Dua puluh
SYAZMY memeluk tubuh tua Puan Rubiah yang
semakin mula susut. Syazmy menangis dan
mendambakan belaian seorang ibu yang memahaminya. Langkah yang diatur masuk ke wad Unit Rawatan
Rapi itu terasa begitu berat. Ilham dan
Fifi mengambil keputusan untuk menunggu di luar dahulu. Airmata Syazmy seakan tidak mahu berhenti
mengalir langsung. Dadanya terasa
sebak. Memang dia sudah beralih arah
kepada Ilham namun Khairil adalah insan pertama yang menembusi hatinya.
“
ABANG…” Syazmy memegang lembut
jemari Khairil. Menyalurkan salam dari
seorang adik. Bilik itu hanya dipenuhi
dengan wayar-wayar yang disambung hampir ke setiap tubuh Khairil. Mesin-mesin berbunyi di dalam bilik itu. Entah apa fungsinya, Syazmy kurang pasti
tetapi yang paling dia pasti, hatinya menginginkan lelaki itu bangun dan
tersenyum sepoerti saat dahulu.
Sekalipun dia tidak mampu menggenggam erat jemari lelaki itu seperti
dahulu, dia mahu memaut lengan lelaki yang bergelar abang kepadanya.
“
Abang.. Yamy datang ni.. Yamy tak tahu abang parah macam ni.. macam mana
kena teruk macam ni, abang? Abang, Yamy
perlukan abang dalam hidup Yamy. Abang
yang mewarnakan hidup Yamy yang kosong sebelum ni.. bangunlah, abang.. Yamy nak kita berbual
macam abang dan adik.. Yamy memang
kahwin atas permintaan papa tapi percayalah saat tu, Yamy masih sayangkan abang
macam dulu.. walaupun sekarang, Yamy dah ada pelindung.. Bangunlah, abang.. Yamy nak abang bangun dan
kita boleh jernihkan hubungan kita.. Yamy tak nak kita hilang peluang ni.. Yamy
tahu abang kuat. Anggap semua ni dugaan,
abang. Kita dah janji kan, kita nak jaga
mama dnegan papa sama-sama.. Yamy tunggu
abang tau…” Patah demi patah yang
terucap diiringi aliran airmata yang tidak mahu berhenti. Melihat tubuh yang dahulunya melindunginya
dengan baik sedang terbaring tiada berdaya, hatinya tersayat. Dia mahu berbaik dengan lelaki itu. Kali terakhir pertemuan mereka, mereka
berselisih faham.
“ Yamy
keluar dulu, abang.. nanti Yamy datang lagi..”
Syazmy mencium jemari lelaki itu.
Memohon izin untuk keluar dan mengucapkan terima kasih. Syazmy sempat bersandar ke dinding lorong
perjalanannya sebelum keluar dari wad.
Dia mengesat airmatanya.
Perlahan-lahan Syazmy meleret duduk di atas kerusi yang tersedia. Dia masih belum bersedia untuk menghadapi Ilham,
Fifi dan mama dengan wajah sebegini sendu.
Namun, sendunya tidak mahu berhenti.
Rasa sebak menular semakin penuh ke dalam hatinya. Satu demi satu kesalahannya dihitung. Dia juga memikirkan cintanya yang sudah diisi
oleh Ilham. Memandang wajah tenang Ilham
akan mencambahkan rasa serba-salah di dalam hatinya. Mengapa hidupnya semakin melalui jalanan
sukar? Apakah dia tidak layak untuk
mencapai rasa bahagia? Syazmy masih
meladeni rasa sedihnya.
“
SAYANG…” Suara garau yang
berpuput lembut menjengah halwa telinga Syazmy membuatkan Syazmy seolah
tersedar dari sebuah lamunan yang tidak berpenghujung. Ilham menghampiri tubuh Syazmy yang kelihatan
lesu. Sisa airmata masih terkesan. Syazmy mengalirkan airmatanya saat tubuhnya
dipeluk lembut oleh Ilham. Esakan Syazmy
mula bergema semula. Ilham mengusap
belakang Syazmy dan memujuknya. Dia
sukar memahami keadaan ini namun dia mahu memahami dan mahu mengurangkan
bebanan perasaan Syazmy.
“
Yamy.. Am tunggu lama kat luar..
Fifi pun dah terlelap. Kenapa
Yamy tak keluar lagi? Am risau.. kita balik ye.. sabarlah.. kita doakan
Khairil cepat sembuh..”
“ Yamy
banyak buat salah dengan abang Ril.
Banyak benda yang tak selesai..”
Syazmy memeluk tubuh Ilham. Ilham
hanya memujuk lembut. Dia tidak pernah
berhadapan dengan keadaan ini. Ini
pengalaman pertamanya bersama perempuan yang hampir dengannya. Jika ada, dahulu. Ketika cintanya sedang marak pada Reen. Kini, dia tiada lagi kemahiran memujuk
perempuan.
“ Kita
balik dulu.. papa pun baru sampai tadi.. kita hantar Fifi balik, Yamy rehat,
petang nanti kita datang balik..” Ilham
membuat keputusan. Syazmy hanya
mengikut. Mindanya memang sedang
berperang hebat.
“
MAMA… Yamy dengan Am nak balik dulu.. petang nanti kami datang balik..” Syazmy meminta diri. Puan Rubiah mengangguk faham.
“
Sabar, Yamy. Mama faham perasaan
Yamy..” Puan Rubiah tidak henti-henti
mengucup pipi anaknya. Dia merindui
Syazmy sejak Syazmy berpindah sejak berkahwin dengan Ilham. Ilham bukan lelaki yang tidak baik. Dia nampak ketulusan lelaki itu namun
keputusan Encik Hamzah telah memusnahkan segalanya. Dia sungguh sesal kerana membuka rahsia cinta
antara Khairil dan Syazmy. Andainya
perkara itu tidak terjadi, Syazmy dan Khairil tentu masih berpeluang untuk
memperbaiki hubungan mereka.
“
Papa… kami minta diri dulu ye..” Ilham
menghulurkan tangan untuk berjabat salam dengan bapa mertuanya. Encik Hamzah menyambut salam itu dan memegang
lengan Ilham. Dia tidak pernah tersilap
dalam memilih calon untuk Syazmy. Ilham
lelaki yang baik. Syazmy hanya menanti Ilham
bersalaman dengan papa. Dia tidak mahu
menghampiri Encik Hamzah. Perasaannya
sedang berperang dengan mindanya.
Melihat wajah tua itu, dia mahu sujud di kaki lelaki itu. Lelaki itu telah banyak membantunya. Jika lelaki itu memilih untuk tidak mahu
membelanya, lelaki itu berhak. Dan
sekalipun, lelaki itu mahu membuangnya, dia berhak sama sekali. Apa yang lelaki itu telah lakukan dalam
hidupnya? Lelaki itu cuma memintanya
mengikut lelaki lain selain dari anak kandungnya. Itulah cara paling menusuk hatinya.
“ Yamy
tak salam papa?” Suara tua itu seolah
memohon pengertian untuk dihormati sebagai orang tua. Syazmy menghampiri Encik Hamzah dan menyalaminya. Dan dia cepat-cepat mengekori langkah Ilham
selepas berjabat salam dengan papanya.
Jelas sekali ada pergeseran antara mereka dan Ilham hanya mengambil
keputusan untuk berdiam diri dari bertanya.
No comments:
Post a Comment