Jujurnya, saya rasa raya qurban kali ini kurang meriahnya. Arus kemodenan membuatkan manusia semakin hilang hormat atau kurang mahu meraikan hari raya. kerana? kerana bagi mereka, semua perkumpulan saudara mara ini tidak penting. Dunia sekarang menyaksikan duit mampu membuatkan manusia semakin hilang jati diri.
Kita bangga mengatakan tidak dapat pulang berhari raya kerana sibuk urusan kerja. Kita juga bangga menaikkan status FB atau Tweet megatakan kita bekerja. Pada saya, itu bukan tanda bangga. Itu tanda lemah ikatan persaudaraan dan silaturrahim sesama manusia.. sesama saudara mara.
Apapun, selamat hari raya aidiladha.. semoga saya tidak tergolong dari golongan yang tidak kenal asal usul.

No comments:
Post a Comment