Monday, 7 October 2013

:::Biarkan Aku Sendiri:::


Tujuh


KEADAAN makin kucar kacir.  Mama tampak ketawa namun dia sebenarnya tetap mahu Khairil berkongsi suasana dengan mereka pada malam itu.  Syazmy juga tidak banyak berbual namun malam itu sememangnya malam keramatnya.  Di hadapan keluarga, dia dilamar oleh Amar.  sebentuk cincin menjadi pengganti diri.  Mendengarkan luahan mama pada Khairil tadi, dia rasa dia patut memberi kata putus. 

KHAIRIL masih tidak kelihatan.  Syazmy bersandar di kerusi malas di ruang tamu.  Menanti kepulangan Khairil.  Jam 4 pagi kedengaran pintu rumah itu dibuka.  Syazmy terjaga.  Khairil agak terkejut melihat Syazmy duduk di atas kerusi malas.  Mengapa gadis itu menantinya?
  Abang.. baru balik ke?”  Terpisat-pisat Syazmy bangun dan bertanya.  Senyuman cuba diukir. 
  Kalau baru balik pun, kenapa?  Peduli apa?”  Khairil mula meninggi suara. 
  Abang keluar dengan siapa sampai pukul berapa dah ni..”  Syazmy cuba berdiplomasi. 
  Peduli apa?!”  Kata-kata Khairil itu membuatkan Syazmy hilang sabar. 
  Abang cakap peduli apa??  Susah nak jawab ke?”  Syazmy menolak badan Khairil.. Sungguh dia marah dengan kata-kata itu. 
  Keluar dengan Leya.  Ada masalah?  Kita kan dah tak ada ikatan jadi nak sibuk untuk apa?”  Syazmy merengus.  Apa yang didengarinya seolah satu hukuman bunuh.  Khairil masih tidak mampu melupakan Leya.  Dia mahu berbincang hati ke hati namun reaksi Khairil membantutkan niatnya.  Terus hatinya terasa jauh.  Dia enggan menjadi orang asing lagi dengan Khairil.  Dia ingin memperbaiki hubungan kekeluargaan mereka namun Khairil sudah berubah.  Khairil memegang lengan Syazmy.  Syazmy cuba menarik lengannya dari pegangan Khairil.  Matanya mula berkolam.  Syazmy terus mencapai telefon, menghubungi Amar ketika itu.  Dia ingin Khairil mendengar keputusan akhirnya. 
  Amar..”  Terputus-putus suaranya.  Dia ingin mengawal perasaannya sendiri.  Khairil hanya kaku mendengar.  Berdebar menanti kata-kata Syazmy seterusnya. 
  Yamy..?  Telefon awal-awal pagi ni ada masalah apa?”  Suara Amar seolah terkejut. 
  Tentang lamaran Amar tadi… ”  Khairil masih merenung tajam ke arah Syazmy.  Perlahan-lahan wajah itu menjadi sayu.  Dia menggeleng perlahan.  Meminta gadis itu menolak dan memikirkannya. 
  Kenapa dengan lamaran Amar?  Yamy, Amar bukannya nak paksa Yamy..”  Amar bersuara sayu.  Dia enggan mendengar penolakan gadis itu.  Belum pun sempat Amar menghabiskan ayatnya, Syazmy terus bersuara. 
  Amar.. tentang lamaran Amar tadi, bila Ummi nak datang bincang?”  Ketika bibir Syazmy menuturkan kata-kata penerimaan, Khairil terduduk.  Dia terkejut.  Amar mendahuluinya. 
  Yamy?  Betul ke ni?”  Amar bersorak riang.  Kata-kata hikmat itu akan diingati sampai bila-bila.  Syazmy menamatkan perbualan dengan Amar.  Dia mengatur langkah masuk ke biliknya.  Dia ingin melupakan Khairil sepenuhnya. 

  ITRA..”  Kedengaran sayu suara Khairil.  Langkah Syazmy terhenti. 
  Yamy tunggu abang untuk berbincang tapi abang dah pun buat keputusan abang..”  Syazmy merenung Khairil.  Berkurun lamanya dia terluka dan kepulangan Khairil masih tidak menyembuhkan jadi untuk apa dia bertahan lagi?  Dia perlu keluar dari kepompong kekecewaan.  Dia cuba memberi ruang pada hubungannya dan Khairil untuk bercantum kembali namun nampaknya jodoh mereka bukan ke jinjang pelamin.  Dan juga mungkin bukan seumur hayat ini.  Dia harus ingat sehingga bila-bila yang rusuk Khairil bukan pada dirinya.  Awalnya, dia mahu menerima Amar tanpa memikirkan Khairil namun, dia masih memilih untuk memikirkan andai masih ada ruang kasih antaranya dan Khairil dan malam ini, Khairil dan dia benar-benar tidak boleh kembali bersama. 
  Yamy tak pernah sangka yang dunia kita akan berbeza sama sekali.  Abang dah berubah dan Yamy pun bukan seperti dulu.  Kita semakin merunsingkan mama dan papa.  Kenapa kita terlalu pentingkan diri kita?  Kenapa kita sebagai anak tak pernah puas untuk menyusahkan hati orang tua kita?  Yamy bukan anak kandung mama dan papa tapi layanan mama dan papa tak pernah kurang sampai Yamy terlupa yang Yamy cuma anak yang dibela dan ditatang.  Yamy terpikat dan menjalinkan hubungan kasih dengan abang namun hubungan kita tak kesampaian..  dan hingga kini Yamy seolah tak pernah bersyukur.  Yamy terima Amar kerana Yamy tak nak mama runsing.  Biarlah cinta Yamy kali ini dipupuk dari awal.  Biarlah hati Yamy terluka asalkan hati mama dan papa gembira.  Lagipun.. mungkin Yamy patut berhenti berharap pada lelaki yang tak pernah inginkan Yamy..  tak tahu apa yang terjadi pada Yamy kerana Yamy masih sayangkan abang melebihi kasih seorang adik..”  Syazmy masih memandang reaksi Khairil.  Biarpun riak wajah Khairil agak berubah namun dia puas setelah meluahkan perasaannya.  Biarlah Khairil menganggapnya murah namun dia tenang setelah meluahkan rasa. 

SYAZMY tersenyum menghampiri meja makan untuk bersarapan.  Puan Rubiah dan Encik Hamzah bertukar pandangan.  Masing-masing seolah meminta penjelasan.  Syazmy agak riang. 
  Hai.. riang anak papa hari ni?”  Papa bersuara.  Matanya masih tidak lepas memandang nak gadisnya itu.  Mama turut mengukir senyum.  Kelihatan mama seolah lega dengan keriangan Syazmy itu. 
  Takkan riang pun kena saman kot?”  Syazmy mengusik papanya. 
  Saman tu taklah tapi pelik la..”  Mama bersuara. 
  Yamy dah buat keputusan..  Yamy dah terima Amar.. tarikhnya akan diberitahu kemudian..”  Mama dan papa ketawa riang.  Mereka berpelukan.  Keputusan Syazmy itu menyuntik keriangan pada mama dan papanya. 
  Macam ada berita baik je?”  Suara Khairil kedengaran.  Syazmy tersenyum manis.  Dia memandang Khairil kini sebagai seorang abang dalam konteks sebenar.  Khairil membalas senyuman manis itu.  Sudah terlalu lama matanya tidak dijamu dengan senyuman semanis itu. 
  Abang tak nak peluk Yamy ke?  Yamy ada berita baik…”  Syazmy mendepangkan tangannya meminta dipeluk.  Khairil menuruni anak tangga dan menghampiri Syazmy.  Sebuah pelukan kemas diberikan.  Syazmy membalas pelukan Khairil erat.  Sebuah perasaan halus sedang menjalar.  Terasa jiwanya damai dalam pelukan itu.  Terasa dia tidak ingin terjaga.  Dia ingin terlena terus dalam dakapan kemas itu. 
  Yamy.. Yamy nak bertunang dengan Amar..”  Belumpun sempat Syazmy menghabiskan ayatnya, pelukan Khairil mula melonggar.  Wajah Khairil berubah.  Syazmy menelan liurnya.  Terasa pahit.  Sepahit keputusan yang dibuat.  Keputusan Syazmy sudah muktamad. 
  Tak puas nak manja dengan Yamy lagi..”  Bunyinya seperti merajuk namun Syazmy tahu yang Khairil sekadar ingin menyedapkan hati mama dan papa.  Selebihnya, mereka sama-sama maklum. 
  Tak puas mananya?  Dah lama sangat kita berkepit.  Sepatutnya abang pun dah mula fikir tentang perkahwinan.  Sebuah perkongsian dengan orang yang kita sayang..” 
  Betul jugak apa yang Yamy cakap tu, Ril.  Kamu ni dah elok sangat kalau kahwin..”
  Ril belum ada rancangan apa-apa.  Nak kerja dulu.  Duit sendiri pun belum cukup, nak bela anak dara orang?  Bahaya.. nanti takut guna akaun mama and papa untuk anak-anak Ril..”  Penjelasan Khairil itu mengundang tawa pada mama dengan papa.  Syazmy hanya tersenyum.  Tiba-tiba kedengaran bunyi hon.  Syazmy menarik begnya. 
  Eh.. eh.. Yamy belum jamah sarapan lagi.  Baru pukul berapa ni?  Awal lagi ni.. panggil menantu mama tu minum sama dulu..”  Mama menahan Syazmy.  Khairil duduk bersandar.  Syazmy ketawa namun kakinya berlari mahu memanggil Amar turut bersarapan. 

  ASSALAMUALAIKUM..”  Kedengaran suara Amar bergema.  Mama dan papa tersenyum penuh makna.  Syazmy hanya memandang ke arah Khairil.  Melihat reaksi Khairil.  Lelaki itu masih cuba berlagak biasa sedangkan wajahnya sudah menunjukkan yang dia sedang bergelut dengan perasaannya. 
  Waalaikumussalam.. ha.. Amar?  Sejak bila malu pulak ni?”  Papa mengusik Amar.  Wajah Amar mula memerah.  Syazmy hanya ketawa. 
  Papa.. janganlah usik menantu papa ni.. takut nanti, hari ni, dia terus amik MC nanti..”  Syazmy pula mengusik Amar.  Dia mahu Amar tahu yang dia serius menerima kehadirannya. 
  Sudah..sudah.. jangan diusik lagi si Amar ni.. Duduk, Amar.  Minum.  Jangan dilayan dua beranak ni.  Kejenya memang mengusik je..”  Mama mula membela Amar.  Syazmy menarik lengan Amar.  dia menghidangkan sarapan pagi untuk Amar.  Namun.. seketika kemudian, dia turut menuangkan air untuk Khairil.  Khairil merenung Syazmy.  Syazmy tersenyum nipis.  Kemudian dia beralih menumpukan perhatiannya pada Amar. 

No comments:

Post a Comment