Monday, 7 October 2013

:::Biarkan Aku Sendiri:::


Dua puluh lima

SUASANA malam di Langkawi memang menenangkan.  Ilham tersenyum sendiri.  Mungkin seronok jika mereka sekeluarga dapat meluangkan masa bersama di sini.  Melayani karenah anak-anak kadang kala terasa penat tapi masih puas.  Dua hari dia di sini, dia belajar erti rindu.  Rindu pada sang isteri dan rindu pada gelak tawa Fifi dan Haziq.  Dia mengeluh sendiri.  Masuk hari ini, terasa bertahun menahan rasa.  Panggilan dan SMS nya tidak dijawab sepenuh hati oleh Syazmy.  Setiap panggilan tidak dijawab dan SMS hanya berjawab ringkas.  Mungkin Syazmy terasa dengannya.  Dia mengira hari-hari yang dihukumnya sang isteri itu.  Sehari.. bertukar seminggu.. kemudian bertukar 2 minggu.. dan kini hampir 3 minggu rupanya.  Tentu Syazmy penat melayan karenahnya dan selama itu juga, dia tidak memberikan tumpuan penuh pada anak kecilnya.  Matanya terpejam.  Rasa kesal semakin menjalar.  Sepatutnya dia berbincang dengan Syazmy.  Namun, bagaimana jika benar Syazmy dan Khairil pernah bercinta?  Apakah dia sanggup menerima semua kenyataan itu dan menelannya bulat-bulat?  Tetapi jika dia terus menghukum, pastinya tidak adil pada Syazmy. 

“I AM not that type of man!!!!”  Ilham menjerit sekuat hatinya.  Melihat tubuh Maya berbalut dengan tuala itu membuatkan Ilham tergamam.  Mereka baru sahaja berkenalan kerana Maya adalah wakil dari syarikat yang berurusan dengannya di Langkawi ini. 
  Relaks Encik Fadlan…  I’m just wanna entertain you..”  Maya masih dalam keadaan biasa seolah tidak bersalah. 
  Wait!  Macam mana you boleh masuk bilik I??”  Ilham mula naik angin.  Memang dia tidak sebaik mana tapi untuk mengkhianati perkahwinannya, dia pasti tidak akan melakukannya!  Dia masih rasional. 
  I yang uruskan penginapan you kan… so….”  Maya bersuara menggoda.  Ilham menarik nafas geram.  Dia menarik tangan wanita itu dan mengheretnya ke pintu biliknya. 
  OUT!!!!”  Suara Ilham bergema. 
  Ishhhhh.. sakitlah!!!!!”  Maya menjerit keras.  Dia benci dilayan kasar.  Namun, tiba-tiba loceng bilik Ilham berdenting.  Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi dan saat pintu dibuka, lima orang lelaki berkopiah memberi salam.  Ilham membulatkan matanya dan menelan liur.  Maya terkaku.  Tidak tahu mahu bereaksi macam mana. 

PANGGILAN dari Ilham membuatkan mata Syazmy segar.  Terkebil-kebil pada jam 5 pagi.  Nak bangun Subuh pun awal lagi.  Telinganya masih terngiang-ngiang dengan suara Ilham dan tangis lelaki itu.  Dia tidak tahu mengapa dia tidak boleh berfikir dengan nyata. 
  Yamy.. maafkan abang… maafkan abang…”  Berkali-kali Ilham menuturkannya. 
  Kenapa ni?”  Syazmy masih terpisat-pisat.  Lampu di sisi katil dinyalakan. 
  Maafkan abang dulu… janji untuk percaya abang… Yamy… tolong percaya abang..” 
  Kenapa ni?  Pagi-pagi buta ni minta maaf kenapa?” 
  Percaya abang…”  Suara itu kedengaran sayu sekali. 
  KENAPA??”  Syazmy mula hilang sabar.  Dia mahu tahu apa sebabnya Ilham berperangai begitu.  Lebih dari sebulan lelaki itu mengasingkan diri dan kini dia tiba-tiba meminta maaf? 
  I am on my way back…” 
  Kenapa?”
  Abang… a..bang.. kena….”  Suara itu tergantung.  Tidak sanggup meneruskan bicara. 
  Kena apa?”  Suara Syazmy mula mendesak.  Dadanya sesak dengan permohonan maaf itu. 
  Tang..kap…”  Sepatah lagi terkeluar.  Ilham menelan liurnya.  Hatinya sedang bergolak. 
  Tangkap apa??”  Suara Syazmy mula meninggi. 
  Ba..sah..” Dan saat suara Ilham menuturkan perkataan akhir itu, Syazmy terkaku di hujung taliannya.  Kedengaran suara Ilham cemas dan memanggil-manggil namanya.  Dan dia tidak mampu berfikir.  Lantas dia menutup terus telefon bimbitnya.  Matanya terkebil-kebil.  Mencerna perkataan demi perkataan yang tidak teratur di dalam otaknya menjadi sebuah ayat.  Abang.  Kena.  Tangkap.  BASAH??!!!  Mata Syazmy membulat dan tidak dapat dikecilkan sehingga pagi menyingkap. 

PAGI itu berjalan seperti biasa.  Syazmy menyiapkan anak-anak dan kemudian menghantar Fifi ke sekolah.  Menyinggah di pasar raya membeli barang dapur dan masa dirasakan lambat berjalan.  Dia enggan pulang ke rumah dan dia enggan berhadapan dengan Ilham dalam suasana emosinya tidak terkawal. 
  Wowww… termenung dekat area barang cucian??  Ini masalah besar ni..”  Suara seseorang memecah gegendang telinga Syazmy.  Syazmy tersedar dan berpaling memandang ke arah suara itu.  Lelaki itu tersenyum. 
  Tak ingat saya?”  Lelaki itu menguji minda Syazmy yang sedang kusut.  Haziq diusik pipinya. 
  I cannot recall your name… but you looks familiar..”  Perlahan menuturkan kata.  Ya.  Wajah itu seperti pernah dilihat. 
  Shah Isqandar…”  Satu klu diberi.   
  Shah Isqandar….?”  Syazmy masih samar dan mengerutkan dahinya.  Memaksa seluruh sel otaknya berfikir dan mencari jawapan. 
  PD…”  Lelaki itu seolah berteka-teki.
  PD…?”  Dahi Syazmy masih berlapis untuk mengingati lelaki itu. 
  Reunion?”    Klu terakhir diberi dan lelaki itu hanya menarik senyum lembut.  Dia redha sekiranya klu terakhir itu masih tidak dapat mencari jawapan untuk Syazmy. 
  Reunion??  Ohhh.. Reunion!!  That ‘hoi-hoi’ man??”  Syazmy kembali mengingati lelaki itu.  Teman lama Ilham dan dia tidak tahu mengapa Ilham tidak menyukai lelaki itu. 
  Yeahhh.. you remembered!  The man that your husband allergic to..”  Isqandar mencebik. Syazmy spontan tersenyum. 
  You tak kerja ke?” 
  I cuti… Nak habiskan cuti hujung tahun.. tak sangka jumpa you.. where’s Ilham?”  Pertanyaan itu dijawab dengan senyuman tanpa perisa.  Menyebut nama Ilham bagaikan belati menusuk hatinya.  Sakit! 
  Kursus di Langkawi..” 
  Oh.. your answer sounds like you got problem..”  Lelaki itu membaca tingkah Syazmy. 
  Semua orang ada masalah kan… I bet you got one too…”  Syazmy memandang lelaki itu.  Lelaki itu menolak trolinya sambil mengangguk dan mengiyakan pertanyaan Syazmy. 
  I got a lot of problem..”  Lelaki itu memperbetulkan kata-kata Syazmy. 
  But.. your smile seems like you don’t have one…”  Syazmy memandang lelaki itu.  Dia tenang dan asyik tersenyum.  Sukar mempercayai yang lelaki itu mempunyai banyak masalah. 
  Senyuman saya ni untuk mengubati orang-orang bermasalah seperti awak…”  Syazmy hanya terdiam. 
  Listen Syazmy.   Masalah ni memang rencah hidup dan ia terpulang pada bagaimana kita mengendalinya dengan cara terbaik.  Mungkin awak nampak saya tersenyum je tapi mungkin cara saya mengendalikan masalah di tahap teruk.  Berbanding awak, you affected by the problem and will try to get over it as soon as you can..” 
  Berbanding awak yang hanya tersenyum dan memendam.  Masalah itu akan bertambah berat jadinya… right?” 
  Maybe…”  Lelaki itu masih tersenyum.  Perlahan-lahan, hati Syazmy terasa damai. 
  Syazmy.. handle with your heart.. listen to your heart too… percaya pada naluri asalkan ia tidak melangkaui akal fikiran kita…” 
  Thanks, Shah..  you helped me out of this..” 
  I just show you the way..”  Dan Isqandar menemani Syazmy membeli barangan dapur serta menghantar Syazmy ke kereta.  Selepas mengucapkan terima kasih, Syazmy menghela nafas.  Dia tahu bagaimana mahu berhadapan dengan Ilham.  Ya, mahu atau tidak, masalah ini tidak akan selesai sekiranya mereka saling lari dari menyelesaikannya. 

  WE need to talk about this..”  Ilham mengekori Syazmy.  Sejak tadi, dia tidak berhenti mundar-mandir hingga Syazmy terasa rimas. 
  Not now… I can’t think straight..” 
  I can’t wait.. you have to listen..”  Ilham kelihatan seolah terdesak.  Syazmy hanya memandang reaksi suaminya itu.  Dia menarik beg pakaian lelaki itu.  Mengasingkan pakaian untuk dibasuh. 
  Ok.. Who is that girl?” 
  Listen first..  I am trapped!  She’s one of the representative of the project that I’ve handle there..  You must have faith in me…  Trust me.. I have nothing to do with that girl…  And I don’t know that she would do this to me…  seriously…”  Jemari Syazmy digenggam erat.  Mencari kepercayaan dari sinar mata wanita itu.  Entah mengapa, mata itu kelihatan sayu.  Sinar percaya itu seolah sirna.  Ilham mengucup jemari isterinya.  Dia terasa berdosa.  Meminggirkan wanita itu beberapa minggu lalu dan terhegeh-hegeh melutut di hadapan wanita itu memohon pengertiannya.  Memohon agar wanita itu mempercayainya.  Kedengaran Syazmy menghela nafas.  Jemari itu ditarik perlahan. 
  Pergi mandi… lepas tu, turun makan…”  Topik dialih.  Dia tidak tahu mahu menjawab bagaimana terhadap lelaki itu. 
  I want to hear that you believe me…”  Seolah mendesak.  Ilham seolah terdesak mahu wanita itu percayakannya.  Dia tidak dapat menerima kenyataan seandainya kepercayaan Syazmy berkurangan dan menyebabkan keruntuhan rumahtangga mereka.  Dia tidak mampu untuk berfikir bagaimana rasanya kehilangan wanita yang sebegitu sabar dengan karenahnya. 
  It’s not that easy, A… Am..”  Mendengar panggilan itu, Ilham menelan liurnya.  Matanya membulat.  Syazmy tunduk.  Menggenggam jemarinya sendiri.  Seolah mengelak dari dipegang dan ditatap. 
  You did not trust me…?”  Soalan itu dibiarkan berlalu.  Disapa angin dingin antara mereka.  Ilham meraup wajahnya.  Mengelus rambutnya yang semakin tidak terurus. 
  Trust me, dear… I am not that desperate for having illegal relationship…  I want you to trust me..”  Ilham makin terdesak mahu Syazmy memepercayainya.  Sukar baginya apabila Syazmy mengambil ringan sebegini.  Syazmy sepatutnya berkeras atau menjerit padanya.  Menangis atau memarahinya.  Cara itu lebih senang untuk dia menerangkan.  Apabila Syazmy tenang begini, dia terasa sukar untuk menerangkannya.  Dari segala sudut pun, Syazmy hanya diam. 
  Listen….”  Suasana sunyi saat Syazmy meminta Ilham mendengar.  Ilham menanti Syazmy bersuara.  Tiada yang lebih pedih saat memandang wajah sayu Syazmy yang sedang duduk di birai katil.  Dia tenang sahaja namun apakah perasaan sebenarnya? 
  I…. do… trust you…”  Ilham mengangkat mukanya.  Mencari sinar mata Syazmy.  Syazmy menelan liur. 
  I’ve always trust my husband… but... today… I wonder something….”  Syazmy mengangkat mukanya.  Merenung dalam anak mata Ilham.  Ilham menelan liurnya.  Menanti Syazmy menyusahkan bicaranya. 
  If…. You’ve done the same thing on me…?”  Airmata Syazmy mengalir perlahan.  Ilham menelan liur.  Syazmy bangun namun jemari Ilham memegang lengannya.  Dia terasa dipukul dengan persoalan Syazmy itu.  Yang pasti, Syazmy berkecil hati dengan sikapnya sebelum ini. 
  Kalaulah… abang tidak ditangkap basah… would you sit down like this and explain why did you ignore me past several weeks?” 
  Yamy.. jangan hukum abang macam ni..”  Ilham merenung wajah sayu isterinya.  Wanita itu tidak mengabaikan tanggungjawab menjaga makan dan minumnya namun antara mereka sudah tiada komunikasi.  Syazmy enggan berbual dengannya. 
  Tell me why did you ignore me then I will consider anything…”  Ilham menelan liurnya.  Mana mungkin dia memberitahu Syazmy yang dia menghukum Syazmy atas perhubungannya dengan Khairil.  Itu akan membuat dia nampak teruk dari segi tahap kepercayaannya terhadap Syazmy. 
  Saya nak tahu kenapa awak menghukum saya sebegitu.  Apa salah saya?  Yamy tak mahu layan abang macam ni tapi Yamy nak tahu punca abang abaikan keluarga kita…”  Syazmy menarik lengannya dari pegangan Ilham dan keluar dari bilik itu.  Ilham terdiam dan tersandar.  Permintaan Syazmy itu memang tidak sukar dipenuhi namun akan mengundang rasa kecewa pada Syazmy.  Kini, dia merasai bagaimana sukarnya untuk meraih kepercayaan dari insan kesayangan. 

No comments:

Post a Comment