Tuesday, 8 October 2013

:::Biarkan Aku Sendiri:::


Empat puluh tiga

SYAZMY menjadi perhatian seluruh mata di pejabat itu.  Daya tarikannya masih kuat sehingga ada mata tidak lepas dari memandangnya sejak kakinya melangkah ke lobi pejabat itu.  Kelewatan lelaki itu membuatkan dia tekad untuk naik ke pejabat lelaki itu.  Berkali-kali dia mengingatkan temujanji mereka dan dia mendapat lampu hijau dari lelaki itu sejak seminggu lalu. 

  ASSALAMUALAIKUM..”  Jemari Syazmy pantas membuka pintu bilik Pengarah Urusan itu selepas tiga kali ketukan.  Salamnya disambut oleh beberapa orang yang sedang berbincang di dalam bilik itu.  Semua mata tertumpu kepadanya.  Dan lebih tergamam, wajah lelaki itu.  Syazmy mula membuat wajah tidak puas hati.  Pasti lelaki itu terlupa.  Kelihatan pembantu peribadi lelaki itu berwajah pucat mengekori Syazmy. 
  Boss.. sorry for the disturbance.. I just can’t….”  Belumpun sempat wanita itu menghabiskan bicaranya, lelaki itu hanya mengangkat tangan tanda dia faham.  Wanita itu terus beredar. 
  Baiklah… kita tunda dahulu mesyuarat kali ini.. dan saya harap selepas ini, beberapa perkara yang saya sentuh tadi dapat dijelaskan lagi.”  Suara garau lelaki itu terus menunda mesyuarat yang sedang berlangsung.  Kelihatannya beberapa pekerjanya mengangguk-angguk faham dan menutup fail yang terbuka.  Syazmy menarik nafas perlahan.  Memberikan senyuman kepada pekerja-pekerja lelaki itu yang memberikan senyuman dan anggukan tanda hormat padanya. 
  Haii.. beraninya terjah bilik Pengarah Urusan??”  Suara lelaki itu lembut sahaja dan wajahnya mengukir senyum manis.  Dia tidak mampu marah walau sedikit dengan apa pun yang Syazmy lakukan.  Syazmy hanya memandang lelaki itu. 
  Memang saya berani.  Sebab Pengarah Urusan tu, dah terlewat sepuluh minit..”  Syazmy menjawab sebaik sahaja pekerja-pekerja lain lelaki itu hilang di sebalik daun pintu. 
  Whattttt???  Ya ALLAH..  abang terlupa la…” 
  Kalau tak boleh pergi, cakap jelah.  Yamy boleh bawak anak-anak laaa.. abang dah janji tau.  Kesian Fifi..”
  Sorry lah sayang..  banyak sangat kerja..”
  Apa guna ada PA?  Telefon canggih-manggih tu tak boleh set reminder ke??”  Syazmy mula membebel. 
  Of all your suggestion, I only need a woman that I can call wifey..”  Ilham bersuara sambil ketawa nakal.  Dia tahu Syazmy akan berhenti membebel jika hal itu diutarakan. 
  Cehhhhh.. cepatlah…pandai je nak patahkan Yamy… kang Yamy call Is kang, ajak Is teman, mesti dia tak lambat macam abang..”  Syazmy memandang reaksi Ilham.  Ilham mencebik. 
  Kalau berani, call la.. nak tengok pejabat ni gegar, cubalah..”  Ilham paling pantang saat Syazmy menyebut nama Isqandar. 
  Cepatlaaaa… nanti Fifi merajuk nanti.  Hari ni kan hari anugerah pelajar cemerlang..  Yamy tak nak duduk belakang…”
  Yelahhh.. tahulah anak kita tu dapat anugerah pelajar cemerlang, ibu dia pulak yang lebih-lebih…”  Ilham mengusik wanita itu. 
  Mestilah…anak Yamy..”  Syazmy mencebik ke arah Ilham. 
  Mana pulak.. anak kita lahh…”  Ilham membetulkan bicara Syazmy.  Syazmy tersenyum.  Dia bergandingan dengan bekas suaminya itu dan dia masih lihat ada mata yang memerhati langkah mereka berdua.  Dia bahagia kerana masih menjadi wanita di hati Ilham di saat berjuta wanita beratur mahukan perhatian duda muda itu. 

SYAZMY membantu Puan Bainun dan Puan Rubiah di dapur.  Tengah hari di hari minggu itu, Ilham beria-ia mahu Syazmy dan keluarganya datang ke rumah keluarganya.  Sudah begitu lama dia impi untuk merasai air tangan Syazmy.  Menu Syazmy tidak pernah mengecewakan tekaknya. 
“ Entah apa mimpinya si Am ni nak Yamy masak kat rumah ummi ni..”  Puan Bainun bersuara.  Puan Rubiah ketawa kecil sambil menyambut kata-kata bekas besannya dengan usikan kepada Syazmy. 
  Am tu rindu air tangan Yamy la tu.  Si Yamy tu duk jual mahal je Cik Bai, carikanlah calon menantu baru…”  Syazmy berpura-pura tidak mendengar bicara mama dan ummi nya itu. 
  Saya ni lah Cik Ruby, kalaulah si Am tu senyum je, dah lama saya carikan dah.  Bila saya buka topik kahwin, dia mula mencocoh mulutnya.  Berkerut-kerut tak suka.  Saya takut nanti si Am tu cepat tua duk berkerut je..”
  Cuba Cik Bai sebut nama budak Syazmy tu..”
  Haishhhh.. kalau nama tu, tersengih sampai minggu depan lah si Am tu..”  Makin giat mama dan umminya mengusik. 
  Mama.. ummi.. tak nampak ke asap dah keluar kat telinga Yamy ni? Kang lauk masam manis terus jadi masam masin kang..”  Syazmy bersuara. 
  Haaaaaii… Cik Bai.. ada orang terasa sampai telinga dia merah ni…”  Puan Rubiah dan Puan Bainun meleraikan tawa.  Syazmy menarik muka.  Dia sudah lali dengan usikan sebegitu namun dia tak mampu bertahan jika kiri dan kanannya seolah membuat provokasi. 

MATA Syazmy tidak lepas dari memerhatikan gelagat anak-anaknya di halaman rumah Ilham itu.  Dia duduk berjuntai kaki di wakaf kecil itu.  Melihat anaknya ketawa suka, Syazmy kadang-kala tersenyum sendiri.  Sejak Hazrell mula berjalan, anaknya itu seolah tidak mahu berhenti dari berjalan.  Indahnya menjadi ibu dan melihat setiap perkembangan si kecil itu. 
  Haaa.. senyum sorang-sorang..”  Teguran dari suara garau itu sudah Syazmy sedia maklum pemiliknya.  Lelaki berwajah bersih itu sentiasa memaniskan wajahnya.  Salah satu perangai Hazrell yang menurun dari darah ayahnya ini, adalah kemurahan senyuman. 
  Yamy seronok tengok Hazrell ketawa..”  Syazmy hanya mengangguk saat Ilham meminta izin untuk duduk di sebelahnya.  Mereka bersabung mata sebelum sama-sama terarah ke Hazrell yang ketawa riang bersama Fifi. 
  Kalaulah.. Haziq ada, tentu keluarga kita lagi meriah kan?”  Ilham bersuara.  Dia ralat apabila mengenangkan pemergian Haziq dan Khairil.  Pemergian yang telah membuatkan keluarga bahagianya hanya dalam kenangan. 
  Perkara dah lepas kan..  jangan diingat.  Kita doa saja..” 
  Mama dengan ummi cerita, ada orang berasap telinga kat dapur tadi..”  Ilham melirik ke arah Syazmy.  Dia tersenyum-senyum sendiri. 
  Haaaaa..?  Owhh.. dia dapat sokongan moral ni.. Mama dengan ummi dah masuk geng abang..”  Syazmy bersuara tidak puas hati. 
  Mereka mahu Yamy bahagia..”
  Yamy bahagia, abang.. Yamy dah lengkap.  Ada keluarga, ada anak-anak..”
  Abang yakin… Yamy perlukan abang untuk lebih melengkapkan lagi hidup Yamy..  Kita kahwin semula?”  Ilham merenung mata bekas isterinya.  Syazmy mengunci bibirnya.  Pandangan dihala ke arah anak-anaknya yang sedang bergurau senda itu.  Tiada jawapan atau senyuman.  Ikutkan hati, dia juga mahu kembali.  Mahu menjadi pasangan halal semula buat lelaki yang disayanginya itu.  Mahu menjadi wanita hebat di belakang lelaki itu namun dia masih di dalam dilema. 
  Beri Yamy masa…”  Lama baru Syazmy memecahkan sunyi. 
  Abang mahu Yamy menjadi bidadari syurga dunia dan akhirat untuk abang.  Abang nak kita bina keluarga kita semula.  Lupakan rasa pahit itu.  Abang akan cuba sebaik mungkin untuk buat Yamy melupakan kisah silam dalam rumahtangga kita dulu.  Abang mengaku salah dan abang nak tebus semula kesalahan abang..” 
  Yamy tahu.. Yamy pun dah lama maafkan abang tapi.. bagi Yamy sedikit lagi masa…  Insya-ALLAH..”  Ilham hanya mengangguk faham.  Dia enggan memaksa wanita kesayangannya itu namun dia akan tetap memujuk hingga hati wanita itu cair kembali.  Hingga wanita itu kembali ke pangkuannya.  Hingga wanita itu menjadi suri hatinya semula.  Hingga dia dapat hidup bersama wanita itu semula. 

No comments:

Post a Comment