Empat belas
KHAIRIL menghempaskan badannya ke atas kerusi
pejabatnya. Kata-kata Syazmy masih
terngiang-ngiang. Khairil mengelus
rambutnya. Sakit hatinya mengenangkan
kenangan lama. Pedih melihat Syazmy
sedang menjauhinya. Semalam juga, Leya
mula menyiasat dari A hingga ke Z tentang pemergiannya meninggalkan Leya
keseorangan. Keadaan bersama dengan Leya
mula menghimpitnya. Sesalannya mula
bercambah. Kerana terlalu ingin
menyakiti hati Syazmy, dia tegar untuk bertunang dengan Leya. Saat ini, pertanyaan demi pertanyaan
bersangkut paut dengan tarikh perkahwinan mereka terpaksa diberikan dengan
pelbagai alasan. Leya semakin
mencurigainya dan Syazmy semakin menjauh.
Hatinya bagai dilapah sehalusnya.
Kesakitannya tidak dapat digambarkan.
Pedih melata di setiap sarafnya.
Minda dan hatinya hanya teAmi dengan nama Syazmy. Namun, bagaimana untuk dia memutuskan
pertunangannya dengan Leya tanpa melukakan hati sesiapa?
“
Betul, ma. Ril dah banyak berubah
sekarang. Dia asyik nak mengelak je bila
jumpa Leya. Leya rasa, memang ada rahsia
ni..” Leya mengadu kepada Puan Rubiah. Matanya memerah. Hatinya terluka memikirkan perangai Khairil
yang semakin berubah. Entah di mana dan
apa silapnya, dia masih cuba mengkaji sedalamnya. Pertemuan mereka juga tidak berjalan lancar. Leya rasa gerun memikirkan pengakhiran
perhubungan mereka jika tanpa perkahwinan.
“
Mungkin Ril ada banyak masalah di tempat kerja.. mama rasa Ril bukan jenis pasang
perempuan. Itu mama memang yakin. Leya tak perlu risau hal tu..” Puan Rubiah memujuk bakal menantunya. Memang dia akui yang Khairil sudah berubah
sejak Syazmy berpindah dan dia sedia maklum perasaan Khairil yang pernah
tertanam pada Syazmy namun dia selalu berdoa agar perasaan antara Khairil dan
Syazmy terus lenyap ditelan masa.
“
Mama.. Leya tak mahu hubungan kami terputus macam ni.. Leya sanggup buat apa saja untuk kembalikan
Khairil seperti dulu..”
“
Sabar, Leya. Mama akan cuba tanya
kenapa Khairil berubah.. kita cuba pujuk perlahan-lahan. Khairil tak suka dipaksa. Dia tak mahu didesak. Hanya Syazmy yang mampu ubah Khairil.” Bicara dari bibir Puan Rubiah menyentak jiwa
Leya. Syazmy masih meniti bibir setiap
orang di dalam rumah itu. Hati Leya mula
terbakar.
“ ASSALAMUALAIKUM..” Lemah nada Khairil memberi salam. Perbualan Leya dan Puan Rubiah terhenti. Leya mengelap airmatanya dan berlalu ke dapur
untuk mengelak dari bertemu empat mata dengan Khairil. Puan Rubiah menyambut huluran salam dari
jemari anak lelaki tunggalnya itu.
Khairil kelihatan penat. Tubuhnya
dihempas lembut di atas sofa sambil memejamkan atanya.
“ Ril
ada masalah ke?” Puan Rubiah menghampiri
anak lelakinya itu. Khairil membuka
matanya lantas menggelengkan kepalanya.
Biarpun kepalanya kusut kerana memikirkan Syazmy, dia enggan berkongsi
dengan sesiapa. Dia hanya mahu berbual
dengan Syazmy dan membelai Syazmy seperti saat manis dahulu. Dia mahu Syazmy yang dahulu. Adik dan kekasihnya. Seorang gadis yang memahaminya walau
sekecil-kecil perubahan. Memikirkan
Syazmy, dia menjadi semakin ralat dengan sikapnya melepaskan ikatan kasih
dahulu.
“
Tapi, mama tengok Ril macam ada masalah je ni.. ceritalah dengan
mama..” Puan Rubiah mengusap kepala
Khairil. Khairil meletakkan kepalanya di
atas peha mamanya. Dia rindu untuk
menjadi lelaki yang bahagia sebelum ini.
Dia ingin ketawa dan tersenyum seperti dahulu.
“ Ril
tak ada masalah, ma. Betul..” Namun, kata-kata yang terlahir di bibir
Khairil terhenti saat Leya menatang dulang berisi minuman. Khairil terus terbangun dari
baringannya.
“
Kenapa awak ada kat sini? Awak
ikut saya sampai ke rumah? Awak memang
tak percayakan saya langsung?” Suara
Khairil mula meninggi. Leya mendiamkan
diri namun matanya tajam merenung kea rah Khairil. Hatinya membengkak dimarahi di depan Puan
Rubiah. Sekalipun lelaki itu marah,
tidak bolehkah mereka bertengkar di luar lingkungan pengetahuan keluarga?
“
Balik Leya.. saya tak nak tengok muka awak.. keluar..” Khairil sudah dikuasai amarah yang agak luar
biasa. Leya masih terdiam.
“ Awak
bangun atau saya heret?” Khairil mula
menunjukkan rasa marahnya yang meninggi.
Dia mula memegang kejap lengan Leya dan terus membawa tubuh gadis itu ke
pintu utama. Puan Rubiah tergamam dengan
sikap Khairil itu cuba meredakannya.
“
Ril.. cuba mengucap.. bawa-bawa istighfar..” Puan Rubiah memegang lengan Khairil. Khairil masih menyeret lengan Leya dan
menutup pintu utama saat menolak Leya keluar.
Khairil terus mendaki anak tangga ke biliknya tanpa sebarang kata. Puan Rubiah terpinga-pinga dengan sikap
Khairil. Entah apa yang dimarahkan oleh
Khairil namun dia yakin sebabnya berpunca dari Leya kerana Khairil tidak akan
mengamuk sekiranya dia tidak diusik.
LEYA menutup kepalanya dengan bantal. Sakit hati dan lengannya berpadu menimbulkan
rasa sakit terhadap Khairil. Khairil
memang sengaja menguji tahap kesabarannya.
Dendamnya pada Khairil menggunung.
Dia tahu kemarahan Khairil berpunca dari pergaduhan antara mereka
berkenaan Syazmy beberapa minggu lepas.
Hampir-hampir tangan Khairil mendarat di pipinya kerana keceluparannya
memperkecil-kecilkan Syazmy serta memburukkan nama Syazmy. Dia sengaja menguji perasaan Khairil terhadap
Syazmy dan dia sudah menemui titik kelemahan Khairil yang harus dihapuskan. Satu demi satu peristiwa sepanjang perkenalan
mereka meniti tubir matanya.
“ I
tak mahu bincang hal ni.. cubalah kalau kita tak bergaduh untuk sekali ni,
Leya..” Perlahan suara Khairil
bergema. Namun, keegoan Leya mula tercabar. Khairil tidak pernah mahu berbincang kalau
topiknya berkisar tentang Syazmy. Memang
dia benar-benar menjaga nama baik adiknya itu.
ADIK a.k.a. BEKAS KEKASIH. Itulah
kenyataan yang semakin disedari oleh Leya.
Penerangan demi penerangan daripada bakal mentuanya telah membuatkan
jiwanya semakin gundah. Khairil memang
terlalu sayangkan Syazmy.
“ Kenapa? Hati you sakit? Sakit bila I asyik ungkit hal adik you? You ingat adik you tu baik sangat? Kalau bukan sebab sial dia, mesti laki dia
tak mati!!” Leya menjerit seolah orang
gila. Pembelaan demi pembelaan ke atas
nama Syazmy telah meradak hatinya.
“
Mulut you ni memang nak kena koyak!!
Jangan berani mengata Syazmy depan I atau depan sesiapa sahaja!! You menambahkan rasa benci I pada you..”
“ I
bukan tak tahu you dengan Syazmy memang ada skandal!!” Leya mula meninggikan suaranya.
“
Jangan buat I hilang sabar, Leya..”
Khairil memberi amaran kecil.
Hatinya semakin panas dengan kata-kata Leya namun hatinya masih cuba bertahan
dari meletup. Rambutnya mula
diraup. Menahan rasa amarah yang semakin
menggelegak.
“
Kenapa? You takut tembelang you
pecah? You takut? Ke you memang pengecut?” Leya memprovok lelaki di hadapannya itu. Khairil sudah mula kelihatan bengang.
“
Leya!!! Stop it!!” Khairil menjerit kuat. Leya tergamam. Lelaki itu menumbuk meja makan mereka. Seluruh mata yang tadi hanya menjeling-jeling
kini sudah memaku pandangan di meja mereka.
Khairil menelan liur dan mengetap bibirnya. Rahangnya bergerak-gerak.
“
Memang!! Memang I sayangkan
dia! Memang I dengan dia bercinta
sebelum ni dan memang hati I tak pernah sayang atau cintakan you. I setuju nak bertunang dengan you semata-mata
nak sakitkan hati Yamy! Itu saja!!” Penjelasan Khairil itu bukan sahaja menggerunkan
namun turut memalukan Leya. Semua yang
ada di dalam restoran itu memandangnya dengan wajah simpati. Seolah mengejek ‘Kesian perempuan tu..’
“ You
memang lelaki tak guna, Ril!!”
“
Memang I tak guna!! Hujung bulan
ni, I hantar parent I putuskan hubungan kita!”
Khairil terus berlalu saat genting itu.
Leya menangis kuat mengejar Khairil.
Kehilangan Khairil adalah perkara yang tidak akan mampu diterima. Hatinya hanya terukir nama Khairil.
KEDATANGAN Puan Mariana bersama keluarga
memang mengejutkan Puan Rubiah. Wajah
Leya juga mula kelihatan tidak bermaya.
Airmatanya asyik bergenang. Encik
Hamzah dan Puan Rubiah berpandangan.
Meneka duduk perkara yang sebenar.
“
Tujuan kami datang ni bukanlah nak bergaduh. Dah dua hari Leya menangis tak berhenti. Aku dengan Amir rasa Amau. Ditanya dia tak mahu jawab. Cuma dia kata, dia tak mahu kehilangan
Khairil. Kami pulak yang naik Amau..” Puan Mariana menjelaskan keadaan Leya. Puan Rubiah hanya terdiam. Dia faham dengan situasi kini. Khairil berkali-kali menjelaskan yang dia
belum bersedia untuk menikahi Leya dan dia akan membuat keputusan jika
didesak. Khairil memang tidak suka
didesak untuk membuat keputusan.
“
Betul tu, Zah, Rubi.. kami ni dah
naik pening dengan sikap Leya kebelakangan ni.. asyik menangis je..” Encik Amir bersuara lembut.
“ Ana…
aku dengan Hamzah tak tahu apa-apa tentang hal Ril dan Leya…” Puan Rubiah menolak prasangka yang mungkin
terbit di dalam benak Amir dan Mariana.
“
Rubi.. Leya ni memang manja tapi
bukan bermakna aku bela dia sentiasa..”
“ Aku
akan cuba bincang dengan Khairil nanti..
dia sekarang ada kursus di Sarawak.
Tapi untuk dua bulan la.. Mungkin
bila dia dah balik nanti, hati dia sejuk sikit.. Tapi…
Leya faham kan perangai Ril. Dia tak
suka didesak..” Puan Rubiah memandang
Leya lembut. Leya mengangguk
perlahan. Biarlah apapun caranya, dia
mahu berbaik dengan Khairil.
“ Ril
pernah ugut nak putuskan pertunangan kami, ummi…” Leya menahan tangis. Airmatanya mula bercucuran. Encik Hamzah menarik nafas lembut.
“
Leya.. dia tak pernah cakap apa-apa dengan kami.. malah, kami tak tahu pun hubungan pertunangan
kamu berdua macam ni.. pada uncle, selagi
Khairil belum cakap apa-apa dengan kami, dia tidak bermaksud macam tu. Dia memang kadang-kadang naik angin.. lelaki kan..”
Encik Hamzah mula meredakan suasana.
Padanya, Khairil dan Leya masih muda dan ini adat resam dalam
perhubungan. Sesebuah perhubungan tidak
akan sentiasa berada di tahap gembira dan seronok. Pahit juga perlu untuk memeAmakan
perhubungan. Sama ada mereka berdua
tahan dengan rasa pahit dan sakit itu, hanya mereka berdua yang akan
tentukan. Leya memandang Encik Hamzah. Dia tahu yang lelaki itu tidak mahu
memanjangkan perkara itu.
“
Sudahlah… janganlah nak rosakkan hari yang ada ni.. kita minum petang ye? Ummi ada buat kuih ketayap… Jom, Ana..
Amir… abang, jemputlah diorang ni..” Puan Rubiah berlalu ke dapur.
“
Jemputlah… kita ke ruang
tengah..” Encik Hamzah mempelawa
tamu-tamunya. Keadaan mula reda.
“ AWAK
rasa apa masalah Ril dengan Leya?” Encik
Hamzah memecah suasana sunyi di kamar mereka.
Puan Rubi sibuk menyisir rambutnya.
Puan Rubiah memandang ke arah suaminya dari arah cermin.
“
Entahlah, abang.. saya sebenarnya
tak mahu masuk campur dengan hal diorang ni..
Ril ada masalah sendiri. Yamy pun
macam tu. Abang tak rasa keluarga kita
dah makin kucar-kacir?” Puan Rubiah
meluahkan perasaannya.
“ Awak
tahu masalah sebenar diorang? Saya rasa
ada yang tak kena dengan Ril dan Yamy lah..”
“ Saya
memang nak beritahu abang tapi saya takut abang marah..”
“ Apa
yang awak nak beritahu?”
“
Yamy…. Dengan…. Ril….”
“
Kenapa dengan diorang, Rubi?”
Encik Hamzah mula bersemangat seakan teruja. Dia mahu meyakinkan persoalan yang pernah
terlintas di benaknya.
“ Ril… dengan.. Yamy.. sebenarnya…per..nah…” Suara Puan Rubiah tersekat-sekat. Memikirkan reaksi yang bakal dilihat dari
suaminya.
“ Pernah apa?
Pernah.. bercinta?” Encik Hamzah
menyudahkan bicara isterinya. Puan
Rubiah menghampiri suaminya. Dia sedikit
terkejut dengan tekaan suaminya yang mengenai sasaran.
“ Abang pun tau ke?”
“
Abang agak je.. Rubi.. kita bukan
tak pernah bercinta. Kita juga ibu bapa
mereka. Setiap langkah dan sikap mereka,
kita sahaja yang lebih faham. Walaupun
Yamy bukan anak kandung kita, tapi dia bagaikan anak kandung..”
“
Abang setuju dengan hubungan diorang ke?”
“
Susah nak cakap, Rubi. Saya tak
mahu kehilangan Ril atau Yamy.
Mengahwinkan Ril dengan Yamy memang tak susah mana.. tapi sama ada kita
akan dapat Yamy dan Khairil yang sama untuk masa depan, tak dapat kita
tentukan.. sekarang ni pun, mereka
bergaduh teruk, Ril bertunang dengan Leya.
Apa akan jadi nanti, Rubi? Saya
mahu Khairil dan Yamy masih tetap jadi anak kita..”
“
Tapi.. abang… Ril betul-betul
sayangkan Yamy…” Mata Puan Rubiah mula
berkaca. Dia tidak menduga rasa sebak
mengundang. Memikirkan kedua-dua anak
mereka itu membuatkan dia berasa sakit.
Dia mahu kedua-dua mereka bahagia.
Suasana suram itu diganti dengan deringan telefon di tepi katil
mereka. Puan Rubiah menghampiri meja itu
dan menarik nafasnya. Menenangkan
perasaan yang gundah. Namun panggilan
dari corong sana, merentap rasa sebaknya.
Tangisan halus daripada Syazmy menyedarkan Puan Rubiah tentang kenyataan
hidup. Syazmy sedang mengalami frasa
hidup yang terlalu sukar.
“
Abang… siap cepat… mentua Yamy meninggal dunia..” Puan Rubiah tergesa-gesa menghampiri almari
dan mengesat airmatanya yang mengalir.
Puan Amna pergi menemui Ilahi mengikut langkah dan jejak akhir arwah
Amar.
“
Innalillah…” Encik Hamzah meraup
mukanya. Syazmy menangis lagi kali
ini…
SATU demi satu wajah meniti di tubir matanya
yang berkaca. Lirikan dan senyuman Amar
yang pernah menjamu matanya suatu masa dahulu dan senyuman manis mentuanya
beberapa hari lepas. Ummi tidak pernah
menunjukkan tanda-tanda pelik kecuali semalam yang disedarinya. Ummi mula mahu bermanja dan menikmati bubur
pulut hitam kegemaran Amar. Ummi jarang
menikmati makanan manis namun beberapa hari lepas, da begitu berselera.
“ YA
ALLAH.. tempatkan ibu mentuaku bersama suamiku di tempat orang yang kau redhai. Cucurilah rahmat ke atas roh-roh
mereka..” Hati kecil Syazmy berdoa. Fifi terlena di atas ribanya. Rumah banglo dua tingkat ini mulai
suram. Hati Syazmy terasa sebak. Perlahan dahi Fifi dikucup. Amanah Amar ini tidak akan disia-siakan.
“
Yamy… jom balik rumah kita, Yamy..”
Suara serak Puan Rubiah bergema.
Memujuk kekerasan hati seorang anak.
Dia tahu Syazmy seolah merajuk dengan keluarga mereka dan dia tidak
pasti dengan sebab utamanya. Dia tidak
bersenda dengan Khairil lagi dan jarang untuk pulang ke rumah keluarga. Selepas pemergian Amar, dunianya hanya bersama
Puan Amna dan Fifi. Kini dia
berseorangan.
“ Tak
kot, mama. Yamy nak mengemas rumah
sikit. Esok ada kenduri lagi..” Syazmy merenung lembut Puan Rubiah. Dia teramat menyayangi wanita itu. Wanita itu banyak berjasa sepanjang nyawanya
dikandung badan. Sejak kecil, dia
ditatang seperti anak kandungnya.
Kadang-kala Syazmy seolah berputus asa.
Rentetan hidupnya penuh warna suram.
Kedua ibu bapanya menemui ajal ketika kemalangan bersama neneknya. Percintaannya dengan Khairil juga menemui
jaln buntu. Perkahwinannya juga hancur
pada hari kedua dengan pemergian Amar ke rahmatullah. Kini, mentuanya kembali mengikut jejak Amar
dan ibu bapa kandungnya.
“
Yamy… mama Amau Yamy tinggal seorang sini.. esok kita datang buat
persediaan untuk kenduri sama-sama..”
Puan Rubiah memujuk lembut.
“ Yamy
bukan seorang ma. Yamy ada anak. Yamy ada Fifi..” Puan Rubiah mengalirkan airmatanya mendengar
bicara anaknya itu. Syazmy memang mahu
bersendiri. Dia masih mahu hidup di
dalam lingkungan dunia Amar.
“
Jangan macam ni, Yamy. Abang tak
ada kat rumah. Yamy boleh duduk rumah
kita, My..”
“
Terima kasih, ma tapi biarlah Yamy duduk sini je..” Syazmy seolah patah hati. Dia seolah tidak mengharap sinar di jalan
hadapan. Dia mahu terus berdiri dan
tidak mahu melangkah.
No comments:
Post a Comment