Dua puluh dua
MASA berdetik tidak menanti sesiapa. Pejam celik pejam celik, masa sudah berlalu
jauh. Khairil masih belum dapat
mengingati semua perkara dalam hidupnya sepenuhnya. Syazmy dan Ilham sudah saling menerima dalam
perkahwinan dan mereka cuba menjadikan perkahwinan mereka sebahagia mungkin. Masa yang berlalu tidak terasa. Fifi sudah menjejakkan kaki ke pra sekolah. Semuanya bagaikan terlalu sempurna dan
perjalanan hidup berjalan lancar seperti biasa.
“
RIL…” Leya menegur
tunangnya. Dia masih setia menanti dan
mendesak keluarga Khairil supaya mempercepatkan perkahwinannya dengan Khairil. Makin lama dia menanti, makin sukar untuk dia
menghampiri Khairil semula. Fikirannya
asyik melekat pada hari kejadian kemalangan yang berlaku. Masih segar di telinganya yang Khairil
memutuskan tali pertunangan mereka. Dia
tidak mahu kedua-dua keluarga mereka tahu tentang perkara itu.
“ Nak
apa?” Soal lelaki itu dingin. Sungguh, hatinya jengkel terhadap kehadiran
perempuan itu. Seolah ada perkara yang
terjadi antara mereka hingga hatinya menolak terus kehadiran gadis tinggi lampai
itu. Bukannya dia tidak cantik tetapi
dia tidak mengisi dan tidak menyenangkan hatinya walaupun dia tidak melakukan
kesalahan. Khairil mengeluh lembut. Dia sudah memulakan rutin hariannya yang
bermula beberapa bulan lalu. Bekerja di
syarikat papanya dan meneraju perniagaan itu secara perlahan-lahan.
“ Kita
sarapan sama..”
“ Aku
dah sarapan kat rumah. Leya, jangan
ganggu aku, Leya. Aku dah penat dengan
semua ni..” Khairil seolah
mengeluh. Dia bersandar dan menundukkan
mukanya. Dia enggan bertentang mata
dengan perempuan itu.
“ Leya
tunang awak. Awak kena ingat yang awak
ada tanggungjawab pada saya..” Leya bersuara
perlahan. Dia seolah mahu berputus
ada. Dia tidak tahu lagi cara untuk
mendampingi lelaki yang menarik perhatiannya itu. Bertahun mereka bersama masih belum dapat
membantunya. Semua perkara tentang kegemaran
dan kebencian Khairil berada dalam genggamannnya namun Khairil masih belum lut
untuk diterokai dengan perasaannya.
“
Kalau ikatan itu yang menghalang kau untuk jauh dari aku, aku akan
leraikan dia..”
“ Ril…
jangan Ril… jangan…” Leya menggeleng-geleng. Dia tidak menyangka yang bibir Kahiril masih
menuturkan perkara yang sama. Terasa
sebak menular ke dalam perasaannya.
Khairil memang tidak pernah mempunyai perasaan padanya.
“
Balik dan jangan ganggu aku.
Nanti aku akan buat keputusan..”
Khairil berusaha untuk menolak kehadiran Leya. Bukan dia tidak cantik malah dia menarik
tetapi hatinya seolah beku saat bersama dengan Leya. Entah mengapa, dia tidak mempunyai
jawapannya. Dan jiwanya seolah terdera
saat Leya menghampirinya. Bergelar
tunangan tetapi mengapa jiwanya tidak pernah tersentuh dengan ikatan itu?
ILHAM meletakkan kunci keretanya di atas
meja. Dia melangkah laju mendaki anak
tangga. Entah mengapa jantungnya seolah
lari dari rentak. Panggilan mama
membuatkan dia bimbang dengan keadaan Syazmy.
Daun pintu ditolak.
“
Sayang…” Dada Ilham
berombak. Panggilannya terasa
tersekat. Syazmy terbaring dan mama
sedang menghulurkan minuman panas.
“
Abang..” Suara itu kedengaran
sangat lemah. Ulas bibirnya pucat. Ilham menghampiri isterinya.
“
Yamy.. kenapa ni? Sakit apa
ni?” Ilham mengucup lembut jemari
Syazmy.
“ Yamy
terkena buatan orang..” Mama berwajah
serius. Ilham membulatkan matanya. Reaksinya sangat terkejut. Siapa yang berdendam dengan mereka???
“
Mama… Am tak ada musuh ma. Tak
mungkin Yamy terkena buatan sesiapa..”
“ Mama
tak percayalah.. ini semua Am punya pasal..”
“
Am??? Am.. tak faham..” Wajahnya terpinga-pinga.
“ Awak
ni Rubi.. kesian menantu saya tu.. sudah-sudahlah mengusik tu..” Encik Hamzah menjengah masuk sambil mendukung
Fifi.
“
Mengusik..?” Ilham memandang
kedua mertuanya. Masih keliru.
“ Fifi
nak dapat adik…” Encik Hamzah
tersenyum. Sejenak wajah Ilham berubah
terkejut. Bibirnya menguntum
senyum. Dia memandang Syazmy dan Syazmy
hanya mengangguk lemah.
“
Betul ni pa.. ma..!? YA ALLAH..
Alhamdulillah..” Ilham memanjatkan
syukur lantas dia mencium dahi isterinya.
“
Assalamualaikum…” Kedengaran
suara Khairil di daun pintu. Dia sedang
meleraikan tali lehernya dan berwajah keliru kerana semua orang berada di dalam
bilik Syazmy dan Syazmy sedang berbaring serta kelihatan lemah.
“
Waalaikumussalam…” Salam dijawab
dan Ilham tidak lekang dari senyuman.
“ Yamy
tak sihat ke ni? Semua berkumpul
ni? Tak nak ke klinik?” Khairil kelihatan gusar.
“
Penyakit Yamy ni ubatnya Ilham je..
Nampaknya Ril dah nak dapat anak buah..”
Puan Bainun masih tidak lekang dari senyuman. Syazmy dan Ilham menemui jalan bahagia mereka
dan Khairil harus berundur. Hati seorang
ibu tidak pernah berhenti dari berdoa agar anak bujangnya itu melupakan kisah
lamanya dengan Syazmy.
“
Iya?? Alhamdulillah..” Khairil
sedikit terkejut namun dia menyalami Ilham.
Menyalurkan ucapan tahniah. Namun
hatinya terselit cemburu melihat kegembiraan keluarga itu.
“
Okay.. malam ni papa belanja makan.. All on me dan menunya terpulang
pada Syazmy..” Semua ketawa girang.
“
Papa.. that’s great!!! Congrats
Yamy.. Am..” Khairil ketawa namun
hatinya terasa terhiris. Mengapa ya?
RASA indah mengepung hidup Syazmy. Ilham menyayanginya lebih dari
segalanya. Dan kini dia sedang meniti
bunga-bunga kebahagian. Perhatian Ilham
sangat disenangi. Mertua dan mamanya
bergilir memenuhi kemahuan tekaknya.
Pelbagai pantang larang mula tersenarai untuk dipatuhi oleh dia dan
Ilham.
“
Yamy.. yang ini cantik la.. abang suka…”
Ilham menilik beberapa helai baju-baju bayi.
“ Baju
dah banyak la abang… Tapi Yamy suka yang dekat tangan kiri abang tu.. baju
jumper ni macam comel la…” Syazmy
mengusap-usap lembut fabric itu.
“ Kita
beli ye??” Ilham seolah bertekad mahu
membeli. Hari ini barulah mereka
dibenarkan membeli beberapa keperluan bayi.
Syazmy tersenyum memandang Ilham.
Tidak dinafikan mereka berdua begitu teruja. Seluruh keluarga seperti menanti kelahiran
ini. Syazmy mengusap perutnya. Kadang-kala, bayinya sudah mula
bergerak-gerak.
“
Abang.. abang… baby gerak…”
Syazmy memang akan memberitahu Ilham sekiranya bayi mereka
bergerak. Dia mahu berkongsi rasa indah
itu. Sungguh!!! Pengalaman ini terlalu indah untuk
digambarkan. Ilham meletakkan jemarinya
dan turut merasai gerakan-gerakan kecil itu.
Mata Ilham dan Syazmy membulat saat merasai sekecil-kecil gerakan itu.
“
Abang tak sabar… Harap Yamy dan baby sihat..” Tulus suara lelaki itu.
“ Insya-Allah…
Yamy pun rasa macam tak sabar.. macam
tak percaya pun ada..” Ilham
tersenyum. Dia berazam mahu menjadi yang
terbaik untuk keluarganya. Mahu memberi
sepenuh kasih sayang, perhatian dan keutamaan pada keluarga itu.
KHAIRIL mencuit-cuit pipi mongel anak kecil
itu. Memerhati penuh minat
gerakan-gerakan kecil anak kecil itu.
Terasa cemburu kerana Ilham berjaya memiliki anak secomel ini dan
berjaya memiliki hati Syazmy. Dia tidak
tahu mengapa dia sanggup duduk dan menghadap anak kecil Syazmy ini. Awal-awal pagi tadi, mama memberitahu yang
Syazmy meminta pertolongan untuk menjaga bayinya. Dan sedari tadi, semenjak Haziq ditinggalkan
bersama Puan Rubiah, selama itu, Khairil tidak berenggang dengan bayi itu.
“
Sampai bila Ril nak jadi macam ni?
Bertunang da lama..” Mama
bersuara. Khairil menarik senyum tawar
namun dia tidak menjawab apa-apa. Pipi
mongel itu terus dikucup-kucup. Sesekali
bayi itu bergerak-gerak.
“ Ril…
mama cakap dengan Ril ni..” Puan Rubiah
memandang anak bujangnya.
“ Ril
belum sedia nak kahwin, ma.”
“ Khairil.. Mama teringin nak tengok Ril
kahwin..” Puan Rubiah mengusap lembut
kepala bayi itu. Kebetulan Syazmy
memintanya menjaga Haziq. Khairil terus
melekat dengan Haziq saat anak itu berada di rumah itu.
“ Ma..
Ril bukan tak cuba.. but it’s just my heart does not find the way..” Kata-kata Khairil itu membuatkan Puan Rubiah
menghela nafas dalam. Dia bukan tidak
dapat membaca fikiran anak bujangnya itu.
Yang dia tahu, Khairil masih menyayangi Syazmy. Walaupun kini dia sudah tidak mengingati
kisah lama tetapi yang pasti, dia masih tidak melupakan kisah lama kerana dia nampak
yang Khairil masih mahu rapat dengan Syazmy biarpun sekadar bergelar
abang. Mata tuanya hanya memerhatikan
Khairil mengucup pipi anak kecil itu.
SYAZMY mendukung Haziq sambil memerhatikan
Puan Rubiah menyiram bunga-bunga tanamannya.
Segar rasanya berada di taman mini mamanya itu. Hari ini, seharian dia terpaksa meninggalkan
Haziq di bawah jagaan mama. Semuanya
kerana Ilham tiba-tiba dipanggil untuk berkursus ke Penang serta-merta. Terkejut juga mereka pagi-pagi tadi. Ilham awal-awal lagi meminta bantuan mama
untuk menumpangkan Syazmy selama 3 hari.
“ Ma…
boleh Yamy cakap sesuatu?” Syazmy
memandang wajah Puan Rubiah.
“ Aiiii..
sejak bila Yamy pandai nak minta-minta izin ni?” Mama tersenyum. Jemarinya masih lincah menyiram
pokok-pokok. Syazmy ketawa kecil.
“
Ha’ah kan.. iya tak iya juga.. bila masa pulak Yamy pandai minta izin
ni..” Syazmy mengiyakan sambil peha
kanannya memangku Haziq yang sedang asyik memerhatikan neneknya.
“
Yamy.. sebenarnya… tengah serba-salah, ma…”
“
Pasal apa, sayang?” Suara mama
kedengaran lembut. Dia menutup paip air
dan melabuhkan punggungnya di sebelah Yamy.
“
Pasal Abang Ril…” Saat nama itu
meluncur pada bibir Syazmy, Puan Rubiah mula memerhatikan sekeliling. Takut didengari oleh suami dan anak
bujangnya.
“
Diorang tak ada, ma. Abang Ril
dengan papa kan keluar bawa Fifi ke taman…”
Syazmy seolah mengetahui apa yang bersarang di dalam kepala
mamanya. Tiba-tiba ada keluhan lembut
dari bibir Puan Rubiah. Tangannya
mendukung cucunya dari pangkuan Syazmy.
“
Pasal hal lama ke ni?” Pertanyaan
itu dijawab dengan anggukkan.
“ Yamy
nak tanya nasihat mama… Yamy tak beritahu hal sebenar dengan Am.. Yamy tak tahu
nak mula dari mana…” Syazmy menarik
nafas. Sukar dia mahu memberitahu
Ilham. Rumahtangganya dan Ilham sedang
berbunga-bunga indah dan dia tidak mahu seandainya kisah lama ini dirungkai,
hubungan mereka akan musnah. Dia tidak
mahu Haziq kehilangan apa-apa.
“
Entahlah Yamy.. mama pun tak tahu nak cakap macam mana. Kalau dulu, Amar tahu sebelum berkahwin dan
dia menerima seadanya. Kalau Ilham ni,
mama tak tahu jenisnya macam mana..
Kalau kita buka cerita lama ni, Ril bukannya ingat pun. Kalau kita tutup, takut kalau terbongkar dari
orang lain, susah juga…” Puan Rubiah
mengusap kepala Haziq. Syazmy bermain
dengan jemari kecil anaknya.
“ Yamy
tak mahu kalau Am dengar dari mulut orang lain…
semua yang terjadi ni dah lepas dan ada alasan yang tersendiri. Setiap kali Yamy tengok Am gembira, Yamy rasa
bersalah, ma. Yamy rasa macam Yamy tak
jujur dalam rumahtangga kami.”
“ Mama
rasa, sebaiknya kita tutup jelah sampai Am sendiri yang tanya..”
“ Tapi
Yamy tak tenang ma.. Yamy kalau boleh nak bincang betul-betul. Nak come clean everything tapi Yamy tak kuat,
ma.. takut Yamy terjatuh dan tak mahu bangun lagi..”
“
Jangan macam tu Yamy. Mama
sentiasa sokong Yamy. Kalau itu yang
Yamy rasa terbaik, Yamy beritahu lah.. walaupun mama tahu seandainya Am tahu
hubungan Yamy dan abang pernah melangkaui hubungan adik beradik, Yamy mungkin
takkan dibenarkan ke sini lagi..”
“
Janganlah fikir sejauh tu, ma.
Yamy harap Am boleh faham situasi Yamy dan abang dulu. Kami muda dan saling tertarik tapi bukan
tertakdir untuk bersama.” Syazmy menelan
liur. Dia sendiri tidak tahu mahu
menyelesaikan hal ini dengan cara yang bagaimana. Ditelan mati mak dan diluah mati bapak. Puan Rubiah terdiam namun fikirannya sedang
berperang hebat. Di kanan anak
kandungnya yang masih mencinta dan di kirinya anak yang tersepit dengan
keadaan. Kedua-duanya perlu diselesaikan
dengan cara yang baik. Kerana kesudahan
kisah Yamy ini seolah masih beronak duri.
KHAIRIL menyelak satu demi satu album
itu. Dia tersenyum sendiri. Walaupun berbekal ingatan yang tidak jelas,
dia terasa keindahan itu meresap jiwanya.
Gambar kenangannya bersama keluarga dan Syazmy. Bersama saudara mara dan teman-teman.
“
Haaa… tersenyum sorang-sorang ni kenapa??” Syazmy menegur Khairil dari belakang. Khairil tersenyum lembut. Wanita itu sangat disenanginya. Secawan koko panas diserahkan. Khairil menyambut dan mengucapkan terima
kasih. Syazmy hanya mengangguk.
“
Tengok apa sampai tersenyum sorang-sorang?” Syazmy menghirup minuman dari cawan di
tanganya. Menikmati koko panas. Bersama Khairil. Masih seperti zaman bujangnya.
“
Gambar-gambar lama… it makes me
wanna smile…” Khairil masih
tersenyum. Syazmy membalas senyuman sang
abang itu.
“
Kenangan kan… Walaupun abang tak
ingat, its part of you and you will feel the warmth..”
“
Yeap… its flow in me… ehhh.. mana Haziq dengan Fifi?”
“ Dah
tidur. Hari ni mama dengan papa berebut
nak tidurkan Haziq… Fifi pulak lepas maghrib tadi dah lelap dah.. dapatlah ibu
dia berehat..”
“
Mengelattttt..” Khairil
mengusik. Matanya kembali ke lembaran
album. Wajah Syazmy di dalam album itu
ditatap. Entah mengapa, rasa dekat itu
mengalir lagi. Adakah dia dan Syazmy
mempunyai perhubungan yang lebih mendalam?
“
Yamy…”
“
Hmm..??” Syazmy menukar rancangan
televisyen satu demi satu. Matanya masih
menatap skrin tv. Dan jemarinya terhenti
pada saluran AXN.
“
Kita… dulu.. rapat ke?”
Pertanyaan itu membuatkan Syazmy merenung ke dalam mata Khairil.
“ Kita
adik beradik kan… mestilah rapat..”
Perlahan-lahan menuturkannya.
Namun dia tidak mahu Khairil ragu-ragu pada jawapannya. Mendengar dia bersuara seolah yakin tidak
yakin itu, Fifi pun tidak mungkin mempercayainya.
“
Abang rasa macam kita ada hubungan yang lebih…” Wajah Khairil seakan keliru.
“
Ehh…” Mata Syazmy mula
membulat. Dia resah terpaksa menyorokkan
status hubungan mereka dahulu. Penatnya
menjadi dewasa.
“
Abang ni terlalu banyak berfikir la… Meh Yamy cerita… gambar dekat jari
kanan abang tu.. masa kita sekeluarga hantar abang ke luar negara. Ini first time Yamy ke sana.. jadi Yamy demam
masa ni.. abang yang paksa Yamy tau…”
Syazmy mengukir senyum. Kenangan
manis mereka.
“ Ye
ke??” Khairil ketawa kecil apabila
Syazmy bercerita. Matanya merenung
gambar itu. Diusap lembut.
“
Haaa.. yang ini your bestfriend dekat sana… Rashid… ingat tak?” Syazmy menunjuk gambar lain pula. Khairil mengalihkan matanya pada gambar yang
ditunjuk oleh Syazmy dan dia menggelengkan kepalanya. Terdiam seketika.
“ Mana
dia sekarang?”
“
Mmm.. dengarnya dia kerja dengan company luar.. migrate..”
“
Oooo…” Khairil
mengangguk-angguk. Dan kebanyakan
penerangan Syazmy terhadap gambar-gambar itu memang bagaikan mereka memang
terlalu rapat. Kadang-kala mereka
tertawa saat Syazmy bercerita tentang hal-hal lucu. Syazmy tersenyum sambil menghirup koko
panas. Tiba-tiba rindunya pada kenangan
lama menyingkap. Dia menggeleng
sendiri. Mereka sudah jauh dari dunia
silam.
No comments:
Post a Comment