Monday, 7 October 2013

:::Biarkan Aku Sendiri:::


Dua belas


Puan Rubiah mengelap tubuh Syazmy.  Anak gadisnya itu tidak sedarkan diri langsung semalaman.  Setelah diperiksa oleh doktor, segalanya tiada apa yang perlu dirisaukan.  Tapi kesedihan Puan Rubiah tidak berkurangan.  Dia asyik memikirkan tentang perancangan yang bakal Syazmy lakukan.  Kini, tiada siapapun yang boleh menghalang dia.  Dia yang bertanggungjawab pada dirinya sendiri kerana dia sudahpun memegang status seorang isteri.  Puan Rubiah bukannya tidak mengenali Syazmy.  Pasti Syazmy akan berdegil. 

SYAZMY membuka kelopak matanya.  Puan Rubiah menemaninya di sisi kanannya.  Pengorbanan seorang ibu.  Airmata Syazmy mengalir perlahan.  Dia menarik nafas panjang.  Dia harus lalui segala takdir yang tertulis untuknya.  Pemergian Amar adalah pasti.  Hatinya sedikit ringan selepas menangis teruk semalam.  Syazmy bangun lalu melangkah ke bilik air dan membersihkan dirinya.  Selepas sahaja bersiap-siap, Syazmy mengemas semua hantaran yang berselerak.  Baju-baju perkahwinannya disimpan ke dalam plastik dan disiapkan untuk dihantar ke butik pengantin. 
  Yamy…  apa yang Yamy buat ni?”
  Mama.. dah bangun?  Yamy mengemas sikit.  Maaf tentang semalam, mama..  Yamy tak patut melukakan hati mama..”
  Mama maafkan Yamy.  Mama mahu Yamy menangis semalam sebab mama tak mahu Yamy terlalu mengawal emosi.  Yamy berhak melepaskan rasa sedih yang bermukim dan.. barulah Yamy boleh memikirkan tentang keindahan.”  Puan Rubiah memeluk Syazmy. 
  Mana mama tahu tentang ayat tu?”
  Arwah ada pernah cakap pada mama.  Dia mahu Yamy memikirkan tentang keindahan kasih sayang dan segalanya akan pulih seperti biasa.  Dia banyak bercerita dengan mama.  Dia tahu tentang cinta Yamy pada abang dan dia redha kerana dia tahu dia tak mampu menandingi kasih sayang yang Khairil beri tapi dia cuba untuk menyayangi Yamy sepenuh hatinya.” 
  Mama.. Yamy terkilan tak sempat nak hidup dengannya.  Dia terlalu baik pada Yamy.  Baik sangat.  Yamy yang lama buta menilai dia..”
  Tapi.. dia suami Yamy ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya, dia bersama Yamy.  Yamy tak perlu terkilan.  Sudah suratan, sayang.”
  Yamy tak tahu bagaimana nak berhadapan dengan semua ini secepat ini.  Tapi Yamy tahu, Yamy kena kuat..”
  Mama sentiasa menyokong Yamy..  Ni bersiap nak ke mana?”
  Yamy nak balik rumah ummi.  Nak tolong-tolong sikit.  Yamy dahlah tak datang majlis semalam..”
  Mama dah inform ummi tentang kamu.  Dia kata, kamu boleh berehat hari ni..”
  Yamy nak menjenguk ummi dan Fifi, mama.  Mereka cuma ada Yamy sekarang.  Arwah dah tak ada.  Mereka tanggungjawab Yamy sekarang..”  Syazmy mencapai kunci keretanya.  Puan Rubiah hanya berdiam diri.  Yang penting Syazmy sudah pulih dari tekanan perasaan.  Dia perlu kuat untuk menghadapi semua ini.  Ini baru bermula.

UMMI memandang sayu ke arah Syazmy.  Sudah seminggu pemergian Amar.  Syazmy mengambil alih semua tugasan Amar.  Sungguh, Syazmy kini berdiri seperti kehadiran Amar.  Apa yang tidak dilakukannya?  Menjaga pakai dan minum Fifi.  Tidak lupa melayani anak kecil itu.  Karenah anak kecil yang kadang kala memeningkan kepala.  Dengan tiada pengalaman, dia masih boleh memegang tanggungjawab seorang ibu muda.  ‘Amar.. terima kasih kerana tidak tersilap memilih teman hidup.. ummi harap, Yamy akan dimiliki oleh orang yang terbaik..’
  Babah.. babah..”  Fifi meracau-racau.  Syazmy mengelap tubuh kecil itu.  Sudah 2 hari Fifi demam dan menurut doktor, suhu badan anak itu tidak merbahaya.  Mata Fifi terbuka.  Syazmy mengukir senyuman buat anak kecil itu. 
  Ibu.. babah mana?”
  Fifi.. ibu dengan nenek kan dah cerita dengan Fifi.. babah dah pergi jauh.  Allah dah panggil babah..  babah ke sana, jumpa dengan papa dan mama Fifi..” 
  Kenapa babah tak ajak Fifi?”
  Sebab Fifi kena jaga nenek dengan ibu.. nanti, kita akan jumpa babah semula bila tiba masanya..  jangan sedih-sedih sayang..”  Syazmy memeluk erat tubuh kecil itu.  Menyalurkan sisa-sisa semangat kepada Fifi.  Ummi mengelap airmatanya.  Ummi turut sama memeluk tubuh Syazmy.  Syazmy banyak berkorban.  Terlalu awal Amar pergi.. 

SYAZMY bersandar di atas sofa.  Kosong..  Segala-galanya terasa amat kosong.  Mama, papa serta Khairil sedang leka melayani keluarga Leya yang bertandang.  Kunjungan simpati atas pemergian Amar.  Leya asyik memandang Khairil.  Sesiapa pun akan memahami yang pandangan itu penuh dengan rasa cinta.  Pandangan Leya yang membuatkan darah Syazmy tersirap sehingga kepala.  Entah mengapa, Syazmy terasa seluruh perhatian keluarganya sedang beralih pada gadis yang bakal menjadi menantu rumah itu.  Leya.  Leya yang akan menggantikan tempatnya di dalam rumah banglo itu.  Hatinya terasa terasing.  Adanya dia di dalam rumah itu seolah tidak mengubah apa-apa.  Selepas pemergian Amar, terasa seluruh insan-insan rapat dengannya seolah tidak mempedulikannya. 

SYAZMY bersalaman dengan mama dan papa.  Dia mengambil keputusan untuk membina hidupnya di ruangan Amar.  Mama mengalirkan airmata.  Papa sudah puas memberi nasihat.  Dia juga tak mahu Syazmy terus membawa diri ke rumah Amar. 
  Yamy sepatutnya tak duduk sini lagi.  Amar suami Yamy dan Yamy patut tinggal dengan dia..”
  Yamy.. Amar dah tiada.  Dia dah meninggal.  Yamy anak mama.”
  Yamy sedar yang Amar dah tiada.  Cuma, Yamy nak bertanggungjawab sepenuhnya ke dalam hidup dia.  Dia ada anak dan masih ada emak, mama..”
  Habis.. siapa mama?  Mama bukan ahli keluarga Yamy?  Papa bukan papa Yamy?”
  Mama, papa.. bukan itu maksud Yamy.  Yamy nak beri ruang untuk mama dan papa.  Beri peluang pada Yamy untuk bertanggungjawab.” 
  Dengar sini, Yamy.  Apapun yang terjadi, Yamy masih anak kami.  Rumah ini, rumah Yamy.  Jangan lupa.  Papa tak nak paksa Yamy.  Yamy dah besar dan papa tahu anak papa yang seorang ini sangat degil dan papa tahu kenapa Yamy bawa diri.  Papa dan mama sayangkan Yamy dan tak ada sesiapa dapat tandingi rasa sayng kami pada Yamy.  Ingat tu, sayang..”  Papa memeluk tubuh Syazmy.  Syazmy mengalirkan airmata.  Terasa begitu mudah airmatanya mengalir.  Sesungguhnya setiap butir kata papa menusuk kalbunya.  Itulah lelaki dan wanita yang bertungkus lumus menjaganya dari kecil dan sepasang suami isteri itu juga yang mengutipnya dan membelanya sehingga dia menjadi seperti sekarang. 

No comments:

Post a Comment