Dua puluh satu
SYAZMY mengurut-ngurut lengannya. Secawan milo panas selesai dihirupnya di
dalam kesejukan malam yang berlalu. Dia
berada di luar wad Unit Rawatan Rapi itu untuk menemani mamanya menanti
Khairil. Usai mendapat keizinan daripada
Ilham, dia berada di sisi Puan Rubiah menanti Khairil sedar dari lenanya. Menurut mama, Leya selalu menemani Khairil di
waktu siang. Selepas kemalangan yang
hanya bersaksikan Leya, Khairil dikatakan cedera kerana ingin menyelamatkan
Leya. Syazmy mengeluh sendiri. Jauh di sudut hatinya, dia agak ragu dengan
penjelasan yang Leya berikan. Dia
mengenali Khairil bukan setahun dua.
Malah, mereka pernah berkongsi perasaan yang sama. Dia tahu pasti ada agenda yang tersembunyi.
“ Eh..
mana mama?” Hati Syazmy berbisik
sendiri. Entah ke mana hilangnya
mamanya. Syazmy mengeluh lembut. Dia juga kasihan melihat keadaan mama yang
sudah tidak menentu kini. Mana dia mahu
menjaga si anak, mana pula mahu menjaga
suami. Suami? Memikirkan perkataan itu, dia terasa
gentar. Rasa cintanya mula berputik dan
kini hubungan mereka sedang diuji secara perlahan-lahan walau tanpa disedari
oleh Ilham, Syazmy tahu kini hubungan mereka yang baru berputik sedang
ditiup. Dia bersandar dan mengurut
dahinya lembut. Ada debar terasa. Berjauhan begini menitipkan sebuah perasaan
halus pada Ilham. Rindukah dia pada
lelaki itu? Syazmy mengukir senyum manis
seorang diri. Namun, senyumannya
terenjat saat ada jemari hangat membantunya mengurut dahi. Syazmy pantas mengangkat mukanya. Saat dia mahu menolak jemari itu, sebuah
wajah tenang yang berkaca mata merenungnya lembut. Syazmy menarik nafas lega.
“
Terkejut?” Lembut pertanyaan
itu. Lelaki itu melabuhkan duduk di sisi
Syazmy. Dia menarik lembut tubuh genit
isterinya itu. Dia dapat merasakan yang
wanita itu sedang dikepung resah. Namun
sekarang bukan masa sesuai untuk berbincang.
Biarlah semuanya reda dahulu namun selagi lelaki yang terbaring itu
tidak terjaga, dia akan dipagut rasa bimbang dan rasa iri hati dengan tumpuan
wanitanya terhadap lelaki itu meskipun lelaki itu bergelar abang kepada isterinya.
“ Am
datang malam-malam ni? Mana mama
ye? Ada nampak tak?” Syazmy bertanya. Dia gusar juga melihat mamanya tiada.
“ Am
dah hantar mama balik. Mama perlu rehat,
kan..”
“ Mama
dah balik? Mama tak cakap dengan Yamy
pun..” Syazmy seolah berkecil hati.
“ Mama
tertidur dekat kerusi tadi.. Am yang offer nak hantar mama. Kesian tengok dia. Mama tunggu lama jugak Yamy tadi..”
“
Owhhh.. time Yamy beli milo panas tadi kot… anyway, thanks, Am. I am really appreciate it..” Syazmy merenung mata lelaki itu. Dia memang dilamun rasa sayang pada lelaki
itu.
“ Don’t
thank me.. itu kan mama Am jugak.. keluarga Am jugak..” Lembut bicara itu melapangkan sudut
hatinya.
“ Am
nak balik pukul berapa ni? Dah lewat
ni. Esok kerja kan?” Syazmy mengingatkan Ilham untuk pulang. Dia enggan menyusahkan Ilham. Cukuplah Ilham memberinya izin untuk menjaga
Khairil. Cukup jugalah lelaki itu
bersusah payah menghantar mamanya berehat di rumah. Biarlah lelaki itu berehat.
“
Siapa cakap Am izinkan Yamy tunggu abang Ril sorang-sorang? Mama nak balik tadi pun lepas Am pujuk
tau? Am akan tunggu Yamy kat sini.. kita
tunggu sama-sama..” Ilham mengangkat
keningnya. Syazmy mencebik manja. Meskipun begitu, dia terasa bahagia. Bersama Ilham, walau di mana pun, dia
sanggup.
“ You
know something?” Ilham seolah
berteka-teki.
“
What?” Syazmy mengangkat
keningnya menanti kata seterusnya daripada Ilham.
“ You…
look… look…” Ilham terhenti-henti
berkata-kata saat melihat wajah Syazmy yang berkerut menanti bicaranya.
“ Look
apanya ni?” Syazmy menggesa lelaki itu
bersuara dan jemarinya memegang lembut jemari kasar lelaki itu. Ilham tersenyum manis. Dia suka saat wanita itu terlepas laku
sebegitu. Hampir setahun usia
perkahwinan mereka namun wanita itu masih menjaga adabnya saat berbicara
dengannya. Sesekali dia mahu melihat
wanita itu merajuk, marah atau ketawa besar.
Entah mengapa, ketika ini, dia sangat mahu memerhatikan setiap inci
perlakuan wanita itu.
“ Look
so.. so.. sweet and innocent tonite.. Am suka tengok Yamy berani manja-manja
dengan abang..” Terluah kata-kata itu
membuatkan Syazmy terdiam. Malu dan
tergamam dengan kata-kata Ilham itu.
Malam itu, mereka berbual mesra dan mula mencari keserasian. Apa yang mereka tahu, malam itu terasa indah
biarpun mereka terpaksa tidur sambil duduk dan berada dalam kesejukan.
USAI solat Subuh pagi itu, Syazmy dan Ilham
dikejutkan dengan sebuah berita. Seorang
jururawat kelihatan sibuk keluar masuk ke dalam wad Khairil. Beberapa orang doktor turut sama kelihatan
sibuk keluar masuk. Ilham dan Syazmy
berpandangan.
“
Kenapa ni ye?” Ilham bertanya
kepada seorang jururawat yang melalui mereka.
“
Pesakit bertindak balas dan kami sedang memeriksa tahap kesihatan
pesakit. Insya-Allah, segalanya akan
baik.. Encik berdua diminta tunggu di
luar dahulu, ye..” Selesai jururawat itu
menjelaskan perkara itu, Syazmy terus memeluk tubuh suaminya. Jauh di dasar hatinya, dia bersyukur dengan
berita baik itu. Latas, dia terus
menghubungi mama untuk memberitahu perkara itu.
Alhamdulillah. Khairil sedar
jua.
KHAIRIL dapat membuka matanya sedikit. Yang pasti, dia masih belum dapat bersuara
dan seolah tidak mengenali semua yag ada.
Puan Rubiah masih kekal dengan airmatanya. Mungkin kali ini, airmatanya lebih kepada
airmata kesyukuran. Syazmy turut sama
bersyukur kerana lelaki itu sudah sedar dari koma yang panjang.
“
Alhamdulillah, semuanya sudah berada di tahap stabil. Tetapi kesihatan Encik Khairil Aizam masih
perlu rawatan khusus kerana kami dapati, ingatannya sudah terganggu akibat
daripada kemalangan itu. Kami amat
berharap agar ahli keluarga dapat menyokong pesakit agar pesakit dapat pulih
seperti biasa.” Penjelasan dari bibir
Doktor Hakim itu seolah meragut ketenangan Puan Rubiah dan Encik Hamzah. Syazmy hanya membisu. Fikirannya seolah tidak mampu berjalan
seperti biasa. Satu demi satu dugaan
menimpa Khairil. Syazmy hanay mampu
memerhati tetapi sudah tidak mampu membantu secara seratus peratus. Di bahagiannya, dia harus menjaga hati
seorang suami yang menikahinya. Dia
harus memelihara hubungan yang baru berputik itu.
“
Berapa lama keadaan ini akan berlarutan, doctor?” Encik Hamzah bersuara.
“
Terpulang pada usaha pesakit. Ada
yang sekejap, ada yang lama. Sokongan
dari keluarga memang paling banyak membantu..”
Doktor Hakim menulis sesuatu di dalam laporan kesihatan Khairil. Khairil sudah boleh beransur sihat namun dia
masih belum bersuara. Kata doktor, dia
memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Orang yang kelihatan paling bahagia selepas
lelaki itu bangun dan terjaga adalah Leya.
Leya kelihatan tidak berenggang dari lelaki itu.
“
PEREMPUAN tu siapa?” Lembut
pertanyaan Ilham itu menusuk ke telinga Syazmy.
Lelaki itu memang semakin berubah.
Segalanya begitu lembut. Syazmy
tersenyum lembut.
“
Tunang abang Ril..”
“ Yamy
macam tak ngam dengan dia je? Masa kita
kahwin dulu, dia ada datang?”
“ Yamy
macam biasa je dengan dia. Tak ada
apa-apa pun..”
“ Am nampak
lain macam je Yamy dengan dia..”
“ Yamy
rasa, dia yang tahu hal kemalangan Am tu.
Yamy betul-betul tak percaya dengan apa yang dia jelaskan. Mesti ada yang dia sembunyikan..”
“ Tak
baik, Yamy. Takkan dia nak buat yang
bukan-bukan dengan tunang sendiri. Dia
macam sayangkan abang Ril..” komen Ilham. Ya.
Benar. Dia tidak nampak kecacatan
Leya kerana layanan Leya pada Khairil tampak sempurna.
“
Susah nak cakap dengan Am. Am tak
kenal abang Ril macam mana. Yamy kenal
dia dan Yamy tahu ada yang tak kena antara abang Ril dengan Leya..”
“ Yamy
rapat dengan abang Ril?” Nada suara Ilham
mula mengendur. Mungkin menahan rasa
cemburu yang mula bermukim. Syazmy mula
dapat membuatnya merasai cemburu dalam erti kata sebenar.
“ Yamy
kenal dia dari mula Yamy tinggal dengan mama.”
“ Yamy
dengan mama.. bukan…? Abang Ril… pun
bukan….?” Persoalan yang tergantung itu
hanya dijawab dengan gelengan perlahan. Ilham
banyak tidak tahu tentang dirinya.
Mungkin tahu dalam kadar yang amat kecil.
“ Papa
dengan mama banyak berjasa dengan Yamy.
Tak terbalas rasanya… budi abang
Ril pada Yamy pun tak terhitung. Kalau
Yamy tak dijaga oleh keluarga mama, entah macam mana hidup Yamy
sekarang..” Satu demi satu kisah Syazmy
terbongkar. Ilham mendengar dengan
tekun. Sesekali dia menarik nafas. Sukar dibayangkan perhubungan Syazmy dan
Khairil. Rasa gusar sedikit
terselit. Namun di satu sudut hatinya,
dia berasa kerdil kerana tidak mengetahui tentang latar belakang Syazmy. Memang pengetahuannya tentang Syazmy boleh
dikatakan di tahap sifar. Dari tahap
perkahwinan pertamanya hinggalah latar keluarganya, dia tidak pernah mengambil
tahu. Semuanya hanya diketahui setelah
melalui sesetengah keadaan tidak terduga.
KHAIRIL AIZAM. Lelaki itu kini hanya mengenali Syazmy
seperti adik kandungnya. Menurut doktor,
ingatannya sudah mula berada di tahap paling rendah. Tidak banyak perkara yang dapat
diingatinya. Tapi, Syazmy tetap
bersyukur. Dia tidak tahu bagaimana mahu
bereaksi di hadapan bekas kekasihnya saat bersama sang suami. Rumit sungguh keadaannya. Namun saat ini biarlah kesihatan Khairil
diutamakan. Biarlah Khairil melupakan
perkara yang pernah menyakitkan dia dan yang lebih menghairankan, Khairil tidak
mengenali Leya langsung. Syazmy tertanya
sendiri. Tetapi dalam keadaan sebegitu,
Khairil dibenarkan keluar dan berehat di rumah selepas sebulan lebih ditahan di
dalam wad.
“ MAMA
rasa penat ke? Biar Yamy jaga
abang..” Syazmy menghulurkan bantuan
saat melihat Puan Rubiah melabuhkan duduknya.
Puan Rubiah mengelus rambut anak perempuannya lembut. Syazmy memang anak yang baik dan memang akan
menjadi menantu yang baik. Dia tidak
pernah mengeluh dan asyik memikirkan kesulitan yang dapat diringankan. Entah mengapa Encik Hamzah seolah enggan
merapatkan Syazmy dengan Khairil.
“ Mama
ok. Yamy jangan risau.. mama dah cukup
puas hati dan bersyukur bila abang dah sedar dan mula pulih…”
“ Yamy
pun macam mama. Yamy rasa ada sesuatu
yang tak kena antara abang dengan Leya la mama.
Tapi Yamy tak tahu apa..”
“ You
knows Ril well than me…”
“ He’s
my brother, ma. I do concern about
him…” Syazmy bersuara lembut. Dulu memang Khairil orang terpenting dalam
hidupnya namun kini Ilham perlahan-lahan menggantikan tempat itu. Tapi dia tidak mahu terus melupakan jasa
Khairil dan keluarganya hingga dia membesar dengan baik dan mempunyai kehidupan
yang baik.
“ Yamy
boleh tolong takat yang Yamy mampu, ma.”
Syazmy menyambung bicaranya. Dia
sedih melihat keadaan Puan Rubiah.
Tentunya mamanya penat dengan semua hal ini. Namun dia tidak dapat membantu seratus
peratus atas segalanya. Dia terikat
dengan ikatan perkahwinannya dengan Ilham.
Dia harus mengutamakan perasaan Ilham dalam segala hal. Lebih-lebih lagi Ilham tidak tahu tentang
hubungan silamnya dengan Khairil.
“ Yamy
dah banyak bantu mama… thanks a lot. You
are my good girl…” Saat itu, Syazmy
terus memeluk lembut tubuh mamanya. Dia
faham yang teramat dengan perasaan Puan Rubiah.
Segala perasaannya bercampur baur.
“ Tapi
sekarang, Yamy dah ada ikatan dengan orang lain dan Ilham harus Yamy
dahulukan. Mama faham.. ini pun dah
banyak perkara Yamy lakukan.. Cuma mama minta, maafkan papa. Walaupun mama tak faham kenapa papa buat
macam tu, percayalah, papa sayangkan kamu lebih dari anaknya sendiri. Dia tahu apa yang terbaik buat seorang anak
dan mama tak mahu tengok Yamy dan papa bermusuhan.”
“ Yamy
bukan nak bermusuh dengan papa, ma. Yamy
terkilan dengan cara papa. Yamy tak
menyesal berkahwin dengan Am tapi Yamy nak tahu kenapa papa begitu keras
melayan Yamy hanya sebab abang dan Yamy pernah ada hubungan kasih. Kami manusia, ma. Kami tak minta dan kami tak rancang untuk
jatuh hati. Perkara itu terjadi sendiri. Dan Yamy dan abang dah tried so hard to get
over it, ma. We choose our own
path.. papa tak boleh anggap kami tak
matang dan papa tak boleh layan Yamy macam terhutang budi. Kecilnya hati Yamy, ma..” Syazmy menangis.
“
Sabarlah, Yamy… Papa sebenarnya sayangkan Yamy. Kami bela Yamy dari kecil, sayang. Jangan sesekali Yamy terfikir yang kami tidak
sayangkan Yamy dan jangan Yamy buat sesuatu kerana Yamy fikirkan terhutang
budi.. kami tak pernah minta
dibalas. Kami ikhlas menjaga Yamy. Perkara yang sudah lepas, lepaskanlah. Abang Ril pun dah sedar dan tentu ada
hikmahnya Ril hilang ingatan..” Puan
Rubiah cuba memahami perasaan Syazmy.
Dia juga seorang perempuan yang lembut hatinya.
No comments:
Post a Comment