Monday, 7 October 2013

:::Biarkan Aku Sendiri:::


Sembilan belas

SYAZMY lama bertapa di dalam bilik air.  Awal pagi dia terjaga, dia terus mandi.  Menunaikan solat subuh dan masih teragak-agak untuk mengejutkan Ilham yang masih tidur dengan pulas.  Dadanya menahan debaran melihat Ilham.  Pasti Ilham mengetahui segalanya.  Dan yang paling Syazmy pasti, hatinya kini milik Ilham.  Dan terasa sia patut menceritakan kisah hidupnya yang berselirat itu kepada Ilham.  Syazmy menelan liurnya.  Dia tidak tahu bagaimana mahu dimula. 

ILHAM mengucup lembut pipi Syazmy usai dia mandi awal pagi itu.  Ilham enggan memandang ke belakang lagi.  Dia mahu menikmati perkahwinannya dengan Syazmy.  Menerima sahaja takdir yang tertulis di dalam hidupnya.  Dan dia yakin dia mahu menerima Syazmy. 
  Selamat pagi.. Yamy..”  Suara Ilham kedengaran girang. 
  Selamat pagi, Am..” 
  Jom sarapan.. Am lapar la..”  Ilham bersuara.  Dia telah menukar gelaran dalam perkahwinan mereka.  Ilham mengangguk saat mata Syazmy memandangnya saat perkataan ‘Am’ itu keluar dari dua ulas bibir sang suami.  Syazmy tersenyum manis.  Dia sedikit segan apabila Ilham mula mengalih status perhubungan mereka di dalam perkahwinan itu. 
  Em…tapi kita kena bincang… hal semalam..”  Syazmy merenung mata Ilham.  Ilham tersenyum lembut. 
  We’ll talk later.. now, kita isi perut dulu..”  Ilham menutup bibir Syazmy dengan jari telunjuknya.  Ilham menghadiahkan sebuah lagi ciuman di pipi Syazmy.  Hati Syazmy mula berbunga.  Dia selesa diperlakukan sebegitu.  Pertama kali dalam hidupnya disentuh dan dibelai sebegitu lembut.  Dan dia mahu masa terus berhenti dari terus berdetik.  Saat indah ini enggan dibiarkan berlalu. 

BERDUA di Port Dickson mengukir kenangan indah bagi mereka berdua.  Sebelum pulang petang itu, mereka menghabiskan masa bersiar-siar dan berbual mesra.  Mereka berdua juga menghabiskan masa makan tengah hari bersama teman-teman Ilham.  Jelasnya, Ilham teruk diusik tentang Isqandar dan Syazmy juga tidak tahu hujung pangkal ceritanya.  Ilham hanya mengukir senyum saat matanya berpadu dengan pandangan Syazmy. 
  Kita kena cari tempat nak honeymoon ni..”  Ilham bersuara.  Syazmy hanya sempat mencubit lembut lengan suaminya.  Lelaki itu sudah mula bergurau dan berani mengusiknya.  Ilham ketawa girang.  Lapang.  Lapang selapang-lapangnya…  dia memang menikmati percutian yang sebenar. 
  Dalam banyak-banyak tempat, Yamy teringin nak bercuti ke mana?”  Ilham merenung mata Syazmy.  Syazmy hanya mengukir senyum.  Jemarinya bertaut kemas dalam pegangan tangan Ilham. 
  Am teringin nak pergi mana?”  Syazmy menjawab pertanyaan dengan pertanyaan semula. 
  Pantai kot… macam PD ni tapi pergi tempat macam Tioman ke.. Pangkor ke..”  Kata-kata Ilham itu diiyakan dengan anggukan.  Benar, perasaan mereka semakin serasi.  Ilham meluahkan apa yang difikirkan. 
  Hmmm… terasa macam nak sambung cuti lagi la..”  Ilham bersuara manja. 
  Ala… rindu dengan Fifi.. kita cuti lagi next time la..” Syazmy menarik muka manja.  Sungguh, dia rindu pada telatah anak perempuannya.  Entah apa khabarnya. 
  Dah ada Am pun, rindu orang lain ke?”
  Am ada tempat di satu sisi hati Yamy dan Fifi duduk di satu sisi lagi..  pendek  kata sekarang ni, Am dan Fifi melengkapi dan memenuhi ruang hati Yamy..”  Syazmy meluahkan perasaannya.  Dia mahu Ilham tahu, Ilham sudah berada di dalam hatinya.  Ilham terdiam.  Dia menelan liurnya perlahan.  Syazmy yang dikenalinya tidak akan berkata sedemikian.  Syazmy lebih suka berdiam diri sejak awal perkahwinan mereka kini semakin membuka ruang keserasian mereka. 

KEPULANGAN mereka disambut baik oleh keluarga Ilham.  Ilham dan Syazmy asyik mengukir senyuman.  Fifi memeluk lembut tubuh Syazmy.  Rindu antara mereka terlerai.  Puan Bainun tersenyum lega melihat hubungan Ilham dan Syazmy semakin pulih.  Dia memang selalu berdoa agar perkahwinan Ilham dan Syazmy sentiasa dirahmati dan berada di dalam lindungan ALLAH.  Betapa Syazmy berjaya memikat hati tuanya. 
  Fifi siap termimpi-mimpi dua tiga hari ni..”  komen Puan Bainun.  Encik Ahmad Fazlan hanya mengusap kepala Fifi.  Kehadiran Fifi memang melengkapi hari-hari tua mereka. 
  Sayang mimpi apa?”  Syazmy bertanya lembut.  Fifi beralih tempat duduk dan duduk di antara Syazmy dan Ilham.  Ilham memeluk lembut tubuh Fifi dan mencium ubun-ubun anak kecil itu. 
  Ibu… Fifi mimpi babah… babah dengan nenek.. babah dengan nenek senyum je dengan Fifi.. Fifi rindu dengan babah dengan nenek la, ibu..”  Petahnya bicara anak kecil itu membuatkan airmata Syazmy dan Puan Bainun bergenang.  Anak sekecil itu memang tidak mengerti apa-apa.  Syazmy menarik nafasnya.  Ilham merenung wajah lembut isterinya.  Tidak dapat tidak, dia diasak rasa sedikit cemburu.  Cemburu pada lelaki pertama yang menikahi Syazmy walaupun dia adalah lelaki pertama yang dapat memiliki Syazmy sepenuhnya. 
  Esok, kita pergi jenguk kubur babah dengan nenek ye?”  Syazmy mencium pipi mongel Fifi. 
  Okay.. esok ayah bawak ye?  Fifi boleh baca doa untuk babah dengan nenek..”  Ilham mencelah.  Syazmy memandang ke arah suaminya.  Ilham tersenyum dan mengangguk.  Syazmy menghadiahkan senyuman terima kasih.  Ada hikmahnya mereka ke Port Dickson.  Ilham mula menerima kehadiran Fifi sepenuhnya. 

SYAZMY tergamam saat menerima panggilan mamanya.  Esak tangis mama bagaikan terngiang-ngiang.  Tanah perkuburan itu ditinggalkan.  Fifi masih bertudung kecil.  Dia agak ceria selepas dapat berdoa di kuburan babah dan neneknya.  Syazmy menghela nafasnya.  Berita yang diterima itu menyentak jantungnya.  Meskipun lelaki yang sedang bertarung dengan nyawa itu bukan lagi kekasihnya, tetapi lelaki itu masih sebahagian dari hidupnya.  Hidupnya selama ini dilengkapkan oleh lelaki itu.  Itulah lelaki yang menemaninya selama hampir separuh dari hidupnya yang keseorangan dahulu. 
  Kenapa, Yamy?”  Ilham agak gusar dengan perubahan di wajah Syazmy.  Adakah wanita itu keberatan untuk meninggalkan pusara bekas suaminya?  Masih adakah rasa sayang yang bertakhta di dalam hati wanita itu untuk lelaki yang tiada lagi di bumi ini?
  Mama called.  Abang Ril masuk wad.  Dah 4 hari dah…”  Syazmy masih tergamam.  Pandangan Ilham hanya dibalas kosong.  Mindanya hanya diasak dengan pertanyaan tentang kesihatan Khairil. 
  Kat hospital mana?” 
  Ampang… boleh kita pergi?”  Syazmy bertanya dengan perasaan takut-takut.  Dia tidak mahu Khairil bersangka buruk. 
  Boleh, sayang.  Ini kan keluarga kita jugak?  Fifi… kita pergi tengok Uncle Arill..”  Ilham berkata dengan Fifi.  Fifi mendekati Ilham dan Syazmy sambil mengangguk. 
  Uncle Arill sakit ke, ibu?”  Bibir mungil itu petah berbicara.  Syazmy hanya mengangguk perlahan.  Ilham memegang pipi mulus itu dan mengiyakannya. 
  Iye.. sayang…  kita pergi lawat Uncle ye..”  Kereta itu dipandu ke destinasi mereka. 

No comments:

Post a Comment