Monday, 7 October 2013

:::Biarkan Aku Sendiri:::


Sembilan


KHAIRIL bagaikan orang gila.  Seksa rasanya berhadapan dengan persediaan Syazmy untuk berumahtangga.  Melihat senyuman Amar bagaikan melihat keruntuhan cintanya pada Syazmy.  Amar semakin hampir memiliki Syazmy.  Sedangkan dia masih menanti Syazmy kembali. 
  Yamy.. abang ada hal nak cakap..”  Khairil menarik lengan Syazmy perlahan ketika gadis itu ingin menuruni anak tangga. 
  Eh.. abang..Hmm.. ada hal apa?”  Syazmy memegang baju pengantin yang baru dicubanya.  Amar masih berada di ruang tamu. 
  Abang.. abang nak minta maaf.. atas semua perkara yang menyakitkan hati Yamy.. selama ni.. minta maaf banyak-banyak..”  Khairil menuturkan ucapan maaf dengan suara yang perlahan dan tersekat-sekat.  Hati Syazmy sedikit sendu mendengar ucapan itu. 
  Abang.. bukan salah abang.. mungkin kita tak ada jodoh berdua tapi percayalah.. abang orang pertama yang Yamy sayang sepenuh hati.. Terima kasih atas semua kenangan terindah dalam hidup Yamy..”  Khairil memeluk tubuh Syazmy.  Betapa dia merindui saat untuk memeluk dan membelai gadis itu sebagai seorang kekasih.  Pelukan Khairil makin erat.  Syazmy seakan lalai dengan pelukan nyaman itu hingga kedengaran suara batuk sedang menghampiri mereka.  Pelukan Khairil terus melerai.  Dan tiba-tiba Amar muncul..

  YAMY.. kenapa lama?”  Amar merenung mata Syazmy dan memandang Khairil dan Syazmy bersilih ganti.  Seolah-olah sedang cuba memahami keadaan mereka berdua itu. 
  Ops.. ada traffic light ke Yamy?”  Amar menyindir secara halus namun kata-kata itu ditujukan buat Khairil. 
  Amar.. janganlah macam ni.. Yamy terlambat sikit je..”  Syazmy menarik lengan Amar.  Dia ingin melarikan mereka berdua dari sama-sama bertikam lidah. 
  Puas Mar tunggu tau.. orang dah siap-siap nak tengok dia fitting baju, alih-alih dia kat sini duk melayan abang dia.. panas tau..”  Amar membebel.  Dia tidak marah namun nadanya jelas menunjukkan dia tidak menyukai situasi itu. 
  Encik Amar sayang.. Yamy baru lambat sikit.. macam mana nak kahwin macam ni?  Tunggu lama sikit pun dah bising.. Amar ni patut kerja dekat konti radio kalau tengah marah sebab Amar sangat suka membebel...”  Mendengar Syazmy berbicara, Amar tersenyum.  Syazmy pandai mengalihkan topik perbualan mereka.  Dia tahu macam mana untuk berurusan dengan Amar ketika lelaki itu sedang marah.  Syazmy segera mengisyaratkan agar Khairil berlalu. 
  Yamy.. Amar nak Yamy tau.. Amar betul-betul tak puas hati.  Mar tahu ada sesuatu sedang berlaku masa Yamy dengan abang..  Amar tak nak tahu tapi jangan sampai Amar tahu..”  Amar merenung lembut mata Syazmy.  Memberi amaran tapi dalam nada yang lembut.  Dia tak mahu Syazmy memandang remeh tentang perasaannya.  Syazmy memegang lengan Amar. 
  Jangan risau.. dia abang Yamy.  Yamy dah kasitau.  Jangan ragu tentang pilihan Yamy.  Sekali Yamy dah pilih Amar dan jawapannya tetap sama.  Amar tetap akan jadi pengantin Yamy..  bukan lagi Khairil..  jangan pertikaikannya..”  Syazmy menikam pandangan Amar.  Dia juga serius tentang keputusan perkahwinan itu.  Dia bukan nak mengecewakan sesiapa lagi.  Khairil hanya sebuah kisah indahnya di masa silam..  Syazmy mengatur langkah untuk berlalu ke arah mama tetapi jemarinya terpaut erat dalam genggaman jemari Amar. 
  Sorry..”   Amar memandangnya lalu mengukir senyuman manis.
  It’s okay.. I am sorry too..”  Syazmy menarik genggaman tangan Amar lalu mereka bergandingan dengan berpegangan tangan.  Hubungan mereka tidak sukar untuk dipulihkan. 

KHAIRIL menolak frame gambar yang terletak di atas mejanya.  Bunyi bising dari dalam pejabat membuatkan ramai pekerja di pejabat itu tertanya-tanya.  Belum pernah lagi, Khairil mengamuk sebegitu.  Selalunya Khairil jarang mempamerkan perasaannya di depan pekerja-pekerja RAIS TOWER. 

SEGALANYA bermula dari berita pertunangan Syazmy.  Hidup Khairil semakin tidak menentu.  Syazmy semakin menjauh.  Amar semakin tersenyum lebar.  Arr… kusut kepalanya.  Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.  Nama Leya terpapar.  Khairil mengeluh.  Wanita ini pula sering mendampinginya.  Rimas juga bila segalanya diselidik oleh Leya.  Khairil menekan butang jawab di telefon bimbitnya. 
  Helo..”      
  Ril..  Helo.. dah lunch ke?”
  Belum.. tak ada mood nak makan lah.. ada apa ni Leya?”
  Saje je.. ingat nak ajak lunch sama..”  Leya lembut bertutur.  Khairil terdiam seketika.  Dia bersandar. 
  Helo.. helo.. Ril?”  Leya bersuara apabila sepi mengisi suasana.  Bimbang Khairil tidak suka dengan caranya. 
  Ril ada kat sini..  Leya.. kita bertunang?”  Khairil tergamam menelan liur.  Hatinya berdetak kencang dengan kata-katanya sendiri.  Leya di corong sana terdiam.  Hatinya berbunga riang.  Langkahnya mendekati lelaki itu mula menampakkan jalan.  Lelaki itu secara tidak langsung terus melamarnya.
  Leya..  sorry kalau Leya terkejut.  Lupakan apa yang Ril cakap tadi..”  Khairil bersuara apabila Leya terdiam.  Hatinya mula lapang bila tiada reaksi gembira dari gadis itu.  Perlahan, bibirnya digigit sendiri.  Menghukum bibirnya yang bertutur tanpa berfikir.  Namun reaksi Leya seterusnya agak mengejutkan..
  No, Ril.  Leya terima lamaran Ril ni.  Datanglah untuk pinangan secara rasmi.  Kita buat cara adat kita..”  Bagaikan batu menghimpit dadanya.  Sesak dan sangat menyakitkan.  Keterlanjuran kata-kata tidak mungkin ditarik kembali. 

No comments:

Post a Comment