Monday, 21 October 2013

:::Biarkan Aku Sendiri:::

Yeayyy... Alhamdulillah... ada orang komen ni buat saya lagi semangat.. hehehehhe.. entri kali ni special dedicated utk Kak Intan Wahab yang selalu mendalami cerita saya.. Thanxs kak.. :)




Empat puluh empat

“  Assalamualaikum…”  Khairil mengejutkan Puan Rubiah dengan kehadirannya di muka pintu.  Saat itu, Puan Rubiah terasa jantungnya terhenti.  Khairil membuat keputusan pulang tanpa berbincang?  Dia terus mendapatkan Encik Hamzah.  Melaungkan nama sang suami. 
“  Kalau iya pun, bagilah Ril masuk ma.  Tak kesian ke Ril jetlag ni?”  Khairil terus melangkah masuk.  Jaketnya dibuka.  Dia merebahkan tubuh ke atas sofa. 
“  Kenapa tak bagitau nak balik?  Kan papa dengan mama nak datang jumpa Ril minggu depan?”  Puan Rubiah agak cemas.  Dia menutup pintu rumah.  Hati kecilnya berdoa agar Syazmy tidak pulang ke rumah. 
“  Abanggggggggg… turun abanggggg.. tengoklah ni….”  Puan Rubiah menjerit dari tingkat bawah rumah mereka. 
“  Kenapa jerit-jerit ni, Ruby?  Saya belum pekak lah..”  Encik Hamzah membebel turun dari tangga rumah dan wajahnya terus terkejut melihat sekujur tubuh di atas sofa. 
“  Riiillllllll????”  Suara Encik Hamzah agak kuat melaung nama anak lelakinya itu. 
“  Papaaa… Ril pun belum pekak la… Isshh.. kenapa semua orang macam tak suka Ril balik ni?  I missed this place..”  Khairil seolah berbicara dengan dirinya. 
“  Ril tahu kan… Yamy tak tahu yang Ril masih hidup.  This is not good for the situation.  Banyak perkara yang mama dengan papa belum jelaskan pada Yamy..” 
“  Mama… semua ni fact.  Lambat-laun Yamy tahu jugak.” 
“  Ril dah nak bongkar semua ni ke?”  Wajah Puan Rubiah agak gelisah.  Encik Hamzah tersandar.  Dia tidak tahu mengapa Khairil begitu nekad. 
“  Ril nak rehat dulu ye mama, papa..  Malam nanti kita bincang..”  Khairil terus bangun dan menuju ke biliknya.  Pintu bilik itu dibuka perlahan.  Wangian itu masih melekat.  Khairil menghirupnya.  Rasa bahagia menyelinap ke dasar hatinya.  Dia tersenyum sendiri.  Semakin dia yakin yang dunia silamnya kini hanya sebuah memori.  Rasa rindu pada masa silam memang tidak pernah padam.  Dan kini, dia hanya mahu melangkah ke hadapan.  Dia juga mahu Syazmy melangkah.  Bukan hanya terhenti. 

“  MAMA.. papa.. Ril nak kahwin.  Ril nak bina kehidupan Ril dan Ril mahu bermula di tanah air Ril sendiri..”  Kata-kata Khairil itu mengundang kejutan di wajah kedua ibu bapanya.  Memang hari ini, hari bersejarah yang penuh kejutan dari Khairil.  Khairil membetulkan kaca matanya dan mengangguk tanda dia tidak bergurau. 
“  Ril.. kenapa tiba-tiba?”  Papa bersuara. 
“  Ril nak balik Malaysia.. nak kahwin dengan orang Malaysia..”
“  Dengan siapa Ril?”  Mama bertanya dengan wajah penuh tanda soal. 
“  Orang Malaysia jugak tapi dia tahun akhir di sana..”
“  Ril.. perkara ni bukan senang Ril..”
“  Ril nak tamatkan semua ni ma.  Yamy tak bergerak dari titik berhenti.  Ril juga sama.  Ril dah sihat dan Ril nak semuanya kembali normal.  Semuanya patut berjalan seperti biasa.  Keluarga Ilham dan Syazmy patut kembali bertaut.  Ril tak mahu jadi sebab lagi ma.  Ril tahu Yamy rasa bersalah atas kematian Ril dan Haziq.  Haziq memang tiada tapi Ril masih bernafas.  Setiap hari Ril hidup dalam ingatan seseorang melalui kematian.” 
“  Mama dengan papa….”  Ayat itu tergantung.  Sesungguhnya terlalu banyak yang ada di dalam fikiran Puan Rubiah tetapi dia tidak tahu bagaimana mahu memulakannya.  Khairil kini seolah bernafas semula dan bertekad untuk membetulkan keadaan. 
“  Mama… Ril dah sihat dan Ril nak hidup seperti orang lain.  Nak beri mama dan papa rehat dari fikirkan hal ini lagi.  Yamy tidak kembali kepada Ilham sebab rasa bersalah.  Dan sekiranya, Ril berbahagia di hujung dunia, adik Ril menderita.  Masa untuk perbetulkan hal lama, mama.. papa..  Ril akan tanggung semuanya..”  Puan Rubiah dan Encik Hamzah bertukar pandangan.  Mereka mengeluh lembut.  Khairil telah benar-benar dewasa. 
“  Ril kena sedia betul-betul.  Pastikan Ril kuat untuk berhadapan dengan Yamy.  Bukannya Ril menjadi lemah semula.  Mama dan papa sanggup telan kenyataan yang Ril masih hidup hanya kerana tak mahu melukakan Ril mahupun Yamy..  Fikirlah sayang.  Fikir dalam-dalam..” 
“  Maa.. Ril dah lama fikir.  Ril dah jumpa bahagia yang Ril cari.  Dan Ril mahu berkongsi rasa dengan keluarga Ril.  Kalau Ril masih di luar sana, Ril terpaksa menjadi orang lain.  Biar Ril handle semua ni.  Ril kenal Yamy lebih dari Yamy kenal diri dia sendiri, ma..” 
“  Papa tetap risau…” Encik Hamzah bersuara.  Dia takut juga kehilangan Syazmy buat selamanya.  Diluah mati mak, ditelan mati bapak.  Khairil hanya berdiam diri.  Terlalu banyak perkara dalam fikirannya dan dia tidak tahu mahu bercerita bagaimana. 

ILHAM menelan liurnya.  Jantungnya berdegup lebih laju melihat susuk tubuh yang berdiri dan tersenyum di hadapannya ini.  Sukar dijangkau akal. 
“  Am dah lupa dengan abang ipar ke?”  Gurauan dari bibir lelaki itu tetap tidak terasa kelakar.  Yang dia tahu, tempatnya di dalam hati Syazmy akan menurun ke tangga yang bawah.  Ilham melangkah keluar sebentar dan meninggalkan beberapa pesanan kepada setiausahanya.  Beberapa minit kemudian, dia masuk dengan dua tin air untuk dia dan Khairil berbincang lebih terbuka. 
“  Apa cerita abang ipar saya hari ni?  Rasanya banyak perkara yang perlu diperjelaskan..”  Ilham bersuara.  Dia mula bertenang.  Khairil hanya mengangguk dan tersenyum sambil menyambut huluran air dari Ilham. 
“  Aku datang nak tamatkan semua ni..  semua yang patut ditamatkan lebih awal.” 
“  Apa yang nak ditamatkan?  Hubungan abang dan Yamy?  Atau penamat untuk cerita cinta saya pada Yamy?”
“  Kau tak percayakan diri kau?  Lama aku tinggalkan kau dengan Yamy.. kau masih tak ada keyakinan diri rupanya..”  Khairil seolah memprovok lelaki itu.  Ilham hanya berdiam diri.  Dia malas mahu melenting.  Benar juga kata Khairil itu. 
“  So… tell me.. how’s the things happen like this?  You.. in front of my eyes.. still alive..” 
“  Panjang ceritanya..”  Khairil merenung Ilham.  Dia nampak Ilham mula tidak bersemangat.  Ilham mengeluh perlahan. 
“  Ilham Fadlan… peluang untuk kau sebenarnya dah lama terbentang.  Yamy tersekat sebab dia rasa bersalah.  Bukan sebab dia tunggu aku.. aku tak nak tengok muka kau macam loser ni.. wake up!!”  Ilham memandang ke arah Khairil.  Khairil memang mengenali Syazmy.  Dan cerita yang sedang dijelaskan oleh Khairil itu membuatkan Ilham menelan liur.  Dia tidak sangka cerita Khairil yang panjang telah membuatkan dia matang menjadi manusia rasional.  Khairil menyisip minumannya.  Dia perlu Ilham untuk mengejutkan sang puteri yang lena itu. 

SYAZMY bersandar kekenyangan.  Keletah Hazrell hanya dipandang.  Malam ini, Ilham banyak membantunya.  Entah apa mimpi mama dan papa nak buat gathering. 
“  Okay.  Makan sudah.  Kenyang sudah.  Now, apa surprise mama dengan papa untuk Yamy ni?”  Syazmy bersuara.  Syazmy menghulurkan botol susu untuk Hazrell ke arah Ilham yang sedang mendodoi Hazrell.  Fifi pula tidur lebih awal kerana petang tadi terlibat dengan kegiatan ko-kurikulum.  Puan Rubiah, Encik Hamzah dan Ilham saling berpandangan.  Syazmy membuat wajah pelik. 
“  Kenapa semua orang macam ada rahsia dengan Yamy ni?” 
“  Yamy… mama dengan papa ada untuk Yamy..”  Kata-kata itu menimbulkan rasa pelik.  Syazmy terdiam.  Ilham merenung ke dalam anak mata bekas isterinya. 
“  Yamy.. what ever happen.. remember that I will always waiting for you..” 
“  Haiiii.. kenapa semua bagi kata-kata semangat ni?  Yamy tak faham… ada apa sebenarnya ni?  Am?  Mama?  Papa?”  Syazmy terasa sesak nafas kerana tertanya-tanya.  Namun beberapa saat selepas itu, ada suara garau menegurnya. 
“Yamy…”  Dan itu bukan suara papa dan bukan suara Ilham.  Jadi… suara siapa..?  Sua..ra ini macam biasa didengar dan saat Syazmy memalingkan wajah untuk melihat pemilik suara itu, matanya membulat.  Dan hatinya menjerit dengan kuat.  KHAIRIL..??!!  Suasana mula kaku.  Ilham bangun dan mendodoikan Hazrell di dalam bilik.  Dia mahu keluarga itu menyelesaikan dengan cara mereka sendiri.  Yang dia tahu, pastinya hati Syazmy akan retak dan mungkin akan terus remuk-redam dan dia mahu menjadi tempat yang menenangkan Syazmy.  Dan serentak dengan itu, pandangan Syazmy terus kelam.  Yang dia tahu, dia terus rebah. 

SYAZMY terjaga sendiri.  Suasana bilik itu seperti bilik tetapnya.  Hospital dan dia kini bagaikan teman.  Syazmy menghela nafas perlahan.  Matanya dipejamkan seketika.  Fikirannya berputar ke kejadian malam itu.  Dia membuka mata dan memandang sebuah wajah yang sedang terlena di sofa tepi katilnya.  Bekas suaminya.  Hati Syazmy berbunga dengan perhatian penuh lelaki itu. 
“  My.. da bangun?”  Ilham menegur Syazmy.  Telinganya terdengar bunyi dari katil dan matanya pantas terjaga.  Melihat Syazmy yang sedang tersenyum, dia terasa lega. 
“  I was worried.. do have enough sleep, dear?”
“  Berapa lama Yamy tidur?”  Syazmy memandang ke arah bekas suaminya sambil membetulkan duduknya.  Badannya terasa lenguh. 
“  Almost two days..  Do you want to share anything?”  Perlahan suara Ilham bergema.  Pagi masih terlalu awal.  Lelaki itu menyiapkan Milo untuk dia mengalas perutnya. 
“  I am okay…”  Syazmy menutup topik yang cuba dibuka oleh Ilham.  Ilham hanya tersenyum dan menghulurkan cawan yang berisi milo suam.  
“  Thanks…  how’s our children?” 
“  Good.. Abang Ril tolong tengok-tengokkan..  mama, papa, ummi dengan walid jaga sama-sama..  I should tell them about your condition..”  Syazmy hanya mengangguk dan menikmati milo suamnya.  Ilham meminta diri untuk bersolat sebentar. 

LANGKAH Khairil ke dalam wad itu mulanya agak ragu-ragu namun hatinya tetap kuat.  Biar apapun reaksi Syazmy, dia masih akan tetap melangkah.  Petang itu, semua sudah berpakat untuk membiarkan Khairil dan Syazmy menyelesaikan masalah mereka. 
“  Wah.. Mayat hidup semula??”  Syazmy bersuara tiba-tiba.  Khairil tersenyum lembut.  Dia menjangkakan permulaan yang lebih kasar dan mungkin permulaan yang lebih mengguris.  Berjauhan tidak menjamin dia mengenali lagi adiknya.  Dan dia harus bersabar sekiranya Syazmy bertindak di luar kawalan. 
“  Alhamdulillah.  Di hadapan adik abang ini, adalah kurnia Ilahi.  Sebuah lagi peluang untuk menikmati hidup di bumi Allah ni, Yamy.”  Khairil menutup pintu wad itu.  Matanya tertancap pada wajah Syazmy.  
“  Jadi… apa yang abang nak buat?  Kenapa muncul tiba-tiba?  Kenapa nak hukum Yamy lagi??”  Syazmy seolah berbicara pada diri sendiri. 
“  Abang nak betulkan yang dah lama tersasar.  Yamy, dengar ni.  Abang tahu hati Yamy tidak tenang.  Yamy dihimpit rasa bersalah.  Abang faham perasaan tu sebab abang pun rasa perkara yang sama.” 
“  Yamy dah bahagia, abang.  Yamy dah ada hidup sendiri..” 
“  Semua orang boleh menipu.  Tapi bukan tipu pada diri sendiri.  Menipu diri sendiri takkan buat Syazmy tenang sampai bila-bila.  Abang kenal Yamy dari dulu.  Ini abang Yamy.  Abang yang sangat-sangat kenal adik abang.  Betul.  Abang buat keputusan untuk pergi dari hidup Yamy dulu untuk buat Yamy bahagia.  Abang tahu betapa sakitnya hati Yamy bila segala kejadian berlaku depan mata Yamy.”  Khairil melabuhkan duduk.  Syazmy hanya berdiam diri.  Matanya mula berkaca.  Seolah kisah silam sedang dikorek semula. 
“  Abang nak apa???”  Suara Syazmy seolah keras sedikit. 
“  Dengar adik abang,  abang tahu Yamy tak suka abang korek kisah Yamy tapi abang nak buka hati Syazmy.  Hati yang dah lama Syazmy tutup tu.  Sebagaimana sukar hidup Yamy, macam tu juga sukarnya hidup abang.  Bukan senang kita nak mulakan langkah untuk hidup yang baru.  Semangat dan iman kena kuat.  Jika silap langkah, kita akan tersasar.  Abang mengaku, dulu memang kita pernah ada perasaan sesama sendiri dan hal ni, abang dah jelaskan pada Ilham baru-baru ni.  Abang tak mahu hal ni jadi lebih buruk.” 
“  Straight to the point..”  Keras suara Syazmy.  Matanya mula berkaca.  Dadanya mula sebak.  Satu per satu kisah silamnya seolah mengejar.  Bayangan Haziq.  Lafaz dari Ilham dan Khairil yang terbaring lemah. 
“  Syazmy.. Fitratun Syazmy, abang memang minta dari papa dan mama untuk teruskan rawatan di luar negara.  Dengan Rashid.  Sebab apa?  Sebab abang tahu kalau adik adik abang ni tahu yang abang dia masih hidup dan anak kecil dia dah tiada, mesti hati Syazmy akan sakit.  Abang buat semua ni sebab nak jaga hati adik abang. And I know this is the worst thing I ever decide.  Sorry dik..”  Khairil menelan liurnya.  Wajah Syazmy yang redup dan sayu menusuk jantungnya.  Dia tahu dia telah melukai hati adiknya.  Tapi dia harus memperbetulkan segalanya. 
“  Hidup abang pun susah, dik.  Bukan senang abang nak hidup jauh dari keluarga.  Mama dengan papa kena bahagi masa untuk abang dan Yamy.  Jarak antara benua ni betul-betul menyeksa abang tapi abang kena bersabar sebab abang nak adik yang abang sayang ni dapat perhatian yang penuh.  Abang nak tutup rasa bersalah abang pada hidup Yamy.  Memang sepatutnya abang terus hilang ingatan daripada memutuskan ikatan pernikahan Yamy dan Am.” 
“  Yamy tak pernah salahkan abang.  Semua ni takdir kan… walaupun berkali-kali Yamy terfikir yang Yamy mungkin tak layak untuk bahagia.” 
“  Yamy sentiasa macam ni.  Sebab tu abang tak nak cerita hal sebenar.  Abang tahu reaksi Yamy macam mana..” 
“  Don’t dare to plan anything cause all your plan will not gonna be perfect!” 
“  Yes.. absolutely.. I know.. and I am here to fix all the mess that I have done..”  Khairil bersuara perlahan.  Kemarahan Syazmy harus dilembutkan. 
“  Why..??  And why now…?”  Syazmy menentang mata Khairil.  Khairil masih tenang.  Sesekali dia membetulkan kaca matanya.  Dia tahu yang untuk mengendalikan Syazmy di usia matang lebih sukar tetapi jiwanya menuntut kesabaran supaya semua ini diperbetulkan. 
“  Abang nak hidup bahagia..  abang dah jumpa seseorang yang boleh temani abang sepanjang hidup abang.  Abang nak kongsi bahagia dengan keluarga.  Abang tak nak jadi sebatang kara sedangkan abang ada keluarga.  Abang nak Yamy dan Ilham bahagia jugak.  Selagi Yamy tak luahkan, Yamy akan terus menolak bahagia sedangkan Ilham dah menunggu untuk menggenggam tangan Yamy.  Abang nak kahwin.  Nak ada anak-anak.  Nak biarkan mama dan papa bahagia melihat cucu-cucunya.  Melihat Fifi, Hazrell dan anak-anak abang menjadi keluarga.  Abang balik ni untuk meminta maaf.  Abang nak Yamy buka pintu hati untuk berusaha merasai bahagia ada dihujung jari.  Bahagia untuk dirasa bukan untuk ditahan kerana rasa bersalah yang tak berpenghujung.  Abang dah sedar, bila kita terputus, bukan pengakhir kehidupan.  Yamy boleh bertemu dengan Ilham dan bina bahagia bukan kerana mengkhianati hubungan kita tapi hanya kerana jodoh itu bukan milik kita.”  Dan saat Khairil berhenti berbicara, esakan Syazmy mula kedengaran.  Ilham bersandar di sebalik daun pintu dan mendengar semuanya sambil meraup wajahnya.  Asalnya, dia mahu sama-sama berada dalam kelompok Khairil dan Syazmy namun setelah mendengar esak tangis Syazmy yang begitu kuat, dia terhenti.  Dia terlalu ingin memeluk tubuh Syazmy.  Menenangkannya di saat hatinya gundah dan mengusap airmatanya namun langkahnya harus terbatas.
“  I am sorry… Sorry for this really late.  I should do this long time ago..”  Khairil bersuara seolah kesal.  Dia terluka saat melihat Syazmy yang menangis itu namun hatinya lega kerana dia telah berlaku adil terhadap kehidupan Syazmy.  Biarlah semua orang kata, bahagia itu tidak kekal tetapi dia sangat yakin yang bahagia itu tetap ada dan bahagia itu perlu dpelihara.   Saat itu, daun pintu wad itu terbuka dan wajah Ilham berada samar-samar dalam kolam airmata milik mata Syazmy.  Tangisannya makin lebat. 


No comments:

Post a Comment