Satu
“AWAK.. Awak ambil
kursus apa?” tegur seseorang. Syazmy berpaling memandang gadis yang
menegurnya.
“Saya ambil kursus
Office System.”
“Samalah. Degree ya?”
Syazmy mengangguk.
“Saya, Fitratun
Syazmy. Panggil Syazmy..” Syazmy mula memperkenalkan dirinya sambil
menghulur salam.
“Saya Siti Nurhidayu. Panggil Ayu..” Gadis berlesung pipit itu masih tersenyum dan
menyambut huluran perkenalannya.
“Awak dapat kelas apa
ya?”
“Saya tak tengok list
lagi.. ingat lepas settle kan semua ni baru nak tengok. Lagipun, saya nak buat rayuan kemasukan kolej
sekejap lagi.”
“Oh.. saya tinggal area sini jugak jadi saya
tak duduk kolej..” Ayu hanya mengangguk
faham. Perbualan mereka diganggu dengan
kehadiran seseorang.
“Dah settle.
Sekarang, kita pergi tengok jadual kelas okay?” Khairil berdiri menghulurkan beberapa helai
kertas pendaftaran. Dengan adanya
Khairil, beban Syazmy seolah berkurangan.
Ayu hanya memerhati. Lelaki ini
pasti seseorang yang istimewa padanya.
“Okaylah awak, nanti kita jumpa lagi
ye..” Syazmy bersalaman dengan Ayu dan
meminta diri. Syazmy memegang jemari
Khairil. Hari pertama pendaftarannya ke
dalam IPTA itu hanya berbekalkan semangat yang ada bersama Khairil. Kalau bukan kerana permintaan Khairil, tentu
sekarang dia tidak menyambung pelajarannya.
“Jangan buat muka..” Khairil menegur lembut. Wajah Syazmy kelihatan sedikit bosan. Mungkin kepenatan dengan segala yang berlaku
seharian itu.
“Penatlah.
Dahlah esok kena mula kelas..”
“Adatlah.. belajar la dulu. Nanti kalau tak belajar, takkan nak terus
kerja? Orang lain tu, susah-susah dapat
diploma dulu.. Yamy senang kan, lepas matrik dapat ambil degree. Dengan diploma pun, dah ramai yang
menganggur.”
“Ala.. macam orang yang buat degree tu tak
ramai.. ramai jugak..”
“Memanglah tapi sekurang-kurangnya kuat sikit
dari orang yang ada diploma tu.. Kalau
lepasan matrik, ingat terus dapat kerja ke?
Orang lain beratur nak ambil matrik sebab nak sambung degree, Yamy pulak
kena paksa sambung degree..”
“Ala.. boleh kerja dengan papa. Apa nak
takut..”
“Jangan selalu harap nak kerja dengan orang
tua sendiri.. mentality ni masih mentality orang melayu.. tak fikir jauh..
kalau kita ada papa, macam mana dengan orang yang cari kerja dengan usaha
sendiri tu? Kesian tau..”
“Baik..boss!!” Syazmy mula malas ingin berbalah. Khairil selalunya akan menang. Langkah mereka terhenti di papan kenyataan. Syazmy menyalin jadual kelasnya.
“Assalamualaikum..mama..” Syazmy
melangkah longlai ke arah mamanya di ruang tamu.
“Waalaikummussalam.. sayang..”
Syazmy
meletakkan kepalanya di atas ribaan mamanya.
Pengalaman menjadi pelajar baru di universiti tempatan sedikit sebanyak
meletihkannya.
“Manjanya anak mama ni..” Mama
mengucup dahi Syazmy. Kudus kasih sayang
itu.
“Penat
la mama. Nasib baik Yamy tak duduk
asrama.. mesti lagi serik. Kan, mama?”
Mama cuma menjadi pendengar. Dia
terhibur dengan cara dan keletah Syazmy ketika bersamanya.
“Oittt!!! Manja sangat ni!!!!
Bangunlah!!! Nak mengopek je
dengan mama abang ni..” Khairil menarik
lengan Syazmy.
“Suke
hatilah. Ni mama Yamy jugak!!”
“Mama
abang!!!” Khairil menarik Syazmy lalu
mengambil alih tempat Syazmy di ribaan mamanya.
“
Ril.. dah dah la menyakat tu. Bulan
depan dah nak pergi. Kesian la dengan Yamy
ni.”
“
Sebab Ril dah nak pergilah, Ril nak peluk mama puas-puas. Nanti rindu.
4 tahun tau?”
“
Ala.. bukannya tak boleh balik kan?”
“
Memang boleh balik tapi ada masa ke?”
“
Masa sentiasa ada, cuma terpulang pada Ril untuk menguruskannya.”
“
Abang nak ke mana?” Syazmy agak tergamam
mendengar perbualan abang dan mamanya.
Khairil mahu ke mana? 4 tahun
pula tu… Suasana hening sebentar. Khairil tersenyum tanpa menjawab soalan
Syazmy. Syazmy terus berlalu saat
Khairil hanya menjawab pertanyaannya dengan sebuah senyuman. Puan Rubiah menepuk bahu Khairil. Dia faham tentang keintiman hubungan Khairil
dan Syazmy. Mereka berdua bagaikan
kembar siam. Sukar dipisahkan. Hubungan adik dan abang itu seolah terlalu
kuat untuk dileraikan.
“Dah merajuk dah si Puteri Lilin tu..” Khairil ketawa bersama mamanya. Puan Rubiah cuma menggelengkan
kepalanya.
“Nanti eloklah tu. Ril pergi
pujuk kejap. Gerenti cair punya!!” Puan Rubiah hanya ketawa. Khairil memang tenang. Setenang air di kali. Segalanya diatasi dengan ketenangan. Sukar untuk mengetahui masalah Khairil
melainkan hanya Syazmy yang tahu bagaimana untuk mengorek rahsia daripada
Khairil.
KETUKAN di pintu bilik itu kedengaran
bertalu-talu. Syazmy menarik patung Pooh
yang Khairil hadiahkan padanya ulangtahunnya yang lepas. Dia bangun:
“Masuk jelah, abang!!” Syazmy
bersandar ke balkoni sambil memerhatikan Khairil. Khairil tersenyum mendekati Syazmy. Adik manjanya itu memang kuat merajuk!! Namun itulah antara sebab hatinya terikat
kasih pada gadis genit itu.
“Sayang abang merajuk ke?”
Khairil ketawa besar. Dia agak
terhibur dengan keletah gadis itu. Gadis
itu mencemik lebih panjang. Benci
diperlakukan sebegitu. Khairil seolah
mengambil ringan tentang segalanya.
“ Merajuk apenye? Nak buat apa merajuk? Abang memang suka ambil ringan tentang semua
hal. Biarlah Yamy nak merajuk ke nak apa
ke? Sibuk!!!” Syazmy mengalihkan pandangannya ke luar. Khairil melangkah menghampiri Syazmy. Lengan Syazmy ditarik lembut. Tubuh genit itu dipeluk erat. Belakang tubuh itu diusap lembut. Dia tahu, Syazmy akan menangis apabila berada
dalam pelukannya.
“ Ai pergi 4 tahun je, Itra. Tak lama sangat. Harapan mama, papa dan untuk masa depan Ai..
jangan macam ni. Ai kena turut jalan
yang dah tersedia ni, Itra. Ai akan
menyesal kalau Ai lepaskannya…”
“ Kat sini tak ada universiti yang baik ke
untuk Ai?”
“ Bukannya tak ada universiti yang baik tapi
kursus Ai lebih menyerlah di sana. Kalau
Itra terusan macam ni, macam mana Ai nak belajar. Ai takkan lupakan Itra. Never in my life.”
“ Kat sana ramai perempuan yang lebih
cantik..”
“ Kat sini yang mengikat hati Ai. Ai nak bina kerjaya dan masa depan Ai.. ”
“ Itra macam mana?”
“ Itra lah masa depan Ai… Kita kan dah
sama-sama setuju untuk bina kehidupan kita dulu dan kemudian, kita akan
berterus terang dengan mama dan papa tentang hubungan cinta kita. Betul kan?”
Tubuh Syazmy mula tersenggut.
Mengalirkan airmatanya untuk satu-satunya lelaki dalam hidupnya. Lelaki itu telah mengambil keseluruhan
hatinya. Tiada satupun yang tinggal
untuk dirinya sendiri. Khairil
mengeratkan pelukannya.
“ Itra.. jangan macam ni. 4 tahun tu tak lama kan? Semua ni untuk masa depan kita. Ai sambung master untuk 2 tahun dan cari
pengalaman kerja 2 tahun. Lepas tu,
barulah tegap sikit nak hidup kat sini.
Ala… kan Itra boleh ke sana bercuti dengan mama dan papa. Boleh melawat Ai kat sana. Itra boleh tulis email dengan Ai. Banyak cara kita boleh berhubung. Bagilah Ai ke sana.”
“ Bila Ai nak ke sana?”
“ Bulan depan. Ada 30 hari untuk Itra habiskan dengan Ai.”
“ Ai macam nak tinggalkan Itra terus jer..”
“ Ada pulak!!! Mula la nak sensitif nih!!”
“
Memang la..” Syazmy melepaskan pelukan Khairil.
Jemari Khairil mengesat lembut wajah itu. Beribu gadis-gadis yang hadir dalam hidupnya
tetapi tetap tidak dapat mencuri kasih yang tersemai untuk gadis di hadapan
matanya.
SYAZMY menghampiri sebuah meja. Gadis itu sedang keseorangan.
“ Assalamualaikum..Ayu..” Syazmy tersenyum manis. Dia tidak melupakan gadis yang menegurnya
pada hari pertama pendaftarannya di UiTM itu.
“
Waalaikummussalam.. Hai..awak..”
Ayu agak terkejut namun dia masih mengukir senyum.
“
Boleh saya join Ayu?”
“
Duduklah..”
“ Awak
dah habis kelas?”
“ Ada
lagi pukul 2 ni.. Awak pulak?”
“ Saya
baru habis kelas. Petang tak ada
kelas. Ayu panggil saya, Yamy je.” Ayu hanya mengangguk. Gadis itu membuatkan dia selesa. Tiba-tiba telefon Syazmy berdering. Nama Khairil terpapar. Syazmy tersenyum sambil menjawab panggilan
itu.
“
Hello..Ai..”
“
Sayang Ai dah habis kelas ke? Nak
jemput tak?”
“
Boleh jugak. Kelas dah
habis. Ni tengah minum dengan member.”
“
Lelaki ke perempuan ni?”
“
Perempuan la..”
“
Iyalah tu? Itra kan ramai
peminat..” Khairil seolah merajuk. Mana tidaknya, baru dua hari Syazmy
mendaftar, dia menemui dua helai surat perkenalan dari entah siapa di dalam beg
galas Syazmy. Mengamuk dia mengetahui
perkara itu.
“
Jangan mengada-ngada ye.. Ni nak
mula cari pasal la tu. Nanti Itra naik
bas je kang. Jangan cari pasal ye..
bukan orang yang salah, asyik nak sindir-sindir je..”
“
Okay.. Okay.. sorry.. Tunggu kat
situ. Kejap lagi , Ai datang..”
“ Kat
Kafe Menara tau..” Panggilan itu
ditamatkan. Ayu hanya tersenyum. Syazmy membalas senyuman itu. Pasti Ayu mendengar perbualan
telefonnya. Tiba-tiba dia malu
seketika. Dia terlupa bahawa dia bersama
Ayu tadi.
“
Boyfriend ye?” Ayu mengusik. Dia tahu, berdasarkan cara Syazmy berbual
tadi, lelaki itu tampak istimewa di dalam hatinya.
“ Yup.. dialah abang dan dialah buah hati
Yamy..” Syazmy mengiakan. Dia mahu seluruh alam tahu yang hatinya sudah
dimiliki.
“ Yang
datang dengan Yamy masa pendaftaran tu ke?”
“
Ha’ah.. dialah orangnya..”
“ Dia
abang Yamy ke buah hati Yamy?” Ayu
sedikit keliru.
“
Kedua-duanya..”
“
Hah?? Tak fahamlah..”
“ Yamy
anak yatim. Parent Yamy dah meninggal
dunia dalam kemalangan jalan raya. Masa
tu, Yamy kecil lagi dan mama abang adalah kawan baik parent Yamy. Jadinya disebabkan ahli kelurga keluarga kandung
Yamy dah tiada, mama ambil Yamy jadi anak angkat dalam keluarga dia. Kami dah kenal sejak kecil. Dan kami jatuh cinta bersama.”
“ Oh..
macam tu ke? Sorry..”
“
Takpe.. yang penting Yamy bahagia dengan dia..”
“ Mama
Yamy sekarang tahu ke hubungan ni?”
“
Belum lagi.. kami dah setuju nak belajar dan bina kehidupan dulu baru
kami beritahu perhubungan kami ni..”
“
Semoga berjaya..”
“
Terima kasih.. eh.. malu Yamy.
Bercerita dengan Ayu hal peribadi..”
“
Takpe. Tandanya Yamy selesa
dengan Ayu.. lagipun, kita kan
berkawan.” Syazmy mengangguk dan
kedua-dua mereka bertukar-tukar nombor telefon.
“
Asyik bercerita nampaknya?”
Khairil menegur mereka berdua.
Ayu dan Syazmy saling memandang Khairil.
Khairil hanya tersenyum. Dia mengambil
tempat disisi Syazmy. Syazmy
memperkenalkan Khairil dan Ayu.
Kedua-dua mereka saling mengangguk.
“ Dah
siap minum? Nak balik pukul
berapa?” Khairil menarik cawan yang terisi
air di tangan Syazmy. Dihirupnya
sedikit. Membasahkan tekaknya.
“ Dah
siap dah.. tunggu Ai je ni. Sambil tu borak-borak dengan Ayu..”
“ Ayu
ada kelas lagi ke ni? Kalau nak balik,
boleh hantar sekali..” Khairil
mempelawa. Syazmy hanya memandang.
“ Eh..
Saya ada kelas lagi lepas ni. Pukul 2.”
“ Ye ke? Hmm.. nampaknya tak ada peluang nak
berkenalanlah kita..” Khairil mengusik.
“
Gatal ye..” Syazmy mencubit
lengan Khairil. Khairil mengaduh kecil
sambil ketawa. Ayu hanya tersenyum. Dia bahagia melihat pasangan itu. Selepas itu, dia terus meminta diri untuk
berlalu. Khairil dan Syazmy hanya
mengizinkan. Mereka berdua melayani
perasaan kasih sebentar.
KHAIRIL tersenyum manis. Bahu Syazmy dirangkul rapat. Hampir seharian mereka menghabiskan hari
bersama ke Cameron Highlands. Ke mana
sahaja berdua. Masa untuk berpisah
semakin hampir dirasakan. Ke kebun bunga
mawar, ke kebun strawberry.. Melawat tempat-tempat romantis berdua.
Genggaman
jemari mereka seolah sukar dipisahkan.
Syazmy terasa damai berada dekat dengan Khairil. Dunianya seakan hanya bersama Khairil. Hari semakin gelap barulah wajah mereka
berdua muncul.
“ Mama, papa..” Syazmy menghampiri kedua mereka dan memberikan
ciuman kasih sayang. Encik Hamzah dan
Puan Rubiah tersenyum manis. Mereka
seolah faham dengan keadaan Khairil dan Syazmy yang bakal terpisah.
“ Nasib baik ada waktu malam. Kalaulah sekarang ni musim siang
berpanjangan, anak-anak mama ni tak balik agaknya…” Puan Rubiah mengusap kepala Syazmy yang
melentok ke bahunya.
“ Anak-anak papa nie ke mana?”
“ Macam-macam tempat. Very fun.
Mama dengan papa ke mana?”
“ Guess what!!! Papa dengan mama jumpa dengan kawan lama
kami. Bercuti dekat sini pulak
tu..” Puan Rubiah dan Encik Hamzah
saling berbalas senyuman.
“ Really, ma?
Hmphh.. mesti seronok lah ni jumpa kawan lama? Em.. dia ada anak lelaki ke mama? Sebaya Yamy
ke.. atas dua tiga tahun pun, accepted.
Ada ke mama? Papa?” Syazmy
mengusap lengan mamanya manja. Papa
menggelengkan kepalanya. Syazmy yang
tampak teruja membuahkan keresahan di dada Khairil.. Sesak nafasnya mendengar
kata-kata Syazmy itu. Matanya mula
menikam tajam ke arah Syazmy.
“ Ala, sayang. Ada sorang anak gadis je. Muda setahun dari abang.. peluang abang lah
pulak..” Kata-kata mama itu mengundang
senyum pada wajah Khairil. Seolah
mengejek Syazmy. Syazmy mencebik.
“ Bila mama dengan papa nak kenalkan dengan
Ril? Lagi berapa minggu je ni dengan
family kita. Manalah tau kot-kot mama
dengan papa boleh jadi saudara pulak dengan kawan baik mama tu.. siapa nama
kawan mama tu?”
“ Auntie Mariana.. very sweet. Dah lama sangat kami terpisah. Mama mesti kenalkan dengan Ril..” Wajah Syazmy mula berubah. Khairil kelihatan sedikit gelabah apabila
gurauannya diambil serius oleh mama.
“ Rubi, tengok muka Yamy dah masam. Kita kena carikan calon untuk Yamy pulak la
lepas ni..” Papa mengusik
anak-anaknya. Jelas sekali papa dapat
membaca riak wajah Khairil dan Syazmy yang berubah begitu ketara. Mama merapati Syazmy. Memujuk hati anak bongsu kesayangan keluarga
itu. Khairil berdiam diri. Masih tampak tenang meskipun jiwanya
meronta-ronta ingin memeluk dan memujuk gadis kesayangannya itu. Tetapi selagi segalanya belum selesai, ini
bukanlah masa yang sesuai untuk mewar-warkan tentang hubungan kasih yang
terjalin antara dirinya dan Syazmy.
No comments:
Post a Comment