Enam belas
“ BERI
I masa untuk sesuaikan diri dengan semua ni…”
Kata-kata lembut yang diharap mengindahkan halwa telinga terus menjadi
nanah. Itulah kata pertama yang lahir
dari bibir Ilham. Seorang lelaki yang
baru sahaja menikahinya dan kini bergelar sang suami. Syazmy hanya menelan liur. Dia mengangguk faham dan cuba bersabar dengan
takdir dirinya. Syazmy melipat
baju-bajunya untuk majlis bertandang minggu hadapan. Ilham memandang lembut wajah sendu isterinya
itu. Syazmy adalah calon pilihan
keluarganya. Kerana keluarga,
perkahwinan ini terjadi. Ilham dan
Syazmy penyambung ikatan persahabatan yang sudah terjalin kepada ikatan persaudaraan. Itulah hakikat. Ilham tidak pernah membantah apa jua arahan
dan permintaan keluarga lebih-lebih lagi jika permintaan yang datangnya dari
bibir seorang ibu. Di dalam keluarga,
dia dianggap anak emak kerana dia tidak pernah mengingkari ibu dan
bapanya. Walaupun Syazmy janda beranak
satu, dia masih mengikut arahan ibu yang inginkan persahabatan mereka bergelar
persaudaraan.
“ Yamy
ikut apa pun kata Am..” Syazmy
berserah. Dia tidak mahu mempersoalkan
hak siapa yang layak. Jika lelaki itu
mahukan masa, dia bebas untuk ambil seberapa banyak masa sekali pun.
“
Sorry.. I tak patut buat macam ni.
I memang tak nak buat macam ni..”
Ilham mula berasa bersalah.
Syazmy tersenyum nipis.
“ Yamy
faham. Banyak masa untuk kita..
berkenalan.. Takkan kita masih nak
terburu-buru macam apa yang dibuat dalam perkahwinan kita kan..”
“
Sorry…” Ilham mendakap
Syazmy. Entah mengapa sendu terasa saat
diijabkabulkan dengan wanita itu.
Menurut mak, Syazmy seorang wanita tabah walau apa pun melanda. Satu demi satu kisah perit wanita itu seolah
menjadi santapan halwa telinganya hingga dia bersetuju untuk menikahi gadis
itu. Malam perkahwinan itu menjadi malam
kesedihan. Syazmy menangis sepuasnya di
dada suaminya. Dia terasa disayangi saat
didakap dalam kehangatan itu. Ilham agak
tergamam apabila mendengar sayup tangisan Syazmy yang tersekat-sekat seolah
sebuah pendaman perasaan yang terlalu lama.
Entah apa sebabnya airmata itu mengalir tanpa henti.
SYAZMY menolak troli berisi pelbagai
barang-barang dapur untuk rumah barunya.
Ilham pula beria mahu menjemput Fifi dari sekolah. Mereka berdua masih dalam cuti panjang
perkahwinan. Hari demi hari dijalani
berdua, Ilham dan Syazmy makin serasi. Malah
keluarga Ilham adalah keluarga mentua yang terbaik di dunia selepas Puan
Amna. Sebuah banglo dihadiahkan sempena
perkahwinan mereka.
SEDANG leka memilih beberapa tin sardin, bahu
Syazmy disentuh perlahan. Syazmy
berpaling dan saat itu Fifi memeluknya dari dukungan Ilham. Ilham tersenyum manis. Syazmy ketawa kecil dan mengucup pipi mongel
itu. Syazmy mendukung Fifi dan
meletakkan anak kecil itu di dalam troli.
Lantas troli itu ditolak oleh Ilham.
“ Aikkkk?? Kata nak tunggu kat parking?”
“ Kami
pun nak jalan-jalan jugak. Dari tunggu
you kat dalam kereta, baik I dengan Fifi masuk Giant ni..” komen Ilham.
Syazmy mencebik.
“ Saje
dengki lah tu..”
“ Tau
takpa.. umi dengan walid nak datang ni,
you plan nak masak apa?” Ilham
bertanya.
“
Ehhh.. siapa kata Yamy pandai masak?
Kita beli dah siap jelah..” Syazmy
mengusik suaminya. Ilham berpaling
terkejut.
“
Janganlah buat muka terkejut tu…”
Syazmy mengusik Ilham yang terkejut.
“ Umi
kata, you pandai masak?”
“ Mana
umi Am tahu?” Syazmy masih mahu bermain
tarik tali. Melihat wajah lelaki itu
berkerut, hatinya teruja untuk mnegusik.
“ Ishhh….
Betul-betullah.. I tak nak family I keracunan..”
“
Ehhhh… silap orang ye.. Tak
pernah dalam sejarah lagi, orang keracunan makan masakan Yamy tau.. terpikat adalah..” Syazmy mencubit manja lengan Ilham. Geram dengan kata-kata Ilham. Ilham tertawa senang.
“ Kita
belilah ikan siakap ke ikan kerapu ke. Masak tiga rasa nak?”
“
Macam best je… lagi nak bahan
apa?”
“ Kita
cari nanas, timun, tomato.. beras lagi.. banyak ni… Am bawak cukup duit tak?”
“ Apa susah,
kalau tak cukup duit, you tinggallah sini.. jadi store woman ke…”
“
Ehhhh.. apa pulak, Am yang tak bawak duit, Yamy pulak kena..”
“
Takkan I pulak?”
“ Awak
la… awak lelaki..”
“ Ini
diskriminasi namanya ni….” Syazmy
mencebik mendengar penjelasan Ilham itu.
Dia mempercepatkan langkahnya ke ruangan kering. Ilham menghampiri Syazmy saat wanita itu
mengangkat seguni beras.
“
Syazmy… let me do that..” Ilham
beria menarik guni beras yang dipegang Syazmy.
“ It’s
okay.. Yamy dah biasa lah..” Syazmy tersengih. Ilham terdiam. Wanita itu terlalu biasa dengan rutin
hariannya.
“ Dulu
mungkin.. now, I am responsible of doing all these things.. remember my
wifey? I am your hubby..” Lembut nada itu mengalunkan rasa bahagia di
dalam jiwa Syazmy. Dia semakin
menyenangi lelaki itu dan kini sedang cuba mengusir semua memori lepas. Renungan Ilham membuatkan Syazmy seolah
terbang.
“
Dah.. yang you duk berangan tepi beras ni nak buat apa? Cepatlah.. Fifi mesti dah lapar. Patutlah Fifi kurus. Dapat ibu kuat berangan..”
“
Hello… tolong sikit ye….” Syazmy
menghampiri ruangan basah dan mula memilih ikan untuk dibuat masak tiga
rasa. Ilham mengekori langkah isterinya
yang sedang menolak troli. Rasa bahagia
mengepung ruang keluarga itu. Ilham akui,
dia semakin menyenangi Syazmy.
“ SERIOUSLY…
I like you…” Suara garau lelaki itu
menerjah masuk ke gegendang telinganya.
Menelusuri hatinya. Syazmy terasa
terawang-awang mendengar kata-kata itu.
Ilham tersenyum dan mengenyitkan matanya sambil membantu isterinya
memotong buah-buahan untuk pencuci mulut.
“ Am
ni kalau kerja tak buka mulut tak boleh ke?
Cakap bukan-bukan je…” Syazmy
memberanikan diri mengusik lelaki itu.
Ilham mencebik.
“ Mana
ada bukan-bukan. Betullah.. I like you..
part of your innerself really compatible to me… Biarlah I cakap.. nanti kalau
suami you ni bisu nanti.. baru tau.. biarlah I nak cakap apa pun.. bukan
berdosa pun..” Ilham masih menyusun
kepingan buah tembikai susu yang baru dipotong tadi. Bunyi hon membuatkan Fifi terjerit dari ruang
tamu.
“ Ibu…
nenek dengan walid da sampai…” Fifi
melaung dari ruang tamu rumah mereka. Syazmy
menjengahkan mukanya. Kelihatan Fifi
berlari-lari anak ke arah pintu utama.
“ Am..
pergilah tengok umi dengan walid.. Ajak masuk dulu.. nanti Yamy buatkan air..” Syazmy menyuruh Ilham menyambut
keluarganya.
“
Jomlah sambut sekali.. nanti apa pulak kata umi dengan walid.. kejap
lagi, I tolong la you..” Ilham menarik
lembut jemari Syazmy. Syazmy terasa
disayangi. Perasaan ini berlainan sekali
dengan perasaan ketika bersama Khairil.
Khairil Aizam? Nama itu semakin surut dari hatinya sebagai kekasih. Ruangan itu kini semakin dipenuhi oleh lelaki
yang sedang memegang jemarinya ini.
Lelaki yang sedang tersenyum dan lelaki yang kini bergelar suami
kepadanya. Makan malam ini adalah makan
malam terindah pada Syazmy. Dia terasa
lukanya semakin sembuh. Dia tidak tahu
apakah hikmah permintaan papa ini tetapi dia mulai merasai nikmatnya sedikit
demi sedikit. Dia hanya mahu bersabar
dan hanya mengikut takdir yang ditentukan.
Ilham pasti akan mencintainya.
“ YAMY
dengan Am okey ke?” Soalan itu adalah
soalan pertama dari ummi ketika mereka berbual sendirian. Sesudah menghantar kopi dan epok-epok goreng
di wakaf luar, Syazmy dan Puan Bainun berbual di dapur sahaja. Fifi melayan cerita kartun di Astro.
“ Macam
biasalah umi…” Syazmy menolak cawan
berisi kopi di atas meja kepada ibu mertuanya.
“ Dia
baik dan rasanya kami perlukan masa untuk sesuaikan diri…”
“
Kalau Am tak layan Yamy dengan baik, report dengan umi tau..”
“ Eh..
Am okey je umi… umi jangan risaulah.
Kalau Am buat bukan-bukan, Yamy report dengan ummi ye..” Kata-kata itu mengundang tawa halus di bibir ibu
mertuanya itu. Nyatanya dia puas hati
saat Syazmy menjadi isteri Ilham. Semoga
Ilham boleh melupakan kisah silamnya.
Kisah silam bukan untuk diratapi tetapi cukuplah ia disimpan dalam
lipatan sejarah.
“ Umi
nak Syazmy dan Ilham mulakan hidup baru.
Lupakan hal yang lama.. mungkin
semua ini jalan terbaik untuk Am dan Yamy.
Umi doakan Yamy dan Am berkekalan.”
Wanita itu mengusap lembut bahu Syazmy.
Syazmy menelan sendu. Dia tidak
mahu kelihatan sedih di mata mertuanya.
Dia mahu gembira dan dia mengaminkan kata-kata mertuanya itu di dalam
hati. Sesungguhnya dia sangat berharap
Ilham kini adalah persinggahan terakhirnya.
Dia tidak lagi mahu mengenang Khairil ataupun Amar.
PAGI itu terasa segar. Puan Bainun menjengah ke dapur. Meja sudah tersedia sarapan pagi. Suasana dapur sudah terasa segar. Puan Bainun tersenyum sendiri melihat
menantunya sedang menyidai pakaian bersama Fifi. Mereka berdua kelihatan mesra.
“
Ibu.. sidai ni macam ni ke ibu?”
Bibir kecil itu mengomel kepada Syazmy.
Syazmy mengangguk lembut sambil mengusap rambut anak kecil itu.
“ Fi..
biarlah ibu yang sidai, sayang..”
“
Alaaa.. Fi nak tolong ibu..” Anak
kecil itu merengek manja.
“
Yelah.. yelah.. nanti ibu bagi upah sarapan ye..” Fifi tersenyum girang pada Syazmy. Anak kecil itu kelihatan teruja membanti
ibunya menyidai pakaian.
“
Amboiii… mesranya anak beranak ni…”
Puan Bainun menegur Syazmy.
“
Ehhh.. umi.. dah lama ke umi bangun umi?
Selesa tak rumah ni, umi?” Syazmy
merapati mertuanya.
“
Isshh.. selesa je.. jangan risau.
Semuanya tip top layanan menantu umi ni..”
“
Emmm.. jangan puji-puji sangat umi.. nanti menantu umi ni perasan
tau..” Syazmy mengusik mertuanya. Puan Bainun tertawa mengusap belakang
Syazmy. Dia memang tidak salah memilih
wanita itu. Sejak dia kenal wanita itu,
dia yakin wanita ini mampu membangkitkan Ilham dari kejatuhannya.
“
Kalau umi tak puji menantu sendiri, siapa lagi yang nak puji kan..”
“
Haaa.. kalau macam tu, umi boleh pilih menu makan tengah hari. Yamy siapkan special untuk umi.” Mereka tertawa bersama.
“
Ada-ada je Yamy ni tau..”
“ Jom
kita sarapan, umi. Walid mana umi? Boleh
kita sarapan sekali. Yamy buat bihun
Singapore hari ni..” Yamy memimpin Fifi
dan menghidangkan minuman buat anak kecil itu.
“ Biar
umi panggil. Eh.. Am mana?” Belumpun sempat Puan Bainun melangkah keluar
dari ruang dapur, Ilham sudah bersuara.
“
Hmmmmmm… sedapnya bauuu…” Suara
garau itu memenuhi ruang dapur. Encik
Fazlan tersenyum sahaja. Ilham dan
walidnya melangkah ke arah meja makan.
Syazmy hanya tersenyum. Jemarinya
lincah menuang minuman dan mengagihkan pinggan untuk bersarapan.
“
Ayahh.. meh makan..” Fifi
bersuara pada Ilham. Ilham
tersenyum. Dia menarik kerusi di sebelah
anak kecil itu. Puan Bainun melayan
Encik Fazlan dengan menyendukkan bihun.
Syazmy meletakkan sepinggan bihun di hadapan Ilham dan kemudian terus
menuju ke arah Fifi.
“ Fifi
nak bihun ke roti, sayang?” Syazmy
bertanya lembut.
“
Bihunnnn..” Suara Fifi meriuhkan
dapur.
“
Umi.. tengoklah Yamy ni.. Am dah
tak laku kalau ada si puteri ni..” Ilham
seolah merajuk. Syazmy membulatkan
matanya.
“
Laaa.. kan Yamy dah sendukkan bihun tu…”
Syazmy membela diri.
“ Tapi
you tak tanya I pun macam you tanya Fifi..”
Ilham mencebik.
“
Amboiii.. pagi-pagi lagi dah mula merajuk ye Am..” Puan Bainun mengusik. Ilham ketawa lembut. Syazmy hanya memerhati Ilham. Dia terasa lelaki itu seolah ingin bersaing
dan inginkan perhatian seperti Fifi juga.
Ilham memandang ke arah Syazmy.
Dia mula cemburu saat Fifi menerima perhatian yang lebih. Bihun yang berada di hadapannya disuap
perlahan. Tanpa sedar, jemari Syazmy
meletakkan sebuah mug berisi milo panas.
Minuman yang sama seperti minuman Fifi.
Ilham mengangkat muka. Memandang
tepat ke anak mata sang isteri. Syazmy
seolah dapat membaca isi hatinya.
“ Same
to my daughter.. you got bihun and milo..”
Syazmy bersuara perlahan sambil menepuk-nepuk lembut bahu lelaki itu dan
tersenyum. Wajah Ilham merona
merah.
PUAN Bainun melirik perlahan ke arah Syazmy
dan Ilham. Ilham mula berubah menjadi
dirinya yang dahulu. Barulah dia mampu
bernafas lega. Dia tahu yang Ilham dan
Syazmy akan menyesuaikan diri sesama sendiri.
Mereka anak yang patuh dan mereka pasti mampu bersama.
“ Umi
plan nak pergi mana mi? Seharian ni, Am
akan bawa umi dengan walid rayau-rayau..”
Ilham mula bersuara.
“
Mana-mana lah Am. Umi dengan
walid mana tahu sangat tempat kat sini..”
“ Umi
dengan walid cakap jelah. Nak pergi
Sunway Lagoon ke? Petrosains ke? Aquaria ke?”
“
Ishh.. umi dengan walid pulak Am nak bawak mandi manda.. mana diorang
nak.. Petrosains tu untuk Fifi boleh la…”
komen Syazmy.
“
Amboiiiiiii.. banyak komen nampak.. you ada cadangan ke?” Ilham memandang Syazmy.
“
Adaaaaaaaa..”
“
Mana?”
“
Shopping!!!!” Suara Syazmy seolah
menjerit. Kelihatan agak teruja.
“
Ishhhh.. tempat-tempat macam tu yang mengikis duit orang tau.. pilih lah tempat yang boleh leisure..”
“
Ehhh.. sapa kata tak bole leisure kalau shopping.. Umi.. kita pergi
Jakel umi.. kain-kain dia sale ni umi..”
Umpan Syazmy.
“
Iyeee ke Yamy? Macam seronok
je..” Puan Bainun mula teruja. Syazmy mencebik ke arah Ilham. Dia berjaya memerangkap lelaki itu.
“
Walid ni back up la Am,
lid..” Ilham meminta pembelaan
bapanya.
“
Walid kalau dengan umi memang kalah.
Ikutkan aje..” Dan jawapan itu
membuatkan muncung Ilham semakin panjang.
No comments:
Post a Comment