Lapan
KHAIRIL meletakkan sebuah frame gambar yang
terisi gambar dia dan Syazmy. Kemanisan
kenangan silamnya. Setelah menghadiri
beberapa temuduga, tawaran dari RAIS TOWER diterima. Pengalaman bekerja untuk pertama kali di
tanah air sendiri terasa agak menyeronokkan.
Khairil bersandar. Baru sebentar
tadi, dia diperkenalkan dengan beberapa orang pekerja di bawah pengawalannya. Semuanya kelihatan menerima kehadirannya
tanpa sebarang kesulitan. Dia agak
bersyukur.
“
Encik Khairil, ada kiriman bunga..”
Karmila, setiausahanya mengetuk pintu.
Wanita itu mengukir senyum.
“ Eh..
dari siapa? Awal sangat dah dapat bunga
ni..” Khairil cuba beramah mesra dengan
Karmila. Wanita itu tidak kurang
cantiknya tetapi wanita itu sudah pun berkahwin.
“ Tak
tahu pulak tapi ada kad ni..” Karmila
meletakkan jambangan bunga mawar merah itu di atas meja bos barunya. Khairil mencapai kad yang dikirim.
‘ Congrats. Semoga hidup baru yang bermula membuka
lembaran dalam hidup abang..
Chaiyok.. Chaiyok..
Lots of love..
Fitratun Syazmy Marzuki ’
Khairil
menggeletar memegang kad ucapan itu.
Terbayang wajah manis Syazmy.
Gadis itu sedang membina hubungan adik-beradik antara mereka. Mindanya melayang jauh.
“
Jangan buat Itra macam ni.. you
are my heart and my only soul.. Amar hanya seorang teman.. tak akan dapat menggantikan tempat Ai dalam hati
Itra.. Ai sanggup batalkan tawaran untuk
ke luar negara kalau Itra rayu Ai jangan pergi?
Sanggup?” Syazmy memegang erat
jemari Khairil.
“ Betul Itra nak Ai batalkan? Rayu Ai sekali lagi and I will stay
here.. In Malaysia.. With you.. Beg me please..” Khairil memandang ke dalam anak mata
Syazmy. Syazmy tersenyum apabila Khairil
membalas pegangan erat jemarinya itu.
Khairil tekad kali ini. Untuk
tidak kehilangan Syazmy, dia rela membatalkan penerbangannya ini.
“ No..
nope.. This is what you dreaming for a long time and I am not here just to beg
you to stay with me. Itra tau yang
selepas Ai membina impian Ai, kita akan bersama semula. Sebab sebahagian daripada impian Ai adalah
Itra. Kan?” Khairil mencium jemari Syazmy bertalu-talu.
Kenangan
cintanya sedang mengawal mindanya.
Kemanisan Syazmy. Kini, hidupnya
bermula selepas kehilangan Syazmy. Dia
tiada matlamat lagi selepas mendapat pekerjaan baru ini.
“ Bukankah kita berjanji untuk bertolak ansur
hingga Ai selesai? Itra dah tak sanggup
berahsia? Itra nak hubungan kita….”
“
Ai….” Syazmy memotong kata-kata
Khairil itu.
“ Ai dah fikirkannya.. mungkin kita patut
akhiri hubungan sia-sia ni..” Syazmy masih membisu. Matanya masih menatap redup sinar mata
Khairil.
“
Hubungan kita hanya setakat ini…”
Ada airmata yang jatuh ke pipi Khairil.
Syazmy mengetap bibir dan terduduk di atas lantai. Khairil melangkah pergi dan detik itu
menyaksikan sebuah perhubungan yang terputus.
Khairil
mengeluh panjang. Kenangan itu
menghimpit mindanya dan kenangan itu juga seolah tidak membenarkan hidupnya
bermula. Bermula untuk kehilangan
Syazmy. Untuk menyaksikan Syzmy bersama
dengan insan lain.
AMAR
mendekati Syazmy. Dia asyik mengukir
senyum. Betapa dia ingin seluruh dunia
tahu tentang kegembiraan yang sedang bertapak di dalam hidupnya. Memiliki Syazmy sebagai tunangan dan bakal
isterinya bagaikan suatu mimpi yang terlalu indah.
“
Senyum.. senyum ni kenapa?”
Syazmy mengambil dulang yang ditatang oleh Amar. Amar mengambil tempat duduk berhadapan
dengannya.
“
Saja.. senyum pun salah? Bukan
Yamy kena bayar pun.. Free of charge
tau?” Syazmy mencubit lengan Amar. Amar begitu suka mengusiknya. Kini, dia semakin mengakui yang hatinya
semakin terpikat dan menyayangi lelaki itu.
Ingatannya pada Khairil semakin menipis.
“
Ada-ada je la Amar ni.. Amar.. harap Amar tak pernah menyesal sebab
terima Yamy..” Syazmy merenung mata
Amar. Amar masih tenang dan tersenyum. Tangannya lincah meletakkan makanan di
hadapan Amar. Air yang dipesan itu
disedut perlahan. Dia masih takut Amar
mengungkit kisah cinta silamnya. Dia
tidak mahu hal berbangkit di masa hadapan.
“
Kenapa tiba-tiba cakap macam tu?
Dah terlambat nak menyesal pun.. dah nak jadi isteri pun..” Syazmy menjeling mendengar kata-kata Amar itu. Dia tahu lelaki itu hanya mengusik.
“ Ada
masa lagi.. belum ada ijab lagi..”
Perlahan dia menyusun kata.
Sungguh. Dia rela jika Amar
berundur sebelum ijab mengikat. Dia
tidak mahu memutuskan ijab yang terikat tapi lebih sanggup jika perkara selesai
sebelum ijab diikat.
“
Yamy.. kita bina hubungan bukan untuk diputuskan. Kalau Yamy bukan pilihan Amar, Yamy takkan
ada depan Amar.. macam sekarang ni.. so.. jangan nak pertikaikan keputusan
Amar. tapi.. lainlah kalau Yamy terfikir
untuk…” Amar lambat-lambat menghabiskan
kata-katanya. Caranya seperti mengeluh
tetapi ayat yang disusun agak manis didengar.
Dia masih lekat memerhatikan reaksi Syazmy. Syazmy mencebik.
“
Meng‘ayat’!!!” Amar ketawa
besar. Rupanya Syazmy tahu tentang
taktiknya. Puas dia cuba menarik
perhatian Syazmy agar memulakan ceritanya namun gadis itu masih berahsia. Amar tidak memaksa kerana dia tahu Syazmy
tetap akan berterus-terang dengannya bila tiba saatnya.
“ Okay
lah.. Amar nak tahu sangat ye? Amar nak
dengar sangat? Yamy cerita la..” Amar sedikit terkejut mendengar tutur kata
Syazmy itu. Syazmy merenung
matanya. Dia menarik nafas. Ingin meneruskan kata-kata. Tiba-tiba jemarinya digenggam kemas oleh
Amar.
“
Yamy.. Amar bukan paksa. Mar
mengusik je tadi.. it’s okay.. if you’re not ready.. it’s okay with me..”
“
Nope.. Amar sendiri tahu.. satu hari nanti, Amar akan tahu jugak..
jadi.. biar Yamy cerita..” Syazmy
memulakan bicaranya. Segala kisahnya
dengan Khairil diceritakan. Amar masih
tenang. Sambil menyuap makanan yang
tersedia, dia hanya mendengar dengan teliti.
Mungkin dia merakam setiap perjelasan Syazmy.
“ Yamy
kena ingat. Apapun yang terjadi, Amar
masih sayangkan Yamy. Amar tak pernah
peduli kisah cinta Yamy dengan sesiapa pun tapi Amar nak berada di dalam hati
Yamy untuk masa sekarang dan akan datang.
Yang lepas, biarlah jadi kenangan..”
Amar memegang jemari Syazmy. Dia
mahu Syazmy faham yang dia sekadar ingin tahu.
Bukan berniat untuk perkara lain.
Dia mahu tahu cara bagaimana untuk menghadapi Khairil sebagai abang ipar
dan sebagai seorang bekas kekasih bakal isterinya. Dia tahu, Khairil agak keras untuk
ditumpaskan.
“ HAI..
what a surprise!!!” Amar dan Syazmy
berpaling memandang ke arah pemilik suara yang menegur mereka. LEYA!!!!
Dan…. Khairil?
“ Kak
Leya?? Hai..” Syazmy tersenyum. Tanpa dia sedari, melihatkan wajah Khairil,
genggamannya semakin erat bertaut dengan jemari Amar.
“
Hai.. abang.. sombongnya
dia.. mentang-mentang berkepit dengan
awek..” Syazmy menegur Khairil. Amar agak terkejut mendengar teguran Syazmy
itu.
“
Hai..” Khairil menjawab
hambar. Dia seolah-olah rimas berdiri di
situ.
“
Dating ye? Ini bukan kawan yang
Yamy pernah bawak ke court ke?” Kak Leya
menegur Syazmy.
“
Ha’ah.. dialah.. Hmm.. kak Leya, dia tunang Yamy sekarang..
senyap-senyap je kak Leya dengan abang ye?
Tau-tau jumpa kat sini.. bila nak
ikut jejak kami pulak?” Syazmy mengusik
Leya. Dia merenung mata Khairil. Khairil hanya memandang ke arahnya. Seolah memberi amaran tentang ketidakselesaannya
dengan keadaan itu. Resah dan
gelisah.
“ Kak
Leya.. tengok tu. Abang Yamy tu dah
gelisah tu. Rahsia dah terbongkar.. bawaklah dia balik..” Syazmy merenung mata Khairil. Kata-kata Syazmy itu membuatkan Khairil
merenungnya tajam. Mungkin tajam sindirannya. Seketika kemudian, Leya dan Khairil
berlalu. Syazmy dan Amar hanya
menghantar pemergian Khairil dengan pandangan mata.
“ HAI..
sayang.. berani Yamy sindir bekas kekasih Yamy ye? Bahaya betul!!” Amar mengusik Syazmy.
“ Itu
bukan sindir bekas kekasih, sayang.. itu menyindir abang namanya..” Syazmy memperbetulkan kata-kata tunangannya
itu.
“
Sayang.. kalau tegur abang,
takkan Yamy genggam tangan Amar macam nak patah tangan Amar..” Syazmy ketawa mendengar Amar mengusiknya. Memang baru disedari yang jemarinya sedang
bertaut erat dengan jemari Amar. Mungkin
ada benarnya kata-kata Amar itu.
“
Yamy.. kalau pun betul, Yamy terasa gugup bila berhadapan dengan bekas
kekasih Yamy, Amar tak kisah. Sebab Yamy
sekarang tunang Amar. Bakal isteri Amar
dan bakal milik Amar.” Syazmy
tersenyum.
“
Amar.. luckily, kita berjumpa dulu.. kalau tak, mesti Yamy boleh jadi
gila nak hadapi masalah cinta sorang-sorang.. Apapun.. terima kasih
banyak-banyak..” Amar tersenyum mengangguk.
PINTU bilik Syazmy diketuk perlahan. Mama tersenyum manis setelah membuka
pintu. Syazmy membalas senyuman mamanya
itu. Dia menyusun sedikit barang-barang
berkenaan hantaran untuk pihak Amar.
“ Mama
ganggu ke?”
“ Eh..
taklah.. masuklah mama.. Yamy saja nak tengok-tengok je..” Mama menghampiri Syazmy. Dia mengusap kepala Syazmy. Sedang menerima kenyataan yang tidak lama
lagi, Syazmy akan menjadi milik orang.
“ Yamy
dah sedia?”
“
Ish.. mama.. dah tak sabar adalah..”
Syazmy mengusik. Tangannya lincah
memperkemas beberapa gubahan hantarannya.
“ Yamy
nak bincang apa-apa dengan mama?” Puan
Rubiah memancing minat Syazmy berbual. Jemari
tuanya mengusap lembut rambut anaknya yang lembut. Syazmy memang mewaAmi kecantikan teman
baiknya. Manis dan menenangkan.
“
Bincang hal kahwin ke?”
“
Apa-apalah..”
“ Apa
yang mama nak tau?” Syazmy tersenyum
memandang mamanya. Mungkin mama hanya
mahu mencari topik menarik untuk diperbualkan.
“ Apa yang
mama nak tau?” Wajah tua itu kelihatan
lain sedikit dari biasa. Seolah
perbualan ini akan bertukar serius. Pertanyaan
Syazmy diulang oleh mamanya.
“
Kenapa mama?” Syazmy seolah pelik
dengan riak wajah mamanya itu.
“
Kalau mama tanya, Yamy kena jawab.
Ikhlas. Terus-terang. Boleh?”
“ No big
deal. Pasal apa, ma? Pasal Amar ke?”
“
Hmm.. pasal… pasal seseorang.. pasal A.. abang Ril..”
“
Abang?” Hati Syazmy mula berdetak
kencang. Kenapa mama membangkitkan soal
ni? Apa yang mama tahu?
“
Kenapa dengan abang, ma?” Syazmy
memberi reaksi seneutral mungkin.
“
Kenapa dengan abang? Hmm.. apa
perasaan Yamy kat abang? Mungkin
sebelum.. ini..” Puan Rubiah masih
memancing. Dia tahu sukar namun dia mahu
tahu. Adakah perubahan Syazmy sebelum
ini berkenaan Khairil? Mereka kelihatan
tidak serapat dahulu. Khairil juga
berubah sejak pulang. Tampak
ketidakselesaan pada Khairil apabila Syazmy berdampingan dengan Amar dan
perkara yang sama kelihatan ketika Khairil berdampingan dengan Leya. Syazmy pernah demam sejak pulang dari bertemu
Khairil dan sejak itu, dia berubah sedikit demi sedikit. Apakah yang tersirat?
“
Perasaan? Mama.. dia kan ke abang
Yamy. Dari kecil sampai lah Yamy nak
kahwin nie, perasaan yang sama..”
“
Sama? Macam mana?”
“
Mama.. kenapa tanya macam ni?” Suara
Syazmy mula mendatar. Seolah tahu yang
topik mereka akan beralih pada soal hati.
“ Mama
dapat rasa.. Yamy dan abang bukan sekadar hubungan adik beradik..” Syazmy tampak tersentak. Puan Rubiah merapati anak gadisnya itu. Memujuk dengan cara halus. Syazmy menghela nafas. Persoalan seperti ini akan menghimpit dadanya
sehingga dia rasa tidak dapat bernafas.
Apatah lagi persoalan itu datangnya dari bibir seorang ibu yang
melahirkan lelaki itu dan mengasuhnya dari kecil.
“
Kalau betul pun tekaan mama, mungkin dulu..” Mama memeluk Syazmy. Ada sendu mula berlagu.
“
Cakap lah, Yamy. Mama cuma nak
tahu.” Syazmy tunduk. Perlahan-lahan dia bercerita. Dia enggan menyembunyikan rasa hatinya. Sakitnya terlalu sukar ditahan. Setelah perkara lalu dilepaskan perlahan-lahan,
hatinya semakin terkawal.
“
Yamy.. kenapalah mama tak pernah sedar dari awal?” Ada nada sesal di situ. Dia mengusap belakang anak daranya itu. Terlewat dia menilai perasaan yang berbenih
antara Syazmy dan Khairil.
“ Kami
rancang nak bagi tau lepas abang stabil tapi kami tak ada jodoh. Abang dengan Yamy tak sehaluan dah dekat
beberapa tahun. Kami cuba untuk buat
macam biasa tapi perasaan kami tak dapat bohongi sesiapa. Maafkan Yamy, ma..” Syazmy merayu dan menangis. Puan Rubiah mengusap kepala Syazmy. Dia tidak menyalahkan sesiapa. Lagipun, bukanlah menjadi kesalahan jika
mereka bercinta.
“ Yamy
tak buat salah pun, nak..” Puan Rubiah
cuba memujuk. Dia tidak mahu Syazmy rasa
bersalah. Jatuh cinta dan putus cinta
adalah lumrah dalam kehidupan.
“
Tapi.. sebab Yamy.. abang dah berubah..”
“
Bukan salah Yamy, sayang.. jangan sesekali salahkan diri sendiri. Tak ada siapa yang rancang untuk jatuh
cinta. Perasaan untuk jatuh cinta itu
halus. Tapi Yamy.. Amar tahu ke hal
abang?” Risau juga hati tuanya andai
kisah ini Amar tidak tahu. Bukan senang
menerima kenyataan bekas kekasih itu masih sebumbung.
“ Yamy
dah pilih Amar, ma.. dia sayangkan Yamy
dan Yamy dah beritahu dia tentang abang..”
“
Abang pulak macam mana?”
“ Semuanya
dah berjalan macam biasa, ma. Abang pun
dah mula rapat dengan kak Leya..
semuanya dah kembali macam dulu..
Yamy harap, semuanya pulih..”
“
Yamy.. buat keputusan macam ni bukan menjamin semuanya kembali pulih..”
“
Bukan menjamin tapi ada harapan untuk pulih kan? Lepas Yamy ikut Amar, abang akan dapat dunia
dia balik. Dia akan dapat bernafas dalam
rumah dia. Yamy tak boleh tinggal lama
lagi. Yamy akan menyesakkan keadaan
abang. Kesian dia.. sepatutnya dia duduk
tenang dekat rumah dia..”
“ Yamy.. berapa kali mama nak ingatkan? Ini rumah Yamy. Mama ni, mama Yamy. Papa tu, papa Yamy. Sama saja..”
“
Abang?”
“
Abang tu pun abang Yamy.. kalau bukan abang sayang pun… dia macam abang
kandung jugak kan?” Syazmy mengangguk
mendengar kata-kata mamanya. Matanya
melirik pada hantaran-hantaran yang sudah memenuhi ruang biliknya. Dia akan berkahwin. Mengakhiri zaman bersama mama, papa dan
Khairil. Dunianya selepas ini bersama
Amar. Susah atau senang, indah atau
duka, hanya Amar yang mencorakkannya.
“ Yamy
yakin dengan keputusan Yamy ni? Betul
ke? Macam mana dengan perasaan Yamy pada
abang? Mama sebenarnya baru dapat hidu..
kalaulah mama dapat tahu lebih awal, mama akan pastikan Yamy menjadi menantu
mama. Mama tak nak Yamy keluar dari keluarga
ni..”
“
Mama.. tak berkembanglah keluarga kita..”
“ Tak
berkembang apanya? Mama dah kenal anak
manja mama ni dan tentunya dia akan jadi menantu kesayangan mama..”
“ Tapi
semuanya dah berubah, ma. Yamy akan jadi
menantu orang lain tapi ummi pun tak kurang hebatnya. Walaupun Amar tak dapat jadi seperti abang
tapi Amar ada kelebihan dia sendiri..
Lepas ni, mama kena buat persediaan untuk abang pulak la..”
“
Hmm.. Yamy.. kalaulah abang Yamy tu nak.
Yang mama tahu, Yamy je yang selalu dengan dia. Leya pun tak dapat tandingi Yamy..
Percayalah..”
“
Apa-apalah mama.. Lepas ni, Yamy dah jadi milik orang. Yamy takkan kecewakan sesiapa. Mama pun takkan kecewa lagi dengan
abang. Ummi pun takkan kecewa sebab Yamy
takkan putuskan hubungan dengan Amar.”
“
Yamy..” Puan Rubiah terasa
sebak. Dipeluknya tubuh anaknya
itu. Puan Rubiah dan Syazmy saling
menangis. Masa sebegini akan
berlalu. Masa keintiman mereka juga akan
berlalu.
“
Yamy.. kahwinlah dengan abang.. mama restu..” Pujuk Puan Rubiah. Dia sanggup menghadap suaminya memohon agar
menikahkan Khairil dan Syazmy. Tidak
menyalahi mana-mana hokum pun.
“
Mama.. dah terlewatlah mama.. abang pun dah tak pedulikan Yamy.. nak
kahwin dengan dia? Nanti jadi macam
cerita dalam TV. Tak nak lah..” Syazmy menolak permintaan mama itu. Dia memang mahu. Tersangat mahu tapi untuk mengecewakan Amar,
itu yang dia tidak akan sanggup. Lelaki
yang begitu sabar melayan karenahnya dan lelaki itu menerima kisah silamnya
dengan hati terbuka. Di mana lagi di
atas bumi ALLAH ini, adanya lelaki yang sebegitu? Jawapannya tetap TIDAK.
“ Yamy
ni banyak sangat berangan la..” Puan
Rubiah mencubit manja pipi anak gadisnya.
Syazmy tersenyum nipis. Airmata
yang mengalir dikesat perlahan.
No comments:
Post a Comment