Lima
SUASANA
pagi yang redup itu seolah menyambut Safaa.
Dia jadi kekok untuk masuk apabila terlihat kereta Rayyan. Hatinya masih terluka dengan nada suara
lelaki itu semalam. Kedatangannya
disambut oleh Esya yang sedang berenang-renang di kolam. Abang Sham dan Kak Rania menemaninya di tepi
pagola berhampiran kolam. Safaa terus
menghampiri pagola mereka.
“Awal-awal
pagi pakai spack ni kenapa?” Kak Rania mengusik.
“Semalam
hujan lebat sangat.. nasib baik KL tak banjir..” Safaa berkias. Abang Sham ketawa kecil. Dari jauh, Esya melaung-laung nama
Safaa. Dia hanya membalas
lambaiannya.
“Jom
sarapan dulu.. nanti baru balik..” Kak
Rania mempelawa.
“Takpelah,
kak. Faa datang nak ambil kereta
ni..” Safaa cuba berdalih. Enggan lama di rumah yang turut dihuni
Rayyan.
“Ean
belum bangun lagi.. jangan risau..
minumlah dulu..”
“Ha’ah.. macam Faa tak kenal, Ean tu kalau tak terbit
matahari, mana dia nak bangun.. jamahlah
breakfast ni dulu..” Abang Sham menambah perisa. Safaa ketawa kecil. Termakan dengan pujukan Kak Rania dan Abang
Sham, dan dia meluangkan masa sedikit melayan Esya yang sedang berenang.
“Faa…” Suara garau yang menyapa itu membuatkan
jantung Safaa seakan terhenti. Dia
melirik ke arah jam tangannya. Baru
mencecah angka 9. Safaa memandang ke
arah pagola. Tentunya rancangan Kak
Rania ni. Mamat ni boleh bangun awal-awal
macam ni? Mustahil tanpa komplot mereka
berdua itu. Dia mengeluh di dalam
hati.
“Faa.. Faa..”
Nama Safaa dipanggil lagi. Nada
yang lembut. Dia hanya membisu. Tidak tahu mahu dimula dari mana. Sebetulnya dia sudah seperti mahu mengalah
dalam hubungan mereka ini.
“Say something Faa..” Suara itu kedengaran terdesak dengan kebisuan
Safaa. Safaa juga tidak berpaling
memandangnya. Dia cuma memasang
telinga. Sepi menguasai mereka. Rayyan seolah tiada idea untuk memulakan
bicara. Safaa bangun. Mahu segera pulang.
“We need to talk Faa..” Rayyan menghalang langkah Safaa.
“We have nothing to talk about..”
“I
tak nak gaduh dengan you, Faa..”
“I am tired.. let me go..” Dan pagi itu, buat pertama kalinya, Safaa
terasa sedikit berani. Selama ini dia
hanya mahu mengalah dan mahu lelaki itu terus bersamanya namun pagi indah ini,
dia mahu terbang bebas dan mencari lelaki yang mahu sayangkannya. Jika bukan Adha Rayyan, pasti ada insan
lain.
“No.. please.. give me one more chance.. this is the worst decision for us.. from..
you..” Rayyan menelan liurnya. Dahulu, jika ini pinta gadis di hadapannya
ini, dia pasti tidak akan seragu-ragu ini.
Mengenali gadis tabah ini, dia tidak akan tergamak melepaskan gadis
ini. Dia mahu gadis ini terus di sisinya.
“There’s no more space for us.. maybe, you are right. I am not your true girl..”
“No, Faa.. listen first.. please don’t say
any word.. just think first..”
Rayyan enggan mendengar apa-apa dari Safaa. Safaa terdiam. Sedikit terpujuk. Ini kali pertama melihat lelaki ini
merayunya.
“Faa.. please…”
“Give me time… to think.. about.. our
future.. for now, just let it free
first. I am letting you go..”
“Safaa Hafiya.. you promised me to give me another chance..”
“Adha Rayyan, I said I want time to think..” Dan Safaa mengucapkan selamat tinggal pada
Esya, Abang Sham dan Kak Rania. Dia
melangkah ke kereta. Meninggalkan
perasaannya di sini. Perasaan bersama
Rayyan.
“HUH!! Berangan!”
Hans menegur. Bantal yang
dibalingnya tidak bersambut. Rayyan
tampak lost. Agak lama, dia memasuki rumah ini, Rayyan
hanya kaku tak bergerak. Nasib baik
dadanya masih beralun tanda nyawa masih dikandung badan.
“How’s
work?” Hans memancing lelaki itu
untuk bersuara.
“As
usual.. Dah lama kau datang?” Rayyan mengeluh lembut. Dia menjawab dengan lambat-lambat.
“Hoiii.. aku dah siap makan semua
dah..”
“Jangan tipu aku!” Rayyan membulatkan mata.
“At
least you can think straight.. Pheww.. Spill!
What happen?” Hans memandang
teman baiknya itu. Hans duduk di sofa
berhampiran Rayyan. Dia meneguk air tin
laici yang baru diambil dari peti sejuk rumah itu.
“Nothing…”
“Ada masalah ke dengan Dahlya? Hello,
buddy! Kau ni macam mati bini. Chill
la bro..”
“Nothing..” Rayyan masih kaku. Dia mengeluh.
Serentak dengan itu, Rayyan terus bangun dan bersiap. Hans hanya memerhati. Jarang dia melihat lelaki itu begitu. Dia mengambil sikap berdiam dan hanya
melihat.
“Ean.. mana?” Hans menegur saat lelaki itu membetulkan
rambutnya. Wangian semerbak. Namun, lelaki itu masih tidak ceria. Penampilannya tidak dapat mengubah kenyataan
yang lelaki itu sedang berperang dengan perasaan.
“Heaven.. nak ikut?”
Rayyan memutarkan kunci.
Senyumannya kurang perisa.
“This
is not the right solution for any of your problem.. bro..” Hans menasihati.
“I
have to go before going mad here… bye Hans..
I need air..”
“Club
will not bring fresh air to you!”
Hans menjerit namun Rayyan hanya mengangkat tangannya tanpa berpaling.
SUASANA
riuh dan bingit itu memang tidak pernah menenangkannya. Ke mana pun dia pergi, dia terasa
kosong. Dikelilingi wajah wanita jelita
dan seksi tidak membantu dia mengurangkan beban perasaan yang bersarang sejak
dua minggu lalu. Air berbuih kuning itu
diteguk lagi. Bergelas sudah ditelan
namun fikirannya masih belum kosong.
Keseronokan dunianya masih belum dpat membantu dia untuk melupakan
masalah yang membelenggu. Pelukan lembut
dari Dahlya tidak membantunya. Rayyan
mengukir senyum tawar.
“What’s wrong, hun?” Dahlya berbisik. Rayyan hanya menggeleng sambil mengukir
segaris senyum.
“I need something to make me feel alive..”
“Wanna try this, hun?” Dahlya menunjukkan beberapa biji pil. Rayyan menggeleng. Dia tidak akan menjinakkan diri dengan
dadah.
“One will not hurt, hun..” Dahlya merengek.
“Nope, hun.
Honey, pleaseee.. please help me thru all this.. I can’t help it..” Rayyan mula meracau. Dia meraup rambutnya kasar. Dahlya terdiam. Dia hanya memerhatikan lelaki itu. Apa dan kenapa lelaki ini bersikap
begini? Dan habis sahaja air di dalam
gelas besar itu, lelaki itu menambahnya.
Sungguh, dia terkejut. Lelaki ini
tidak pernah berperangai sebegini.
SUASANA
di gerai William, Kelana Jaya itu seperti biasa luar biasa meriahnya. Ramai dan ramai orang yang menjamu
selera. Hans sendiri tidak pernah datang
ke tempat ini. Semasa sedang menunggu
megginya lembut disiram oleh air panas, Safaa menghubunginya. Gadis itu mengajaknya keluar makan
malam. Dan dia lantas membiarkan meggi
itu terus kembang di dalam mangkuk itu dan terus bersiap untuk menjemput gadis
itu. Dan di hadapannya kini, Safaa
sedang menikmati makanan dalam kuantiti yang cukup besar. Dari tadi, dia tidak berhenti dari
mengunyah.
Ini
kali pertama diperkenalkan oleh Safaa dengan spaghetti meatball carbonara yang
penuh sepinggan besar itu, dengan inche nan cheese yang melimpah ruah itu, dan
dengan spegetti seafood yang penuh dengan makanan laut bagai. Minuman soda herbs dan minuman pink panther
a.k.a strawberi pisang yang bersaiz medium tapi agak besar turut terhidang. Terkejut Hans melihat selera makan Safaa malam
ini. Mata yang sembap, muka yang tidak
ceria dan perangai kuat makan terserlah.
Timbul rasa kasih dan kasihan.
Dia tahu gadis ini menderita kerana teman baiknya. Entah berapa lama dia tidak menjamah makanan
sehingga seleranya begitu besar. Ataukah
rasa pedih di hati telah membesarkan selera makannya? Hans hanya memerhati. Sesekali dia menyauk makanan untuk
dijamah. Namun, matanya lebih suka
melihat wajah polos itu makan.
“Haii…
ada bela naga ke dalam perut tu?” Hans
mengusik wajah sendu di hadapannya. Safaa
mencebik. Mulutnya masih mengunyah
makanan.
“Awak
ada masalah ke?” Hans memandang gadis
manis itu. Dia terasa ada perasaan halus
dalam jiwanya sedang mula bertunas. Dia
tidak mampu menolak kehadiran gadis ini.
“Kalau
makan banyak je ada masalah? Teori mana
awak ikut ni? Saya makan sebab
lapar…”
“Sayang
oiii.. ini bukan makan. Ini namanya membunuh diri dengan makanan. If you
need ears, I can lend it for you..”
Kata-kata Hans itu disambut dengan mata Safaa yang membulat. Seolah meminta penjelasan. Namun, tawa besar yang meletus dari bibir Hans. Bersama dengan gadis ini, dunianya makin
berwarna-warni.
“Bak
sini..” Safaa menadah tangannya.
“Apa??” Hans kehairanan.
“Telinga
awak la.. kata nak bagi pinjam?”
“Helloooo..
jangan buat-buat tak tahu ea.. maksud saya, you
can share your problem with me..”
“I don’t have any problem..”
“You make me think about Ean and you.. maybe…”
“Enough please.. I don’t expect to hear any
sound of name similarly like E.A.N.
ok? P.L.E.A.S.E.” Ejaan ‘please’
itu ditekannya. Nafas terasa sesak bila
Hans mula menyebut nama itu. Garfunya
terus mencucuk meatball besar yang diadun di dalam sos carbonara itu dan digigit
perlahan supaya Hans berhenti berbicara soal lelaki itu.
“Okay then… my lips are sealed..” Hans menarik pinggan spaghetti itu dan
menikmatinya. Safaa membulatkan
matanya. Dia terkejut melihat Hans yang
begitu sedap menikmati makanannya.
“Hey.. it’s mine..” Jemari Safaa menarik pinggan itu.
“Ops… is it your name written here huh?” Hans membuat riak muka berlagak. Safaa mengecilkan matanya. Dan saat itu tangannya diangkat.
“Uncleee… another plate for spaghetti
meatball carbonara..” Safaa memesan
dengan nada tinggi. Hans dan Safaa
ketawa besar. Yang mereka tahu, masalah
telah melayang terbang entah ke mana.
“I AM gonna tell you something..” Hans memandang ke arah Safaa yang duduk di
sebelahnya. Dia memandu perlahan.
“What is it?” Safaa memandang ke arah Hans.
“A secret..”
“Whoaa.. it’s not gonna be a secret anymore
if you gonna tell me..”
“Yeap.. but I wanna share this secret with
you…”
“Am I that special?” Safaa mengusik lelaki itu. Namun, dia sedikit terkedu melihat senyuman
manis Hans dan anggukan kepala lelaki itu.
“Of course..
you are the one that I am telling this..
are you ready to hear?”
“Ops.. you make me feel nervous.. are you killing someone??” Mata Safaa membulat. Hans ketawa sambil menggeleng. Dia seronok berada di sisi gadis ini.
“Taklah… tak sampai membunuh
orang..”
“Okay then.. spill it.. I am all ears..”
“I.. am.. muslim now.. I am entering your club and your world..” Hans tersenyum. Dan saat itu wajah Safaa kelihatan
terkejut. Lelaki di sebelahnya ini telah
memeluk Islam? Ya ALLAH, besarnya
rahmatMU.. doanya di dalam hati. Mata
Safaa masih membulat. Benar-benar
terkejut.
“Hey
there… you eyes widely open.. you make me
wanna kiss you..”
“Haiiippp…
Dosaaaa!! Dosaa tau cakap macam tu..” Safaa
mengingatkan lelaki itu. Dia turut
bertanggungjawab membentuk lelaki itu.
“Okay sorry.. Sorry..”
“But.. Alhamdulillah… Awak tak masuk
Islam untuk berkahwin dengan perempuan Islam kan??” Safaa bertanya lambat-lambat. Memandangkan trend orang masuk Islam untuk
berkahwin, dia Cuma mahukan kepastian sahaja.
“What..?”
Mata Hans membulat. Seperti tidak
percaya.
“Sorry.. I’ve just asked..” Safaa menggigit bibir bawahnya. Terasa bersalah dengan soalannya tadi.
“No.. I mean.. of course no.. I am nearly
close to met my true girl.
Insya-ALLAH..” Hans menjawab
dengan nada perlahan dan dia terus
terdiam selepas itu. Mungkin dia
terasa.
“So… err.. what’s your muslim’s name?” Safaa memecah kesunyian dan rasa
bersalahnya.
“Don’t know yet… Have some in my mind.. do
you have any beautiful names?” Hans
tersenyum semula. Safaa menarik nafas
lega.
“I would really love to Adam’s name…”
“Sebab?”
“Adam
kan nabi pertama kita.. Manusia pertama yang ALLAH ciptakan.. dan kalau saya
dapat anak nanti, Adam would be the first..” Safaa teruja bercerita. Hans hanya tersenyum.
“I am asking for my name, Fiy.. I am not
going to be your son..” Hans
membesarkan mata sepetnya.
Terangkat-angkat keningnya. Safaa
ketawa kecil melihat reaksi Hans.
“Opsss..
terlebey sudah.. hu..hu..hu.. but..
saya suka nama Imtiaz… sedap tak?”
“Hmm..
Imtiaz? Hmm.. sedapnyaaaa.. macam carbonara rasa dia…” Hans mengusik.
“Helloooo..
itu perli namanya… tak nak bagi cadangan kang..” ugut Safaa.
“Okay.. okay.. maksudnya apa?” Hans
mengalah sambil tersenyum. Dia suka
dengan reaksi spontan Safaa. Safaa boleh
berubah mood dengan begitu cepat.
Sebentar tadi, dia kesedihan dan kini dia bising berbicara.
“Hmm..
Bijak..!” Mata Safaa kembali membulat
kerana teruja.
“Hmm..
serupalah dengan saya. Sangat sesuai
dengan saya yang bijak ni..” Safaa
menjeling ke arah lelaki itu. Hans
ketawa besar. Oh.. pandai perasan jugak
si cina ni.. huh!
“Huh.
Perasan!! Qayyum pun best gak.. maksud die kekal..abadi..
Qarin pulak pendamping.. aishhh.. saya dah rasa macam jadi google search engine pulak ni..”
Kata-kata selamba gadis itu mengundang tawa di bibir Hans.
“Saya
suka Imtiaz.. boleh saya guna nama tu?”
“Tak
boleh.. saya dah register nama tu
untuk saya sorang..” Safaa ketawa. Hans hanya menggeleng. Dan malam itu bagaikan menyemarakkan rasa
sukanya pada Safaa. Jika dia terpaksa
bersaing dengan Rayyan pun, dia sanggup kerana dia mahukan gadis yang sebegitu
sempurna.
“Okay then, Encik Hans Imtiaz
Abdullah.. terima kasih sebab belanja
makan walaupun saya yang ajak keluar.
Terima kasih sebab hantar saya ke rumah.
It’s nice having someone to share
my problem even he don’t even know what is it about.. thank you very much. Assalamualaikum..” Safaa menutup lembut pintu kereta Hans. Hans mengangguk dan memandang gadis itu.
“Waalaikumussalam.. I am
glad to accompany you… thanks for the suggestion of names.. really
helpful.. thanks too..” Hans menutup tingkap kereta itu dan memulakan
pemanduannya. Safaa melangkah masuk ke
rumah sambil tersenyum. Dia lega.
No comments:
Post a Comment