Tiga
KHAIRIL masih menggenggam jemari Syazmy. Seharian mereka berdua keluar bersama
menghabiskan masa yang masih bersisa.
Khairil dan Syazmy saling berpandangan ketika melihat sebuah kereta
terparkir di ruang parkir mereka. Mereka
berdua bergandingan memasuki pintu utama rumah mereka. Tiba-tiba kelihatan Auntie Mariana sekeluarga
duduk di ruang tamu rumah itu. Syazmy
dan Khairil lantas melepaskan jemari mereka yang bertaut. Lalu menghampiri keluarga itu untuk
bersalaman. Selepas itu, Syazmy berlalu
ke dapur membantu mamanya manakala Khairil melayan tetamu berbual.
“ Mama
tak call pun beritahu yang kita ada tetamu?”
Syazmy mula membantu mama menyiapkan minuman.
“ Tak
sempat nak call. Mereka baru
sampai. Yamy pergi call papa. Suruh papa balik awal.”
“
Auntie Mariana dengan family dia tidur sini ke, mama?”
“
Mungkin. Sebab lusa kan abang nak
fly. Diorang datang nak pergi hantar
sekali..”
“
Wah.. dahsyat la besan mama ni.. siap nak hantar bakal menantu fly
lagi.. hantar sampai mana?” Syazmy menyuarakan rasa cemburunya. Pasti mama dan Auntie Mariana mahu menyatukan
Khairil dan Leya.
“
Yamy.. kenapa cakap macam tu? Tak
baik tau.. dah mereka nak hantar, takkan
mama nak halang..”
“ Tak
sempat Yamy nak bermanja dengan abang nanti.
Kak Leya mesti nak berkepit dengan abang..”
“ La..
cemburu ke? Takkan nak cemburu kot?”
“
Mestilah.. abang kan nak terbang dah..
lepas ni entah bila dapat jumpa abang macam selalu..”
“
Kesiannya anak mama ni..
pandai-pandailah abang nak bahagi masa nanti.” Puan Rubiah masih mengusik anak daranya yang
sedang muncung itu. Dia tersenyum
sendiri. Kadang-kala dia terfikir untuk
menyatukan Khairil dan Syazmy apabila melihat hubungan akrab yang terbina
antara mereka. Tapi, takut pula tersalah
pandang tentang hubungan rapat itu.
DAPUR itu kedengaran sedikit riuh. Puan Rubiah dan Encik Hamzah hanya
menggeleng. Perangai Khairil dan Syazmy
mencuit hati tua mereka.
“
Abang!! Dahlah.. Yamy nak makan
ni..” Syazmy bersuara. Khairil hanya tersenyum. Mana tidaknya. Dia ligat mengusik Syazmy ketika gadis itu
ingin menyuap nasi.
“
Ala.. bukan selalu nak dapat manja dengan Yamy. Nak minta suap pun dah tak boleh ni..”
“
Yelah.. selang seli lah.. tadi Yamy Tanya nak makan tak, kata dah
kenyang.. bila Yamy makan, sibuk usik Yamy..”
“ Bila
Yamy makan baru nampak berselera..”
“
Mama, papa, tengok abang ni..”
Syazmy merengek mengadu perangai abangnya. Belumpun sempat Puan Rubiah bersuara, Leya
melangkah ke ruang dapur. Ingin
berkongsi riuh yang kedengaran tadi. Dia
melihat Syazmy menyuap nasi ke mulut Khairil.
Khairil makan tampak berselera.
Leya tersenyum.
“
Leya.. eh.. mari sini. Boleh
minum dengan pakcik sekali. Kami memang
biasa berkumpul di sini. Berbual-bual. Mari..
” Papa mengajak Leya duduk di
sisinya. Leya akur.
“ Mana
mama dan papa kamu?” Puan Rubiah
bersuara.
“
Mereka berehat sekejap tadi..
penat agaknya..” Leya menjawab
sopan. Khairil membalas senyuman Leya
namun kaki Syazmy sempat memijak kaki Khairil tanda cemburu. Khairil terkejut hingga tersedak batuk.
“
Rill.. kenapa tersedak ni?” Puan
Rubiah kelihatan sedikit bimbang.
Segelas air dihulur. Syazmy
menepuk-nepuk lembut belakang Khairil dengan belakang tangannya.
“
Siapa lahhhh yang sebut nama abang ni?”
Syazmy mengomel geram.
“ Awek
abang agaknya. Dia tu kuat cemburu
sikit..” Khairil menjawab selamba
selepas meneguk air yang dihulur mamanya.
Syazmy menjengilkan matanya. Leya
hanya tersenyum meneguk secawan teh ‘o’.
“ Leya.. this is your challenger.. Syazmy. Tengoklah keadaan budak berdua ni, Leya..
rapat mengalahkan pasangan kekasih...”
Kata-kata mama membuatkan Syazmy tersenyum.
SUASANA di lapangan terbang itu agak sibuk
walaupun pada hari biasa. Syazmy masih
tidak berenggang dengan Khairil. Masa
perpisahan semakin dekat. Hatinya
semakin sayu. Biarpun ke mana Khairil
pergi, dia tidak melepaskan tautan jemari mereka. Mama dah lama basah dengan airmata. Seluruh keluarga Auntie Mariana menunggu
panggilan penerbangan untuk Khairil.
“
Sayang, jangan menangis lagi.
Sedih Ai nak tinggalkan sayang macam ni.. stop crying, sayang.” Khairil mengusap pipi bersih Syazmy sambil
berbisik lembut. Mendengar kata-kata
rayuan Khairil itu, airmata Syazmy seolah enggan berhenti. Leya menghampiri Khairil. Sebuah bungkusan diberikan. Syazmy memandang Leya dan Khairil bersilih
ganti. Dengan berat hati, Syazmy bangun
lalu memeluk mamanya. Mungkin Leya dan
Khairil ada perbincangan apa-apa.
“
Yamy.. abang belum fly lagi, dah bergelen airmata Yamy. Kalau abang dah naik flight, boleh banjir
airport hari ni tau..” Puan Rubiah
mengusik. Encik Hamzah mengukir
senyuman. Syazmy ketawa dalam
kepayahan. Lebih-lebih lagi melihat
Khairil sedang berbual mesra dengan Leya namun sesekali mata Khairil menjamah
pandangan pada Syazmy. Dia ingin memeluk
gadis itu sepuas hati. Ingin
menghilangkan rasa sedih dan tangisannya itu namun semuanya menghalang. Perhubungan mereka terbatas di depan seluruh
ahli keluarga. Seketika kemudian,
kedengaran panggilan penerbangan untuk Khairil.
Khairil lantas bangun dan airmata Syazmy semakin laju mengalir. Perpisahan semakin sampai. Dia tidak putus-putus berdoa untuk
kesejahteraan abangnya itu..
DETIK demi detik yang berlalu bagaikan
terlalu lambat. Setelah Khairil terbang
ke luar negara, dunia Syazmy hanya bersama komputer dan telefon. Seminggu sekali, Khairil akan menghubunginya
walaupun hanya sekejap untuk mengucapkan kerinduan dan kecintaannya. Kadang-kala hari minggu mereka habiskan untuk
ber’chatting’ hingga lewat pagi.
Kekosongan makin ketara dirasakan mereka. Kejauhan mungkin menguji keutuhan kasih
mereka.
AYU dan Syazmy saling berkejaran di taman
itu. Mereka selalu beriadah di taman
itu. Meluangkan masa bersama. Sejak kebelakangan itu, hubungan mereka
semakin akrab. Sama-sama melakukan
aktiviti riadah bersama ataupun bertukar-tukar pendapat dalam pelajaran.
“ Ayu,
kau tak pernah cerita pasal boyfriend kau..
orang secantik kau tak mungkin tak ada yang mahu..” Syazmy melabuhkan punggungnya di atas kerusi
rehat di tepi tasik taman itu. Ayu
tersenyum.
“ Ada
tapi baru je putus. Tak sehaluan..”
“
Sorry…”
“ Tak
apa.. tak ada apa yang diingatkan. Mungkin
dia bukan tercipta untuk aku. Aku terima
jelah..”
“ Kau
sayangkan dia lagi?” Pertanyaan Syazmy
itu dibiarkan berlalu seketika. Keluhan
berat dihela.
“
Tipulah kalau tak ada perasaan langsung kan.. dia pernah mengisi seluruh
ruang hidup aku sebelum ini.. tak
mungkin aku mampu melupakan dia.. but
life must go on. Kalau aku meratap sekalipun,
dia takkan kembali. Dia menghancurkan
hati aku selumatnya dan dia tak mungkin ingat saat-saat manis bersama kami
sebab dia sedang bahagia meniti harinya dengan perempuan lain..” Syazmy hanya mendengar. Tak disangka, orang secantik Ayu itu juga
ditinggalkan. Takut mula bersarang. Teringatkan Khairil yang jauh di mata. Namun lelaki itu selalu menghubunginya. Tubuh Ayu dirangkul dan sebuah pelukan
diberi. Menenangkan jiwa Ayu yang mula
berkocak.
“
Sabarlah, Ayu. Lelaki itu patut
dilupakan kalau dia berani menghancurkan hati kau tanpa rasa bersalah.” Syazmy cuba memujuk. Seketika kemudian, mereka membuka topic lain
dan bergelak ketawa bersama. Hilang
ingatan Ayu pada lelaki itu dan hilang rindunya terhadap Khairil sebentar.
“ MAMA..Mama..”
Syazmy melaung dari pintu utama.
Tangan Ayu ditarik masuk. Ayu
melangkah perlahan. Rumah Syazmy
diperhati dengan penuh kekaguman. Tidak
terlalu kaya namun bersederhana.
“ Mama
kat dapur ni..” Puan Rubiah menjawab
sayup-sayup.
“
Duduk dulu, Yu. Yamy nak ke dapur
kejap. Please help yourself okay.. I’ll
be right here after this..” Ayu
menganggukkan kepalanya. Syazmy terus ke
dapur. Leya tersenyum manis.
“ Eh..
Kak Leya? Bila sampai?” Syazmy tampak terkejut dengan kehadiran
Leya.
“ Ha..
Kak Leya ni datang menjenguk mama kejap..”
“
Patutlah mama sibuk ye.. Yamy ada
bawak kawan, ma..”
“
Lelaki ke?” Mama kelihatan
teruja.
“
Haah..”
“
Iyeeee?” Wajah mama mula
teruja.
“
Ishhh… Perempuan la, ma.. kawan Yamy kat sana.”
“ Berdosa
tau menipu..” Wajah mama kembali
neutral. Syazmy ketawa kecil.
“ Yamy
belajar okay ke?” Leya memulakan
perbualan. Dia mahu memikat Khairil
melalui Syazmy.
“ So
far, no problem..” Syazmy cuba bermesra
dengan Leya dan dia cuba mengusir tanggapan jahatnya terhadap Leya.
“
Mama, Yamy bawa Ayu naik bilik Yamy kejap ye? Nanti Yamy turun tolong mama..” Puan Rubiah hanya mengangguk.
SYAZMY menghulurkan beberapa album gambar
untuk tatapan Ayu. Ayu tersenyum-senyum
melihat gambar-gambar Syazmy apabila Syazmy menerangkan kisah-kisah
indahnya. Kebanyakannya gambar-gambar
Syazmy dengan Khairil. Beberapa gambar
percutian mereka sekeluarga turut menghiasi album gambar itu. Tawa antara mereka terganggu apabila ada
ketukan di pintu bilik Syazmy. Wajah
Leya tersembul sambil tersenyum.
“
Hai.. buat apa ni?” Leya menegur
sambil menatang sedulang minuman serta kuih untuk minum petang.
“
Tengok-tengok gambar. Ayu ni nak
tengok sangat..” Syazmy tersenyum
menyambut dulang yang ditatang.
“ Boleh
akak join?” Permintaan itu hanya dijawab dengan anggukkan. Mama turut masuk ke biliknya dan bersama-sama
berkongsi kisah manis.
“ Ha..
Kak Leya pernah pergi tempat ni. Cantik
kan? Wah.. Yamy dengan abang memang
rapat ye? How sweet.. kalau orang lain
tengok gambar-gambar percutian Yamy ni, mesti ingat abang ni kekasih Yamy
kan?” Syazmy mengangguk menjawab
persoalan Leya. Namun, Ayu memandang
Syazmy dengan penuh makna. Dia sedar
yang semua mata sedang memandang Syazmy mengakui hakikat bahawasanya hubungan
Syazmy dan Khairil seakan melebihi dari hubungan abang dan adik. Namun di sebalik hakikat itu, ada sebuah
kenyataan yang benar-benar tersirat.
“ Kak Leya rasa, Yamy
mesti ada alamat mail abang kan? Mummy
Kak Leya ada hal nak tanya then Yamy tau kan cost telefon ke sana mahal, then
my other alternative, sending email. Can
I get it from you?”
“ Ha’ah. Auntie Mariana ada call mama hari tu. Tapi mama lupa nak pesan kat Yamy..” Kata-kata Puan Rubiah itu hanya
didengar. Ayu memandang Syazmy. Mungkin inilah Leya yang pernah dicemburui
oleh temannya itu.
“
Ada. Yamy yang buatkan email
tu. Kasi phone Kak Leya, I’ll type it
for you!!” Syazmy menaipkan alamat
email Khairil tanpa rasa ragu.
EMAIL-email yang terpapar begitu banyak datang
dari Leya. Khairil mencari sebuah nama
kesayangannya. Namun anak panah
tetikusnya diketik pada sebuah email dari Syazmy. Dia tersenyum sendiri. Ayat-ayat yang ditulis itu seakan hidup dalam
hatinya. Terbayang-bayang bagaimana cara
Syazmy berkata-kata. Segalanya masih
terlalu segar. Terlalu indah untuk
diingati. Hatinya sedang sarat merindui
wajah manis itu. Banyak perkara yang
dikongsi dengannya. Segala aktiviti yang
dilakukannya menjadi rutin mereka bertukar-tukar cerita di dalam email.
To: <my
dear> who_is_airil@yahoo.com
From: <
------<@ > yamy_yummy@yahoo.com
Subject: I
LOVE YOU WITH NO REASON…
Lady : Why do you like me..? Why do you love me?
Man : I cant tell the reason.. but I really like you..
Lady : You cant even tell me the reason how can you say you
like me? How can you say you
love me?
love me?
Man : I really dont know the reason, but I can prove that I
love you.
Lady : Proof? No! I want you to tell me the reason. My
friends boyfriend can tell her why he
loves her but not you!
loves her but not you!
Man : Ok..ok!!! Erm..
because you are beautiful,
because your voice is sweet,
because you are caring,
because you are loving,
because you are thoughtful,
because of your smile,
because of your every movements..
The lady felt very satisfied with the mans answer. Unfortunately, a few days later, the Lady met with an accident and became comma. The Guy then
placed a letter by her side, and here
is the
content:
content:
Darling,
Because of your sweet voice that I love you
Now can you talk? No! Therefore I cannot love you.
Because of your care and concern that I like you..
Now that you cannot show them, therefore I cannot love you.
Because of your smile, because of your every movements that I love
you..
Now can you smile? Now can you move?
No, therefore I cannot love you
If love needs a reason, like now, there is no reason for me to love you anymore. Do love need a reason? NO!
Therefore, I still love you.. And
love doesn’t need a reason. Sometimes the best and the most beautiful
things in the world cannot be seen,
cannot be touched, but can be
felt in the heart.
Love doesn’t need a reason its sumthing u can feel burning inside ur heart and waiting to be explode of
love
Please never ever ask someone why do they love u. Love is nature and without love the
world is nothing but a piece of crap. So everyone love the world and also love ur loved ones =D
ALLAH did not promise that life would be easy,but HE did promise to go with you..every step of your life,with HIM by your side..
Please never ever ask someone why do they love u. Love is nature and without love the
world is nothing but a piece of crap. So everyone love the world and also love ur loved ones =D
ALLAH did not promise that life would be easy,but HE did promise to go with you..every step of your life,with HIM by your side..
KHAIRIL tersenyum sendiri. Syazmy memang pandai membuai
perasaannya. Semakin jauh jarak antara
mereka, semakin mereka rapat di angin lalu.
Kiriman email dari Syazmy tidak pernah tidak dapat membuai
perasaannya. Andai dapat dia terbang,
dia mahu terus ke sisi Syazmy dan menyemai cinta mereka hingga akhir
hayat. Di mata semua orang, dia memang
sudah berpunya dan dia begitu bangga mencanangkan hatinya sudah dimiliki. Namun, di satu sudut kekeluargaan, dia terasa
berat untuk mengumumkan perasaannya pada Syazmy telah berubah menjadi
cinta. Dia takut menerima tentangan dari
keluarga. Dia tidak mahu jika papa dan
mama tahu, hubungan cinta mereka akan berkubur.
Biarlah masa yang menentukan segalanya dan kini, dia mahu membina hidup
agar dapat membiayai hidup Syazmy selepas ini.
Impian yang disulam diharap menjadi kenyataan.
TAHUN demi tahun berlalu. Kasih Syazmy dan Khairil masih seperti dulu
mekarnya. Syazmy akan bercuti ke tempat
Khairil apabila cuti semesternya menjelang.
Percutian sekeluarga hanya akan menuju ke tempat Khairil.
“ Hmmphh.. dah berapa tahun Ai kat
sini?” Syazmy mengeratkan pegangan
tangan mereka. Kesejukan serasa
mencengkam badannya namun digagahinya juga demi memenuhi kehendak Khairil untuk
keluar bersiar-siar. Berada di hotel
bersama mama dan papa membataskan perbualan mereka.
“
Aik.. Ai kan ke baru je sampai?!!
Lama lagi kat sini tau.. Nak-nak duduk sini ramai awek putih melepak..
perghhhhh.. rasa tak nak balik Malaysia dah..”
Syazmy mencubit lengan Khairil dengan geram. Khairil ketawa besar. Dia paling suka melihat reaksi wajah Syazmy
ketika diusik sebegitu. Khairil melepas
keluhan ringan. Tawanya masih
bersisa.
“
Sekejap je masa berlalu kan? Dah
dua tahun lebih Ai kat sini. Lagi dua
tahun, Ai akan terbang ke Malaysia semula.. membina empayar architechture yang
besar.. dan kahwin!!! Huh!!! Tak
sabarnya!!!” Khairil menjerit kuat. Syazmy tersenyum. Dia hanya mendengar anganan Khairil.
“ Ai
nak kahwin dengan siapa?” Sengaja ingin
menduha hati sang kekasih.
“
Siapa lagi?!! Mestilah dengan
anak Auntie Ana.. Leya!!! Huh.. sweet name as her..” Khairil memejamkan matanya. Syazmy tergamam. Dua tahun telah berlalu namun nama itu masih
ada di dalam kotak fikiran Khairil?
Senyuman Syazmy menjadi masam.
Khairil ketawa lagi..
“ Ai
melawak jela.. Sekarang ni nak bergurau pun kena minta izin ke, sayang?” Khairil mengangkat keningnya bertanya. Syazmy menolak pegangan jemari Khairil di
dagunya. Hatinya terasa ada aliran
darah.. bertahun-tahun takkan mampu
mengusir nama-nama perempuan lain dalam hidup Khairil. Fikirannya menerawang lagi. Ingatannya pulang ke Malaysia.. tahun-tahun
yang berlalu menyaksikan betapa manja dan baiknya Leya pada keluarganya. Bagaimana fikirannya tak menangkap maksud
sebenar kemesraan dan kebaikan Leya padanya?
“ Leya..
this is your challenger.. Syazmy.”
Kata-kata mama itu mengapa dipandang
sepi? Apakah kerana keyakinannya terlalu
tinggi kepada Khairil? Leya yang sedang
tersenyum manis itu sedang menari-nari di dalam anak matanya.
Serta-merta, Syazmy melangkah dan terus
melayang.
“
Yamy.. can we be like siblings? I
can be your sis.. rite?”
Mengapa ketika itu, huluran jemari Leya
disambut tanpa memikirkan itulah saingannya?
Jika bukan dia sendiri yang membuka jalan untuk insan lain untuk
merapati Khairil, tentu takkan ada yang akan memintas hubungan kasih sayang
mereka. Kini, Leya adalah seorang teman
yang baik dan rapat dengannya. Bagaikan
seorang kakak… ya, kakak… gaya seorang kakak ipar yang baik..
Syazmy melepas keluhan berat. Entah mengapa, dia begitu berat untuk
memikirkan jalan perhubungannya dengan abangnya itu makin menipis. Bila-bila mampu terputus..
“ Ha..
Kak Leya pernah pergi tempat ni. Cantik
kan? Wah.. Yamy dengan abang memang
rapat ye? How sweet.. kalau orang lain
tengok gambar-gambar percutian Yamy ni, mesti ingat abang ni kekasih Yamy
kan?” Syazmy mengangguk menjawab
persoalan Leya ketika itu. Mengapa tidak
terlintas yang kebaikan Leya itu sebenarnya berhubung kait dengan Khairil?
“ Kak Leya rasa, Yamy mesti ada alamat mail
abang kan? Mummy Kak Leya ada hal nak
tanya then Yamy tau kan cost telefon ke sana mahal, then my other alternative,
sending email. Can I get it from you?”
“
Ada. Yamy yang buatkan email
tu. Kasi phone Kak Leya, I’ll type it
for you!!”
Betapa dada Syazmy bagaikan mahu pecah. Wajah Leya dan Khairil bersilih ganti. Bagaimana harus dihadapi sekiranya benar Leya
dan Khairil akan disatukan? Bagaimana
dia ingin menghadapi masa yang akan datang?
Khairil pula tak pernah bercerita tentang Leya sebelum ni..
“
KENAPA dengan Itra ni? Jalan
menonong je. Kita kan dah janji nak
makan malam? Takkan Ai bergurau pun buat
Itra sampai membisu macam ni? Fikirkan
apa ni?” Khairil kelihatan cemas melihat
perubahan mendadak Syazmy. Fikiran
Syazmy seolah tidak di situ. Nampak
sekali yang Syazmy sedang berfikir.
Kerutan di wajahnya seolah dia sedang
menghadapi masalah yang teramat besar.
Khairil memegang lengan Syazmy namun kaki Syazmy masih mengatur
langkah. Tiba-tiba Syazmy memegang dada
Khairil. Mencari sesuatu.
“ Rantai mana?”
“ Ai tak pakai.. lupa tadi. Lepas mandi terus
keluar nak jemput mama dengan papa.. Lagipun kan ke Ai jumpa dengan Itra
jugak? Itra marah ke?” Mendengar jawapan Khairil, Syazmy masih lagi
membisu.
“ Kita
balik.. rasa tak sehat la..” Syazmy terus berjalan tanpa memandang atau
mendengar bicara Khairil. Khairil agak
tergamam. Agak terkilan dan terkejut
melihat reaksi Syazmy yang berubah secara mendadak. Namun, akhirnya, Khairil mengatur langkah
yang sama.
KEADAAN Syazmy masih tidak berubah. Sepanjang bercuti kali ini, dia hanya
menghabiskan masa untuk memerap di dalam bilik dengan alasan cuaca terlalu
sejuk. Peluang untuk Khairil
mendekatinya amat menipis apabila sepanjang masa, Syazmy berulit dengan
keluarga. Khairil makin resah
gelisah. Syazmy serasa makin menjauh
setelah mendengar gurauannya tempoh hari.
KETUKAN di pintu bilik yang bertalu-talu itu
membuatkan Syazmy terpaksa bangun untuk membuka pintu. Setahunya, mama dan papa membawa kunci kerana
seharian Syazmy hanya memerap di dalam biliknya sendiri. Syazmy melangkah malas menuju ke pintu. Mungkin ada apa-apa yang mama terlupa. Ketika daun pintu itu dibuka, wajah Khairil
tersembul. Nafasnya tidak begitu teratur.. Mungkin kerana dia berlari sebentar
tadi. Syazmy tergamam. Tangan Khairil menolak daun pintu itu keras. Wajahnya tampak tegang. Syazmy hanya diam. Kerana itulah perkara terbaik buat masa
itu.
“ Itra
sengaja buat Ai macam ni. Apa yang Ai
buat? Salah apa yang Ai buat sampai
hukuman Itra membuatkan hidup Ai merana?
Beberapa hari yang berlalu ni, Ai tahu Itra sengaja menjauhkan diri dari
Ai. Kenapa? Apa sebab yang relevan untuk Ai terima? Hanya kerana gurauan Ai? Itra semakin sensitif? Bukankah kita berjanji untuk bertolak ansur
hingga Ai selesai? Itra dah tak sanggup
berahsia? Itra nak hubungan kita….”
“
Ai….” Syazmy memotong kata-kata
Khairil itu. Tak sanggup rasanya
mendengar apa-apa perkataan yang membunuh jiwanya. Dia tahu detiknya semakin hampir. Khairil akan melafazkannya namun dia tak mahu
melepaskan Khairil. Hatinya terlalu
degil.
“ Ai
dah fikirkannya.. mungkin kita patut akhiri hubungan sia-sia ni..” Sia-sia?
Mengapa sekarang baru terasa sia-sia?
Sebelum ini, segalanya manis belaka namun semenjak nama Leya wujud,
mereka seolah tidak lagi sehaluan.
Banyak perkara yang bercanggah.
Mengapa? Syazmy masih
membisu. Cuma hatinya yang
berperang. Matanya masih menatap redup
sinar mata Khairil.
“
Hubungan kita hanya setakat ini…”
Ada airmata yang jatuh ke pipi Khairil.
Syazmy mengetap bibir dan terduduk di atas lantai. Khairil melangkah pergi dan mata Syazmy masih
melekat pada susuk tubuh itu sehingga daun pintu itu tertutup sendiri. Dan detik itu menyaksikan sebuah perhubungan
yang terputus.
MATA Syazmy meliar ke kiri dan ke kanan. Sekejap bersandar, sekejap berdiri. Menanti dengan harapan, lelaki itu akan
datang. Passport yang dipegang itu
dikibas berkali-kali. Hatinya terus
dipagut bimbang. Loket pemberian Khairil
itu digenggam. Dia mahu melihat wajah
Khairil. Dia mahu melihat kesungguhan di
mata itu. Perkara yang terjadi semalam
mungkin satu kesilapan.
“ Yamy
cari apa?” Mama memegang jemari
Syazmy. Syazmy tersenyum.
“
Abang tak datang ke, ma? Dia tak
say goodbye kat Yamy pun..”
“ Eh..
pagi tadi, abang tak ketuk bilik Yamy?
Awal pagi lagi abang dah sampai.
Katanya, dia ada kelas, jadi tak dapat hantar kita. Mama ingat abang say goodbye kat Yamy?” Syazmy menelan pahit liurnya. Loket itu ditarik dan disimpan terus ke dalam
poket.
“
Takpelah, Yamy. Sampai nanti,
kita call abang ok? Don’t worry..” Mama menarik lembut lengan Syazmy. Papa memeluk bahu Syazmy dan mereka bertiga
melangkah ke balai berlepas. Ada airmata
yang mengalir laju. ‘Selamat Tinggal,
Ai. Itra faham, Ai..’ Hati Syazmy berbicara sendiri. Namun, dia terasa yang Khairil berada di
dalam lapangan terbang itu. Memerhatikan
langkahnya hingga langkah menghilang.
Khairil berdiri di tepi tiang bulat yang besar. Memerhatikan Syazmy. ‘Maafkan Ai, Itra. Itra masih suri hati Ai.’ Selepas pengumuman penerbangan ke Malaysia,
Khairil mengatur langkah longlai.
Bagaimana dia mahu menghabiskan lebih kurang dua tahun lagi tanpa sokongan
Syazmy lagi?
SEKEMBALINYA Syazmy ke Malaysia, dia diserang
demam panas hingga dimasukkan ke hospital.
Kekecewaan yang ditanggungnya teramat pahit. Memandang wajah-wajah sayu mama dan papa yang
berulang alik ke hospital menemaninya membuatkan Syazmy kembali sedar. Dia masih ada tanggungjawab pada keluarga
meskipun hubungannya dengan Khairil telahpun berakhir.
“
Honey? Feel better today?” Sapaan mama itu menyuntik semangat ada
Syazmy. Lantas sebuah senyuman dihulur
bersama anggukkan. Puan Rubiah menarik
nafas lega. Ada perubahan.
“ Papa
mana mama?” Lesu suara gadis itu. Tubuhnya tersangat lemah dan kalau boleh, dia
tidak mahu bangun langsung. Dia mahu
berbaring sepanjang masa namun kerana risaukan mama dan papa, dia harus
kuat.
“ Papa park kereta tadi. Papa cuti seminggu semata-mata anak gadisnya
sakit..” Mama tersenyum sambil mengusap
kepala Syazmy penuh kasih.
“
Sorry mama. Yamy tak patut sakit
kan? Yamy dah banyak susahkan mama dan
papa.. so sorry..”
“ Yamy.. kenapa cakap macam tu?” Wajah papa muncul. Syazmy memandang sayu.
“
Papa..”
“ Yamy
macam dah tak sayangkan kami. Kami kan
keluarga Yamy? Susah senang kita
bersama. Kalau Yamy ada masalah, Yamy
boleh berkongsi dengan kami. Yamy ada
masalah ke?” Pertanyaan itu dijawab
dengan gelengan perlahan. Airmata Syazmy
menitis laju. Kehilangan Khairil bukan
beerti dunia ini terhenti. Masih ada
yang menyayanginya.
“ Ma,
jangan cakap dengan abang yang Yamy demam sampai masuk hospital..
please..” Syazmy merayu dan menanam
tekad bahawa hatinya harus percaya yang kasih sayang Khairil telah mati dan
beralih arah. Mulai saat itu, nama
Khairil harus dikikis.
“
Kenapa? Yamy bergaduh dengan
abang ke?” Mama menduga hati anak
gadisnya itu. Syazmy menggeleng.
“
Bukan bergaduh. Tak nak abang risau
tak tentu pasal. Yamy rasa, Yamy demam
sebab perubahan cuaca. Dah lama tak
melawat sana, bila sampai, badan Yamy terkejut agaknya..” Syazmy cuba bergurau. Mama dan papa bertukar senyum dan menggeleng
mendengar penjelasan itu.
HARI yang berganti bulan berlalu kian
sepi. Terasa Syazmy semakin murung. Sambutan hari lahirnya kali ini tidak mahu
diraikan seperti tahun-tahun lepas.
Syazmy seperti kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam hidupnya
namun tidak dapat dibaca oleh Puan Rubiah.
Cuma, hatinya terdetik, sejak pulang dari menjenguk Khairil beberapa
bulan lepas, Syazmy mulai parah. Jatuh
sakit dan berubah laku. Apakah yang
terjadi antara mereka? Malah, pada hari
lahir Syazmy, Khairil tidak lagi menjadi pemanggil pertama yang setia
mengucapkan ucapan keramat kelahiran Syazmy.
Seolah jurang besar sedang terbina antara mereka.
“ SELAMAT
hari jadi.. Selamat hari jadi.. selamat hari jadi Syazmy.. selamat hari
jadi!!” Ayu menyanyikan lagu hari lahir
untuk Syazmy. Sejak dia mengetahui kisah
pedih Syazmy dan Khairil, dia selalu menemani Syazmy. Syazmy kelihatan sangat lemah. Selepas dia dikeluarkan dari hospital, dia
terus bersedih. Ayu mengeluh perlahan
melihat senyuman tawar Syazmy. Bungkusan
hadiah yang dihulurkan oleh Ayu dibuka perlahan.
“
How’s your feeling now?” Ayu
bersuara. Syazmy hanya membisu. Tangannya masih membuka lipatan balutan
hadiah dari Ayu. Namun, ketika itu, ada
airmata menitis. Ayu menarik nafas. Syazmy terus memeluk Ayu. Dia teresak-esak.
“
Sabar, Yamy. Life must go
on. He’s not yours anymore. Jangan terlalu ikutkan rasa sakit itu.”
“ Aku
dah cuba. Peritnya hanya ALLAH yang
tahu. Sakitnya tak tertanggung. Dan dia tak ucap apa-apa pun untuk hari jadi
aku ni..”
“
Biarlah dia mencari diri dia di sana.
Kau kena bina hidup kau di sini..”
“ Aku
lemah sangat, Yu. Dia adalah setiap nadi
yang berdenyut. Dialah semangat yang aku
bakar selama ni..”
“
Banyakkan bersabar. Aku faham
keadaan kau. Aku pun pernah lalui saat
sukar macam kau ni..” Kata-kata Ayu itu
membuatkan dia berpaling pada Ayu. Ayu
mengesat airmata Syazmy yang mengalir.
Dia mengangguk perlahan. Ayu
bersuara. Bercerita tentang kisah
sedihnya pula. Pahit dan kesakitannya
yang kini Syazmy rasai. Syazmy bersandar
di bahu Ayu dan tekun mendengar.
Sesekali, airmatanya luruh.
Merasai setiap kesakitan yang Ayu lalui dahulu.
KHAIRIL bersandar memandang telefon
bimbitnya. Beberapa kali dia cuba
menekan nombor telefon Syazmy namun kekuatannya makin menipis. Sekuat mana dia cuba melawan, sekuat itu juga
perasaan bersalahnya menjalar. Tidak
sanggup dia untuk membiarkan hari lahir Syazmy berlalu tanpa ucapan darinya
namun adakah wajar dia menghubungi Syazmy setelah hati gadis itu
dilukainya? Mengapa tidak dia berfikir
panjang sebelum memutuskan hubungan kasih mereka yang lama terbina? Masa semakin berlalu dan Khairil masih kaku
memandang skrin telefonnya.
SYAZMY memeluk kedua-dua lututnya. Sesungguhnya, dia masih mengharap ada berita
dari seberang laut yang ingin memulihkan hubungan yang terputus sebagai hadiah
hari lahir yang paling bermakna. Skrin
telefon bimbitnya diperhatikan tanpa mengelipkan matanya. Takut dia terlepas untuk menjawab panggilan
dari jauh. Jauh antara benua. Bilik itu hanya diterangi dengan lampu tidur
di sisi katilnya. Jam di dinding
biliknya telah menunjukkan pukul 5 pagi..
matanya mulai layu.. Harapannya
hanya tinggal harapan.
AWAL pagi, matanya terbuka. Menatap skrin telefon yang masih dipegangnya
sejak malam tadi. Tiada panggilan dari
seberang laut. Syazmy mengeluh
berat. Airmatanya mengalir laju. Dia lantas bangun dan membuka tingkap
biliknya. Angin pagi yang menderu masuk
seolah menyapanya. Syazmy melepaskan
keluhan dan melangkah ke bilik air.
Hatinya tekad untuk terus membuang Khairil seperti mana Khairil
melupakannya. Dia tidak harus bersedih
lagi. Beberapa bulan lalu, dia akui, dia
juga mungkin tersilap perhitungan.
Lantas, dia membuat keputusan untuk menanti Khairil di hari
lahirnya. Mungkin ketika itu, keadaan
reda dan Khairil akan kembali padanya.
Dan.. hari ini, detik itu sampai setelah 5 bulan lalu, Khairil
memutuskan hubungan mereka. Jelas
sekali, memang Khairil menginginkan perpisahan dan kenapa harus dia menanti
lagi? Khairil sudah pun
membuangnya…
DERINGAN telefon yang menjerit minta diangkat
itu tidak dipedulikan oleh Syazmy. Mama
berlari mengejar panggilan itu. Selain
teman-teman perniagaan papa dan teman sepersatuan dengan mama, hanya KHAIRIL
yang akan memanggil di waktu-waktu begitu.
Nafas yang ditarik oleh Syazmy terasa makin berat. Gelak tawa dan suara ceria mama dan papa
telah memberi gambaran tentang pemanggilnya.
“
Yamy…Yamy…Yamy..” Suara mama
memanggil itu membuatkan Syazmy menutup lampu tidurnya. Lantas Syazmy merebahkan tubuhnya yang
longlai. Menarik selimut dan menutup
mata. Ketukan lembut di pintu biliknya
dibiarkan. Sebentar kemudian terdengar
daun pintunya dibuka.
“
Ril.. Yamy dah tidur tu. Tak
sanggup pulak mama nak kejutkan. Nampak
lena pulak tu. Ril call lain kali
ye? Ataupun nanti, mama suruh Yamy
return call. Okay? Lagipun esok Yamy dah ada class
pagi-pagi..” Kedengaran suara mama makin
sayup dan daun pintu ditutup. Syazmy
mengeluh lega. Berjaya melepaskan diri
dari mendengar suara Khairil. Lantas
mata itu ditutup. Hatinya memujuk agar
segera lena…
“
Cepatnya si manja mama tu tidur?”
Jelas sekali suara Khairil kecewa.
Dia tahu, Syazmy mencari alasan untuk tidak bercakap dengannya. Tiga bulan telah berlalu selepas hari lahir
Syazmy yang ke 20. Satu email pun tidak
berbalas. Setiap sms yang dikirim hanya
sepi dari balasan. Panggilan ke telefon
bimbit Syazmy tidak pernah berangkat.
Talian masih ada tetapi tiada jawapan.
Khairil mengutuk dirinya. Syazmy
sepi kerana segalanya telah diakhiri.
“ Penat
sangat kot. Tak sihat lagi agaknya tapi
dia selalu balik lambat dari kuliah..”
“
Balik lambat? Yamy tak
sihat? Kenapa?” Ada getar kerisauan beralun dari suara
itu. Jantungnya bagaikan terhenti
mendengar berita itu. Syazmy jatuh
sakit? Mengapa?
“ Ril
tahu, Yamy sekarang dah aktif main badminton dan go-kart tau. Dia jarang-jarang ada kat rumah. Kesihatan pun tak berapa bagus. Dah lama dah dia macam ni. Kalau tak silap mama, sejak balik dari jenguk
Ril dulu.. dia jarang jaga kesihatan
dia. Sibuk sangat. Makan tak menentu. Ril takde call dia ke masa birthday dia
dulu?”
“
Oho.. Ril ada hal masa tu. Memang
tak dapat elak. Tapi Ril dah hantar MMS
kat dia..” Perlahan jawapan diatur. Betapa dia sedang berbohong pada mamanya dan
paling teruk sekali, dia berbohong pada dirinya sendiri. Khairil menahan sakit di dalam hatinya.
“
Macam tu ke? At least, Ril dah
ucap kat dia. Mama tak nak dia rasa
disisih. Mama tak tahu kat mana
silapnya.. Yamy semakin berubah. Jarang bergurau sejak sihat dari demam. Dua minggu terlantar. Masa tu, macam nak tercabut nyawa mama dengan
papa..” Puan Rubiah mengeluh berat. Dia secara tak sengaja membuka rahsia
Syazmy.
“
Sejak bila pulak?” Suara Khairil
agak terkejut. Betullah Syazmy sakit??
“
Sejak balik dari bercuti hari tu.. lama jugak dia demam. Sampai masuk hospital. Katanya, tahun akhir ni, dia nak aktif. Mama kesian jugak. Macam menyeksa diri pulak tapi dia kata, dia
boleh. Nak buat macam mana. Kamu bukannya tak kenal adik kamu tu. Degilnya, kalah degil kamu.. entahlah..” Keluhan mama itu didengar tekun. Syazmy sudah berubah. Patutlah dia tidak ber‘chatting’ lagi. Email tidak berbalas. Dia sudah menjauhkan dirinya. Ada sebuah luka yang sedang berdarah di dalam
hatinya. Khairil menarik nafas
berat. Sesal mengejarnya.
“ Mama
kirimkan salam sayang Ril pada Yamy ye?
Suruh dia return call tau?”
Permintaan itu memang mustahil untuk Syazmy tunaikan namun menyimpan
harapan tidak salah rasanya.
“
Yelah.. Insya-Allah. Jaga
diri.” Khairil mengakhirkan panggilan
itu. Perit saat yang sedang dilalui
ini. Loket yang Syazmy hadiahkan itu
digenggam erat. Menyalurkan maaf dan
kerinduannya pada Syazmy di angin lalu.
NAMUN setahun telah berlalu, sepatah kata pun
tidak dapat didengarinya dari alunan suara si manja Syazmy. Gadis itu memang pandai mencipta suasana
mengelak. Khairil mengeluh. Berdoa agar dia dapat segera pulang. Luka yang sedang menjalar semakin parah.
“
MORNING mama..papa..” Syazmy
mengukir segaris senyum. Pagi suram itu
telah setahun berlalu. Kelukaan yang
begitu sukar untuk disembuhkan.
“
Morning honey.. come.. have your
breakfast first..” Syazmy menarik kerusi
di depan mamanya. Tangannya mencapai
secawan kopi yang dihulur oleh mamanya.
“
Thanks..” Syazmy tersenyum
manis.
“
You’re welcome.. semalam.. Yamy
tidur pukul berapa?” Hati Syazmy
berdetak kencang dengan pertanyaan itu.
Papa turut mengangkat wajahnya menanti jawapan.
“
Kenapa mama? Entahlah.. Yamy tak
perasan pulak pukul berapa. Ada hal
penting ke?”
“
Abang call lagi semalam. Dia
tunggu lama sangat nak cakap dengan Yamy.”
Bagaikan terhenti denyutan nadinya mendengar kata-kata mama itu. Bukankah segala-galanya telah tamat? Untuk apa lagi? Hatinya berperang.
“
Abang??!! Ala.. kenapa mama tak kejut Yamy? Dah lama jugak Yamy tak bercakap dengan
abang. Dengan aktiviti Yamy sekarang..
tak dapat nak jawab panggilan dia macam dulu-dulu.. mama ni..” Syazmy mencebik. Menunjukkan wajah kecewa dan reaksi biasanya
ketika Khairil menghubunginya tahun-tahun yang lalu. Walaupun terasa janggal namun dia harus
berpura-pura. Mama dan papa berbalas
senyum ketika itu. Lakonannya
berjaya. Fuh…
“ Yamy
dah tidur. Takkan mama nak kejut? Abang mintak Yamy return call.. call la
sekejap, Yamy..” Suruhan mama itu begitu
berat dituruti. Papa turut mengangguk
menyokong usul mama itu.
“
Balik dari kuliah nanti la, mama.. kang terlambat pulak Yamy sampai
kelas.. lagipun, sekarang ni entah-entah abang tengah lena dibuai mimpi..”
“
Hmmphh.. Yamy bukannya tak faham dengan abang tu. Selagi dia tak dengar suara manja adiknya
nie, mana lena tidur dia? Kalaulah dia
kahwin nanti, entah macam mana pulak..”
Mama mengeluh dalam nada gurauan.
“
Silap-silap kita kahwinkan je Yamy dengan abangnya. Lagi senang…”
Papa bersuara. Hampir tercekik
Syazmy mendengar usul papanya itu.
Adakah papa dapat membaca apa yang sedang dilaluinya sekarang? Mama ketawa riang.
“
Betul jugak tu, abang. Kita tak
hilang Yamy, Ril pun stay terus dengan kita..”
Mama menambah rencah bicara.
“
Huh..kalau dengan abang? Hiyeeeeeeee… tak maulah!!” Syazmy mencebik. Kalau dia masih berkasih dengan Khairil,
pasti restu inilah yang dipinta namun kini semuanya telah berkubur. Berkubur bersama ingatan dan kerinduannya
pada Khairil.
“
Oklah, ma..pa.. Yamy nak pergi kelas ni.
Hari ni macam biasalah. Malam
sikit baru Yamy balik. Ada latihan
badminton dan kalau Yamy menang, Yamy mesti balik lambat. Okay?”
Syazmy mencapai beg sandangnya. Dia meneguk kopi yang dibancuh oleh mama
sedikit dan bersalaman dengan mama dan papanya.
Tangannya turut mencapai kunci kereta Kembara yang papa hadiahkan untuk
hari lahirnya yang ke 21.
“
Yamy.. jangan balik lambat sangat, sayang.. Mama sunyi sekarang. Ril di luar negara, papa sibuk dengan urusan
perniagaan dan Yamy pulak sekarang dah ada agenda sendiri.” Syazmy terhenti mendengar luahan mama. Dia dan papa saling berbalas pandang.
“
Okaylah, ma. Yamy cuba balik
cepat. Sorry..” Syazmy mengatur langkah ke kampus.
HARI yang berlalu seakan pudar warna
cerianya. Pada Khairil mahupun
Syazmy. Kedua-duanya mengalami tekanan
yang sama. Langkah demi langkah yang diatur
dikira perlahan. Syazmy tunduk. Lemah longlai tubuhnya. Matanya melirik pada jam di tangannya. Petang rupanya? Ops.. petang ni ada latihan badminton.. bisik
hati Syazmy mengingatkan dirinya.
Sejak kecewa, Syazmy
lebih suka menghabiskan masa di luar selepas waktu kampus. Pelbagai aktiviti dilakukannya. Go-kart ataupun badminton. Kadang kala dia keluar mengambil angin di
taman rekreasi yang berlainan. Dengan
cara itu, banyak perkara dapat dilupakan.
Berada dalam rumah
seolah berada di dalam sangkar yang penuh kenangan. Mahu dipadamkan kenangan itu, terlalu sukar
kerana jiwa dan dirinya ada bersama kenangan itu. Hari malam akan dihabiskan dengan cepat. Tiada lagi komputer dan telefon dalam hidup
hariannya. Begitu ketara sekali
perubahan yang terpaksa ditempuh. Sedang
enak memikirkan dirinya, sesusuk tubuh berlaga dengannya. Syazmy mengangkat kepalanya. Mencari wajah yang melanggarnya.
“
Ops.. sorry…” Syazmy ternganga
memandang wajah itu. Agak biasa pada
matanya tetapi mulutnya terkunci untuk bersuara.
“
Yamy???” Lelaki itu
bersuara. Akhirnya sebuah perlanggaran
menjadikan sebuah pertemuan semula Syazmy dengan Amar.
“
Amar???” Ya.. kepalanya
menerawang mengingati lelaki yang pernah menghabiskan seluruh malam
bersamanya. Berbual dan bercerita. Lelaki yang mengundang kemarahan pada Khairil
semasa bercuti di Cameron Highland dahulu.
Ah..mengapa nama itu masih diingatinya?
Kenangan bersama Khairil memang sukar dikikis meskipun setahun telah
berlalu.
“ Apa
Yamy buat kat sini?” Amar menghulurkan
salam. Senyuman masih terukir.
“ Yamy
study kat sini. This is my last
semester!!”
“ Oh yea?!! Amazing!!
Amar pun study sini tapi dah jadi ex-student la but datang hari ni sebab
nak jumpa lecturer sekejap.. Senior tahun lepas la...”
“
Aik? Dah setahun jadi
senior? And.. how come I don’t know you
were studying here?” Pertanyaan Syazmy dijawab
dengan tawanya. Dia memang ada daya
penarik yang tersendiri.
“
High-tea with me?” Ajakan Amar
itu dijawab dengan sebuah senyuman.
“
Tapi.. hari ni Yamy ada latihan badminton!!”
“
Ala.. esok pun boleh kan? Esok,
Amar temankan Yamy.. can I?”
“ Of
course!!!” Mereka mengatur langkah
seiringan. Syazmy mencapai telefon
bimbitnya dan membatalkan latihan badminton.
Nasib baik sempat dibatalkan.
Jika tidak, pasti Ayu mengamuk.
Syazmy tersenyum namum mengekori langkah Amar.
“ MA…”
Syazmy menghenyak tubuhnya di sebelah mama yang sedang membelek
majalah.
“ Ya,
sayang….” Puan Rubiah meletakkan majalah
itu untuk menumpukan perhatian pada Syazmy.
Entah mengapa, sinaran mata itu sayu pada pandangan mata seorang
ibu. Gadis itu seolah sedang berperang
hebat dengan dirinya sendiri.
“ Yamy
ada cerita best..” Syazmy mengukir
senyum.
“ Oh
ye? Cerita apa yang best tu?”
“ Mama
ingat tak lelaki yang pernah langgar Yamy masa kita dinner dengan Auntie Ana
dekat Cameron Highland dulu?” Syazmy
nampak teruja. Dah lama sangat Puan
Rubiah merindukan saat-saat Syazmy kembali seperti Syazmy yang dahulu. Syazmy yang suka bercerita, yang suka
merajuk, yang suka mengusik..
“
Budak mana nie?” Puan Rubiah cuba
menduga ingatannya terhadap wajah lelaki yang dibayangkan oleh Syazmy.
“
Ala.. yang sambut Yamy masa Yamy nak terjatuh masa nak keluar ambil
angin.. sementara tunggu Uncle Amir la..
mama ingat tak? Budak yang gentlemen
tulah.. ingat tak, ma?”
“ Mama
ingat-ingat lupa la..”
“ Ala…” Syazmy mengeluh sedikit.
“
Takpelah.. apa ceritanya?” Puan
Rubiah mengembalikan Syazmy kepada cerita asalnya.
“ Dia
senior Yamy, ma!! Baru jumpa tadi dan
Yamy ponteng latihan badminton sebab dia ajak minum petang tadi..”
“
Ops.. patutlah anak mama ni balik cepat ye? Yamy, nanti.. bawaklah budak tu datang. Siapa namanya?”
“
Siapa?” Syazmy memandang mamanya
untuk meminta kepastian.
“ Ala..
budak tu la..” Puan Rubiah mengerutkan
wajahnya meminta Syazmy mengerti. Syazmy
tersenyum lagi.
“
Budak mana, ma?” Melihat wajah
mama yang besungguh-sungguh, timbul keinginan untuk mengusik mamanya.
“
Alaa.. yang Yamy cakap tadi..”
“ Yang
Yamy cakap tadi?” Puan Rubiah mula
ketawa ketika Syazmy tersenyum dan menahan gelak dengan tangannya.
“ Yamy
sengaja nak usik mama!!!” Syazmy ketawa
seiring dengan tawa Puan Rubiah. Teratak
itu kembali terjaga. Keriangan telah
kembali menyuntik.
“
Amar.. nama dia Amar. Nanti bila
senang-senang, Yamy bawak dia ke sini..
Oklah, ma. Yamy nak naik mandi. Penat ni..”
Syazmy bangun sambil menghadiahkan ciuman kasih di pipi mama. Puan Rubiah mengangguk memberi keizinan.
“
Bawak tau nanti, Yamy. Mama nak
tengok siapa yang kembalikan anak mama kepada Yamy yang asal..” Syazmy mengukir segaris senyum. Puan Rubiah memandang Syazmy dengan sinar
ceria. Dia mahu Syazmy mengerti yang
hati tuanya terlalu merindui gelak tawa anak gadisnya itu.
SYAZMY membuka sebuah kotak kecil. Telefon bimbit itu ditarik keluar. 101 missed call. Masih nombor yang sama. 22 messages received. Masih dari pengirim yang sama. Baca atau tidak, sama sahaja. Impian mereka berdua telah terkubur. Telah lama musnah. Kenangan kembali mengejarnya. Loket yang Khairil hadiahkan itu,
digenggam. Menyalurkan semangat kepada
diri sendiri. Menyalurkan rasa sayang
yang tidak terkikis olehnya.
Setiap detik yang
berlalu, dia masih di dalam sangkar kenangan.
Senyuman Khairil.. gelak tawanya dan perbuatannya. Segala-galanya menari-nari di sekelilingnya. Seminit yang berlalu bagaikan setahun. Bayangkan detik setahun yang dilaluinya jika
seminit itu bagaikan setahun. Penuh
keperitan dan menyeksakan. Jarak langsung
tidak membantunya. Bagaimana pula jika
Khairil kembali selepas ini? Pastinya
lebih menyukarkannya. Apapun yang bakal
berlaku, tetap terpaksa dilaluinya. Dia
cuma perlu lebih bersedia. Airmatanya
mengalir lesu. Selesu dirinya menghalau
kenangan demi kenangan yang menggamitnya untuk mengingati kemanisan hubungan
cintanya yang sudah berakhir.
Syazmy
bersandar ke dinding. Leya pun jarang
dapat ditemui tapi melalui kata-kata mama, Leya agak selalu menghabiskan masa
berbual bersama mama. Cuma Syazmy
sengaja mencari alasan untuk tidak berjumpa dan berbual Leya. Kesibukkannya memang menjadi penghalang
pertemuannya dengan Leya. Kadang-kala
Leya menelefon mengatakannya sombong.
Katalah apa yang mahu dikatakan.
Setelah apa yang
berlaku, payah untuk dia bermesra dengan Leya seperti dahulu. Mungkin benar, Leya tidak bersalah kerana dia
tidak tahu perhubungan rahsianya dengan Khairil tetapi hatinya seolah kembali
terluka bila melihat kebaikan Leya.
Walaupun, dia tahu Leya tidak bersalah, dia lebih rela jika mereka tidak
berkahwin. Jika Khairil dan Leya
bersatu, bermakna kegagalan hubungannya dengan Khairil adalah kerana kelalaian
sikapnya sendiri. Sanggupkah dia
menghabiskan setiap detik dengan aman jika matanya melihat kemesraan Khairil
dan Leya di hadapan matanya sendiri?
Ketukan
lembut dari luar itu membuatkan Syazmy agak kelam kabut mengemas ‘bahan bukti’ cinta
sayangnya pada Khairil.
“
Yamy.. mama ni. Boleh mama
masuk?”
“
Kejap ma, Yamy datang bukakan pintu.
Kejap ye?” Selesai menyembunyikan
bahan bukti dari hiduan mama, Yamy membuka pintu biliknya dan membenarkan mama
masuk.
“
Kenapa bilik Yamy terasa suram je?”
Pertanyaan mama itu dibiarkan sepi.
Memang begitulah keadaan biliknya sejak setahun lalu. Dahulu, padanya, suram itu kesedihan yang
tidak berpenghujung dan kini dia memikul kata-katanya sendiri. Mama duduk di birai katil. Mama tersenyum. Seolah memujuk gayanya.
“ Yamy
ada masalah ke?” Pertanyaan itu
mengundang tawa pada Syazmy. Dia memeluk
bahu mamanya. Terasa dilindungi ketika
memeluk mama.
“
Kenapa mama tanya macam nie? Yamy
nampak macam ada masalah ke?”
“
Entahlah Yamy. Mama pun tak tahu
kenapa.. yang mama tahu, kita pun dah
jarang makan sama. Yamy selalu
mengelak. Panggilan abang pun Yamy dah
tak nak jawab. Mama tak tahu punca
perkara ni terjadi tapi mama perasan semua tu berlaku sejak kita balik dari
bercuti jumpa abang. Yamy berubah
200%. Mama dan papa rindukan Yamy yang
riang dan suka tersenyum. Semakin hari,
Yamy semakin jauh.. kenapa? Ada yang Yamy kecil hati dengan kami?”
“
Mama.. kenapa sedih-sedih nie?
Yamy masih Yamy yang dulu.
Mungkin Yamy berubah sedikit kerana Yamy sedar..taraf Yamy dalam
keluarga mama..” Kata-kata Syazmy itu
menyentak perasaan. Mama berpaling. Mencari makna tersembunyi di dalam mata
Syazmy.
“
Kenapa cakap macam tu? Yamy anak
mama. Anak papa. Jangan ungkit perkara-perkara lepas. Semua yang kami ada juga untuk kita sama-sama
kongsi.. mama rasa sebab Yamy dah lama sangat tak bercuti.. kita bercuti
nak? Ke tempat abang. Tahun lepas kita tak pergi pun sebab Yamy
kata Yamy ada camping. Tahun ni kan
tahun akhir abang? Kita pergi nak?” Usul mama itu membuatkan lidahnya kelu. Kata-kata tersekat di kerongkong. Kepalanya berputar mencari jawapan negatif
tetapi tidak mengecilkan hati mama.
“ Ma..
tahun ni kan abang dah habis? Yamy tak
pergi pun takpe. Nanti abang balik,
boleh Yamy buli dia balik!! But.. kalau
tak ada apa-apa, I will agree.
Okay? Lambat lagi kan kita nak
pergi? Yamy baru hantar resume dekat
banyak tempat ni. Mama doakan rezeki Yamy
ok?”
“
Okay.. mama selalu doakan Yamy.
Yamy tak nak telefon abang? Minta
dia doa Yamy dapat kerja cepat..” Mama
seolah cuba mencari sebab kerenggangan mereka.
“
Okay.. Yamy akan call abang.
Cakap lama-lama. Minta dia doakan
Yamy. Okay? Jangan risau sangat ma.. mungkin sebab Yamy
dan abang dah lama tak spend time together, so kami agak jauh. Tapi tengoklah bila abang balik sini. Everything akan pulih semula..” Syazmy memberi janji kosong pada hati seorang
ibu. Dia tak mahu mama terus-terusan
menyangka yang bukan-bukan. Mama
mengangguk tanda dia puas hati dengan kata-kata itu. Syazmy menghela nafas lega.
AYU menarik kerusi untuk duduk. Syazmy tersenyum di hadapannya. Sejak tamat pengajian, masa mereka untuk
bersama agak terhad. Masing-masing mula
ingin mencari dunia pekerjaan sendiri.
Semuanya semakin menjauh namun mereka masih berusaha untuk menghabiskan
masa berdua.
“ Lama
tak dengar cerita?” Ayu tersenyum manis
memulakan bicara. Syazmy tampak sedikit
segar walaupun dia masih tampak tidak bersemangat. Detik-detik yang berlalu akan mengubati kelukaan
hatinya.
“ Aku
ada cerita jugak.. cerita tentang
seseorang..”
“
Siapa?” Ayu agak teruja.
“
Ingat tak dulu aku ada cerita pasal sorang lelaki yang tegur aku masa
kat Cameron Highlands dulu?”
“
Ingat-ingat lupa la..” Ayu
berkerut memikirkan tentang lelaki yang diceritakan itu. Syazmy memegang jemari Ayu sambil tersenyum
gembira.
“ Dia
senior kita la.. ex senior la. Ish.. rupa dia sekarang, boleh tahan jugak
la.. mau tergoda jugak aku..”
“
Amboi.. tergoda ye? Nak juga
kenal. Mana tahu, aku pun boleh
tergoda.”
“ Eh..
mana boleh!! Aku baru nak mulakan hidup
aku balik..”
“ Ye
ke? Lamanya kau nak bina?”
“
Close the story about that! Aku
nak cerita yang best-best saje hari ni..”
“ Aku
ada perkara nak kongsi jugak..”
“
Apa?!” Syazmy hampir menjerit
gembira. Dia seolah dapat mengangak yang
wujudnya seorang lelaki di dalam hidup Ayu kali ni kerana Ayu seperti
bersembunyi untuk bercerita.
“ Tak
jadilah nak cerita..” Ayu mengusik.
“ Ala…
cerita jugak…” Syazmy mendesak.
“ Aku
dah nak bertunang.. Jadi, aku nak minta
pendapat kau tentang dia.”
“ Haaaa..
dengan siapa? Kau ni dah nak bertunang
baru minta pendapat aku..”
“ My..
aku belum bertunang lagi dengan dia.. Dia budak sekolah lama aku. Kitorang jumpa masa wed member dia. Kebetulan la..”
“ Kebetulan
yang indah ni... Hmmm.. Bila kau nak kenalkan dengan aku?” Syazmy tersengih-sengih.
“
Bila-bila kau free la..” Ayu
ketawa lembut. Syazmy selalu
mengusiknya. Kerana itulah persahabatan
mereka masih utuh hingga kini.
“
Okay. You set the time. Lepas tu, aku kenalkan Amar pada kau. Deal?”
“
Deal!!” Syazmy dan Ayu melagakan
ibu jari mereka tanda persetujuan dicapai.
“ Kau
dengan Khairil dah okay ke?” Ayu mula
bersuara. Dia tahu betapa dalamnya kasih
sayang yang Syazmy pupuk buat lelaki itu.
Sehingga Syazmy tidak mudah untuk bangun sendiri. Semangatnya patah tanpa dapat terbang
semula. Kesakitannya lebih parah kerana
hubungan kekasih yang terputus masih menjalinkan hubungan adik beradik sesama
sendiri.
“ Macam
biasa je..” jawab Syazmy acuh tak
acuh.
“
Maksudnya? Dah berbaik atau masih
macam dulu?” Ayu menyoal. Dia tahu bukan senang keadaan Syazmy
sekarang. Kiri dan kanan
menghimpitnya.
“
Macam biasa selepas perpisahan kami.
Segalanya semakin susah. Aku
boleh tahan dengan keadaan sekarang tapi sampai bila? Dia akan balik dan menetap di sini. Bersama aku, mama dan papa semula lepas ni. Nak lari ke mana lagi?” Syazmy mengalihkan pandangannya. Matanya meliar ke arah luar kedai minum
itu. Jus oren itu disisip perlahan. Sejuk yang melalui rongga tekak tidak dapat
menyejukkan hatinya malah tidak mampu membuatkan resahnya berkurangan.
“ Sebab
tu kena pasang boyfriend baru…” Syazmy
hanya tersenyum tipis. Sekadar
menyedapkan perasaan sendiri. Lain dari
itu, dia terasa ingin lari dari semua masalah yang melanda. Ayu hanya mencebik.
No comments:
Post a Comment