan turut menyertai makan malam meraikan kepulangan Encik Hamzah dan Puan Rubiah.  Syazmy dan Ilham sama-sama bekerjasama memasak dan meyediakan makan malam istimewa itu sementara mereka yang lain berbual di ruang tamu.  Bertukar-tukar cerita dan bergurau senda. 
  Abangg.. potonglah nipis-nipis sikit.. ni tebal sangat ni…”  Syazmy memberi komen. 
  Alaaaa… kalau tebal, gigitlah banyak kali..”  Ilham mencebik. 
  Degil ye… Yamy cakap nipis sikit.. kalau tak, abang pergi join mama dengan papa kat ruang tamu..” 
  Yela.. yela…”  Ilham mengalah.  Dia mahu bersama dengan Syazmy.  Biarpun dikritik, dia tetap mahu duduk di ruang yang sama dengan bekas isterinya itu. 
  Yamyy..”  Perlahan suara Ilham memanggil. 
  Mmm?”  Syazmy memandang bekas suaminya itu.  Ilham mengukir segaris senyum. 
  Yamy dah pilih nama anak kita?”  Ilham bertanya lembut.  Dia teringin untuk berbual mesra seperti menanti kelahiran Haziq dahulu. 
  Kenapa?  Abang dah ada nama-nama ke?”  Syazmy tersenyum.  Dia faham situasi Ilham.  Mereka agak tertutup berbicara hal kelahiran bayi akan datang ini.  Kebanyakan persiapan sudah disiapkan oleh Syazmy. 
  Hmmm… baby kita lelaki ke perempuan?”  Ilham memandang Syazmy yang sedang menumis. 
  Abang nak lelaki ke perempuan?”  Syazmy sekadar bertanya. 
  Abang nak dua-dua…”  Sayu suara itu.  Syazmy tersenyum nipis.  Jemarinya lincah menabur garam ke dalam masakannya. 
  Lelaki rasanya..” 
  Alhamdulillah.. dia boleh jaga Yamy…  gantikan abang.. gantikan Haziq..”  Entah mengapa, Syazmy terasa sayu dengan kata-kata Ilham itu.  Dia sebenarnya tidak mahu membincangkan hal-hal ini dengan Ilham kerana hatinya akan berasa sedih.  Dia berasa sedih kerana tidak dapat berkongsi gerakan bayinya bersama Ilham.  Dia bersedih kerana mereka tidak lagi bertekak untuk menyediakan baju atau persiapan bayi seperti pertama kali dahulu.  Dan dia bersedih kerana mereka tidak bertukar-tukar pendapat tentang nama bayi mereka.  Syazmy menelan liurnya.  Rasa sayu sedang bermukim di dalam hatinya. 
  Tapi… abang nak tambah adik-adik dia lagi, Yamy..”  Ilham bersuara.  Dia mahu mencuba lagi.  Peluang untuknya mungkin telah tertutup tetapi peluang itu mungkin boleh dipertimbangkan.  Sekadar mahu mencuba nasib.  Syazmy tersenyum tawar.  Tidak tahu mahu bereaksi bagaimana.  Dia mahu kembali ke sisi Ilham seperti dahulu tetapi dia terasa langkahnya sering disekat oleh akal.  Dia berasa sangat terluka saat Ilham meragui kasih sayangnya dan dia terluka saat Ilham melafaz talak di hadapan Khairil.  Puas dia menyakinkan diri dan hati yang dia akan bahagia dengan pilihan papa ini dan dia juga meyakinkan Khairil yang dia bahagia di bawah lembayung Ilham namun akhirnya… lafaz talak itu dilafaz di hadapan Khairil juga dan malam itu juga menyaksikan tragedi pada abang dan anak lelakinya.  Dia telah lama memaafkan Ilham dan dia juga telah lama menyaksikan kesungguhan Ilham namun hatinya masih ragu.  Enggan terluka lagi.
  Abang faham dengan keputusan Yamy..”  Suasana sunyi itu menyebabkan Ilham kembali bersuara.  Serba-salah pula dia membuka topik itu.  Syazmy kelihatan terganggu. 
  Yamy…”  Ilham memanggil Syazmy.  Syazmy memandang kosong ke arah Ilham. 
  Jangan fikir lagi.. abang mencuba je.. mana tahu Yamy mengalah dengan abang..” 
  Yamy dah lama mengalah abang..”  Syazmy menutup api di dapur.  Dia mengacau-ngacau lauknya yang mendidih itu.  Selesai merasa, dia berpuas hati dengan skil masakannya.  Ilham menyambung memotong timun dan tauhu untuk digaul dengan kuah kacang. 
  Bagi abang peluang, Yamy.  Abang betul-betul menyesal.  It was not real me on that night.  My biggest mistake in life was letting you go..  and till now, I am still regret..”  Syazmy mengeluh mendengar bicara Ilham. 
  Yamy nak cuba abang.. percayalah.. Yamy selalu fikir untuk melangkah kembali.  Tapi hati dan akal Yamy tak pernah sekata.  Yamy tersekat di satu takuk abang..  Yamy tak tahu nak melangkah atau tidak..”  Syazmy bersuara perlahan.  Dia mahu Ilham tahu yang dia telah cuba untuk  menerima Ilham kembali namun langkahnya terhenti di satu tahap.  Seringkali dia terfikir tentang bayinya berjauhan dari sang ayah, dia menjadi berbelah bahagi. 
  Beri peluang pada abang untuk buktikan..  tutup mata, lapangkan fikiran dan hati.  Sambut tangan abang..  abang akan pastikan semuanya kembali seperti zaman bahagia kita, Yamy..”  Ilham merenung anak mata Syazmy.  Dia mahu Syazmy yakin terhadapnya semula.  Syazmy mengeluh.  Jemarinya menuang lauk untuk hidangan.  Dia membiarkan Ilham memandangnya. 
  Dah?  Jom makan… mesti semua dah lapar tu..”  Syazmy meninggalkan Ilham dengan bicaranya.  Ilham mengeluh lembut.  Sukarnya melembutkan hati Syazmy. 

  HMMM… sedapnya bau..”  Encik Hamzah mula bersuara memandang hidangan.  Syazmy tersenyum.  Dia duduk di sisi Ilham.  Ilham juga neutral pada situasi biasa itu.  Dia tidak mahu memberi tekanan pada Syazmy di hadapan keluarga yang lain. 
  Tengoklah siapa yang masak, pa… papa dengan mama lama sangat tinggalkan Yamy.  Tu yang teringat-ingat masakan Yamy ni..”  Syazmy mengusik Encik Hamzah dan Puan Rubiah.  Tawa yang lain berderai di meja makan.  Syazmy melayan Fifi yang duduk di sisi Ilham.  Ilham juga melayani puteri kecil itu.  Yang jelas, semua bahagia melihat gelagat Syazmy, Ilham dan Fifi.  Dan Puan Rubiah menarik nafas lega kerana dia meninggalkan Khairil di perantauan di sisi teman baiknya, Rashid setelah Khairil berubah sedikit demi sedikit.  Perasaan lega membuai hati ibu bapa itu. 
  Yamy?  Kenapa?”  Puan Bainun menegur Syazmy yang kelihatan duduk menegak.  Wajahnya agak keruh.  Ilham berpaling ke arah Syazmy. 
  Kenapa Yamy?”  Ilham bertanya dengan reaksi cemas. 
  Yamy rasa memulas pulak…”  Syazmy bersuara.  Peluh telah memercik di dahinya. 
  Yamy dah ada tanda-tanda ke ni?”  Puan Rubiah bangun dari duduknya. 
  Entah..  Yamy nak pergi toilet dulu.  Makan dululah.”  Syazmy bangun namun Ilham pantas mengiringinya. 
  Am temankan Yamy..  umi, walid, mama dengan papa makan dulu.  Fifi sayang, makan dulu ye?  Ayah temankan ibu..”  Ilham memandang lembut ke arah Fifi.  Fifi hanya mengangguk.  Namun baru beberapa langkah Syazmy berjalan, dia tiba-tiba rebah. 
  Walid.. Umi… tolong Am…”  Jeritan Ilham itu membuatkan semua di meja makan mengejar tubuh Syazmy yang terkulai.  Walid memanaskan enjin kereta.  Mereka sekeluarga menuju ke hospital berdekatan. 

No comments:

Post a Comment