Monday, 7 October 2013

:::Biarkan Aku Sendiri:::


Lima belas

  PAPA..??”  Syazmy tergamam dengan keputusan yang terluncur dari bibir Encik Hamzah.  Dia berasa serba-salah.  Permintaan itu bukan satu permintaan kecil.  Itu berkenaan dengan soal hidupnya.  Puan Rubiah sendiri terkejut dengan permintaan suaminya itu.  Jauh di dasar hatinya, dia tahu mengapa suaminya bertindak sebegitu. 
  Yamy sayangkan kami tak?  Bukannya papa nak rosakkan masa depan Yamy tapi papa mahu Yamy bahagia.  Ini jalannya.  Beri peluang pada diri sendiri, Yamy.” 
  Yamy tahu jaga diri Yamy papa.  Semua ni tak penting lagi pada Yamy..” 
  Kalau Yamy tak mahu, anggap je kita tiada hubungan kekeluargaan lagi.  Yamy boleh pilih yang mana satu yang Yamy mahu dalam hidup.  Papa tak mahu paksa..”  Encik Hamzah serius berbicara.  Puan Rubiah sudah bergenang airmatanya.  Syazmy bersandar.  Matanya bengkak.  Belumpun habis satu kisah pemergian mentuanya, satu kisah mengasaknya. 
  Jangan hukum Yamy macam ni, papa..”  lirih suara itu berbicara.  Dia tahu ‘ada’ yang Encik Hamzah tidak berpuashati dengannya tetapi dia tiada jawapannya.  Dia bukan tidak kenal dengan lelaki yang dipanggil papa itu.  Lelaki itu tegas dan setiap keputusannya seolah satu arahan. 
  Papa bukan tak kenal dengan orangnya.  Dia baik, Yamy.  Keluarga dia pun baik..”  Encik Hamzah masih dalam nada tegas.  Keputusan untuk mengahwinkan Syazmy dengan anak seorang kenalan itu bukanlah satu perkara yang ingin dilakukan dengan sepenuh hati.  Dia mahu mengelakkan Syazmy dari Khairil.  Dia tidak mahu menyemarakkan perasaan Khairil pada Syazmy.  Segala ini harus selesai sebelum Khairil pulang dari kursus di Sarawak.  Kursus selama dua bulan itu akan menjadi singkat sekiranya Khairil tahu tentang kesukaran Syazmy.  Syazmy bagaikan nadinya.  Dia pasti akan berkeras untuk membantu Syazmy.  Hubungannya yang retak dengan Leya mungkin akan berkecai selepas ini.  Dia teramat kenal dengan Khairil..  Diamnya gunung berapi.  Dia tidak akan berdiam melihat Syazmy bersendirian. 
  Kalau papa benci Yamy, papa boleh hukum Yamy dengan cara apa sekalipun.  Dengan hukuman apa pun tapi janganlah sampai papa minta Yamy buat sesuatu yang Yamy tak mampu, pa..”  Airmatanya mengalir lembut.
  Keputusan papa muktamad..”  Encik Hamzah memalingkan wajahnya ke tempat lain. 
  Kalau papa rasa pilihan yang Yamy ada seperti itu, papa sendiri ada jawapannya..”  Syazmy berteleku.  Jiwanya parah.  Parah dihiris dan ditusuk.  Keputusan ini satu perkara yang membunuh jiwanya sedikit demi sedikit. 
  Betul, Yamy?  Yamy setuju dengan cadangan papa?”
  Apa pilihan yang Yamy ada?  Yamy tidak mahu dianggap tidak mengenang budi..”  Syazmy terus bangun dan menuju ke biliknya.  Airmatanya mengaburi mata.  Dia pasrah dan berserah.  Ini adalah kehidupan. 

  APA abang buat ni?  Abang memang sengaja kan?  Sedihnya belum habis, abang tambahkan lagi?”  Puan Rubiah tidak berpuas hati dengan cara suaminya menghukum Syazmy.  Kalaulah dia tahu Syazmy menjadi mangsa sebegini, sumpah!  Dia tidak akan sesekali memberitahu tentang hubungan Khairil dan Syazmy.  Dia tahu Encik Hamzah melakukan semua ini untuk menjarakkan perhubungan Khairil dan Syazmy. 
  Awak tahu tak apa yang saya buat, ini yang terbaik untuk mereka..”
  Terbaik pada pemikiran awak tak semestinya baik pada mereka berdua.  Abang sengaja nak hukum Yamy.  Ini bukan caranya.  Kita patut berbincang dengan Yamy dan Ril..”
  Ril tu apa yang dia tahu?  Kalau dia tahu, dia takkan jebakkan diri dengan Yamy..”
  Abang bencikan Yamy?”
  Abang tak pernah benci pada Yamy.  Abang tak mahu orang mengata kita.  Anak kita bercinta..”
  Mereka bukannya adik beradik betul.. Ril dari benih awak dan dari perut saya.  Yamy tu berlainan keturunan. Dia anak Maznah, abang.  Arwah Maznah dan arwah Marzuki!!” 
  Rubi.. awak tak faham…”  Encik Hamzah menghela nafas. 
  Memang saya tak faham dan saya tak mahu faham langsung!!!”  Puan Rubiah berlalu pergi.  Encik Hamzah menghela nafasnya.  Memang ini keputusan yang sukar.  Diibaratkan kalau diluah mati bapak, ditelan pula mati mak. 

  Fi…”  Syazmy memanggil lembut nama anaknya.  Dia menepuk-nepuk anaknya untuk melenakannya tidur.  Bilik tidur mereka sudah gelap. 
  Mmm..”  Polos suara itu.  Suara seolah mahu terlena.  Syazmy mengukir segaAm senyum.  Fifi memang semakin manja dengannya.  Dia sayang pada amanah Amar itu. 
  Kalau ibu kahwin lagi, Fi suka tak?”  Soalan itu ditanya dengan lembut.  Pertanyaan itu seolah melapah lagi hatinya.  Menusuk jiwanya.  Mata Syazmy mula bertakung. 
  Kalau ibu kahwin lagi?  Dengan siapa, bu?  Dengan Uncle Ril ke?”  Suara kecil itu mula petha bertanya.  Syazmy tergamam seketika.  Dia dapat merasakan riak wajahnya berubah.  Namun nasib baik, bilik itu agak suram.. dan dia sedang menepuk Fifi dari belakang. 
  Ishh.. Uncle Ril kan abang ibu.. mana boleh kahwin..”  Perlahan ayat ‘mana boleh kahwin’ itu terlontar dari bibir Syazmy.  Pipinya terasa basah. 
  Ibu kahwin lah dengan orang yang baik macam uncle.  Asalkan ibu tak lupa Fi, Fi suka je.. Fi tamau ibu sedih-sedih….”  Suara itu seolah menusuk jiwa Syazmy.  Garis sedih di wajahnya terlalu ketarakah?
  Ibu tak mahu Fi sedih.  Kalau Fi tak mahu kongsi ibu dengan sesiapa… ibu takkan kahwin, sayang…”
  Tapi Fi teringin nak ada ayah.. nak ada adik macam kawan-kawan Fi…”  Fifi bersuara.  Syazmy mengusap kepala anak itu.  Dia mengucup lembut dahi anak itu.  Mungkin dia harus berkorban asalkan semua gembira.  Papa gembira dan mama gembira.  Kerana sudah jelas dan terang bahawasanya dia dan Khairil tak mungkin bersatu.  Jalan untuk mereka sudah lama terkubur.  Noktah. 

SUARA Puan Bainun kedengaran begitu jelas.  Ilham turun meniti satu demi satu anak tangga.  Majlis perkahwinannya akan berlangsung tidak lama lagi.  Sana sini sudah mula diperkemas.  Sanak saudara mula memilih warna tema.  Pilihan umi?  Ya, akhirnya dia diikat dengan pilihan umi.  Bertahun menjeruk rasa, kata-kata yang umi tuturkan telah meresap ke dasar hatinya dan menghantar isyarat setuju kepada calon umi. 
  Am tak mahu jumpa dia dulu?”  Suara umi seolah goyah apabila dia bersetuju.  Wajah tua itu seolah rasa bersalah. 
  Am percaya dengan pilihan umi…”
  Am.. percaya dengan pilihan umi tetapi puaskan hati kamu.  Mungkin umi akan tersilap.  Umi tak mahu Am menyesal..” 
  Mi.. Am tak nak pandang ke belakang, mi.  Am tahu mi sayang Am.. dan Am tahu apa yang umi buat untuk kebaikan Am..”  Am bersandar.  Mindanya seolah berputar-putar.  Berkata ya pada perkahwinan itu seolah melapah hatinya.  Kenangan cintanya sudah harus tamat di sini.  Namun siapa pun perempuan itu, dia harus terbuka dalam menerimanya. 
  Am nak tahu cerita Syazmy tu?”  Puan Bainun memandang anak bujangnya yang sedang bersandar itu. 
  Am tak mahu tahu apa-apa, umi.  Biar masa tentukan semua ini.  Kalau umi rasa bahagia saat Am kata ya pada perkahwinan ni, Am berharap perkahwinan itu perkahwinan yang akan membahagiakan Am..”  Am bangun dari duduknya.  Dia masih belum dapat menerima kenyataan yang mana dia akan memegang tangan wanita lain di sisinya. 

MAJLIS PERKAHWINAN yang berlangsung itu agak meriah dengan undangan.  Syazmy tunduk mengucup jemari sang suami.  Lelaki itu mengucup lembut dahinya.  Airmata Syazmy luruh.  Hatinya bagaikan dicincang lumat.  Kini, dia bergelar isteri kepada seorang lelaki yang tidak pernah dikenalinya.  Bukan Khairil dan bukan Amar.  Dia… ILHAM FADLAN BIN AHMAD FAZLAN. 
Memang perkahwinannya kali ini tanpa kehadiran Khairil dan dia tidak langsung berpeluang untuk memberitahu Khairil.  Khairil pasti kecewa.  Sepertimana Syazmy kecewa ketika diijabkabulkan kini, seperti itulah lumatnya hati Khairil.  Dia enggan memikirkan akibat daripada kisah perkahwinan kilatnya itu. 

DENGAN sekelip mata. Dia kini bergelar isteri orang dan dia tiada hak untuk menentukan jalan hidupnya selain berada di bawah payung sang suami.  Senyuman di bibir papa sudah cukup mengingatkan dirinya bahawa inilah harga budi yang harus dibayar dan dia tidak layak mempersoalkan apa-apa.  Namun, wajah sendu mama menyiat-nyiat hatinya.  Dia tahu perasaan mama berbelah bahagi.  Dia berharap platformnya kali ini platform terakhir.  Biarpun bukan dengan Khairil, bukan juga dengan Amar, dia berharap lelaki ini adalah tulang rusuknya.  Dan dia sangat berharap bahawa pilihan keluarganya ini bukan satu perjudian hidup yang akan menggagalkan. 

SUASANA rumah itu tampak meriah seperti adanya kenduri.  Kenduri?  Kenduri apa?  Hati kecil Khairil tertanya-tanya.  Hatinya semakin berdebar-debar saat langkahnya semakin hampir ke perkarangan rumah.  Dari jauh dia nampak seorang perempuan dalam persalinan pengantin.  Saat perempuan itu berpaling, perempuan yang manis itu adalah SYAZMY!!!  
  Yamy?!!”  Suara garau itu amat dikenalinya.  Dan kini dia yang terpaksa berhadapan dengan lelaki itu.  Mujur juga saat genting ini, Ilham sedang berbual dengan rakan-rakannya. 
  Apa semua ni?”  Khairil menahan ketap.  Panasnya hati sedang berlari ke otaknya.  Dia memerlukan ais sedingin cinta Syazmy untuk memadamkan segala rasa yang sedang membakar ini.  Penat lelahnya berkejaran dari Sarawak tidak terasa langsung.  Dia kini mengerti kenapa jantungnya berdegup pantas selama beberapa hari ini.  Selalunya apabila jantungnya berdegup pantas tiba-tiba, Syazmy sedang berada di dalam kesukaran.  Kepulangannya mengejar masa ini semata-mata untuk memastikan segalanya baik.  Apa yang dilihatnya kini tidak menenangkannya malah membuat fikirannya semakin bingung. 
  Abang… Yamy… Yamy tak boleh… terangkan..”  Syazmy mahu Khairil berada dalam keadaan tenang.  Dia tidak mahu sebarang kekecohan berlaku di majlis ini. 
  Your explanation please..”  Khairil menahan rasa.  Dia tahu tentang hakikat yang sedang berlaku.  Syazmy yang berada dihadapannya kini berbaju kebaya songket berbunga tabur berwarna merah hati bersama rambut yang disanggul indah.  Dia memang kelihatan seperti ratu sehari namun Khairil tidak mahu mempercayai matanya.  Dia mahu dengar yang semua ini hanya penipuan dari pandangan mata. 
  Abang… I can’t explain.. so sorry..”  Syazmy menahan rasa sebak.  Berkali-kali dia cuba menyusun ayat namun hampa.  Tiada patah bicara yang keluar.  Nafasnya tidak teratur.  Dia tidak mahu Khairil mengamuk tetapi kebenaran akan membakar hati Khairil. 
  Abang nak tahu dari mulut Yamy sendiri.  Yamy sengaja nak balas dendam dengan abang kan?  Yamy sengaja buat semua ini kan?  Yamy nak sakitkan hati abang?  Yamy.. dengan rasa bangganya, abang nak beritahu, Yamy berjaya menyakitkan hati abang di tahap paling dalam.  Semua yang terjadi hari ini betul-betul membuktikan Yamy berdendam.  Abang tahu hati Yamy.  Abang beri peluang untuk Yamy berfikir sebab tak mahu terburu-buru tapi Yamy memang pantas.  Terima kasih, Yamy.  Terima kasih sebab menyedarkan abang tentang perasaan sendiri..”  Kata-kata yang diluahkan oleh Khairil itu mengundang rasa sedih.  Airmatanya ditahan.  Kolam matanya semakin penuh.  Bila-bila masa sahaja akan pecah.  Dia mahu meraung dan menjelaskan segalanya tapi dia tidak mampu melakukannya. 

  RIL…?”  Puan Rubiah menghampiri Khairil dan Syazmy yang sedang berbual.  Tampak seperti tiada apa-apa namun dia terasa bahangnya dari jauh.  Wajah sayu Syazmy membuatkan Puan Rubiah mengatur langkah secepat mungkin.  Namun langkah yang diaturkan itu seiring dengan langkah Ilham dari arah bertentangan.  Ilham juga menghampiri Syazmy. 
  Yamy…”  Teguran seorang lelaki menamatkan kebisuan mereka.  Saat tangan Ilham berada di belakang Syazmy, airmata Syazmy mengalir di hadapan Khairil.  Puan Rubiah pantas meredakan suasana. 
  Fadlan… kenalkan.. ni abang Syazmy, Khairil Aizam..  Ril, ni suami Yamy, Ilham Fadlan..”  Penjelasan dari bibir Puan Rubiah meredakan perasaan di satu pihak dan menggolakkan perasaan di satu pihak pula.  Khairil dan Ilham berjabat tangan. 
  Khairil lambat sebab dia ada kursus dua bulan di Sarawak.  Perkahwinan ni diawalkan sebab Fadlan kena transfer ke Melaka, Ril..  Fadlan, Yamy dan Ril memang rapat..  sebab tu dia tersentuh sikit..”  Puan Rubiah cuba menenangkan suasana.  Ilham harus dijaga.  Khairil juga harus dijaga.  Ilham menganggukkan kepalanya.  Syazmy berdiri keras.  Dia seperti ditelan mati mak dan diluah mati bapa. 
  Selamat pengantin baru, Yamy.. Fadlan.. anyway, welcome to the family…  abang tak sempat nak beli hadiah.. balik dari Sarawak nanti ye..”  Khairil tersenyum dan meminta diri.  Ilham hanya mengangguk lembut.  Tubuh Syazmy dipeluk lembut dan Ilham mengajak Syazmy ke meja rakan-rakannya.  Namun saat Syazmy berpaling seketika, Khairil membawa semula beg pakaiannya menuju ke pagar rumah.  Puan Rubiah dan Encik Hamzah sedang menasihatinya.  Syazmy menghela nafas dan mengatur langkah mengikut suaminya.  Khairil melawan rasa marahnya sendiri.  Jika benar perkahwinan Syazmy ini adalah pilihannya, mengapa jantungnya berdegup pantas?  Apakah maksud tersirat atas semua ini? 

No comments:

Post a Comment