Dua
RAYYAN
melabuhkan duduknya di meja makan.
Kelihatan mama dan papanya sedang menjamu selera di meja makan. Rayyan tersenyum manis.
“Anak
mama ni balik maghrib-maghrib ni.. dah
solat ke belum ni?” Puan Aisya menegur
anaknya lembut.
“Belum
lagi, ma. Baru pukul 7.15 ni..” Rayyan tersengih-sengih. Kelihatan Tuan Razak hanya menggeleng
memerhatikan gelagat anak bujangnya itu.
“Jom
makan sekali.. Ean tu sibuknya kalah menteri.
Papa pun tak sibuk macam Ean tau..”
Puan Aisya mempelawa Rayyan makan bersama. Bukan senang mahu melihat wajah anaknya itu
sejak-sejak dewasa ini.
“Sibuk
cari rezeki, ma.. nanti Ean senang, mama
juga tumpang gembira..”
“Haaa..
orang lain tu sibuk nak keje dengan keluarga, Ean tu sibuk nak bukak business..” Tuan Razak menyelar anaknya. Rayyan hanya tersenyum. Dia tahu papanya akan menyerangnya dan dia
sedia dengan taktik itu sejak lama dulu.
“Bagi
Ean establish dulu, pa. nak belajar selok-belok dan sepak terajang
dunia business ni kena timba
pengalaman dulu, pa. I promise I will not disappoint you..”
“Yelah..
ikut suka Ean la..” Tuan Razak kelihatan
enggan memanjangkan isu berkenaan.
Lebih-lebih lagi ketika menghadap hidangan makan malam.
“Siapa
ada kat rumah, ma?” Mata Rayyan meliar
memandang ke ruang rumahnya yang kelihatan sepi.
“Kakak
kamu ada kat atas tu.. malam ni dia
tidur sini. Abang Sham kamu ada urusan business kat Sarawak 3 hari. Bisinglah sikit ada si Esya tu..” Kata-kata Puan Aisya itu mengundang senyum
pada Rayyan. Terkenang pada anak buahnya
yang nakal dan becok itu.
“WELL… kakak mimpi ke tengok muka handsome yang tengah makan kat meja
makan ni??” Suara lunak Rania
menyapa. Rayyan mencebik manja. Rania mendudukkan Esya di sebelah
Rayyan.
“Uncle Ean?? Ada beli Barbie
tak untuk Esya?” Mulut comel tu sudah
mula bersuara. Rayyan mengusap lembut
kepala Esya dengan tangan kirinya.
“Uncle lupa la sayang.. mummy tak beritahu pun Esya tidur
sini..” Rayyan memandang kakaknya. Rania menjegilkan matanya apabila mendengar
Rayyan melepaskan diri dengan mempergunakan namanya. Rayyan tersengih.
“Uncle Ean kan sibuk..” Mama pula mula mencucuk. Rayyan menggarukan kepalanya yang tidak
gatal. Dia tahu sebentar lagi mama dan
kakaknya akan berpadu tenaga untuk mengasaknya tentang topik jodoh.
“Kalau
Uncle Ean tak mimpi, tak adalah dia
muncul sini, Esya..” Rania mula mengusik
adiknya. Menambah perisa di meja
makan.
“Nenek
suruh Uncle Ean kahwin, dia
mengelak-elak. Kalau tak mesti Esya da
ada kawan nak main Barbie..” Itu diaaa.. Puan Aisya mula mencucuk
jarum. Papa mula ketawa kecil.
“Ehh..
Esya nak kawan nak main Barbie? Minta kat mummy..
minta adik sorang..” Rayyan mengenakan
kakaknya.
“Haipp..
orang pakai implan ni.. Ean la
kahwin. Mama yang bukak topik tu,
bukannya akak..” Rania memukul tangan
Rayyan. Rayyan hanya mengulum
senyum.
Esya
sedang kusyuk makan kerana dia tidak mengerti perbualan di meja makan itu. Cuma sesekali dia bermanja dengan Rayyan
meminta Rayyan melayannya untuk menambah lauk atau air.
“Kamu
tu dah sesuai nak kahwin Ean.. bila
kahwin nanti, baru tahu erti tanggungjawab..”
“Ma,
Ean nak enjoy dulu, ma. Perlahan-lahan la. Ean janji nanti bila Ean da ready, Ean bawa bidadari tu datang jumpa
mama..”
“Dah
ada bidadarinya?” Mata mama mula
bersinar. Rayyan mengambil buah yang
terhidang dan masuk ke mulutnya.
“One fine day.. I’ll show her to you..” Jawapan selamat Rayyan untuk setiap
pertanyaan jodoh dari mamanya.
“Mama
nak kamu kahwin dulu sebelum G..”
“Kalau
jodoh G sampai dulu, jalan jelah.. kami bukan nak kena langkah-langkah bendul
bagai..” Rayyan bersuara. Dia kurang bersetuju dengan cara mama.
“Rayyan..” Mama mula nak bersuara.
“Ma.. one fine day, I’ll show her to you..” Nada Rayyan kali ini begitu lembut sehingga
Puan Aisya terdiam. Rayyan pandai
mematahkan hujahnya.
“Ehhh.. Rania.. kamu dah inform Ean pasal end of this
month punya program ke?” Tuan Razak
mencelah. Dia mencuci tangannya dan mula
menyambut potongan buah yang terhidang.
“Ohh..
ye jugak. Rania lupa. Ni, Ean..
hujung bulan ni, kakak nak buat majlis sambut birthday Esya untuk kawan-kawan sekolah dia. Nanti nak ajaklah kawan-kawan Abang Sham
dengan kawan akak datang rumah. So, kita kena postpone tarikh nak pergi Perhentian tu dulu ye? Sebab Razzy dengan Abang Sham nak kena handle kerja kat Sarawak dulu..”
“Oh..
ye? Okay
je.. anything will do.. tak ada
masalah pun..” Rayyan mengangguk
faham.
“Nanti
bagitahu Faa ea.. kakak ajak dia..” Rania bersuara dan tiba-tiba reaksi di meja
makan terkaku. Semua terdiam. Rania mengangkat muka dan melihat mata Rayyan
membulat. Papa dan mama sedang memandang
Rania meminta penjelasan.
“Siapa
Faa?” Mama mula teruja.
“A friend of mine, ma..” Rayyan menyisip air. Suaranya antara dengar dan tidak.
“Bawa
lah dia balik, Ean..”
“Dia
kawan je, ma. Kak Rania kenal pun sebab
dia pandai buat kek… nothing special,
ma..” Rayyan bangun.
“Haaa..
nak ke mana tu? Mama belum habis tanya
ni..” tegur Puan Aisya.
“Nak
naik solat la.. nak mandi sekali ni.. melekit ni..” Rayyan mula mencipta alasan untuk tidak
berbicara tentang Faa itu.
“Sengaja
la tu.. baru je mama nak tanya, dia dah panas punggung..” Rayyan tersengih mendengar mamanya
membebel.
“Siapa
Faa tu, Nia? Cerita kat mama
sikit..” Puan Aisya mula mengorek
rahsia. Tuan Razak juga menanti jawapan
dari Rania. Rania menjeling pada Rayyan
yang berpaling saat terdengar pertanyaan dari mamanya itu.
“Kakak..
don’t say a word..” Rayyan memberi amaran dari tangga.
“Ehh..
pandai mengugut pulak.. pergi mandi..”
Puan Aisya memandang Rania yang sedang tersengih. Dia faham yang Rania tidak akan membuka
mulut.
Sekurang-kurangnya
tidak hari ini dan kepala Puan Aisya sedang merangka perancangan untuk mencari
siapa Faa yang diperkatakan. ‘Huh.. ini Puan Aisya tau.. kalau mama tak
tahu siapa Faa tu, bukan mama la yang kamu semua panggil tau..’ bisik Puan Aisya di dalam hati.
SUASANA
pejabat petang itu agak santai. Deretan
meja yang penuh dengan makanan. Selepas
mendengar ucapan dari Tuan Sabri, penyampaian cenderamata diberikan dan jamuan
makan dimulakan.
“Hi.. miss..” Suara yang menegurnya dari belakang itu
membuatkan Safaa berpaling.
“Yes, sir?
May I help you?” Safaa cuba
membantu lelaki itu. Lelaki itu
mengukirkan senyuman. Dia memang
kelihatan kemas.
“I
am here to see Tuan Razak.. Am I interrupting your event?” Lelaki masih tersenyum.
“Oh.. come in.. we are having farewell party
for one of our BOD now. Come and join us..” Safaa mempelawa lelaki itu.
Dan
dia agak terkejut saat lelaki itu dihampiri oleh Tuan Razak, dia memeluk dengan
mesra dan memanggil Tuan Razak dengan panggilan ‘papa’. Tuan Sabri juga kelihatan mesra dengan lelaki
itu. Mata Safaa sedikit membesar. Mencari Intan di dalam kelompok teman-teman
pejabat.
“Hi Hafiya..
remember me?” Lelaki itu
memanggilnya dengan nama yang paling jarang orang gunakan untuk
memanggilnya.
“Sorry.. we know each other??” Safaa memang keliru dengan kehadiran lelaki
ini. Siapakah dia yang tahu nama
keduanya itu tanpa dia mengenali siapa dirinya?
“Tak
ingat ye?” Soal lelaki itu. Safaa pantas menggelengkan kepalanya.
“My car bumped into yours at basement?? Inspira saya cium kereta awak?” Dan, saat lelaki itu tersenyum lebih manis,
matanya turut tersenyum.
“Youuu??
Sorry.. saya tak ingat..”
Safaa menggigit bibirnya. Dia
memang tak menyimpan kemas kenangan bersama dengan lelaki lain selepas
Rayyan.
“It’s okay… and I bet you did not remember my
name..”
“Sorryy again..” Ahhh.. memang sah Safaa tak ingat. Keterlupaannya itu hanya dijawab dengan
senyuman manis. Kalaulah Safaa tidak
memikirkan Rayyan, sudah lama dia memikat lelaki ini.
“Hans.. call me
Hans..”
“You are….?” Soalan ku tidak ku tamatkan. Aku ingin tahu hubungannya dengan Tuan
Razak.
“Tuan Razak like a father to me.. I am his son’s best friend.”
“Ohh.. I see..” Aku menganggukkan kepalaku dan aku cuba
menekan butang ‘save as’ dalam
kepalaku supaya aku mengingati wajah dan nama lelaki ini.
“Can I have your number?” Pertanyaan berani itu menyebabkan liurnya
tersekat di kerongkong.
“Whatt..?
But..” Otak Safaa sedang
ligat mencari alasan untuk mengelak.
“Oh.. I forgot to mention that we’ve met
twice. Your tyre flat at Taman Gasing
and kissing at basement..” Perkataan
‘kissing at basement’ itu membuatkan
mata Safaa membulat.
“I meant.. my car to your car..” Lelaki itu memperbetulkan ayatnya. Lelaki itu juga sudah bersedia untuk
menyimpan nombornya dan saat itu dia tiada pilihan selain menyebutkan
nombornya.
SAFAA
memejamkan matanya. Mengusir satu demi
satu ingatan yang menyakitkan itu.
Rayyan sedang keluar bersama seorang gadis yang agak cantik serta seksi. Saat mereka berlaga mata di shopping complex
itu, Rayyan hanya mengangkat keningnya dengan wajah yang tidak bersalah. Safaa terus melupakan niatnya ingin menonton
wayang. Terus kakinya diheret ke
Kinokuniya. Meditasi untuk melupakan
rasa sakit hatinya.
“Hi.. What a co-incident?” Satu suara menyapa Safaa. Dia hanya menunduk. Rasa malas nak
melayan. Nak mengangkat muka pun, dia
tidak kuasa. Moodnya sedang teruk!! ‘Jangan kacau lah!!’ jeritnya dari dalam
hati.
“Wahh..
saya belum belajar cara nak bertelepati lagi.
Tengok muka awak yang tengah berkerut-kerut ni macam tengah bercakap
dalam hati je..” Suara itu masih tidak
berputus asa lagi.
“Excuse
me..
I am not in a good mood for any joke..” Terus Safaa bersuara namun lelaki itu masih
tersenyum.
“Sorry.. I don’t know.. I am sorry..” Wajah Hans mula gelabah. Rasa bersalah menerpanya. Melihat mata itu berkaca-kaca, dia terasa
jatuh belas.
“But.. even your Prophet will entertain His
enemy as long as they are not harmful, right..” Hans bersuara lagi.
“What…?”
Safaa mula tidak faham. Apa kena
mengena musuh semua ni?
“Am I not make you feel better with that
thought?”
“Nope..
not at all..”
“I am still learning.. sorry..” Lelaki itu menunjukkan wajahnya yang serba
salah dengan menunjukkan buku tentang Rasulullah. Safaa mengukir senyum ikhlas. Sekurang-kurangnya lelaki itu cuba membuatnya
tenang walaupun tidak berhasil.
“Sorry… Hans.. anyway, thanks..” Safaa menghadiahkan senyum buat lelaki
itu.
“At last, you remembered my name..” Lelaki itu tampak suka. Safaa hanya ketawa kecil. Kalaulah lelaki itu tahu, puas dia menggali
fikirannya untuk mencari namanya di dalam memori. Nasib baik betul.
“Can I buy you a drink?” Hans mencuba nasib dan nasibnya agak baik
saat Safaa mengangguk. Mereka beriringan
untuk membuat pembayaran buku di kaunter.
No comments:
Post a Comment