Lapan
Rainbow
Cake House
WANGIAN manis yang bertebaran
membuatkan perut Razzy mula berkeriut.
Hari ini, dia sengaja muncul dengan lebih awal untuk melihat keriangan
anak buahnya. Sejak sebulan lalu, Atiya
kelihatan lebih bersemangat.
“Haii.. Mama Zola..” Razzy mengusik Safaa yang sedang sibuk
melayan pelanggan. Safaa hanya tersenyum
nipis. Ella sedang melayan Atiya dan
Adam yang sedang bermain di ruang tengah.
“Assalamualaikum…” Safaa datang menghulurkan secangkir kopi dan
sepotong kek pelangi buat Razzy. Razzy
bersandar dan mengukir senyum. Lantas,
bibirnya menyambut salam yang dihulur di dalam hati. Terasa tersindir dengan ibu muda itu.
“Mama Zola sibuk nampaknya… anyway,
thanks.. memang G tengah lapar..”
“Jangan lupa baca bismillah.. Tiya
pun pandai baca doa sebelum makan tau..”
Safaa mengusik jejaka itu.
“Ye mama Zola…”
“Bukan mama Zola la.. saya mummy Zola..” Safaa menyambut gurauan lelaki itu dengan
baik. Agak pelik juga kebelakangan ini
lelaki ini sering muncul awal di kedainya.
“Hmmm.. sedapnya kek ni… Mummy Zola
memang terror bab buat kek ni
ye..?” Safaa hanya memandang reaksi
Razzy dari tadi. Lelaki ini juga tidak
kering idea untuk berbual. Ella
memberikan isyarat kepada Safaa. Safaa
mengerutkan dahinya.
“Alaaa.. Kak Fiy ni kerut-kerut
pulak… si G ni duk berkenan dengan mummy
Zola.. tu yang asyik melekat je kat sini je… Tiya pun melekat, papa G pun duk
melekat..” Ella memulakan
mukadimahnya.
“Ellaeeeee… apa yang duk mengarut ni?” Safaa menepis gossip yang cuba disebar
itu. Razzy ketawa suka.
“Kalau berkenan pun tak salah
kan? Sama-sama kosong..” Razzy mula bersuara semula. Safaa membulatkan matanya. Tanda tidak suka.
“Ehh.. mana pulak sama-sama kosong.. Awak kosong, saya satu..” Safaa mebidas.
“Habislah Abang G.. kak Fiy ni ramai peminat. Yang kat rumah, mentua duk tunggu green light, anak duk cari gaduh, kat
kedai, papa Zola duk menghimpit..” Tawa Ella
dan Razzy berpadu. Safaa bangun lantas
menutup mulut Ella dengan tangannya.
Tawa mereka masih bersisa. Mereka
harus dipisahkan. Ella sudah berada di
bahagian depan. Melayan pelanggan yang
baru muncul.
“Awak hantar Adam mengaji kat
mana?” Razzy mula bersuara semula. Safaa terdiam seketika. Ini pasti berikutan Atiya yang mahu sama-sama
mengaji dengan Adam kebelakangan ini.
“Saya hantar rumah ibu.. ibu yang tolong ajar. Kadang-kadang saya ajar. Mengaji sama-sama. Kenapa?”
“Saja tanya.. papa dia kursus sebulan, Tiya pun cuti
sebulan jugak.. sebab tu dia nak mengaji
sama dengan Adam tu..”
“Awak tak ajar ke?” Safaa tiba-tiba terdiam. Razzy turut terkedu.
“Saya sibuk sikit.. mana ada masa
nak ajar dia..”
“Masa itu turut patut dibahagi
bersama masa untuk ALLAH..” Safaa
mengingatkan. Razzy kelihatan menggaru-garu
kepalanya. Safaa hanya tersenyum
manis.
“Tak apa.. awak boleh cuba
perlahan-lahan lepas ni.. Cuma G kena ingat.. mati itu boleh berlaku pada
bila-bila masa.. cubalah luangkan masa
untuk ALLAH..” Safaa menasihati
Razzy. Jauh di sudut hati, Razzy terasa
tenang. Tenang bersama wanita yang
seperti Safaa.
“MUMMY…
pedasss..” Muka Adam memerah menahan
pedas. Safaa sedikit terkejut. Rasanya dia tidak memasak yang pedas untuk
anak itu. Puan Azizah turut mengasingkan
ayam masak kicap yang ada di dalam pinggan Adam. Safaa merasa kuah yang ada di dalam pinggan
anak itu. Ada rasa menyengit ke deria
rasanya. Pantas, matanya menuntang ke
arah Redza. Redza hanya memandangnya
sinis.
“Minum ni sayang… mummy ambil gula-gula kejap…” Safaa bangun dan mencari gula-gula.
Apa
yang dirisaukan, perut Adam tidak begitu ramah menerima makanan pedas. Perut pun ikut keturunan ayah dia. Safaa mengeluh. Dia tahu pasti kerja Redza. Sebab, dia sudah merasa masakan itu sebelum
terhidang tadi. Tak mungkin Puan Azizah
tidak tahu. Puan Azizah yang memasak
hari ini. Safaa mengusap kepala Adam
ketika anak kecil itu mencicip gula-gula yang diberikan. Redza masih berselera makan. Safaa terasa seleranya tumpul dengan
tiba-tiba. Mahu ditengking, mereka di meja
makan. Dia diamkan sahaja.
“Adam okay ke? Sakit perut
tak?” Safaa mengusap perut anaknya. Adam menggeleng. Mukanya masih memerah. Safaa mengeluh tanda tidak puas hati. Dan tiba-tiba Adam terus termuntah. Safaa lantas bangun dan mengambil kunci di
atas meja. Dia mendukung Adam.
“Bu, Fiy hantar hospital
kejap..”
“Fiy.. ibu ikut.. tunggu…” Puan Azizah bergegas mengekori Safaa.
“Redza.. nak ikut tak?” Puan Azizah bertanya. Safaa sudah meletakkan Adam ke dalam
kereta. Redza dalam keadaan serba
salah. Dia mengangguk.
“Saya drive..” Redza berdiri di
pintu hadapan bahagian pemandu.
“Saya boleh drive sendiri..” Jemari
Safaa menggigil untuk menghidupkan enjin.
airmatanya sudah berjuraian.
Mukanya memerah. Redza menarik
lengan Safaa keluar dari tempat duduk itu.
“I
said, I’ll drive..” Safaa mengesat
airmatanya. Redza terus mengambil tempat
duduk dan memandu ke hospital berhampiran.
REDZA mencuri pandang ke arah Safaa
yang baru duduk di sisi katil terlantarnya Adam. Puan Azizah menunaikan solat sebentar. Hatinya jadi belas dengan tindakannya kepada
Adam. Dia tahu, rasa tidak suka pada
anak kecil itu telah membawanya menjadi lelaki yang tak baik. Dia tidak pernah berperasaan begini. Dia sukakan Safaa dari sejak mula. Namun, dia tidak suka dengan kisah hitam
Safaa. Dan tanggapannya terhadap wanita
makin teruk saat Aula meninggalkannya.
Dia rasa sakit. Sakit kerana
wanita. Namun, kini dihadapannya, dia
telah menyakiti budak yang tidka berdosa.
“Redza.. jom kita balik.. esok
pagi-pagi kita datang..” Puan Azizah
memegang lengan anaknya yang sedang melamun.
“Fiy macam mana?”
“Fiy tak nak balik. Dia nak tunggu
anak dia.. tak apalah.. esok kita take turn..” Puan Azizah meminta diri daripada Safaa. Safaa hanya mengangguk. Matanya mulai membengkak kerana terlalu
banyak menangis. Dan Safaa tidak
mengangkat mukanya pada Redza. Membuat
rasa bersalah Redza makin tebal.
“SUDAH-sudahlah tu, Redza.. kalau
Redza tak suka, jangan sampai membunuh..”
Puan Azizah memulakan mukadimahnya sebaik masuk ke perut kereta. Redza menelan liurnya. Ibunya juga tahu?
“Berapa kali ibu nak cakap? Adam tu tak bersalah.. Fiy pun tak salah.. keadaan yang menyebabkan dia jadi macam tu..
penat ibu hantar Redza pergi belajar tinggi-tinggi, Redza tak boleh nak bezakan
perkara yang betul dengan tak betul??
Adam tu sakit, Za. Perut dia
sensitif.. Fiy dan ibu tak manjakan
dia. Kami buat perkara yang betul
sebagai seorang wanita dan ibu..
kenapalah ibu ada anak yang besar panjang macam ni tapi tak boleh fikir
dengan waras? Lagi lama, Za simpan
dendam pada Fiy.. pada Adam.. makin tak tenang hidup Redza. Macam nilah, Redza.. kalau Za tak suka, lepas
ni, ibu jelah yang jenguk diorang. Tak
payah suruh Fiy datang rumah..” Dan
lama-kelamaan, suara Puan Azizah berubah sendu.
Ada tangisan yang jatuh.
Mencambahkan rasa bersalah yang paling dalam.
“Za tak faham.. ibu sayangkan Fiy
dengan Adam sebab diorang la peneman ibu masa Redza kerja jauh hari tu.. sakit pening ibu, dia yang tolong.. Redza tak boleh fikir untuk diri
sendiri..”
“Redza mintak maaf, bu. Redza yang salah..” Berkali-kali liurnya ditelan. Puan Azizah hanya terdiam. Dia kesal dengan sikap anak bujangnya
itu. Keluhan kecil terlepas.
“Ibu tahu, Redza.. ibu nampak semua
tu.. tapi tak adil untuk Fiy dan Adam bila Redza hukum Adam. Ingat, Redza.
ALLAH tidak pernah membezakan hambaNYA dengan dosanya. Yang penting amal ibadatnya. Siapapun Fiy dan Adam, kita kena terima
seadanya. Redza sendiri.. sudah cukup baik ke? Jangan kata dengan ibu, Redza tak pernah jeling
pada Aula. Kita bukan maksum seperti
nabi tapi kita boleh berusaha untuk menjadi lebih baik..”
“Redza salah..bu..”
“Kita tak berhak menghukum sesiapa.
Kerana kita tidak berada di tempatnya.
Kalau ikutkan hati ibu, ibu nak bongkar semua.. tapi Fiy tak beri. Ibu menyimpan amanah yang besar. Kalaulah Redza tahu macam mana hidup
Hafiya…” Puan Azizah memejam
matanya. Dari A hingga Z, dia tahu
sejarah silam Safaa. Kerana itu, dia
sentiasa melindungi Safaa. Dia tidak
mahu Safaa rapuh dalam hidup.
SAFAA masih tertunduk membisu. Pandangan dihala ke taman yang
mendamaikan. Suasana dari tingkat dua
hospital itu masih tenang. Redza sedang
menanti jawapannya.
“Redza tau.. apa yang Redza buat, melukakan
hati Fiy.. Redza minta maaf. Dari awal
perkenalan kita sampai hari ni, Redza tak pernah buat Fiy tenang..” Lembut bicara sang arjuna. Dan dapat dirasakan lelaki itu tulus memohon
maaf.
“Lupakanlah, Redza.. perkara dah nak jadi..”
“You
sound like not forgiving me yet..”
Redza menghela nafas. Benarlah,
bukan mudah untuk memaafkan tapi paling mudah untuk melukakan.
“I
can’t bare losing him.. what you’ve done
to him, just make me unsecure..”
Safaa bersuara. Airmatanya
berjuraian. Mencarik rasa bersalah di
dalam jiwa Redza. Betapa dia bersalah
sekiranya Adam terkorban malam itu.
“I
am truly sorry, Fiy. I promise that I
will never do this again… please..”
Redza memandang Safaa. Dia mahu
Safaa tahu yang dia ikhlas.
“Mohon ampun pada ALLAH dan minta
maaf pada Adam.. saya hanya akan maafkan awak andai anak saya memaafkan
awak..” Safaa beristighafar. Tiba-tiba dia terasa seperti dia mementingkan
diri sendiri. Siapa dia untuk menolak
maaf dari seorang manusia? Di dasar
hatinya, dia perlahan-lahan mencari jalan untuk memaafkan Redza. Redza masih kaku di beranda itu. Mencari semangat untuk kembali bertentang
mata dengan Safaa selepas ini.
“MUMMY..!!” Sebuah suara comel menegur Safaa saat dia
menolak pintu wad itu. Wad Adam itu kini
dipenuhi dengan belon-belon dan gula-gula.
Pelukan kecil dari Atiya dibalas penuh rasa kasih. Razzy menghulurkan senyuman semanis
gula. Safaa tersenyum. Dia bersyukur kerana lelaki itu sanggup
menggembirakan hati anak kecilnya.
“Fiy.. sepatutnya, kena beritahu G
yang Adam masuk wad. Nasib baik pergi
kedai tadi, Ella inform..” Razzy bersuara. Sebaik sahaja menjemput Atiya hari ini, dia
sedikit terkedu apabila Atiya mengatakan Adam tidak datang ke tadika. Puas memandu laju di luar alam, Ella
memberitahu kisah dan tempat Safaa bertapa.
“Saya tak sempat nak inform sesiapa. Ella dengan Ros je.. risau sangat..”
“Adam da sihat??” Razzy duduk di sisi Adam. Wajah yang ceria itu membuang rasa
gusar. Safaa memerhatikan Razzy dan
Adam. Safaa teringat kisah dahulu di
mana dia pernah hampir kehilangan Adam kerana tindakan bodohnya dahulu dan dia
tidak mahu kerana tindakan bodoh orang lain, anaknya menjadi mangsa.
“Papa G datang, Adam rasa
sihatttt..” Suara ceria Adam
bergema. Safaa ketawa melihat anaknya
kembali ceria. Razzy mengusap kepala
Adam.
“Anak mummy rasa sihat sebab tengok banyak gula-gula ni.. Papa G ni nak
kena sebat ni.. rosak gigi Adam, mummy
rotan Papa G..” Safaa mengusik. Razzy mengangkat keningnya.
“Haihhh.. kita pulak yang
kena?? Kejam betul mummy Zola ni…” Razzy dan
Safaa berkongsi tawa. Mereka
memerhatikan Atiya dan Adam yang sedang berbual dan bermain dengan bahasa
mereka.