Lapan belas
PEMANDANGAN di pantai memang indah. Dari mana-mana sudut sekalipun, memang ia
kelihatan indah dan menarik. Syazmy
merenung pantai. Dia ke sini untuk
meraikan perjumpaan semula rakan-rakan Ilham.
Rindu pada Fifi sesekali menjengah.
Umi dan walid beria-ia tidak mahu Fifi dibawa dan Fifi sendiri sudah
mula selesa dengan layanan baik mentuanya.
Atau mungkin anak kecil itu merindui neneknya.
“
Menungkan apa?” Teguran dari Ilham
melayangkan lamunan Syazmy. Syazmy
tersenyum. Layanan Ilham memang
berlainan. Kelembutan tutur bicaranya
membuai perasaan.
“
Teringatkan Fifi…”
“ Dia
mesti okay dengan umi dan walid. Lusa
kita baliklah.. jangan risau ye.. baru
sampai sini, you dah teringatkan Fifi..”
“ Dia
buah hati saya…”
“ I ni
buah hati siapa?” Ilham menguji
Syazmy. Syazmy berlalu ke arah beg
pakaian mereka.
“ Am
nak pakai baju apa? Yamy boleh gosokkan..” Syazmy mengubah tajuk perbualan mereka. Berada di dalam bilik yang indah itu bersama Ilham
sudah membuatkan perasaannya gementar tidak menentu, apatah lagi disoal dengan
pertanyaan sebegitu.
“ Tak
payah gosok, I dah iron siap-siap dekat dobi.. baju tu kain dia susah nak gosok
sikit..”
“
Malam ni kita kena pergi pukul berapa?”
“
Pukul lapan setengah.. kita makan kat sana ye. You dah lapar ke?”
“
Taklah.. saja tanya..
takutlah..” Syazmy meluahkan
rasa. Dia memang berasa gusar untuk
berhadapan dengan teman-teman seperjuangan Ilham.
“ Nak
takut apa? Kawan-kawan I tak makan orang
la. Diorang semua makan nasi la..”
“
Tahulah.. mana ada orang makan orang..”
“
Adalah… orang kanibal tu..” Ilham
mengenakan Syazmy.
“
Kawan Am kanibal ke?” Syazmy
memulangkan paku buah keras.
“ You
ni pandai nak usik-usik I ye..” Ilham
ketawa mendengar usikan Syazmy itu.
Syazmy tersenyum memandang wajah manis hasil tawa dari bibir Ilham. Dia memang mempersonakan. Tawa yang membuai perasaan sayangnya terhadap
lelaki itu. Deringan telefon beberapa
kali dari nombor papanya tidak dihiraukan.
Meskipun hatinya dipagut rasa risau, dia enggan menjawab panggilan
itu. Sisa sayunya dengan paksaan papa
membuatkan dia menjadi anak yang tidak dikenang budi.
“ Am..
Yamy rasa tak sedap hati la..” Syazmy
memandang Ilham. Ilham terdiam.
“
Kalau tak sedap hati, angkat la call papa tu..”
“
Tamau…” Ya.. setengah jiwanya
sedang berperang mahu menjawab panggilan itu.
Namun entah mengapa arahan di otaknya tidak sampai ke jemarinya. Hanya matanya membiarkan telefon itu bordering
dan terus bordering hingga senyap.
“
Kalau tak, biar I yang jawabkan.”
Lantas jemari Ilham mahu menekan butang hijau telefon itu namun Syazmy
menghalang.
“
Jangan Am.. Jangan.. biarkan je.. Yamy tak penting buat papa..” Syazmy mengalihkan pandangannya. Terasa matanya mula berair.
“ Yamy..
kenapa ni? Janganlah buat muka macam ni.. nothing gonna happen..” Ilham mengucup lembut dahi Syazmy dan menarik
Syazmy ke dalam pelukannya. Meredakan
perasaan sang isteri.
“ DAPAT
tak telefon Yamy?” Puan Rubiah mengesat
pipinya yang basah. Hatinya benar-benar
sedang dilanda rasa gusar. Melihat
sekujur tubuh kesayangannya sedang berbaring tanpa berdaya tersenyum walau segaAm,
dia jadi bimbang. Bimbang seandainya
satu-satunya anak kandungnya pergi tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal.
“ Tak
dapat pun.. dia ke PD dengan Am..”
Mendatar suara Encik Hamzah.
Pelbagai rasa sedang bergelut di dalam hatinya.
“ Abang
dah try call keluarga Am?”
“
Abang tak nak ganggu keluarga dia.. biarlah…”
“
Abang sengaja tak mahu ke abang memang tak nak ganggu? Ini hal hidup mati Ril. Cukuplah abang dah pisahkan mereka sebagai
kekasih.. takkan hubungan mereka sebagai abang dan adik pun abang nak runtuhkan
jugak?”
“
Rubi…”
“
Kalau abang masih rasa tak puas hati, abang buatlah apa yang abang rasa
baik untuk kita. Bila Ril dah tak ada,
Yamy pun tak mahu pandang muka kita, siapa yang akan uruskan mayat kita bila
kita mati? Siapa yang akan jaga kita
bila kita dah tua? Fikirlah abang.. sekarang
memang kita senang tapi sampai bila?
Yamy yang sebaik-baik anak pun, abang buang, apa nak jadi dengan
kelaurga kita nanti? Mana keluarga
bahagia kita?” Puan Rubiah meluahkan
rasa. Hatinya terluka parah dengan sikap
sang suami. Encik Hamzah hanya berdiam
diri. Dia hanya mendengar luahan hati
isterinya. Otaknya ligat memikirkan
akibat dari sikapnya. Khairil kini
terlantar dan Syazmy tidak mahu menjawab panggilannya. Puan Rubiah pula asyik menangis.
ILHAM terpaku melihat Syazmy. Bukan ini kali pertama wanita itu berdandan
cantik tetapi aura kemanisan wanita itu begitu terserlah. Baju hijau pucuk beserta seluar panjang
berwarna putih itu memang sesuai sangat dengan tona kulit wanita itu. Tudung yang tersarung kelihatan menyerlahkan
kecantikan wanita itu.
“
Kenapa Am pandang Yamy macam tu?”
“
Cantik..” Sepatah perkataan
terpacul. Syazmy ketawa kecil sambil
menggeleng.
“
Mengarutlah Am ni..”
“ Am
tak mengarut Yamy… Yamy nampak menyerlah malam ni.. sangat manis dan sangat
cantik…” Ilham menarik lembut
pergelangan tangan Syazmy. Wangian Apple
Blossom itu begitu menyegarkan. Terasa
tenang dan damai pabila Syazmy di sisinya.
Dia tidak mampu menahan rasa aneh yang mula menular ke dalam
perasaannnya ini saat matanya memandang wanita itu.
“ Am…??”
Syazmy tergamam. Ilham
membahasakan dirinya dengan sebutan yang lebih lembut lagi dari
kebiasaannya. Suasana indah antara
mereka terhenti apabila telefon bimbit Ilham berbunyi.
SYAZMY tersenyum apabila diperkenalkan dengan
teman-teman Ilham. Rata-rata antara
mereka masih bujang. Rasa bangga
terselit saat mendengar pujian dari bibir teman-teman Ilham. Ilham memautnya erat. Meskipun kurang memahami butir bicara Ilham
tentang zaman persekolahannya namun dia sesekali tersenyum saat melihat Ilham
dan teman-temannya yang lain ketawa besar.
Sukar digambarkan perasaannya saat berada di sisi Ilham dan dihargai
seperti gadis idaman. Hatinya tambah
yakin dengan perasaan manis yang mula bercambah kepada Ilham. Perbualan Ilham yang merujuk kepada isu semasa
itu menarik Syazmy untuk mengambil angin dan mengisi perutnya yang
berkeroncong. Ilham hanya mengangguk
mengizinkan. Syazmy melangkah perlahan
ke meja buffet. Memang pelbagai makanan
dihidang. Matanya menjamah satu demi satu
hidangan yang berada di hadapannya.
“ Kau
dengan Reen dah habis ke?” Pertanyaan
dari bibir Haikal itu meragut ketenangan Ilham.
Matanya masih lekat di tubuh Syazmy yang leka di meja hidangan. Ilham mengeluh berat. Seluruh jiwanya terasa dicucuk-cucuk. Sakitnya melata. Sukarnya melupakan Reen, seperti sukarnya
memisahkan rasa manis pada coklat.
Kelibat Syazmy masih diperhati. Ilham
tersenyum nipis.
“
Reen… dah tinggalkan aku…” Ilham
menuturkan perkataan itu dengan berat hati.
Memang dia tidak pernah memikirkan kesudahan kisah cintanya yang
bertahun itu musnah di tengah jalan.
“
Sebab tu kau kahwin dengan pilihan keluarga?” Haikal merenung teman baiknya. Ameer hanya merenung teman baik yang berada
disisinya itu. Hidup adalah lorong untuk
menempuhi segala hal tidak terduga.
Teman baiknya ini sedang melalui fasa yang paling sukar. Cintanya meninggalkannya dan dia menikahi
pilihan keluarganya dengan rela hati.
Bukan senang meskipun wanita yang dinikahinya sebaik dan secantik
bidadari.
SYAZMY mencari tempat duduk di kawasan yang
agak lengang dari orang ramai. Pinggan
yang ditatang itu dibawa bersama.
Langkah kakinya terhenti saat melihat tempat duduknya di sisi Ilham
sudah diduduki oleh seseorang. Dia terus
melangkah ke tempat lain. Melihatkan Ilham
berbual rancak dengan teman-temannya, Syazmy mengambil keputusan untuk makan
sendirian.
“
Hmmm.. nyum.. nyum.. may I join you?”
Ada suara menegur Syazmy. Syazmy
mengangkat mukanya.
“
Pardon?” Syazmy memandang kosong ke arah lelaki yang menegurnya
itu. Lelaki itu tersenyum nipis.
“
Boleh saya join awak? Sana agak
crowded..” Lelaki itu terus melabuhkan
duduknya tidak jauh dari Syazmy. Syazmy
agak tergamam.
“
Rileks la.. nak tumpang duduk je.. nak ada kawan nak bersembang. Saya bukannya nak makan awak. Saya pun baru nak makan ni..” Lelaki itu ramah berbicara. Syazmy tersenyum lembut. Mungkin benar lelaki itu hanya mahu menumpang
duduk. Lelaki itu terus menyuap makanan
dan membiarkan suasana sepi sebentar.
“ Saya
nak panggil awak apa ye?” Lelaki itu
bersuara lagi. Syazmy memandang raut
lelaki itu. Ya. Dia berkarisma dan mempunyai daya
penarik. Pakaiannya yang santai tidak
mencacatkan penampilannya.
“
Kenapa nak tahu?” Syazmy membalas
dengan pertanyaan.
“
Takkan nak panggil hoi.. hoi.. je.. kan?” Syazmy hanya membiarkan lelaki itu berbicara
sendiri.
“ Saya
Isqandar… Shah Isqandar..” Lelaki itu
masih meneruskan bicaranya. Syazmy
menyembunyikan senyumnya. Lelaki ini
memang tidak kenal erti putus asa.
“ Saya
nak tahu bukannya nak apa.. setakat nak berbual-bual je.. eh.. awak jangan tak
tahu, sekarang ni, botol kicap pun da ada nama.. ada Tamin la.. ada Eliza la..
ada Jalen la.. inikan pulak perempuan semanis awak..” Lelaki itu masih memancing namanya. Syazmy ketawa kecil mendengar lelaki itu
membebel.
“
Syazmy.. panggil Yamy je..” Isqandar tersenyum ke arah Syazmy. Syazmy mengalah. Dia tidak mahu mencari musuh di kalangan
teman Ilham. Sombongnya berlapis. Asalkan dia menjaga batas pergaulannya dan
selagi dia berada di dalam lingkungan yang sama dengan suaminya, dia masih
boleh dikategorikan menjaga adab dan nama baik Ilham.
ILHAM berdiri tegak di hadapan Syazmy dan
Isqandar yang sedang berbual. Syazmy
yang tekun mendengar tergamam saat bicara Isqandar terhenti. Wajah Ilham kelihatan sukar dibaca. Entah apa di dalam fikirannya. Pantas lengan Sayzmy ditarik supaya wanita
itu mengikut langkahnya. Syazmy tidak sempat
berbuat apa-apa. Namun saat dia mengatur
langkah mengekori Ilham, Isqandar melaung nama Ilham. Ilham berpaling dengan wajah yang tidak puas
hati. Tiada sepatah kata yang keluar
dari bibir Ilham tetapi lelaki itu seolah memberi amaran keras dengan jari
telunjuknya ke arah Isqandar.
“ Bare
in your mind that she’s my wife…” Wajah
Isqandar berubah saat Ilham menuturkan kata-kata itu. Syazmy hanya membisu mendengar bait kata yang
begitu menusuk jiwanya dari bibir Ilham.
Pertama kali dalam hidupnya, Ilham bereaksi begitu. Rasa risau dan takut sedikit sebanyak
menjalar. Otaknya berperang sesama
sendiri.
“ Am…” Syazmy cuba bersuara walaupun langkahnya laju
cuba mengejar lajunya langkah sang suami.
Ilham hanya membisu sambil tangannya masih memegang kemas lengan
Syazmy.
“ Am…” Perlahan Syazmy bersuara. Bibirnya diketap menahan rasa sakit dicengkam
tangan Ilham. Ilham merengus.
“ Am…
Ouchhhh…. Sakit, Am…” Ilham tersedar
saat mendengar suara Syazmy kesakitan.
Tangan itu melepaskan lengan Syazmy.
Lengan itu memerah.
“
Awww.. aduii.. Yamy nak basuh tangan, Am..” Lengan itu digoyangkan berkali-kali menolak
rasa sakit cengkaman jemari tadi. Ilham
terasa bersalah. Namun dia hanya
menghantar dengan pandangan sahaja.
SYAZMY hanya berdiam diri di birai
katil. Ilham dari tadi mundar-mandir di
hadapannya. Melihatkan keadaan itu,
Syazmy seolah menanti hukuman bagi kesalahan yang tidak jelas padanya. Mengapa lelaki itu berkeadaan begitu?
“ Yamy
berbual apa dengan budak tu?” Suara Ilham
mula mendatar. Menahan rasa amarah yang
sedang menggebu. Syazmy kelihatan begitu
kerdil di hadapannya.
“
Berbual biasa je.. kenapa, Am?” Syazmy menjawab perlahan. Dia seperti sedang menanti hukuman
gantung. Jantungnya berdegup
kencang. Ilham merenung matanya
tajam. Nafasnya sedang beralun
kasar. Tangan Syazmy mengusap lengan
yang masih bersisa rasa sakit.
“ Jangan
berbual dengan dia lagi…” Kata-kata itu
bagaikan amaran yang harus ditelan tanpa banyak soal. Ilham bukan berada dalam keadaan baik untuk
mempersoalkan keputusannya. Kawan dia,
dan tentu dia tahu apa yang dilakukannya..
Syazmy hanya mengangguk faham. Ilham
menghela nafas kasar dan melangkah keluar dari bilik itu seketika. Syazmy terus merebahkan diri ke atas
katil. Pantas, jemarinya mencapai
telefon bimbitnya. Gambar dia bertiga
bersama Ilham dan Fifi terpampang. Dia
rindu dengan suasana indah itu.
Ketiadaan Fifi membuatkan dia rasa sunyi. Dia pantas mencari nama mentuanya. Dia mahu berbual dengan anak manisnya.
ILHAM tersandar di tepi pintu biliknya. Dia melihat dengan empat matanya, Syazmy
sedang berbual di talian telefon sambil mengesat airmatanya yang mengalir tanpa
merubah nada suara ceria berbual dengan Fifi.
Ilham menghela nafas. Dia jadi
sesal kerana memarahi Syazmy tanpa sebab kukuh.
Perkahwinan mereka yang baru menginjak ke bulan-bulan awal perkenalan
memang agak menyukarkan mereka berdua saling memahami. Namun, kesabaran Syazmy mengagumkannya. Ilham menghampiri Syazmy yang baru menamatkan
perbualan telefonnya dengan Fifi. Syazmy
hanya membisu. Dia mengesat airmatanya
dan bangun untuk menukar pakaian dan mencuci muka sebelum tidur. Ilham hanya memerhati langkah Syazmy yang
menghilang di sebalik bilik air.
“
Yamy…” Perlahan Ilham memanggil
nama Syazmy. Syazmy berpaling
lembut. Segaris senyuman tanpa perisa
terlayar. Ilham menahan rasa pedih yang
sedang menular. Ya. Dia merasa salah kerana melibatkan Syazmy
dengan Isqandar sedangkan Syazmy tidak tahu apa-apa tentang kemarahannya.
“ Am
tak nak tidur lagi?” Masih lembut nada
pertanyaan itu meskipun hatinya terluka dengan sikap Ilham sebentar tadi.
“ Kita
tidur sama..” Ilham menarik selimut
untuk menyelimuti Syazmy. Syazmy hanya
tersenyum tanda terima kasih namun hatinya mula sebak dengan tindakan Ilham
itu. Airmatanya mula berumah di dalam
kelopak matanya.
“ I am
really sorry…” Ilham menarik nafas
lembut. Perlahan-lahan tubuh Syazmy
ditarik lembut ke dalam pelukannya. Saat
pelukan mereka bersatu, Syazmy terus teresak.
Usapan Ilham melegakan perasaannya.
Ilham memujuk lembut. Dia tidak
mahu melihat airmata Syazmy. Dia hanya
mahu melihat senyuman manis Syazmy yang sentiasa terukir dahulu.
No comments:
Post a Comment