Dua puluh lapan
NAFAS Ilham turun naik melihat kereta yang
terparkir di halaman rumah mereka itu.
Belumpun sempat Puan Bainun membuka mulut untuk memberitahu tentang hal
Syazmy dan Khairil, Ilham sudah menyusun langkah untuk menghampiri kedua
mereka. Syazmy sudah tergamam. Bukan sekali dia melihat Ilham terganggu
dengan kehadiran Khairil. Ilham seolah
dapat menyingkap kisah silamnya dengan Khairil.
Dia akan mudah terasa dan akan mula marah-marah apabila Khairil
mendekatinya. Khairil hanya tenang dan
memandang ke arah Syazmy tenang. Dia
mahu mengendalikan semua ini dengan kedewasaan yang dia ada. Berlawan dan bergaduh bukan cara untuk
melampiaskan rasa tidak puashati bagi orang dewasa. Ilham harus ditangani dengan lembut.
“ Am..
baru balik?” Melihatkan pakaian pejabat
yang masih belum bertukar, Khairil sekadar berbasa-basi dengan iparnya. Dia menghulurkan salam tanda permulaan
pertemuan. Ilham menyambut seperti
biasa. Syazmy mula melangkah mahu masuk
ke dalam dan enggan masuk campur dengan urusan lelaki. Lelaki biar berurusan sesama mereka. Cuma jangan sampai ada yang berbunuhan
pula.
“
Stop.. I have something to say..”
Ilham tampak tidak terkawal.
Khairil menggeleng. Dia mahu
bersuara namun Ilham tidak memberi kesempatan.
Lengan Syazmy dipegang kejap oleh Ilham.
“
Abang.. kenapa ni?” Syazmy
kelihatan gusar. Ilham memang kelihatan
pelik. Dada Syazmy tiba-tiba
berdebar.
“
Abang dah lama pendam semua ni.
Abang ingat semua ni dah berakhir tapi abang silap besar. Hari ini, mata ni jadi saksi yang tak dapat
ditipu. Bila Leya datang bercerita
tentang hubungan Yamy dan Ril, abang anggap semua tu tak benar sebab abang tak
ada bukti. Malam ni semuanya dah terbongkar
dan Yamy sanggup tunjuk hubungan ni di depan keluarga abang? Depan anak-anak..”
“ Apa
abang mengarut ni?!!!” Syazmy
menjerit.
“ Ilham
Fadlan!! Tanggapan ini melampaui
batas..” Khairil meninggikan
suaranya. Namun Ilham menahan Khairil
dari terus bersuara. Matanya tertunak
pada wajah lembut Syazmy. Ilham membuka
mulutnya.
“ Diam
Khairil!” Ilham seperti hilang kawalan
diri. Matanya seolah mahu memancarkan
api dan membakar Syazmy dan Khairil.
“
Jangan kata apa-apa Ilham.. Kawal
diri sendiri Am.. Astaghafirullah al
a’zim..” Khairil beristighfar. Dia terasa seperti mahu menahan Ilham dari
terus berbicara. Ketika marah,
macam-macam perkara yang syaitan akan hasut.
Dia tidak mahu Ilham tersilap bicara.
“ Aku…
Aku… aku ce…raikan kau...” Lafaz yang
terlahir itu mengejutkan Syazmy. Saat
itu dia memandang Puan Bainun yang tergamam hingga terlepaskan jemari anak
kecilnya.
“ Apa
ni abang? Apa abang buat ni?” Syazmy mengeluh lembut. Hatinya terhiris parah. Bagai dilapah-lapah senipisnya. Ilham sendiri seolah tersedar saat bicara
lembut Syazmy masuk ke telinganya. Dia cuba
merapati Syazmy. Syazmy mengundur dan
menggeleng.
“ Kau
betul-betul silap besar, Am…” Suara
Khairil seolah kesal. Dia bersusah payah
memaksa dirinya untuk melepaskan cintanya pada Syazmy dan bermula dari awal
untuk membina hidup baru, Ilham melafaz talak saat dia sudah melepaskan Syazmy
dengan cara betul.
“ Good
husband. You lebih sanggup dengar
semuanya dari mulut orang lain dari mengetahui cerita sebenar dari bibir isteri
you. Berapa tahun kita berkahwin? Pernah I paksa you? Pernah I tidak berterus terang kalau you
bertanya? Pernah ke Am? Hari ini, you ceraikan I dengan semudah
ini? Kita membina hubungan kita pada
hari ini dengan cara sukar, you melepaskan I sebegini senang?” Syazmy menahan rasa sebak yang mula
mengepungnya.
Sungguh!!! Dia berharap agar malam ini adalah
sebahagian dari mimpi-mimpi ngeri dalam hidupnya. Dia tidak pernah terfikir untuk bercerai atau
diceraikan meskipun perkahwinan mereka berlaku atas paksaan papa. Khairil dan Ilham berdiam diri. Luahan Syazmy itu memang menampakkan rasa
kecewanya yang teramat. Tanpa sedar, Haziq
terkedek-kedek berlari ke arah ibu dan ayahnya yang sedang bertengkar.
“
Haziq!!!” Puan Bainun menjerit
kuat. Jeritan itu membuatkan nafas
Syazmy bagaikan terputus. Ilham berdiri
tegak namun tindakan Khairil lebih pantas.
Dia berlari menarik lengan kecil Haziq dan mendukungnya. Ilham meraup mukanya kerana lambat bertindak. Nyawa Haziq hampir melayang jika Khairil tidak
pantas. Malam itu menyaksikan semua
tragedi. Syazmy dan Ilham tergamam
dengan dentuman kuat. Lebih mengerikan.
Tubuh Khairil turut kelihatan melayang bersama tubuh kecil anak mereka yang
masih didakap oleh Khairil. Saat itu
kedengaran nyaring suara Syazmy menjerit kuat.
Dia berlari laju ke arah tubuh Khairil dan tubuh kecil anaknya. Kedua-duanya parah.
“
Panggil ambulans!!!!
Cepat!!!!” Syazmy menjerit
bagaikan orang gila. Pehanya berlumuran
darah. Kepala Khairil dipangku. Tubuh kecil Haziq yang lembik dipeluk
erat. Hatinya tidak berhenti dari
berdegup laju. Hatinya berdoa tanpa
putus. Dua-dua berpangku di tubuhnya itu
adalah insan-insan kesayangannya. Dia
enggan kehilangan salah seorang daripadanya pun. Biarlah Ilham melepaskannya. Dia tidak akan kesal asalkan abang dan anak
lelakinya tidak meninggalkannya. Ilham
dan Puan Bainun sibuk menghubungi polis dan ambulans. Encik Ahmad Fazlan yang baru pulang dari
surau berlari merapati Syazmy. Dia
terkejut melihat tubuh kecil cucunya berlumuran darah.
“
Bangun Yamy.. kita ke hospital..”
Encik Fazlan cuba menenangkan hati menantunya meskipun hatinya tidak
mampu bertenang melihat dua kujur tubuh yang tentunya sedang bertarung dengan
nyawa. Namun saat itu, ambulans sampai
dan Syazmy tergesa-gesa melangkah masuk ke dalam perut ambulans. Ketika kaki Ilham mahu melangkah masuk,
Syazmy menolak keras dengan kakinya. Dia
benci melihat Ilham ketika itu. Ilham
terdiam. Dia juga mahu bersama dengan
anak kecilnya namun keadaan malam itu memang tidak akan mengizinkan. Dek kerana mulutnya yang celupar, bukan
sahaja tubuh Haziq tidak dapat dirangkul, tubuh Syazmy juga tidak dapat
dirangkul untuk menitipkan semangat saat anak kesayangan mereka ditimpa
kemalangan. Syazmy takkan memaafkan
kesilapannya yang maha besar ini. Tubuh
kecil Haziq masih dipeluk erat oleh Syazmy.
Dia tidak mahu kehilangan sesaat pun masa untuk bersama Haziq. Hatinya menitipkan doa agar anak dan abangnya
selamat. Khairil dan Haziq bernafas
seolah kekurangan oksigen dan airmata terus mengalir laju ke lekuk pipi
Syazmy. Ambulans itu membunyikan siren
dan bergerak laju membelah jalan raya.
Turut mengiringi ambulans adalah kereta Ilham bersama ayah dan umi.
SYAZMY bersandar di hadapan bilik pembedahan
itu. Dia tiada sedikit pun selera untuk
meneguk walau setitik air. Dia bimbang
tentang keadaan Khairil dan Haziq. Mata
dan otaknya asyik memutarkan kejadian kemalangan yang berlaku betul-betul di
hadapannya. Tak semena-mena, airmatanya
mengalir lagi. Hatinya kembali sebak saat
matanya terlihat Ilham. Kehadiran mama
dan papa turut mengisi ruang di lorong itu.
Bapa dan mak mentuanya turut menanti di kerusi lorong itu. Fifi terlelap sambil melentokkan kepala
kecilnya di bahu Syazmy. Syazmy mengusap
lembut kepala anak yatim itu. Anak
gadisnya itu memang agak Amau dengan keadaan adik kecilnya namun kepenatan
menanti membuatkan mata kecil itu terlelap.
“ Aku… Aku… aku ce…raikan kau...”
LAFAZ dari bibir Ilham sebentar tadi tidak
akan dilupakan sampai bila-bila. Lafaz
itu menyebabkan semua tragedi malam ini terjadi. Paling tidak akan dilupakan saat anaknya yang
masih kecil itu dipeluk erat dan tubuh Khairil yang melambung tinggi dilanggar
kereta sebentar tadi. Syazmy
menggeleng-geleng perlahan. Airmatanya
tidak berhenti mengalir. Makin diingati,
makin laju aliran airmatanya. Hatinya
berdoa agar kedua-duanya selamat.
“
Sabar, Yamy.. sabar.. banyak-banyak berdoa, sayang..” Puan Rubiah menarik kepala Syazmy. Syazmy pasti terasa beban berbandingnya. Namun sebenarnya mereka berkongsi rasa yang
sama. Dia sedang menanti keputusan
tentang anak tunggalnya yang kemalangan sama seperti Syazmy juga sedang resah
menanti keputusan tentang keadaan anak kecilnya. lebih parah buat Syazmy, abang yang pernah
menyayanginya lebih dari seorang adik juga sedang bergelut dengan nyawa. Beratnya beban perasaan Syazmy.
“ Yamy
tidak cukup kuat, ma. Abang dan Haziq
sama-sama alami kemalangan di depan mata Yamy, ma. Depan mata abang melambung sambil dukung anak
Yamy. Mama bayangkanlah..” Syazmy menangis perlahan. Dia meletakkan kepalanya di bahu Puan
Rubiah. Hanya ALLAH yang tahu
perasaannya.
“
Yamy… tidak ALLAH uji hambanya dengan sesuatu ujian melainkan ujian yang
hambanya itu mampu harungi..” Perlahan
pujukan dan usapan mama melegakannya.
Bebannya seolah dikongsi oleh mama.
“
Pinjamkan Yamy semangat mama..”
Airmatanya laju membasahi baju mamanya.
“
Yamy.. mama nak mintak semangat Yamy.
Yamy boleh menghadapi semua ini dengan tenang. Walaupun sedih, Yamy masih mampu mengawal
diri. Abang dan Haziq kemalangan dalam
masa yang sama, Yamy turut melihat kejadian itu dengan mata sendiri.. kalaulah mama, mama mungkin pengsan dan
hilang akal..” Puan Rubiah menasihati
anak perempuannya. Syazmy adalah anak
istimewa yang kuat semangat. Dia
kehilangan ahli keluarga dan bercinta dengan abang sendiri. Saat dia ditinggalkan, dia membina hidup
dengan Amar. Hari pertama
perkahwinannya, dia bergelar balu dan menerima seorang anak gadis yang
diamanahkan oleh Amar. Pemergian Amar
diiringi oleh pemergian mertuanya.
Dipaksa berkahwin dengan Ilham dan berserah. Namun sinar bahagia enggan singgah lama pada
dirinya. Kini, dia berhadapan dengan
pertarungan nyawa anak dan abangnya.
“
Yamy.. Yamy dengan Am bergaduh ke?”
Pertanyaan itu bagaikan belati yang sedang melapah sekeping hatinya yang
sudah kerap terluka. Syazmy masih
membisu. Bibir bawahnya diketap
perlahan. ‘Airmata, berhentilah mengalir.
Sekarang bukan masa untuk meratapi gelaran janda tapi sekarang waktu
untuk bimbang tentang keadaan Haziq dan abang..’ Hati kecil Syazmy berbisik. Bahu seorang ibu memang menyelesakan dalam
apa jua keadaan. Dia mahu terus
bersandar pada tubuh mama dan merasai kehangatan aliran darah mama yang
menjaganya penuh rasa kasih sepanjang dia hidup menghirup udara segar
ciptaan-Nya ini.
“
Yamy.. mama tanya ni sayang..”
Lembut nada mama masih seperti masa-masa kecilnya bersama Khairil
dahulu. Mama tidak pernah menengkingnya
jauh sekali memarahinya. Syazmy jadi
rindu dengan zaman kecilnya. Zaman dia
masih mentah dan zaman di mana dia tidak perlu memikirkan perkara-perkara
sukar.
“
Sayang…” Puan Rubiah mengusap
tudung Syazmy perlahan. Dia tahu Syazmy
menyembunyikan sesuatu. Hubungan Syazmy
dan Ilham tampak dingin. Berjauhan saat
anak kandung mereka sendiri sedang ditimpa kecederaan serius, pastinya bukan
alamat yang baik dalam perkahwinan. Apa
yang terjadi pada perkahwinan mereka?
Syazmy tampak benci dengan Ilham.
Memandang Ilham pun dia enggan walau dengan ekor mata.
“
Fitratun Syazmy.. mama mahu berkongsi semua rasa dengan anak mama.. jangan pendam apa-apa.. let it go.. mama will support you to go
through all hard time…” Syazmy masih
kaku. Inilah yang dia mahu. Dia mahu seorang mama yang begitu
toleransi. Dia sayangkan Puan Rubiah
sedalam-dalamnya. Wanita tempat dia
berpaut itu tidak pernah membuatnya rasa terasing. Saat semua meminggirnya, mama merangkulnya
penuh kasih. Saat papa menolak
percintaannya dengan Khairil, mama membelanya.
Saat Ilham menghapus status isteri dari hidupnya, mama datang
menenangkannya. Dia tidak sanggup
kehilangan sentuhan mama… satu per satu
sifat derhakanya pada mama terlayar.
Tangisan Syazmy makin lebat.
“
Mama….semua ni sebab Yamy pernah derhaka dengan mama.. Yamy pernah buat
mama kecil hati.. Yamy pernah sakitkan hati mama. Maafkan Yamy ma.. maafkan Yamy…” Suara Syazmy tersekat. Dia mengungkap maaf sebanyak mungkin.
“
Sayang… mama maafkan semua salah Yamy.
Yamy tak pernah buat salah dengan mama..” Puan Rubiah terasa sebak. Tentunya perasaan Syazmy sedang berkocak
hebat.
“
Mama.. Yamy… Am..” Tersekat lagi
di kerongkongnya.
“
Kami… ka..mi.. Am… Am….. ce..rai..kan…”
Syazmy tidak sanggup meneruskan ayatnya.
Dia benci dengan Ilham.
Sungguh!!! Jangan biarkan walau
bayang Ilham melintas. Dia akan
bertindak di luar batasan jika Ilham menghampirinya. Puan Rubiah tergamam.
“ Yamy??!!” Puan Rubiah meminta kepastian. Anggukan Syazmy membuatkan liurnya terasa pahit. Syazmy memang sedang memikul beban yang maha besar. Dia diceraikan dan anaknya sedang bertarung nyawa. Semuanya bagaikan mimpi ngeri buat seorang perempuan bergelar isteri dan ibu. Kosong hanya dengan satu malam. Puan Rubiah menala tepat kea rah Ilham yang sedang berteleku. Puan Bainun menghampiri tubuh kecil Fifi yang terlena pulas di bahu Syazmy. Puan Rubiah masih bisu.
“ Yamy??!!” Puan Rubiah meminta kepastian. Anggukan Syazmy membuatkan liurnya terasa pahit. Syazmy memang sedang memikul beban yang maha besar. Dia diceraikan dan anaknya sedang bertarung nyawa. Semuanya bagaikan mimpi ngeri buat seorang perempuan bergelar isteri dan ibu. Kosong hanya dengan satu malam. Puan Rubiah menala tepat kea rah Ilham yang sedang berteleku. Puan Bainun menghampiri tubuh kecil Fifi yang terlena pulas di bahu Syazmy. Puan Rubiah masih bisu.
“ Saya
saksinya, Ruby.. saya dengar
segalanya…” Puan Bainun meluruskan kaki
kecil Fifi di atas bangku panjang itu agar tubuh itu selesa. Jaket Ilham diselimutkan ke tubuh kecil
itu.
“ Am
tersalah faham. Yamy ada meminta izin
berjumpa dengan Ril petang tu. Saya yang
izinkan dia keluar. Dia cuba telefon Am
tapi tak dapat..” Puan Bainun
menunjukkan riak kesal. Dialah insan
yang menyatukan Ilham dan Syazmy malah dia juga yang bertanggungjawab tentang
keruntuhan mahligai tersebut.
“ Umi
tak salah, mi. Yamy yang salah. Patutnya Yamy kena patuh. Andai tanpa izin suami, kaki Yamy tak boleh
melangkah melainkan hukumnya berdosa. Dan
Yamy dah terima balasan, ma. Dah terima,
ma…” Syazmy merintih lembut. Airmatanya tak pernah bosan mengalir. Dadanya semakin sesak. Semuanya terjadi dalam satu malam. Hatinya juga tidak dapat berdeguo dengan
kadar biasa. Dia mahu semuanya selamat
biarpun dia ditinggalkan oleh Ilham. Dia
mahu permata hatinya hidup dan dia mahu pelindungnya itu masih bernafas. Selain dari itu, hal lain ditolak ke
tepi.
No comments:
Post a Comment