Tiga
BUNYI
kunci yang diletakkan di atas meja menarik perhatian Rayyan. Hans tersengih-sengih memandangnya.
“Tersengih-sengih ni kenapa?”
“Saja.. suka.. tak boleh ke?” Hans meletakkan bungkusan buku yang baru
dibeli tadi. Rasa seronok masih belum
terpadam. Perbualan santai antara dia dan
Safaa sekurang-kurangnya menunjukkan respon positif dari gadis itu.
“Aloo.. inche Apex.. lu senyum selupa olang gila ni kenapa?” Rayyan membaling bantal kecil di sofanya
apabila melihat Hans masih tidak lekang dengan senyuman. Hans sempat menyambut bantal yang dibaling
itu dengan tangkas.
“Respon masih tangkas. Selamat.
Belum gila lagi..”
“Awal kau balik? Kenapa?”
“Takda mood. Aku kantoi tadi..”
“Dengan siapa? Aku ingat kau ni masih dalam open relationship.. bukan soal kantoi tu
tak tersenarai ke?” Hans membetulkan
duduknya. Jemarinya mengambil nugget
yang ada di dalam pinggan di atas meja kopi itu. Dia mengunyah perlahan.
“Didn’t
I mention yang aku ada awek?”
“Awek?? I
didn’t remembered at all.. siapa?”
“Someone..”
“Tengok tu.. nak rahsia jugak..”
“Ala.. kau tak perasan ke kalau aku
pergi kursus, selalu rumah aku kemas je.. kadang-kadang lepas kita balik hiking, rumah aku ni segar je.. kau tak
perasan langsung ke?”
“Perasan tapi aku ingat kau ada upah
orang bersihkan rumah weekly..”
“No
la.. dia yang datang kemas rumah..”
“Aku tak pernah jumpa pun..”
“Dia takkan expose.. very low profile..”
“Untunglaaa…” Hans bangun dan melangkah ke dapur untuk
mengambil air minuman. Dia sempat
menjeling ke bilik Rayyan yang berselerak.
Katilnya bersepah.
“Untunglaaa apa?” Rayyan memandang Hans yang sedang mengintai
biliknya.
“Untunglaaa… buat sepah dengan
perempuan lain, perempuan lain yang tolong kemas..” Sindiran Hans itu disambut dengan ketawa
besar dari Rayyan. Hans cuma
menggeleng. Kadang-kala dia tidak
bersetuju dengan cara hidup Rayyan. Dia
sudah tersasar agak jauh sebagai anak melayu.
“Ehh.. sebut pasal kantoi.. what happen?” Hans meletakkan minumannya di atas meja. Dia berminat untuk tahu tentang cerita
kekasih Rayyan itu. Masih adakah
perempuan sebaik itu?
“Nothing..” Mata Rayyan masih belum berganjak dari kaca televisyen.
“Kau tak pujuk dia??” Hans membulatkan matanya. Tidak percaya!
“Ishh.. tak pernah aku pujuk
dia. Selalunya dia faham sendiri
je. Dia kenal aku..”
“Boyfriend
jenis apa kau ni?”
“Boyfriend
jenis millennium.. Aku malas nak manja-manjakan dia. Nanti dia naik lemak. Lagipun, dia yang nakkan aku..”
“Dia yang nak kau? Interesting..
cuba cerita sikit..”
“Ohh.. kau berminat nak tahu
ke?”
“Why
not..? Aku nak tahu jugak.. macam mana perempuan
malang tu boleh berkenan dekat buaya tembaga macam kau ni..”
“Amboiii.. kau ni cakap dah macam
orang melayu dah..”
“You
are my sifu what..” Hans
mencebik.
“Aku jumpa dia kat seminar. Masa tu dekat Shah Alam. Seminar pasal business la.. dia selalu
sangat pandang aku.. aku memang dah suspect yang dia suka aku tapi you know me.. I’m not one woman type of person..”
“Of
course not. So, she proposed you?”
“Some
sort like that la.. she’s not really
proposed me tapi dia hint-hint
bagai. Malam last tu kan ada macam sesi persembahan what so ever.. so, dia minta nak berduet lagu dengan aku.. malam tu la dia propose aku.. kira aku ni kan pencinta wanita.. aku accept je.. doesn’t harm at all pun..”
“Wowww.. dah berapa lama dah korang in this type of relationship?”
“Entah.. dekat setahun rasanya..”
“Dia tahu semua perangai kau??”
“Lebih kurang la.. cuma dia tak nampak
dengan mata dia je.. tadi kat KLCC tu pertama kali dia nampak. Tergamam jugak dia..”
“Habiss..?”
“Habiss? Kau nak aku buat apa? Tinggalkan Dahlya lepas tu pujuk dia? Come
on.. I am waiting about months okay for making Dahlya begging for me..”
“Kau lelaki paling kejam… dan dia
perempuan paling malang kerana sukakan kau..”
“Dia percaya aku akan berubah..”
“Pity
her.. you will cry blood for her..
seriously..” Hans menggelengkan
kepalanya. Timbul rasa kasihan dengan
kekasih Rayyan itu.
“I
would not. Big NO, Hans.. girls can come and go in my life.. they
didn’t have any right to mess with my life..” Rayyan bersuara.
“Ean..
please.. for one second.. thing about karma..
what goes around, comes around..”
Hans bersuara. Rayyan hanya
ketawa dan membuat muka tidak peduli.
Dia memang tidak setuju dengan cara Rayyan. Namun ia tidak sampai menruntuhkan hubungan
persahabatan mereka. Teguran ini adalah
tugasnya sebagai sahabat.
“Aku tidur sini tau.. aku nak mandi sekejap..” Hans memandang Rayyan.
“Ala.. macam tak biasa. Malam ni aku nak keluar. Kau nak ikut tak?”
“Ke
mana?”
“Hello,
bro.. today is ladies nite la..”
“I
am tired la.. I got meeting early in the morning..” Hans menolak lembut.
“Kerja dengan uncle pon nak kena jadi macam kuli ke? Come on!!”
“He
count on me la.. kau lainlah.. ada business sendiri..”
“Huh.. dahlah kau.. pergi mandilah..
kalau kau nak makan, tadi aku ada beli pizza.
Panaskan je..”
“Okay
friend.. thank you..” Hans
menghilang di sebalik daun pintu. Rayyan
bangun untuk bersiap setelah mendapat panggilan dari Dahlya. Malam masih muda dan mengapa harus tidur
selagi boleh terjaga?
SAFAA
menanda kalendar yang berada di atas meja kerjanya. Hari demi hari telah berlalu. Dia jadi rindu. Biarpun lelaki itu tidak memujuknya selepas
peristiwa mereka terserempak itu, dia masih tidak pernah tidak untuk memaafkan
lelaki itu. Setiap perbuatannya yang
menghiris hatinya, dia sudah menyediakan berkajang perasaan pemaaf kepada
lelaki itu.
Suatu
hari nanti, lelaki itu pasti akan berubah.
Pastinya untuk menjadi lebih baik.
Beberapa hari lepas, lelaki itu hanya berpesan yang dia akan berkursus
selama seminggu dan rutinnya sebagai bibik bermula seperti biasa. Safaa menelan kenyataan itu perlahan-lahan
kerana rasanya terlalu pahit.
“Haaaa…
melamun.. melamun.. hari-hari kalau kau termenung macam ni, bankrap la company ni..” Teguran Intan mengembalikannya ke
realiti. Safaa mengukir senyum
nipis. Intan mencebik.
“Kalau
bankrap pun, bukan company kau
pun..” Safaa mencebik.
“Ehhhh..
kalau la anak Tuan Ariffin tu nakkan aku, ini dikira company aku jugak tau..”
“Berangan
la kauuu… Eh.. dah pukul 5.30 la… kena balik..”
“Balik
je on time… memang botak la Tuan Ariffin tak lama lagi…”
“Kau
kan ada.. kau stay back la.. ni kan
bakal company kau..” Safaa mengenakan Intan. Kerat jari pun, dia takkan stay back kalau Safaa tak ada. Intan tersengih-sengih.
“Nanti
kalau jadi company aku betul-betul,
aku pecat kau nanti..” Intan
mengugut. Safaa mencebik.
“Ehhh..
aku pikat anak angkat Tuan Razak tu.. kau ingat aku tak boleh?”
“Siapa? Si cina terbakar tu? Tuan Ariffin lagi tinggi dari Tuan Razak
tau.. aku tetap jadi bos kau..”
“Tuan
Razak tu kan ada company sendiri..
aku boleh transfer laaaa..”
“Huh~~ Jom lah balik.. mentang-mentang hari ni aku car pool
dengan kau, kau nak suh aku stay back
la.. nak gaduh pasal anak Tuan Ariffin
la.. si cina terbakar tu la.. tunggu kejap aku ambil beg..” Intan berlalu mengambil begnya.
Safaa
mengemas meja dan mencapai kunci kereta.
“Kau
balik terus ke?”
“Ha’ah. Kau nak cari makan dulu ke?”
“Ingat-ingat
macam tu lah… kau?”
“Aku
nak pegi Sepang. Ad balik hari ni..”
“Ad
suruh jemput ke?” Intan memandang ke
arah temannya itu. Safaa menunduk. Enggan menentang matanya.
“Aku
tanya ni.. Ad suruh kau jemput dia ke?”
“Tak
pun…” Sebaik sahaja dia memberikan
jawapan senafas,
“Kau
ni… kalau aku cakap, kau tak pernah nak dengar.
Ad tu tak kisah pun perasaan kau.
kau je yang tergila-gila nak menjalankan tanggungjawab sebagai bakal
bini mithali..” Intan mula
membebel.
“Bla..
bla… bla… benda ni dah macam Astro tau.. Asyik ada siaran ulangan.. intipatinya
sama..” Safaa menekup mulut Intan. Intan terkebil-kebil. Safaa ketawa kecil. Mulut itu dilepaskan saat Safaa menekan
butang kawalan jauh keretanya.
“Aku ni…”
“You say a word, aku tolong tahankan
teksi..” Safaa mengugut Intan. Namun Intan lebih pantas. Dia pantas membuka pintu kereta dan terus
duduk di kerusi depan penumpang dan mencebik.
Safaa hanya menggeleng.
DAUN
pintu ditutup perlahan. Pandangan dari
mata Intan sudah dapat dibaca. Safaa
hanya memberikan segaris senyum buatnya.
Bungkusan McD itu diserahkan pada Intan.
“Don’t ask anything.. ayat yang paling aku tak nak dengar adalah,
‘kan aku dah kata’.” Dan kata-kata Safaa
itu disambut dengan sikap selamba Intan.
Matanya melekat pada kaca televisyen.
Kusyuk dengan drama Bicara Hati.
“
Wei.. aku cakap dengan kau ni..” Safaa
menolak bahu Intan.
“
Apa aku nak cakap.. kau dah tahu.. kang kau kata aku ni Astro pulak..” Intan membetulkan kaca matanya. Safaa mencebik.
“Mandi
lagi bagusss..”
“Pergilah…
jangan kau menangis dalam bilik air sudehhh..”
Intan mengenakan temannya itu.
“Ehhhh..
tolong sikit ye.. nangis-nangis tak main..”
Safaa membalas kata-kata Intan dengan tawa.
KETUKAN
bertalu-talu membuatkan Safaa naik geram.
Tak sempat dia nak memanjakan diri lagi, Intan asyik mengetuk.
“Ehhh..
ketuk macam pintu ni nak runtuh ni kenapa?
Kau tak pernah jumpa pintu ke?”
“Aku
bukan tak pernah jumpa pintu tapi aku tak tahu macam mana nak halau makhluk
yang tunggu kau kat pintu tu.. cepatlah
siap.. confirm nak ajak keluar la
tu. Wangi semacam je dia tu..”
“Makhluk? Siapa?”
Walaupun Safaa dapat menangkap siapa ‘makhluk’ yang dimaksudkan, dia
masih mahu tahu juga. Kerana dalam
sekelip mata, kekecewaan menunggu melebihi satu jam dan perjalanan yang memakan
masa lebih kurang dua jam telah bertukar menjadi bunga-bunga keriangan di hati
Safaa.
“Sudah-sudahlah
gaharu tu.. tak payah nak tanya-tanya.. bunga-bunga dalam hati kau tu dah
terkeluar kat mata kau..” Intan menjawab
malas namun reaksi spontan Safaa memegang matanya membuatkan Intan ketawa
kecil.
“Cakap
kat dia, tunggu kejap..”
“Jangan
harap aku nak cakap..” Intan terus
berlalu namun reaksi Intan itu tidak mengecilkan hati Safaa. Malah dia faham mengapa Intan begitu marah.
‘BENARLAH
kata pepatah, jika anda membuka hati untuk bercinta, anda juga menyediakan
ruang untuk kecewa dan dilukai.’ Safaa
melangkah lambat ke arah daun pintu.
Yang dia tahu, dia memang sedang membiarkan hatinya dilukai oleh lelaki
itu. Saat pintu itu dibuka, wajahnya
yang segar kelihatan. Meluruhkan segala
rindu yang ada. Apapun kesilapannya,
Safaa tetap akan memaafkannya.
“Hai…
sayang.. Supper?” Wajah lelaki yang
sedang tersenyum itu dipandang lama.
Memang lelaki ni jatuh dari langit ni.
Safaa masih terkaku dan Rayyan memetik jarinya di hadapan wajah
Safaa.
“Apa berangan ni? I la.. Ad.. Adha Rayyan.. Jom supper.. I lapar ni..”
“You mimpi apa ni?” Safaa bertanya lembut. Lelaki itu berpakaian lengkap seperti baru
keluar berdating. Bau harumannya semerbak.
“I mimpi pulak? You ni terkaku kenapa? Baru dua
minggu I senyap, you da lupa ke I ni boyfriend
you?” Rayyan mengangkat keningnya tanda
dia bergurau. Safaa mencebik.
“Jom, Faa.. temankan I makan..
laparrr…” Rayyan merengek. Dan Safaa sudah mula cair dengan
bicaranya. Tipulah jika dia sudah bersiap
ini tidak akan keluar dengannya.
Berjumpa dengannya bagaikan mempunyai kekasih kerabat diraja. Susah nak bertemu. Tiada ruang untuk keluar berdua selalu.
“I tak boleh balik lambat..” Safaa menjenguk jam di dinding rumahnya.
“Baru pukul 10.. I janji… sebelum
12, you dah ada kat rumah…” Dan
sesungguhnya Rayyan memang mengenali Safaa kerana Safaa tak pernah berkata
tidak padanya.
RAYYAN memilih tempat yang agak jauh
dari kelompok orang ramai. Dia memang
tidak suka diperhatikan (kata dialah..
ingat dia handsome sangat agaknya..)
Safaa hanya melihat Rayyan menyuap makanan penuh selera. Dia menyisip minumannya. Memang gaya orang berkarisma.
“You ni terjun dari langit belah
mana ni?” Safaa memandang Rayyan
lembut. Jemarinya bermain-main dengan
kunci kereta Rayyan yang berada di atas meja.
“Langit ke tujuh, dear..You ni macam tak suka je jumpa
I..” Rayyan ketawa perlahan. Dia tidak pernah menyangkal yang gadis di
hadapan ini banyak mengikat hatinya. Dia
hanya gadis biasa yang tidak pernah mengawalnya. Dia bersahaja sahaja.
“Call
banyak kali tak pernah angkat. Mesej pun
tak berjawab.. alih-alih datang tah dari mana, ajak keluar supper..” Safaa
mencebik. Rayyan cuma tersenyum. Tiada tanda-tanda untuk menjawab
soalannya.
“Eh.. kenapa I tak rasa senyuman you
tu satu jawapan ye?” Safaa memerli
Rayyan dengan nada lembut. Rayyan
mencebik seperti kana-kanak. Safaa
sengaja membuat muka blur.
“And..
I did come to pick you this evening.. I’ve leave messages for you..” Safaa bersuara.
“My
friend do pick me up.. sorry.. alaaa..
drop that. I am in front of you, right?” Rayyan memang Rayyan. Dia tidak pernah peduli tentang perasaan
Safaa kerana dia merasakan perkara itu hanya perkara kecil yang tidak perlu
diperbesarkan.
“I sibuklah Faa. You yang paling faham kerja I.. I memang tak ada masa untuk diri sendiri
pun..” Rayyan masih meneruskan
suapannya.
Safaa
hanya mendiamkan diri. Memang dia
faham. Dia cuba untuk memahami tugas
Rayyan yang melangkaui segala-galanya. Dan
dia juga sedang cuba faham tentang perhubungan mereka yang tidak seperti
pasangan lain. Keluhan lembut
terlepas.
“We
have been talked about this before rite?”
Rayyan memandang telus ke arahnya.
Safaa memang sangat bertahan dengannya.
Berapa
ramai perempuan cantik yang selama ini berjumpa dengannya dan bergesel
pipi. Berpelukan di pinggang. Dunianya memang ‘ramah’ sebegitu. Sedangkan, dia cepat sahaja hangin sekiranya
Safaa bersama lelaki lain atau dia akan hilang kawalan sekiranya ada kawan-kawan
lelaki yang beramah-tamah dengan Safaa.
“Yes..” Pendek sahaja Safaa menjawab dan kemudiannya,
dia mula mengukir senyum dan berbual-bual ringan tentang kerja dan keluarga
Rayyan. Dan dia seolah tidak pernah
faham pada perasaan terlukanya yang makin mendalam ini.
“Oh
ye.. Faa.. minggu depan hari Sabtu, you
minta cuti tau…” Rayyan bersuara. Seolah satu arahan yang harus dipatuhi. Safaa terdiam. Mengira cutinya di dalam kepala.
“Ehhh..
Cik Safaa oiii.. dengar tak I cakap?”
Rayyan memetik jarinya di hadapan muka Safaa.
“Dengar
la.. I tengah kira cuti I.. emm.. ada apa sampai kena cuti?”
“Kak
Rania buat makan-makan nak sambut birthday
Aleesya..” Satu yang dia tahu tentang
keluarga Rayyan adalah kakak kesayangannya, Rania. Selain dari itu, ahli keluarganya yang lain
belum diperkenalkan secara rasmi walaupun mereka sudah berkasih melebihi satu
tahun.
“Oh..
birthday Esya? Nanti I inform you balik..”
“Nope.. I said, you will take leave for that
Saturday.. I will see you at my sister’s place.. Clear, rite?” Rayyan memandangnya. Safaa masih kebingungan.
“But….”
Belumpun sempat Safaa menghabiskan ayatnya, Rayyan bersuara.
“And I don’t accept NO as your answer..” Dia hanya terdiam mendengar kata-kata
Rayyan.
“But.. I tak kerja hari Sabtu
laaa..” Safaa bersuara. Sedikit terasa dengan ketidakprihatinan
Rayyan.
“Set your
day to be free for the whole Saturday..”
Dia memang sangat ditaktor terhadap segala keputusan dalam apa yang
diinginkannya.
No comments:
Post a Comment