Monday, 7 October 2013

:::Biarkan Aku Sendiri:::


Dua


Seharian wajah Syazmy kelat.  Melihat Khairil melayani Leya, anak gadis Auntie Mariana.  Jaki sungguh hatinya melihat gadis lain berdampingan dengan lelaki kesayangannya.  Makan malam yang indah itu hanya malam yang ngeri untuk Syazmy hadapi.  Ketenangan Khairil mengendalikan makan malam itu membuatkan jiwa Syazmy makin memberontak.  Percutian mereka sekeluarga untuk meraikan detik-detik pemergian Khairil yang makin hampir ke luar negara menjadi detik perit untuk Syazmy.  Khairil hanya miliknya seorang. 
“ Mama..papa.. Yamy nak ambil angin sekejap dekat-dekat sini.  Boleh?”
“ Kita baru jumpa Auntie Ana dengan Kak Leya nie.  Tunggulah Uncle Amir datang, sayang.. kenal-kenal dulu..”
“ Kejap je.  Sementara tunggu Uncle Amir, Yamy pergi sekejap je.  Mama dengan papa boleh bincang hal abang dengan Kak Leya.. Yamy takde pasangan.  Rasa tak sesuai pulak kat sini..”  Khairil mula memandang Syazmy tajam.  Berharap agar Syazmy memandangnya seolah memberi amaran untuk terus duduk di tempatnya. 
“ Yamy jangan pergi jauh sangat ye?”  Pesanan mama itu memberikan keizinan.  Syazmy Cuma mengangguk sambil meminta diri.  Kerusinya ditarik ke belakang.  Tiba-tiba tubuh genit itu berlanggar dengan sesusuk tubuh lelaki. 
“ Opss….sorry cik..”  Lelaki itu memegang lengan Syazmy dengan erat.  Hampir Khairil menelan semua makanan yang baru disuap ke dalam mulutnya.  Seluruh keluarga agak terkejut.  Syazmy membalas pegangan lelaki itu untuk mengimbangi dirinya sendiri. 
“ Ops.. takpe..takpe.. salah saya jugak..” Syazmy melepaskan pegangan tangan mereka.  Lelaki itu tersenyum manis.  Dan serentak dengan itu, dengan beraninya lelaki itu menghulurkan tangannya sebagai salam perkenalan. 
“ Saya.. Amar Hidir..”  Syazmy memandang mamanya.  Mama tersenyum manis mengangguk.  Mengizinkan anaknya itu menerima salam perkenalan tiba-tiba itu.  Papa juga mengukirkan senyuman cuma senyuman Khairil kelihatan tidak ikhlas dari hatinnya. 
“ Fitratun Syazmy.. call me Yamy..”  Lelaki itu mengangguk.  Lantas, dia menghulurkan salam kepada mama, papa dan seluruh keluarga.  Gentlemen sungguh lelaki itu. 
“ Saya ID.. minta diri semua.. Minta maaf, Yamy..” 
“ ID tak nak join us?” 
“ Thanks but.. maybe for next time.... my family are waiting for me..” Cara dia menolak pelawaan kami amat sopan.  Senyuman dan dirinya seolah tak dapat dipisahkan.  Senyuman itu kelihatan begitu serasi dengannya.  Dia mengatur langkah berlalu. 
“ Nampaknya, kita boleh langsungkan Yamy dengan Khairil sekali ni, pa.  Yamy dah ada calon.  Ril pun dah ada..”  Mama Cuma ketawa.  Wajah Khairil berubah menjadi merah.  Sama ada marah atau malu.. Syazmy menggeleng lalu dia berlalu. 

“ ASSALAMUALAIKUM..”  Syazmy berpaling ke arah suara itu sebelum menjawabnya. 
“ Waalaikumussalam.. Awak? Em..”
“ Boleh saya duduk?”  Syazmy mengangguk.  Namun, kepalanya masih berputar untuk mengingati nama lelaki yang baru melanggarnya tadi..
“ Amar Hidir.. nama saya.. panggil ID..”  Seolah dapat membaca fikiran Syazmy.  Syazmy tunduk malu.  Dia mengukir senyum manis.  Lelaki ini pasti menyenangkan. 
“ Yes.. awak macam tahu apa yang saya fikirkan..”
“ Saya memang tau menilik.. hahahahaha..” Lelaki itu ketawa.  Selesa.  Itulah perkara pertama yang terlintas di dalam kepala Syazmy. 
“ Saya memang ingin buat teman baru saya selesa..”  Dia tersenyum penuh makna.  Syazmy mencubit lengannya. 
“ Saya dah kata, saya tau menilik pemikiran orang..”  Dia menyambung kata-katanya.  Syazmy tersenyum mengangguk.
“ Awak nie tersenyum je.. cakap lah sikit.  Kalau awak cakap, ada emas keluar ke?” Syazmy masih mengukir senyuman. 
“ Senyum lagi..”  Suasana sepi seketika.  Lelaki itu mendiamkan dirinya.  Syazmy memandangnya sambil tersenyum.  Amar membalas senyuman itu.  Mereka saling berbalas senyuman.  Syazmy ketawa. 
“ Awak memang menyenangkan.  Saya suka mengenali awak..”
“ ID.  Call me ID..” 
“ Emm.. I’m a bit like with Amar..” 
“ Amar?  Best ke nama tu?”
“ Yeah.. saya suka..” 
“ Ok.. you are allow to call me like that..”
“ Really?  Seriously?”
“ I want to be your friend.  Can I?”
“ Yes..”  Syazmy tersenyum mengangguk.  Rugi juga jika lelaki ini tidak menjadi temannya. 
“ Saya nampak awak sejak kali pertama awak ke sini.  Do you believe it?”  Amar memandang ke dalam anak mata Syazmy.  Syazmy membulatkan matanya.  Seakan tidak percaya, ada mata lain memerhatikannya selain mata tenang Khairil. 
“ Awak bersama lelaki yang duduk di sebelah papa awak.  Kan?” Syazmy mengangguk pantas.  Amar tersenyum.  Matanya yang redup menikam mata Syazmy.  Seolah memberitahu yang dia tahu tentang hubungan mesra mereka. 
“ Dia abang saya..”
“ Seem like not..”  Syazmy tergamam mendengar kata-kata yang terkeluar dari bibir Amar itu. 
“ Just joking.  Don’t take it serious..”  Amar tersenyum melihat ketergamaman Syazmy.  Dia tahu, 90% daripada tanggapannya benar.  Seolah, gerak lintas hati seseorang dapat dibaca namun, itu semua datang dari gerak hatinya sendiri apabila melihat reaksi seseorang. 
“ You are someone’s special..”  Amar tersenyum manis.  Sepanjang malam menjadi malam Amar dan Syazmy.  Berbual dengan Amar membuatkan ingatan Syazmy kepada masa dan waktu seolah terhenti. 

SYAZMY terjengket-jengket melangkah masuk ke dalam apartment itu.  Nafasnya mula tidak teratur.  Agak risau kerana pulang begitu lewat hingga mencecah jam 4.30 pagi.  Enggan mengejutkan mama dan papa dengan kepulangannya, Syazmy melangkah perlahan.  Semua perbuatannya dilakukan perlahan.  Tanpa bunyi.  Namun, sewaktu jemari Syazmy mencapai tombol pintu biliknya, ada sebuah tangan sedang menghalang jemarinya memulas tombol bilik itu. 
“ Abang!!!”  Syazmy seolah berbisik.  Mata Khairil kelihatan seperti bola api yang sedang menyala seolah ingin membakar hangus tubuh Syazmy. 
“ Pergi mana sampai balik awal pagi ni?”  Nadanya kedengaran perlahan namun jelas kedengaran tona marah dari suara itu. 
“ Berbual dengan kawan..”
“ Kawan?  Itra dah pandai berkawan sekarang?” 
“ Kenapa dengan abang nie?”
“ Sejak bila mula biasa panggil abang nie?  Mama dengan papa dah tidur.  Call me Ai.  You are mine!!  Don’t you ever try to betray me!!” 
“ Apa yang abang cakap ni?  Merepek!!!  Bila Yamy betray abang?”  Khairil menarik lengan Syazmy dan masuk ke dalam bilik Syazmy.  Dadanya seolah mahu pecah mendengar tutur kata Syazmy.  Pasti ada yang Syazmy tidak puas hati bila Syazmy mula memberontak begini. 
“ Kenapa ni?  Kenapa cakap macam ni?  Itra nak tinggalkan Ai lepas kenal dengan budak hingusan tadi?” 
“ Amar.. nama dia Amar..”
“ Oooo… dah tahu nama??  Amar??  Huh!!!  Dah pandai balik lambat sebab dia kan?” 
“ Kenapa ni?”  Syazmy mengeluh lembut.  Dia tidak mahu bertengkar di saat mereka mahu berpisah jauh.  Dan dia tidak mahu bertengkar hanya kerana seorang lelaki yang baru sahaja dikenalinya. 
“ That is my question.  Answer it for me, please honey!!!”  Kata-kata Khairil itu lebih kepada sindiran.  Syazmy mengeluh.  Dia menjeling ke tepi. 
“ It’s about you and Kak Leya.  Our parent was really excited with both of you..”
“ Ah… alasan!!!  Itra tahu yang hati Ai hanya pada Itra.  There was nobody can stole my heart because my heart was with you all the time.. Ai takkan tergamak nak lukakan Itra.. Amar was not belonging to you.  I am!!!  Understand?”  Syazmy membisu.  Kenyataannya, Khairil melayan Leya melebihi dirinya sewaktu makan malam tadi.  Pasti ada mata-mata yang berkenan dan terlintas untuk menyatukan Khairil dan Leya.  Bagaimana dengan dirinya?  Seluruh hidup dan hatinya sudah berada dalam genggaman Khairil. 
“ Itra kena ingat.. Itra yang mulakan..”
“ Itra?!!  Kenapa Itra pulak?” 
“ Itra yang lebih sangat nak kenal dengan anak Auntie Ana yang lelaki then it was lucky that is girl.  I am so worried..”
“ It was a silly joke!!!”
“ Yes!  But it was serious by our parent.  Itra tak tahu macam mana mereka berbincang tadi.  You are gone with that damn boy!!!!” 
“ He was so sweet.” 
“ Don’t you ever say that in front of me or I’ll kill him now!!!!”  Khairil meninggikan suara.  Hatinya  lebih parah mendengar kata-kata pujian yang lahir dari bibir gadis kesayangannya sendiri.  Ini belum lagi dia berangkat ke luar negara.  Dia takut hati Syazmy tak sekuat hatinya.  Jarak boleh menjadi penyebab kerenggangan mereka nanti.  Menakutkan jika dia kehilangan permata hati itu.  Hanya gadis itu yang boleh bertahan dengannya. 
“ Ini.. belum Ai pergi belajar lagi.  Ai ada depan mata pun, Itra dah pandai balik lewat malam!!”  Syazmy menolak tubuh Khairil.  Lagi lama Khairil berada di dalam biliknya, lagi sesak nafasnya.  Cemburu Khairil melebih-lebih. 
“ Kenapa tolak-tolak ni?  Dah pandai halau Ai sekarang!!”  Wajah Khairil kelihatan sangat tegang.  Hatinya sedang disimbah api kemarahan dengan tindakan Syazmy yang menolaknya. 
“ Lebih baik Ai keluar daripada Ai duduk dalam ni dan cakap yang bukan-bukan..” 
“ Ingat Itra.. Itra..Ai yang punya.  Sesiapa pun tak boleh nak rampas kecuali takdir Allah.. Ai tahu, Itra tergugat but I do love you and I will never ever leave you..”  Khairil menurunkan nada suaranya yang keras.  Dia tahu, dia tidak boleh melembutkan Syazmy dengan kekerasan. 

“ YAMY.. Ril.. apa yang bising-bising nie?  Dah pukul berapa ni?”  Suara Puan Rubiah kedengaran memecahkan pergaduhan antara Khairil dan Syazmy. 
“ Mama..”  Khairil dan Syazmy tergamam.  Jauh di sudut hati, mereka amat berharap yang mama tidak mendengar butir pertengkaran mereka tadi. 
“ Ril nasihatkan Yamy.  Balik lewat malam macam ni bukannya elok.  Dah dekat-dekat Ril nak terbang nie, dia buat hal pulak.  Ril takde nanti lagi payah.  Kena brain wash dulu anak kesayangan mama ni..”
“ Esok jelah kita bincang.  Masuk tidur dulu.  Yamy, pergi siram badan then go to sleep.  Tidur dulu.  Esok kita bincang..”  Khairil melangkah masuk ke biliknya.  Jelas sekali wajahnya seolah tidak bersetuju.  Agak bengang apabila Syazmy terlepas dari bebelannya. 

“ YAMY ke mana semalam?  Buat abang gelisah je.  Awal-awal pagi, abang dah membising ke telinga papa dan mama..”  Papa memulakan bicara awal pagi.  Semalaman Syazmy tidak melelapkan matanya apabila telefon bimbitnya asyik berbunyi.  Berpuluh-puluh kali Khairil menghubunginya melalui telefon setelah mama masuk ke bilik semula semalam.  Ada lagilah marah yang bersisa.  Kerana itu, Syazmy hanya membiarkan telefon itu berbunyi.  Hendak ditutup, akan menambah kemarahan Khairil padanya. 
“ Jumpa lelaki semalam la tu, pa.  Sampai awal pagi.  Entah apa yang dibualkannya.  Menyusahkan hati orang je.  Kalau datang sini sekadar nak spend time dengan orang lain, baik Yamy tak payah ikut..  Yang nak keluar negara, abang.  Bukannya budak tu!!!”  Khairil memulakan bicara pedasnya.  Membara jiwanya mendengar pujian Syazmy kepada budak lelaki semalam.  Rasa dia mahu mengamuk dan menyiat-nyiat kulit budak itu.  Hatinya bertambah sakit apabila panggilannya semalam tak berjawab.  Dia juga tak dapat tidur semalaman. 
“ Ahhh.. abang ni banyak cakap la.  Marah tak tentu pasal kenapa?  Yamy balik jugak.  Bukannya tak balik langsung.  Kira okay la, Yamy tak berkepit dengan abang semalam.  Abang pun sibuk layan Kak Leya tu semalam.  Yang nak spend time dengan abang, Yamy.  Kenapa layan Kak Leya lebih-lebih pulak?”  Syazmy pula memulangkan paku buah keras.  Tak guna memendam rasa lagi.  Khairil menyemburnya habis-habisan di depan mama dan papa. 
“ Abang layan Kak Leya sekejap je kan?  Taklah balik sampai awal pagi.  Melampau la sampai awal pagi.  Mama, kita balik pukul 11 malam kan?  Ingatkan dia ada la dekat bilik.  Rupanya entah ke mana sampai 4 pagi.  Patut ke?  Lepas tu, bila kena sembur, salahkan abang pulak?” 
“ Arggghhh.. dahla.  Malas nak melayan orang macam abang.  Dari semalam tak berhenti membebel.  Kalau abang kahwin dengan Kak Leya, Kak Leya kena beli kapas banyak-banyak.  Yamy nak keluar la!!”  Syazmy terus mencapai kasutnya serta baju panas yang tergantung.  Hatinya sudah mula nak pecah.  Khairil menarik lengan Syazmy.  Syazmy menarik kasar lengannya dari pegangan Khairil. 
“ Abang faham kenapa dengan Yamy dan Ril?  Macam masalah berat je?”  Puan Rubiah memandang suaminya.  Meminta suaminya penjelasan atas reaksi kedua-dua orang anaknya itu. 
“ Orang muda macam tu la.. Ril tu pemarah sangat.  Yamy pulak budak degil.  Masing-masing keras kepala.  Siapa yang nak mengalah?”
“ Hmm.. sebenarnya, ini masalah mereka.  Kita tak patut masuk campur kan?  Ada anak 2 orang pun dah macam ada 12 orang kan, abang?”  Kata-kata isterinya itu membuatkan Encik Hamzah tersenyum.  Yang berdua itulah yang menyerikan 23 tahun perkahwinan mereka. 

   ITRA…”  Khairil menghampiri Syazmy yang sedang menjamu mata ke arah permandangan yang menghijau.  Khairil mengambil tempat di sisi Syazmy.  Yang nyata, kedua-dua mereka telah sedikit tenang. 
    Itra..”  Khairil menarik bahu Syazmy.  Memeluk erat bahu itu ke dadanya.  Sunyi masih menguasai suasana dan sebentar kemudian, ada sendu di dada Syazmy.  Pilu rasanya bila dipeluk sebegitu.  Khairil berada di sisinya sebagai seorang kekasih.  Meyalurkan rasa kasihnya pada sebuah pelukan lembut.  Airmata Syazmy mula mengalir perlahan.  Membasahi dada bidang Khairil.  Peritnya sebuah perasaan  yang terpendam.  Benar.  Apa yang berlaku semalam hanya kerana sebuah dorongan cemburu.  Jika perasaan cemburu itu tidak timbul, Amar tidak mungkin dapat mendekati Syazmy dengan sewenang-wenangnya. 
“ Ai minta maaf, Itra.  Ai tau Ai keterlaluan sangat marahkan Itra.  Apa yang Itra rasa sekarang sama dengan rasa yang Ai sedang lalui.  Ai sayangkan Itra.  Sayangkan hubungan kita.  Sangat-sangat.  Ai tak nak hubungan kita terputus macam tu je.  Tiada ruang untuk Leya bertapak.  Sikit pun tak ada selagi Itra bersama Ai.. Promise me.. Nobody can take you away except me.. Promise?”  Khairil menggoncangkan bahu Syazmy.  Syazmy hanya mengangguk laju.  Suaranya seolah terkunci.  Kerana terlalu menyayangi Khairil, dia sanggup melukakan hatinya sendiri. 
“ Angguk je?  Ai nak dengar suara Itra.  Tak lama lagi Ai dah nak terbang.  Itra akan jauh dari Ai.  Tak dapat dengar suara lagi..  Itra mesti sombong nanti..” 
“ Apa Ai nie?  Tak sukalah cakap macam ni!!  Kalau Ai tak yakin dengan Itra, kenapa datang jumpa Itra hari ni?  Dahlah!!  Pergi balik!!”  Walaupun tiada nada tinggi tetapi gaya percakapan itu menunjukkan Syazmy mengutarakan rasa marahnya.  Syazmy bangun dan menarik bahunya dari pegangan tangan Khairil.  Khairil menyembunyikan senyumannya.  Sikap Syazmy yang satu inilah yang mengikat hatinya.  Dia akan meluahkan apa yang dia rasa jika dia tidak puas hati.  Rajuknya itu yang membuatkan tiap detik bersama begitu manis.  Khairil menghela nafas lembut.  Banyak detik yang akan selalu dirinduinya.  Reaksi wajah-wajah manja dan rajuk Syazmy akan menerbangkan hatinya ke Malaysia. 
  Sejak ada Amar, Ai nak manja-manja pun dah kena halau balik..”  Khairil bersuara seolah berjauh hati.  Syazmy menolak lengan Khairil. 
  Memang!!!  Itra dah ada Amar.. cepatlah abang terbang!!”
  Itra.. janganlah cakap macam ni..”
  Tau pun!!!  Jangan buat Itra macam ni..  you are my heart and my only soul.. Amar hanya seorang teman..  tak akan dapat menggantikan tempat Ai dalam hati Itra..  Ai sanggup batalkan tawaran untuk ke luar negara kalau Itra rayu Ai jangan pergi?  Sanggup?”  Syazmy memegang erat jemari Khairil.  Cuba menduga hati Khairil sedalam mana..
  Betul Itra nak Ai batalkan?  Rayu Ai sekali lagi and I will stay here..  In Malaysia.. With you..  Beg me please..”  Khairil memandang ke dalam anak mata Syazmy.  Syazmy tersenyum apabila Khairil membalas pegangan erat jemarinya itu.  Khairil tekad kali ini.  Untuk tidak kehilangan Syazmy, dia rela membatalkan penerbangannya ini. 
  No.. nope.. This is what you are dreaming for a long time and I am not here just to beg you to stay with me.  Itra tau yang selepas Ai membina impian Ai, kita akan bersama semula.  Sebab sebahagian daripada impian Ai adalah Itra.  Kan?”  Khairil mencium jemari Syazmy bertalu-talu.  dia tahu yang hati Syazmy lebih memikirkan dirinya. 
“ I have something for you..” 
“ Ahha?  What’s that?”
“ Jeng..jeng..jeng..”  Khairil mengeluarkan seutas rantai berloket hati.  Syazmy menutup mulutnya.  Begitu terperanjat gayanya apabila Khairil membuka kelopak hati itu.  Gambar Khairil dan gambarnya. 
“ Kenapa tutup mulut?  Nak menjerit?  Kat sini kan lapang?  Jerit jer!!!  Jom jerit sama-sama..”  Syazmy menganggukkan kepalanya tanda bersetuju untuk menjerit.  Ketika mereka sama-sama berpelukan bahu dan menjerit sekuatnya, Syazmy mengeluarkan seutas rantai juga dari poketnya.  Rantai itu agak panjang dan berloket bujur.  Khairil menarik loket itu.  Mereka mempunyai rantai yang sama-sama mempunyai gambar..
“ Itra terkejut betul bila Ai kasi rantai yang sama yang Itra nak kasi kat Ai jugak!!  Wahhhhhh.. so surprise.. let’s change!!  Pakaikan rantai ni Ai.. Itra takkan bukak kecuali time mandi la.. basah plak gambar Ai nanti kan?” 
“ Wahh.. Sama?  Itra pakaikan Ai jugak!  Ai pun takkan bukak kecuali time mandi la.. bole?  Thanks Itra.. Luv u very much..” 
“ Luv u two.. three.. four.. five!!!”  Syazmy tersenyum sambil mengeratkan pelukannya… Khairil tersenyum manis. 

No comments:

Post a Comment