Tuesday, 8 October 2013

:::Biarkan Aku Sendiri:::


Tiga puluh lima

SEJAK dia menjejakkan kakinya ke Labuan, pesisir pantai ini bagaikan teman rapatnya.  Menemani Fifi mengutip kulit-kulit kerang sekaligus mengubat hatinya yang sedang rindu.  Rindu pada wanita dan lelaki yang banyak berjasa menjaganya.  Mama.. papa..  Rindu pada Ilham yang jauh di mata.  Meskipun setiap hari lelaki itu menghubunginya, rasanya tidak sama seperti berhadapan dengannya. 
  Hai…”  Suara menegur itu membuatkan Syazmy berpaling.
  Ehhh?  Haii..!!”  Syazmy mengukir senyuman.  Dia melihat pakaian sukan yang tersarung di tubuh lelaki dihadapannya itu seperti pelik. 
  Awak buat apa kat sini?”
  Saya ni bersenam sambil hirup udara segar.  Bukannya termenung macam awak..”  Lelaki itu menyindirnya.  Syazmy hanya tersenyum.  Hatinya terubat apabila diusik begitu. 
  Awak tinggal sini ke?  Awak ni da macam paparazzi pulak.. mana saya ada, mesti awak ada..” 
  Bukan paparazzi la.. saya ni problem detector.. masa awak bermasalah, saya macam boleh bau tau..”  Lelaki itu memandang Syazmy.  Syazmy hanya mencebik.  Seketika kemudian, dia melambai-lambai lembut ke arah Fifi yang membawa seplastik kulit-kulit kerang yang dikutip. 
  Seorang je…?”          
  Bertiga la… termasuk awak ni, berempat la kita…”  Syazmy memandang redup ke arah lelaki itu. 
  Yelaaaa…. Mana Ilham?” 
  Haiii.. kenapa tanya?”  Syazmy mengalihkan topik.  Dia tidak mahu berbicara soal itu.  Dan entah mengapa setiap kali dia jauh dari Ilham, dia akan bertemu dengan lelaki itu.  Lelaki itu seolah dapat menghidunya. 
  Saja… Suami awak kan.. saya tanya la.. lagipun, dia kan ex-classmate saya..” 
  Nooooo.. He’s the man that allergic to you..”
  But he always get the best rather than me…” 
  Lucky him..”  Syazmy tersenyum lembut.  Isqandar duduk di sisinya.  Memerhatikan kebiruan laut dan memerhati anak gadis kecil yang leka mengutip kekulit kerang. 
  Dia ada awak.. ada anak gadis yang comel dan ada insan kecil yang sedang membesar dalam rahim awak… bertuah dia…”  Isqandar mengeluh lembut.  Makin lama, pandangan matanya makin redup.  Sayu namun menenangkan. 
  Dia sudah tak tertakdir untuk bersama saya selamanya…” 
  Tapi.. sekurang-kurangnya dia pernah bahagia bersama awak.. pernah membuat awak bahagia dan hingga kini, awak masih belum dapat melupakan dia…”  Syazmy tertunduk saat Isqandar bersuara. 
  Susah kan?  Saat kata hati dan minda tidak seiring…”  Isqandar menyambung kata-katanya dan ia meresap ke dalam jiwa Syazmy.  Sedih.  Sayu.   Dia jelasnya memang tidak boleh meluputkan Ilham dari ingatan.  Nyawanya separuh lagi di dalam rahimnya. 

  IBU…”  Suara lembut itu memecah sunyi antara Isqandar dan Syazmy.  Fifi merapati Syazmy dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan lelaki itu. 
  Nama siapa, sayang?”  Isqandar bertanya lembut.  Dia mengusap ubun-ubun anak itu. 
  Afiqah Najwa binti Ameer Haiqal..”  Lancar anak kecil itu menuturkannya.  Isqandar mencari anak mata Syazmy.  Syazmy tersenyum lembut dan menganggukkan kepalanya. 
  Uncle ni.. namanya Shah Isqandar..”  Syazmy memperkenalkan Isqandar kepada anak kecil itu. 
  Sweety boleh panggil uncle ni… Uncle Is ye..”  Isqandar memegang tangan kecil gadis itu. 
  Uncle seorang je ke?  Join us la… kita buat kraf kerang..”  Fifi mengajak lelaki itu. 
  No dear.. Uncle busy kot…  kita je buat ye?”  Syazmy memujuk Fifi.  Dia tidak mahu menganggu perancangan Isqandar pula. 
  Ehhh.. it would be a pleasure to me..  Uncle pun teringin nak tengok Fifi buat kraf kerang tu…” 
  Ibu buat cantik-cantik, Uncle.. come…”  Jemari kecil itu menarik tangan Isqandar.  Syazmy hanya mengekori langkah mereka.  Namun, Isqandar menunggu Syazmy untuk bersama-sama pulang. 

PETANG itu, Isqandar bertapa di rumah Pak Usu menemani Fifi menampal kerang serta mewarnakannya.  Suasana mula kecoh dengan riuh bual Fifi, Pak Usu dan Mak Usu.  Syazmy sesekali Cuma tersenyum.  Jemarinya sibuk mewarnakan kekulit kerang dengan pelbagai tona warna.  Seteko teh O dan beberapa biji karipap segera digoreng dan mereka sama-sama menikmati minuman petang bersulamkan angin laut.  Rumah Pak Usu yang berhadapan dengan laut itu memang mengundang tenang.  Mengundang rasa bahagia dan gembira.  Sudah dua minggu Syazmy menghabiskan masa di sini.  Namun dia tidak mampu menjadi setenang air laut di waktu malam.  Hatinya sering dilanda ombak resah.  Merindui senyuman dan kehadiran lelaki yang jauh dari matanya. 
  Is memang duduk di sini ke?”  Soalan Pak Usu itu membuatkan Syazmy mengangkat mukanya.  Dia juga mahu tahu. 
  Taklah Pak Usu.. saya bukan duduk sini tapi saya selalu ulang-alik ke sini.. urusan kerja di sini…  tak tahu pula Syazmy ada pakcik di sini..” 
  Owhhh.. kebetulan lah terjumpa ni?”  Isqandar mengangguk perlahan.  Jemarinya menyuakan cawan berisi teh O itu ke bibir.  ‘Tapi Pak Usu.. saya selalu berdoa untuk berjumpa dengan Yamy’  kata-kata itu terdetik di dalam hati.   Teh O suam itu dihirup perlahan.  Menikmati tegukan demi tegukan. 
  Saya ingat nak minta izin Pak Usu dan Mak Usu untuk bawa Yamy dengan Fifi keluar malam ni.  Makan malam sama..”  Saat telinga Syazmy menangkap ayat dari bibir Isqandar itu, wajahnya ditegakkan dan matanya membulat memandang Isqandar.  Isqandar mengelak dari memandang Syazmy. 
  Ehhhh.. bagus jugak tu… Pak Usu boleh je…”  Pak Usu memberi lampu hijau buat lelaki itu. 
  Ha’ah.. pergilah Yamy.. jalan-jalan sikit.  Asyik memeruk di rumah saja.  Sesekali keluar malam, apa salahnya..”  Mak Usu pula menyokong.  Syazmy mengukir segaris senyum.  Namun, belum sempat dia menolak ajakan itu, Isqandar sudah memotong. 
  Fifi nak keluar dengan Uncle tak?”  Dia memancing Fifi pula.  Fifi melonjak riang. 
  Ibu ikut tak?” 
  Ehhh.. mana boleh bawa ibu.. Uncle nak dating dengan Fifi la..  bawak ibu nanti kacau daun la..”  Isqandar mengusik.  Syazmy mencebik. 
  Ibu tak ikut ke ibu?”  Fifi mula merengek seolah memujuk Syazmy.  Syazmy tersenyum ke arah anak kecil itu.  Isqandar dan Ilham sama sahaja.  Dia tahu kelemahannya adalah Fifi. 
  Siapa kata ibu benarkan Fifi keluar berdua dengan Uncle?  Mestilah ibu ikut..”  Persetujuan itu membuatkan senyuman Isqandar makin melebar.  Pak Usu dan Mak Usu saling berpandangan.  Seolah dapat membaca reaksi Isqandar yang ingin mendekati Syazmy. 
  Pak Usu dengan Mak Usu.. jomlah ikut..”  Syazmy sengaja mengajak.  Enggan memberi peluang kepada Isqandar. 
  Ha’ah laaa… takkan nak bawa Syazmy je.. memang nak bawak bodyguard tau..  jom lah ikut Pak Usu.. Mak Usu..” 
  Ehhh.. Kami berdua ni dah tua sangat nak hirup udara malam..  sengal-sengal sendi kami nanti.  Orang muda sajalah yang pergi..”  Mak Usu memberi alasan.  Isqandar melirik pandang ke arah Syazmy seolah mengisytiharkan kemenangannya untuk membawa Syazmy keluar dan Syazmy mencebir.  Dalam perbalahan tanpa suara itu, Isqandar memenanginya. 

  KENAPA awak tak kahwin lagi?  You have everything…  complete package..”  Syazmy bersuara.  Saat itu mereka baru menghabiskan hidangan yang dipesan oleh Isqandar.  Fifi pula sedang dihidangkan dengan aiskrim sebagai pencuci mulut.  Isqandar tidak terus menjawab. 
  Hmmm?”  Seolah mahu diulang soalannya. 
  You heard me..”  Syazmy menyucuk garfunya ke buah tembikai susu yang terhidang. 
  Soalan you tu tak ada jawapannya..”  Isqandar memandang ke arah Syazmy.  Syazmy mengangkat keningnya.  Seolah tidak percaya.  Lelaki ini..  cukup santai malam ini.  Berpakaian biasa dan berseluar khaki.  Dan dia seolah cuba memikatnya secara halus.  Itu yang Syazmy rasa.  Namun dia tidak pasti sekiranya telahannya itu tidak tepat.  Layanan lelaki itu seolah berlebih-lebihan.  Ke dia sahaja yang perasan sendiri? 
  Tak pernah bercinta?” 
  Pernah..  tipu lah tak pernah bercinta..”  Isqandar tersenyum simpul. 
  So??” 
  So.. solo ni tandanya apa?” 
  Tanda kasih putus di tengah jalan la..”  Syazmy menjawab selamba.  Isqandar ketawa kecil.  Dia hanya mengangguk. 
  Setianya la awak ni…”  komen Syazmy. 
  Bukan setia.. tak jumpa dengan orang yang betul di waktu yang betul…  sebab saya berjumpa dengan orang yang betul di waktu dan situasi yang salah…  macam mana?” 
  Then..fight for her…”
  Yamy… waktu dan situasinya tidak kena..” 
  Susah jugak..  tapi kalau jumpa dengan orang yang salah pada masa yang betul dan pada situasi yang betul juga tidak membantu untuk bahagia…” 
  Kecewa awak mungkin lebih besar dari saya.  Dan kerana itu, saya mahu menikmati hari tanpa memikirkan apa-apa..” 
  Mana boleh tak fikir….”  Perlahan suara itu.  Syazmy memandang lembut ke arah Isqandar. 
  Bayangkan awak berada di situasi saya.. saya jumpa dengan dia… tanpa mengetahui yang dia sudah dimiliki..  dan apabila kami bertemu lagi, dia masih menjadi milik orang.. kemudian bila dia terlerai dari ikatan itu, hatinya pula terikat.  Macam mana?”  Isqandar mengeluh.  Syazmy menelan liur.  Hatinya berdetak kencang.  Siapa ‘dia’ itu? 
  Itu tandanya awak dan dia tak ada jodoh..”  Syazmy mengusik lelaki itu.  Lelaki itu tertawa bahagia. 
  Mungkin jugalah… mungkin takdirnya saya hanya mampu menyayangi dia dari jauh..” 
  Mencintai dan memiliki.. definisinya berbeza, Is..  biarlah kita mencintai dan tidak memilikinya namun dia bahagia dari kita mencintainya dan memilikinya namun dia tidak bahagia dengan kita..”  Kata-kata Syazmy itu disambut dengan anggukan.  Yang dia tahu, dia mencintai dan mahu memiliki wanita itu serta membahagiakannya.  Suasana sepi itu pecah dengan deringan dari telefon bimbit Syazmy.  Video call dari Ilham. 
  Sayang.. ayah..”  Syazmy berbisik dan menghulurkan telefon bimbitnya pada Fifi.  Fifi menjawab dengan girang namun saat telefon itu bertukar tangan, Isqandar bangun untuk ke kaunter bayaran.  Syazmy hanya membiarkan.  Sesekali kedengaran suara kecil Fifi bercerita dengan Ilham.  Selepas sahaja Ilham dan Fifi tamat berbual, Isqandar mengajak pulang namun ketika langkah mereka mahu keluar dari restoran itu, ada suara memanggil Isqandar. 
  ENCIK.. encik…  Somtam bungkus ni untuk isteri encik…encik lupa ambil tadi..”  Seorang pekerja lelaki tersenyum.  ‘Oh… patutlah dia lama masa bayar tadi.. Siap bungkuskan Somtam mangga untuknya.’  Syazmy menyambut huluran bungkusan Somtam itu. 
  I knew you like it…  Somtam ni tahan sampai pagi esok.. sebab dia baru buat tadi..”  Isqandar bersuara. 
  Thanks…”  Kelu untuk berbicara.  Dia tidak mahu terhutang budi pada lelaki itu. 
  My pleasure… tapi saya lebih harap kata-kata lelaki itu bertukar menjadi realiti..”
  Kata-kata apa??”  Syazmy mengerutkan dahinya.  Yang mana ni??  ‘Somtam bungkus ni untuk isteri encik’  dan saat kata-kata itu dapat diingati, Syazmy terkaku.  Sehingga Isqandar menegurnya, barulah dia meloloskan diri ke dalam perut kereta. 
  Dah.. dah.. jangan fikir yang bukan-bukan..”  Isqandar menegur. 
  Rileks la Yamy… take it easy..”  Suaranya memujuk lembut. 

SAAT mata Syazmy baru mahu ditutup, kedengaran telefon bimbitnya berbunyi.  Video call dari Ilham lagi?  Hatinya tertanya.  Dia lantas bangun dan cuba mencari posisi selesa untuk duduk.  Panggilan itu dijawab juga selepas panggilan kedua. 
  Assalamualaikum…”  Ilham bersuara perlahan.  Wajah lelaki itu kelihatan masih segar. 
  Waalaikumussalam..”  Salam berjawab.  Syazmy masih menanti Ilham bersuara.  Ilham mengukir senyum di skrin sana. 
  Lambat jawab?  Yamy pergi mana?”  Lembut nadanya. 
  Yamy baru nak tido tadi… tak sempat nak jawab call yang first tadi..” 
  Takpelah.. Yamy sihat ke?  Tadi pergi mana?” 
  Sihat Alhamdulillah.. tadi pergi makan kat luar..”
  Dengan siapa?  Kan abang dah pesan.. jangan keluar malam.. nanti bisa-bisa badan..  masa Yamy mengandungkan Haziq dulu kan, Yamy selalu sakit-sakit badan kalau keluar malam..”  Ya.. suara itu sedang memenuhi segenap halwa telinganya.  Wajah risaunya di skrin itu membuatkan Syazmy terasa sebak.  Rasanya inilah pertama kali Ilham menghubunginya di waktu malam tanpa berbual dengan Fifi dan ini jugalah kali pertama Ilham menasihatinya seperti seorang suami.  Dan memang tubuhnya terasa berbisa kini. 
  Abang.. kenapa abang baik sangat… dengan Yamy?”  Soalan itu tersekat-sekat.  Dia mahu tahu mengapa Ilham terlalu baik dengannya?  Kerana cinta atau kerana dia terikat dengan bayi dalam kandungannya ini? 
  Because I love you dear.. I knew I hurt you most.. tapi abang nak tebus semua silap abang,  Yamy..  Yamy jauh.. abang terseksa bila Yamy menjauh macam ni..”  Lelaki itu masih memujuk. 
  Yamy mahu abang biasa dengan kejauhan ni..  lepas ni, hubungan kita…”  Belumpun sempat Syazmy bersuara, Ilham memotong bicaranya. 
  Yamy…  jangan cakap yang bukan-bukan.  Abang sayang keluarga kita, Yamy.  Ambillah berapa lama yang Yamy mahu asalkan luka di hati Yamy sembuh.  Abang mahu bantu untuk sembuhkannya tapi abang takut Yamy makin terluka.. Yamy menjauh ni membuatkan abang tak menentu, Yamy..”  Syazmy hanya membisu.  Dia rindu untuk bahagia di samping lelaki itu.  Dan dia juga mahukan sebuah keluarga kecil tapi bahagia.  Dia mahu bayinya ini mengecapi rasa indah berkeluarga namun separuh lagi hatinya sedang berperang menolak kehadiran Ilham.  Syazmy terdiam.  Matanya memandang penuh kea rah wajah lelaki tiu di skrin.  Namun semakin dia merenung wajah itu, hatinya dilanda rasa sendu.  Hatinya tersayat pilu.  Matanya mula bergenang dengan air.  Dan kesudahannya, Syazmy menangis sayu di hadapan Ilham dan Ilham termundar-mandir memujuk namun jemari Syazmy menekan butang merah tanpa berkata apa. 

SYAZMY mengesat airmatanya.  Dia bangun dan melangkah perlahan ke balkoni di luar biliknya.  Fifi susah lena diulit mimpi.  Mungkin semua sedang tidur dengan pulas dan dia kini sedang berperang dengan perasaan.  Hatinya bagaikan mahu pecah dengan rasa sedih ini.  Dia tidak tahu bagaimana mahu bermula semula untuk bahagia.  Panggilan Ilham tidak lagi dijawab.  Telefon itu dibiarkan sepi.  Sepi tanpa jawapan.  Dia tidak tahu kenapa setiap kali Ilham dekat dengannya, hatinya mudah terasa sayu.  Airmatanya cepat bergenang.  Syazmy menarik nafas sedalamnya.  Melepaskannya dengan perlahan dan cuba mengosongkan minda.  Dia mahu berhenti dari memikirkan keadaan yang tidak membahagiakannya.  Dia mengusap lembut perutnya.  Dia tersenyum sendiri.  Dia masih tidak mengetahui jantina sebenar anaknya ini.  Seperti Haziq dahulu, dia mahu menerima seadanya apakah jantina anaknya.  Lelaki atau perempuan, bukannya penentu apa-apa.  Dia mahu anaknya ini sihat.  Dan langkah diatur ke katil.  Dia mahu merebahkan badannya.  Kepalanya mula berat. 

No comments:

Post a Comment