Tuesday, 8 October 2013

~ Dia... Safaa Hafiya ~


Empat

SAFAA membawa secawan neslo panas.  Duduk melunjurkan kaki di atas sofa dan bersandar.  Memejamkan mata untuk melapangkan minda sebentar. 
“Hoiii.. meditasi ke??”  Siti menegur perlahan. 
“Ehhh.. eh.. kan aku dah cakap, botol kicap pun ada nama tau..  nama aku Safaa Hafiya binti Razali tau..” 
“Yelah.. termenung semacam je..  Int mana?” 
“Ngedate la… kan ke tunang die tu turun KL hari ni..” 
“Ha’ah kan.. hari ni hari Sabtu kan..” 
“Haaaa??? Sabtu ke??”  Safaa pantas bangun.  Confirm dia terlupa… terlupa pada majlis Esya.  Siti terpinga-pinga melihat Safaa yang bangun secara tiba-tiba. 
“Kau ni kenapa?” 
“Ad suruh aku datang majlis anak buah dia hari ni… aku terlupa habisss..”  Safaa berlari-lari anak untuk bersiap.  Ikutkan hatinya, dia hanya ingin merehatkan diri di rumah sepanjang hari minggu ini tetapi memikirkan Kak Rania dan anak kecilnya, dia jadi tidak sampai hati. 
“Ad jemput kau ke?”  Siti bertanya.  Matanya dihala kepada Safaa.  Safaa menggeleng lembut.  Sedar yang hubungan Safaa dengan Rayyan tidak seperti orang lain.  Dia lebih rela meminta Safaa berdikari sendiri dari memanjakannya.  Terdengar Safaa melepaskan nafas lembut. 
“Aku pergi dulu, Ti.  Neslo tu aku baru buat.  Kau minumlah..”
“Okay.. Hati-hati driving..”
Thanks…”               
“Kau balik rumah tak malam ni?”  Siti merenung nakal. 
“Kau ingat Ad tu laki aku?? Aku baliklah..”  Safaa menjegilkan mataku tanda tidak suka diusik seperti itu. 

SAFAA memberi salam dan mengetuk daun pintu rumah mewah itu.  Rumah Kak Rania memang sudah acap kali dikunjungi.  Dan inilah satu-satunya ahli keluarga Rayyan yang dia kenali. 
“FAA??  Alhamdulillah..  akak ingat Safaa tak datang..”  Rania memeluk lembut tubuh Safaa.  Rania cukup bersyukur kerana gadis itu mendampingi adiknya yang sedikit nakal.  Safaa dan Rayyan bagaikan langit dan bumi bezanya.  Dari segi kerjaya juga, mereka memang tidak berada di status yang sama. 
“Faa dah dapat arahan mandatory kot..”  Safaa meletakkan beberapa biji buah tembikai susu yang dibawa sebagai buah tangan terus ke dapur. 
“Aunty Faa….”  Jeritan Aleesya bergema.  Mereka berpelukan mesra.  Aleesya meminta untuk didukung.  Safaa mendukungnya sambil tersenyum senang.  Dia memang jatuh sayang saat dikenalkan dengan si kecil ini. 
“Esya.. penatlah Aunty Faa tu.  Awak tu bukannya ringan..”  Rania mengusap kepala anaknya sambil menggeleng. 
“Alaa.. dah lama Aunty Faa tak datang sini.  Nak manja-manja pun tak boleh..”  Petah sungguh bicara Aleesya yang sudah berusia 6 tahun itu.  Safaa hanya ketawa kecil.  Memang kekangan masa membuatkan dia jarang mengunjungi Aleesya.  Tambahan pula, Rayyan tidak mempelawa.  Malu pula untuk berkunjung tanpa pelawaan. 
“Esyaa.. birthday girl wish apa untuk birthday kali ni??”  Safaa mencuit hidung kecil Aleesya. 
Barbie Doll!!!”  Aleesya bersuara.  Apabila anak kecil itu tersenyum, matanya turut sama tersenyum. 
Lucky you… aunty belikan Barbie latest version…”  Hadiah yang berbalut itu diberi pada anak kecil itu.   
“Sayaaaang aunty Faa..”  Aleesya menjerit suka.  Dia menghadiahkan beberapa kucupan ke pipi Safaa sebelum berlalu ke biliknya. 
“Aunty Faa je ke?  Mummy macam mana?”  Rania bersuara kepada anak kecilnya. 
“Hari ni.. Esya sayang Aunty Faa lebih...”  Suara itu bergema dari jauh.  Safaa dan Rania sama-sama ketawa suka.  Safaa mengekori langkah Rania ke dapur. 
“Akak masak menu apa je hari ni?” 
“Mana ada buat apa pun.  Tak ada masaknya.  Semua cater je.  Mana nak sempat nak buat makanan banyak-banyak.  Cuma kena tambah-tambah buah dengan nugget je..” 
“Meh Faa tolong..”  Lantas jemari Safaa mula lincah membantu Rania di dapur. 

            SUASANA di rumah Rania mula sesak selepas Maghrib tadi.  Safaa duduk sendirian berdekatan ruang tengah.  Majlis sebegini memang bukan untuknya.  Jika bukan kerana Rayyan yang beria-ia mahukan dia berada di sini, mungkin dia sedang berehat-rehat di rumah sambil melayan Cerekarama TV3.  Matanya larikan untuk mencari sesusuk tubuh teman lelakinya.  Rayyan hilang dalam lautan orang ramai.  Sejak tadi, Rayyan tidak menyapa Safaa langsung. 
            Hati Safaa sedikit berdenyut laju saat ternampak Rayyan berpelukan dengan seorang gadis yang agak cantik.  Mereka berbual mesra sambil tangan Rayyan masih di pinggang gadis itu.  Safaa memejamkan mata lama dan menarik nafas lembut.  Cuba menyabarkan diri sendiri dengan tayangan percuma dari kekasihnya itu.  Lantas langkah diatur untuk ke dapur.  Makin panas hatinya melihat kehangatan pasangan itu. 
  Emmm.. hai… can I get some drink?  Suara seseorang kedengaran. 
  Ehh.. air kat depan dah habis ke?”  Safaa bersuara dengan wajah terkejut.  Tak mungkin secepat itu air sudah habis. 
  Taklah.. nak air kosong.. banyak sangat minum manis pun tak baik untuk kesihatan..”  Lelaki itu tersenyum. 
  Ohh… air kosong?  Sejuk ke suam?” 
  Sejuk ada?”
  Air sejuk pun tak baik untuk kesihatan..”  Safaa menegur spontan. 
  Opss.. so, I’ve to pick suam la.. ye doctor?”  Lelaki itu seolah mengusik Safaa. 
  Saya bukan doctor la..”  Dia ketawa kecil. 
  Awak ni kawan Rania ke kawan Sham?”  Lelaki itu beramah mesra saat minuman diteguk.  Safaa mengukir senyum. 
  Awak ni kawan Rania ke kawan Sham?”  Safaa mengulang pertanyaan lelaki itu untuk lelaki itu jawab.  Nadanya sedikit lembut. 
  Kawan Sham..”  Lelaki itu menjawab.  Sham juga memang kawannya.  Malah seluruh keluarga Rayyan rapat dengannya. 
  Oh.. saya kawan adik ipar Sham…”  Safaa berterus-terang.  Matanya memandang ke arah Rayyan yang sedang ketawa dengan teman-temannya yang datang. 
  Iyaaa??  Kawan Ean??”  Lelaki itu agak terkejut.  Ekspresi mukanya memang tampak begitu terkejut.  Safaa hanya mengangguk lemah. 
  I thought you are Rania’s friend..”  Suaranya kembali neutral. 
  Sebab saya tak nampak macam kawan Rayyan ye?” 
   Sooo not Ean if they know you are his friend…” Lelaki itu membulatkan matanya seolah tidak percaya. 
  They...??”  Safaa memandangnya dengan wajah keliru. 
  Ean’s colleagues..  this is not to offend you..  He have some undenial charisma and leading to be great businessman with his event company..”  Mendengar komen yang begitu jujur, Safaa menelan liurnya.  Tangannya lincah mengambil sepotong buah dan dikunyah perlahan.  Bertahan dari terasa hati.  Jika bukan kerana memikirkan majlis ini adalah majlis Aleesya, dah lama dia angkat kaki. 
Sorry  Saya banyak sangat komen kan..  So.. I Hans…”
“Hans…???”  Safaa membulatkan matanya.  Ya!  Lelaki yang banyak bercakap ini adalah lelaki yang sama ditemui tempoh hari. 
You look so tense.. so, saya terus introduce myself..”
“Awakk?  Ya ALLAH.. kecilnya dunia..” 
“Awak langsung tak ingat saya?  Kecil hati saya tau.  Ingat berbual lama-lama, boleh recall..”  Hans ketawa lembut. 
Sorry..”  Safaa memarahi dirinya sendiri kerana tidak sensitif kepada perkara seperti itu. 
It’s okay..  ingat okay.. my name is Hans.. Li Han Sheng..”
Li Han Sheng?? And you are Chinese?
“Yeap.. kenapa?” 
No wonder you have the Chinese look but in tanned color..”  Safaa menggigit bibirnya.  Takut Hans terasa hati dengan kata-katanya. 
Of course dear Hafiya..  I am tanned color of Chinese..”  Kata-kata itu meletuskan tawa kecil di bibir Safaa.  Dia bijak membuatkan Safaa senang dengannya. 
You remembered me.. thanks.. And I will remember that..”  Safaa mengukir senyum manis.  Dia jadi lupa pada Rayyan yang menyakitkan hatinya sebentar tadi.  Mereka sama-sama ketawa kecil. 

You are here….”  Rayyan memandang tajam ke arah lelaki yang sedang berbual dengan Safaa.  Hans mengukir senyuman.  Safaa hanya terdiam.  Rayyan menarik lengan Safaa dan matanya masih memanah mata lelaki itu.  Hans masih tenang menelan renungan Rayyan.  Tidak!!!! Dia suka dengan ketenangan lelaki itu. 
Come… I hantar you balik..” 
“Ehh.. I kan datang sendiri..  you dah nak suruh I balik ke?”  Safaa bersuara lembut.  Dia jadi sakit hati bila Rayyan terus menarik lengannya sebentar tadi. 
“Dah malam ni.. pergilah balik..”  Suara Rayyan agak keras tapi dalam nada terkawal. 
“Alaa.. kalau lambat sangat, I boleh tidur dengan Esya la..”
“Ahhh.. jangan nak mengada.. pergilah balik..”  Rayyan bersuara.  Dia resah agaknya melihat Safaa duduk lebih lama di majlis Esya ini.   
“You ni kenapa?”  Safaa seolah membentak.  Dahlah diberi pertunjukkan percuma dia dengan perempuan lain.  Sekadar berbual dengan orang lain, Safaa sudah dihalau pulang. 
Faa.. I said go home!!”  Suara Rayyan sedikit keras.  Beberapa mata sedikit tertarik apabila mendengar suara Rayyan seolah meninggi. 
“Kenapa ni?”  Rania bersuara menghampiri kami. 
“Ean minta dia balik.. dia tak nak pulak.. apahal entah..” 
“Laaa.. apa masalahnya kalau Faa lepak sini?  Bukan tak biasa..  dia boleh tidur bilik Esya kan?” 
“Apa akak ni??  Siapa adik akak ni?  Saya ke dia?”  Rayyan membentak kasar. 
“Adha Rayyan!!”  Rania merenung Rayyan. 
“Kak.. takpe..  Faa dah nak balik ni.  Lagipun, berbulu mata Faa tengok Ad bergesel-gesel dengan perempuan..”  Safaa bersuara.  Rayyan memandangnya tajam.  Safaa juga enggan melihat Rania dan Rayyan bergaduh sesama sendiri hanya kerana mempertahankan kehadirannya. 
“Faa sengaja nak cari gaduh dengan Ad kan??”  Rayyan bersuara keras.  Safaa menarik nafasnya dan mencapai beg tangan.  Dia terus keluar selepas bersalaman dengan kak Rania. 

SAFAA memandang kosong ke arah keretanya yang terhalang oleh beberapa buah kereta.  Dia sedikit mengeluh.  Takkan dia nak masuk ke dalam semula dan berpura-pura selamba untuk meminta Rayyan mencari empunya kereta yang menghalang keretanya ini.  Deheman dari seseorang membuatkan Safaa sedikit berpaling.   Hans tersenyum manis.  Kolam matanya sudah mula penuh dan berkaca.  Wajah cina terbakar itu semakin kabur dari pandangannya.  Dia terlihat Hans menghulurkan sapu tangannya.   
Thanks..”  Safaa mengambil sapu tangan yang dihulurkan itu untuk mengesat pipinya yang mula basah. 
Welcome..”  Hans memandang ke arah Safaa.  Dia jatuh simpati dengan gadis itu.  Dia tahu gadis ini mempunyai hubungan istimewa dengan Rayyan.   Pasti perempuan inilah kekasih yang diceritakan oleh Rayyan tempoh hari.  Hans mengeluh kecil.  Kasihan gadis ini.   
“I send you home..  come..”  Hans mempelawa Safaa.  Dan tanpa berfikir, dia mengekori langkah kaki lelaki itu.  Kata-kata Hans itu mengundang rasa sebak.  Airmatanya bergenang lagi.  Sungguh, Safaa mengharapkan Rayyan berada di hadapannya dan memujuknya namun hampa.  Hans memandu pada kadar kelajuan biasa dan dia memerhatikan lalu lintas yang semakin surut dari kereta. 
I guess Ean is someone in your heart..”  Perlahan-lahan Hans menuturkan kata-kata itu.  Safaa hanya membisu.  Menimbang tara persoalan itu di dalam otaknya.  Rayyan tidak pernah bertindak sebagai seseorang yang sangat istimewa di dalam hatinya tetapi dia tetap tidak pernah meninggalkan Rayyan. 
I think so..  He’s someone in my heart but I am no one in his heart..”  Sayu bunyi suaranya mengatur bicara.  Hans memandang sekilas ke arah Safaa. 
“Be strong, girl..  You deserve someone better than him..”  Hans menghela nafasnya.  Dia tidak tahu bagaimana mahu menenangkan perasaan sang gadis itu tanpa memeluk atau mengusap kepalanya.  Batas yang ada membuatkan Hans tidak mampu menenangkan gadis itu dengan pelukan. 
It doesn’t makes me feel better..”  Safaa ketawa kecil di dalam tangisnya.  Benar, dia tidak merasa tenang pun saat Hans mencadangkan untuk mencari lelaki yang lebih baik. 
Sorry…”  Lembut sahaja bicara lelaki itu dan akhirnya mereka membiarkan suasana sibuk di jalan raya mengisi kekosongan.  Selepas Safaa tiba di rumah, dia menghantar pesanan ringkas kepada Kak Rania yang dia akan mengambil keretanya pada hari esok. 

No comments:

Post a Comment