Tuesday 5 November 2013

Dia... Safaa Hafiya

Sepuluh

            SUASANA malam di pergola itu amat tenang.  Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi Safaa.  Tangannya masih menepuk-nepuk perlahan tubuh kecil Adam yang sedang menyusu botol.  Matanya mulai kuyu.  Jemarinya mengusap kening Adam yang sedikit tebal, Safaa tersenyum sendiri.  Setiap kali Safaa pulang ke rumah ibu, Adam memang suka tidur di pergola ibu di halaman rumah.  Taburan bintang agak menyinar malam ini. 
            “Assalamualaikum..”  Suara Hans bergema.  Jantung Safaa mulai bergetar.  Mendengar suara garau itu, Safaa seolah hilang kekuatan diri.  Dia tidak tahu mahu menunjukkan reaksi bagaimana.  Saban hari, dia tidak pernah lupa berdoa.  Berdoa agar dia tidak ditemukan dengan kisah silamnya.  Dia selalu berdoa agar dia tidak ditemukan dengan sesiapa yang pernah hidup di dalam kisah silamnya.  Tetapi, hari ini, saat ini, selepas lima tahun, mereka bertemu semula.  Entah apa aturan ALLAH, Safaa hanya kena redha.  Tentu ada hikmah di sebalik semua ini. 
            “Waalaikumussalam..”  Perlahan Safaa menjawab.  Sepi seketika selepas salam itu dijawab.  Hans menghela nafasnya.  Akhirnya dia bertemu semula dengan wanita ini.  Wanita yang pernah mewarnai hidupnya.  Kekok untuk berhadapan dengan wanita ini.  Namun, dia bersyukur, wanita ini cukup tabah melalui hari mendatang.  Melihat acuan sikap Adam, dia tahu yang wanita itu telah memberikan yang terbaik buat anak kecil itu. 
            “How’s life going on, Fiy?”  Lembut pertanyaan itu selembut bayu malam yang menyapa.  Safaa memerhati bulu mata Adam yang sudah terkatup.  Hans berdiri di hujung pergola itu.  Memerhati Safaa dan Adam bersilih ganti. 
            “Bitter but better than before..”  Jawapan Safaa bagai sembilu menusuk ke jiwa.  Pedih.  Hans mengukir senyum lembut.  Dia tahu Safaa telah melalui onak dan duri dalam hidup. 
            “Bitter is a good medicine, right..”  Hans merenung anak mata Safaa.  Safaa kembali menunduk. 
            “How about you, Mr. Hans..  life must be good, right?” 
            “Alhamdulillah… ALLAH knows the best for me, for you and for anyone..”  Jawapan itu diberi dengan segaris senyum.  Safaa membisu.  
            “Adam dah besar, Fiy.  You’re doing good..” 
            “Dia anak saya, Hans.  Saya mahu yang terbaik buat dia.” 
            “Fiy marahkan abang lagi..?”  Pertanyaan itu mengundang rasa sebak di hati Safaa.  Marah?  Abang?  Hans masih membahasakan dirinya dengan panggilan abang.  Masih layakkah mereka menggunakan nama panggilan itu? 
            “Untuk apa lagi perasaan marah itu, Hans?  Segalanya sudah tepu.  Beku.  Hubungan antara kita telah tiada makna..”  Kolam airmata Safaa terasa penuh.  Hatinya terasa sakit.  Jika antara mereka sudah tamat, mengapa rasa ini masih ada? 
            “Abang.. minta….”  Belumpun sempat Hans menghabiskan ayatnya, Safaa memintas. 
            “Hans.. kisah lama dalam hidup saya telah lama saya kuburkan.  Saya tiada daya untuk menggalinya dan saya tak berminat untuk membuka muka surat yang hitam dalam hidup saya.  Lebih baik begini.  Awak dengan hidup awak, saya dengan hidup saya.  Yang penting, awak bahagia dengan keputusan awak..”  Safaa bangun dan mencempung tubuh kecil Adam yang masih terlena.  Hans memerhatikan tubuh itu menghilang di sebalik pintu.  ‘Fiy.. abang tahu Fiy terluka..’  Hans mengeluh perlahan.  Matanya ditala ke sinar-sinar bintang di dada langit. 

Columbia Asia Hospital

            WAJAH merah yang sedang lena pulas di hadapannya itu diusap lembut.  Selesai mengazankan kupu-kupu syurga itu, Hans masih lagi belum meletakkan tubuh kecil itu di tempatnya.  Safaa membuka matanya.  Hans sedang mendukung bayinya.  Tubuh terasa lemah tetapi saat melihat senyuman Hans, Safaa terasa seluruh letihnya berterbangan.  Bertarung dengan nyawa membuatkan dia insaf.  Bukan mudah untuk melahirkan.  Tiba-tiba airmatanya mengalir lembut.  Teringatkan sang ibu yang lama tidak dengar khabar beritanya.  Ada usapan yang menghilangkan airmatanya lembut. 
            “Fiy letih?  Kenapa menangis tiba-tiba?”  Hans menegur.  Senyumannya masih semanis madu.  Safaa Cuma menggeleng.  Dia mahu mendukung anak kecilnya.  Masih merah dalam dakapannya. 
            “Fiy dah ada nama untuk baby?”  Selesai bayi itu sampai ke dakapan Safaa, Hans duduk di sisinya.  Safaa mengangguk perlahan. 
            “Fiy suka nama Adam… abang ada cadangan nama untuk baby?” 
            “Abang suka nama Muhammad..  boleh kita letak Muhammad dekat nama Adam?”  Pertanyaan Hans itu dijawab dengan senyum manis dan anggukan. 
            “Jadi…  Adam Muhammad atau Muhammad Adam?”  Hans bertanya lagi. 
            “Fiy suka Adam Muhammad..  nama rasul pertama dan rasul terakhir..  boleh?” 
            “Abang pun nak cadang macam tu..”  Hans memang lelaki yang baik.  Suami yang baik.  Safaa sangat bersyukur.  Walau terasa keseorangan, dia masih ada Hans dan Adam.  Pipi mulus sang bayi dikucup.  Bersyukurlah, kerana masih ada yang berada di sisi. 

            “ABANG masak apa hari ni?”  Safaa tersenyum sambil jemarinya mengelap dan menyiapkan bayinya.  Hans yang berdiri di sisinya itu kelihatan agak kusut dengan tuala di bahunya selepas selesai memandikan Adam.  Awal-awal pagi lagi, dia terdengar suara Hans berbisik-bisik berbual di dalam telefon.  Hatinya jadi tertanya-tanya sendiri. 
            “Fiy nak makan apa?  Abang masakkan..”  Hans memerhati isterinya.  Safaa masih berpantang seperti wanita melayu. 
            “Abang tadi… call siapa?”  Ada nada cemburu di dalam pertanyaan itu.  Hans hanya tersengih-sengih. 
            “Ehhh… orang tanya ni, dia sengih-sengih pulak..”  Safaa menyusukan Adam yang mula merengek sebentar tadi. 
            “Tak sangka laaa… dah ada anak ni, mummy boleh cemburu pulak yeee..”  Hans mengusik sang isteri.  Hatinya berbunga bahagia kerana yang dia mengerti yang cemburu itu tandanya sayang.  Safaa mencebik.  Malas melayan Hans yang makin ramah melayan karenahnya. 
            “Alolololo… muncung da boleh buat sangkut hanger abang ni..”  Hans ketawa besar.  Dia bahagia menerima Safaa di dalam hidup.  Rasa tenang yang tidak terungkap dengan kata-kata. 
            “Abang ingat nak masak ikan merah masak sup… dengan jantung pisang rebus.  Orang tua-tua kata, baik untuk banyakkan susu ibu.”  Hans mengusik sang isteri yang tengah panas.  Namun, saat hidangan untuk makan malam itu diberitahu, mata Safaa membulat.  Itu masakan kegemarannya.  Safaa mula terliur. 
            “Nanti.. abang tambah lada hitam sikit.. kasi panas badan sikit..”  Hans tersenyum. 
            “Abang tahu macam mana yang Fiy suka sup ikan merah?”  Safaa  bersuara saat langkah Hans mula masuk ke ruang dapur. 
            “Hmmm.. abang ada magik laaaaa..”  Hans terusan mengusik.  Mood Hans luar biasa baik hari ini.  Safaa hanya membiarkan persoalannya tidak berjawab.  Dia mahu mandi sementara Adam sudah terlena. 
            “Fiy mandi dulu tau… abang tengokkan Adam ye.. dia tidur tu..”  Safaa sempat berpesan. 
            “Okay.. mandi elok-elok.. air panas abang dah siapkan.  Nanti letak je baju kat dalam bilik air.  Lepas Fiy mandi nanti, abang kutip..”  Hans berpesan.  Ya ALLAH, malaikat kiriman-MU ini sangat baik.  Terima kasih, Ya ALLAH..  Safaa memandang Hans yang sedang sibuk memasak.  Perlahan, dia mengatur langkahnya. 

Taman Platinum

            “ABANG pergi mana?  Dari pagi Fiy call..”  Safaa mengekori langkah suaminya.  Hans hanya membisu.  Dia masuk ke bilik dan bersedia untuk mandi.  Wajahnya tampak begitu kusut.  Dia tidak bersuara sejak mula menjejakkan kaki ke dalam rumah itu.  Apa yang berlaku sebenarnya?  Safaa sedikit keliru.  Hans tidak pernah bersikap dingin sebegitu terhadapnya.  Keadaan bertambah bahagia saat Adam mula menjenguk dunia. 
Hans adalah suami yang paling rajin melayan karenah Adam dan juga menjaganya sepanjang berpantang.  Mak bidan dari kampong yang berhampiran dijemput dan dihantar pulang semata-mata untuk memberikan Safaa tempoh berpantang yang biasa dilalui oleh wanita melayu.  Namun, sejak kebelakangan ini, Hans semakin berubah.  Jarang pulang ke rumah dan tidak suka menjawab pertanyaan.
            Safaa duduk di birai katil.  Dia menunggu Hans selesai bersiap.  Namun, jantungnya seolah putus dari tangkai saat dia ternampak Hans mengeluarkan bagasi besar.  Matanya menelusuri jemari kasar milik Hans mengemas.  Kenapa?  Seiring dengan itu, ketukan keras bergema di rumah mereka disusuli dengan loceng yang ditekan berkali-kali.  Safaa menelan liurnya.  Seorang wanita dan seorang lelaki berumur lebih kurang pertengahan 30-an sedang menanti di daun pintu. 
            “I am leaving..”  Hans bersuara.  Bagasinya diberi kepada seorang lelaki yang berada di situ.  Safaa terasa airmatanya mengalir laju.  Dia ditinggalkan?  Sekali lagi?  Seorang diri? 
            “It’s not enough..”  Wanita itu bersuara.  Hans memandang wanita itu dan berbicara bahasa cina.  Mereka bertegang urat di depan Safaa dan Safaa makin bingung. 
            “Abanggg..??”  Safaa bersuara lembut.  Dia masih boleh bertolak-ansur tentang semua hal jika itu yang diingini.  Namun, dia tidak mahu Hans meninggalkannya.  Membesarkan anak kecil seorang diri dan dia tiada tempat untuk mengadu.  Jangan, abang.. 
            “I am sorry..  Abang dah sain surat ni.  Nanti abang upah peguam uruskan.  Jodoh kita setakat ini saja.  Abang doakan Fiy jumpa dengan lelaki yang lebih baik.”  Saat itu, airmata Safaa terasa mengalir deras.  Bagaikan ada batu besar menghempap kepalanya.  Dia tidak terkata.  Langkah terakhir Hans dihantar dengan iringan mata dan tangisan kuat Adam dari bilik mula bergema. 
            Surat yang berada di atas meja itu direnung sedalamnya.  Dokumen penceraian.  Dokumen pertukaran nama kereta serta dokumen penama untuk rumah yang didudukinya.  Hans telah menguruskan segalanya.  Keretanya habis dibayar.  Rumah itu juga ditukar hak milik berserta hadiah penceraian sebagai bonus.  Saat Hans memasuki perut kereta, jeritan Safaa kedengaran padu.  Hans menelan liurnya.  Kereta meluncur pergi.  Tinggallah Safaa, tinggallah Adam. 

            SAFAA menghela nafas dalam.  Ada airmata yang mengalir di pipinya.  Mengingati kisah silam mengoyak parut lama.  Bintang yang bertaburan di dada langit diperhati.  Tubuh Hans yang sedang berada di halaman rumah itu diperhati dari tingkat atas.  Hingga kini, masih banyak persoalan yang tidak terjawab.  Namun, untuk apa semua persoalan itu berjawab?  Segalanya sudah berlalu.  Hatinya yang terluka sudahpun beku.  Airmata di pipi dikesat lembut.  Safaa memerhati tubuh kecil di atas katilnya.  Adam telah lama kena diulit mimpi.  Anakku, bagaimana mummy nak beritahu hal sebenar padamu suatu hari nanti?  Kisah mummy sangat rumit.  Kebenaran akan membuatkan Adam keseorangan.  Tanpa ayah.  Tanpa datuk.  Tanpa nenek.  Tanpa siapa-siapa. 
" S m u t� p� aa rebah menyembah bumi.   Penolakan walid bagaikan hukuman bunuh dalam hidupnya.  Hans menyambut tubuh Safaa yang rebah itu. 

           
HANS memerhatikan tubuh tidak bermaya itu.  Dugaan untuk Safaa ini memang besar.  Dibuang keluarga dan mengandung memang satu dugaan yang maha hebat buat Safaa.  Hans menghela nafas.  Sejak dinikahkan, bilangan kosa kata yang keluar dari kotak suara Safaa boleh dikira.  Jika semua jawapan boleh dijawab dengan anggukan dan gelengan, lagi sukar untuk berkomunikasi dengan Safaa. 
Setiap hari, dia semakin senyap.  Dia hanya akan berbaring dan menangis dari pagi sampai ke malam.  Malah, dia kerap kali pengsan dan terpaksa dimasukkan air ke dalam tubuhnya.  Wajah bersemangatnya makin pudar.  Yang ada cuma mata yang membengkak dan sembap.  Tubuhnya semakin tidak seimbang dengan keadaan ibu hamil. 
Hans semakin bimbang.  Doanya tidak pernah berhenti agar Safaa terus tabah dan dapat menerima semua dugaan.  Dan dia tahu ALLAH Maha Mendengar. 
“Fiyy… janganlah macam ni…”  Hans memujuk Safaa.  Safaa masih berbaring.  Bantalnya masih basah.  Entah bila dia akan berhenti menangis. 
“Awak tak rasa.. mana awak tahu..  saya rasa saya tak patut hidup..  saya tak nak hidup.. kenapa kahwin dengan saya?  Biarlah walid bunuh saya.  Biar Aqi parangkan saya..”  Perlahan Safaa meluah rasa. 
“Astaghafirullah.. jangan macam ni, Fiy..  ALLAH menduga kita kerana Dia tahu kemampuan kita, Fiy..  Jangan macam ni Fiy.  Anak ini rezeki.  Ada sebabnya ALLAH kurniakan dia, Fiy..”
“Awak takkan faham.  Saya hilang kesemuanya.. semua…”  Tangisan Safaa kedengaran.  Hans duduk di sisi Safaa. 
“Saya ada, Fiy.. Saya suami awak dan saya akan sentiasa bersama awak..”  Tubuh lesu Safaa ditarik lembut.  Sebuah pelukan lembut dan kejap diberikan.  Menyalurkan semangat buat sang isteri. 

Wake up, Fiy.. mereka akan maafkan awak suatu hari nanti.  Saya akan pastikan semuanya kembali pulih.  Mereka terkejut sebenarnya.  Awak tak salah.  Tak pernah salah. Cuma ini takdir buat awak… terimalah dengan redha.  Bayi ini pun tak pernah salah, Fiy.  Saya tak nak dengar apa-apa yang negatif dari awak..  ingat Fiy.  Saya ada.  Sentiasa ada untuk awak… Saya terima segala takdir ALLAH ini.  Saya terima Fiy dan bayi ni..  ingat pada ALLAH, Fiy..  Banyakkan bersabar, Fiy..”  Kata-kata Hans itu menyerap satu demi satu ke dalam jiwa Safaa.  Tangisannya masih bersisa di dada Hans.  Hans yang baru memeluk Islam itu begitu positif dengan takdir dan mengapa dia tidak?  Safaa memejam mata.  Perlahan-lahan dia memupuk diri agar mula menerima kenyataan yang pahit itu.  ALLAH, besar sungguh kurnia-MU.  

Dia... Safaa Hafiya

Sembilan

            REDZA membelikan mainan lagi buat Adam.  Safaa hanya memerhatikan gelagat keduanya.  Sejak Adam keluar dari hospital, layanan Redza juga berubah 200%.  Puan Azizah makin senang dengan perubahan antara Redza, Adam dan Safaa.  Safaa menghulurkan segelas jus oren kepada Redza.  Redza yang sedang melonggarkan lengannya. 
            “Thanks, Fiy..”  Walaupun kelihatan sedikit terkejut, Redza masih menyambut minuman yang dihulur. 
            “Thanks too, Redza..” 
            “I guess that I am forgiven?”  Redza mengusik Safaa.  Tawa kecil Safaa terletus.  Ya ALLAH, manisnya tawa itu.  Mengapa permata itu tersembunyi?  Redza merenung dengan pandangan redup. 
            “Saya bukan maksum.. bukan juga nabi..  saya tak pernah rasa untuk berdendam dengan awak…”  Safaa duduk dengan santai di hadapan Redza.  Mereka memerhatikan Adam yang sedang berbasikal di halaman rumah. 
            “Saya tidak pernah matang walaupun saya lebih tua dari awak..”   
            “Ohh.. should I call you atuk?”  Safaa bergurau.  Tawanya meletus lagi.  Ketika dia ketawa, pipinya memerah dan matanya turut tersenyum.  Redza terasa indah dapat berbual sesantai itu dengan Safaa. 
            “You know what I meant..”  Redza masih memerhati gelagat Safaa dan Safaa masih tersenyum. 
            “Mungkin pengalaman telah mematangkan saya.  Dan pengalaman awak mungkin tidak sepahit pengalaman saya..” 
            “Saya ada pengalaman pahit juga, Fiy..” 
            “Awak cuma ada pengalaman pahit ditinggalkan oleh kekasih yang tidak berupaya menolak permintaan keluarganya.  Pada saya, itu tindakan yang baik, Redza.  Bila dia memilih keluarganya, doakan kebahagiaannya.  Saya pasti, dia tidak bahagia selagi awak begini.  Lepaskan kenangan lalu untuk hidup di masa hadapan.  Kasihankan ibu..  carikan dia menantu yang lebih baik dan move on..”  Kata-kata Safaa itu ditelan oleh Redza.  Otaknya ligat berfikir. 
            “Pengalaman awak lebih pahit?” 
            “Pengalaman saya telah menjadi ubat untuk jiwa saya menjadi lebih kuat..”  Safaa masih mengukir senyum. 
            “Keluarga awak?” 
            “Saya telah kehilangan semuanya saat Adam berada di dalam hidup saya..  semuanya.. kerana itu juga, saya tidak boleh kehilangan Adam.  Kalau awak mahu saya tinggalkan keluarga awak, demi Adam, saya sanggup..”  Mata Safaa mula berkaca.  Bercerita tentang kisah lalu akan merobek lukanya. 
            “Saya dah melukakan awak..  Saya tak patut marah apabila ada orang menumpang kasih ibu.  Saya patut bangga kerana ibu saya disayangi..” 
            “Terima kasih Redza…”
            “Untuk apa?”
            “Untuk penerimaan awak pada Adam..  saya lega bila awak dah tak benci Adam..” 
            “Saya bukan benci Adam..” 
            “Saya tahu.. tapi ingat satu perkara, Redza.. Jangan bencikan manusia yang berbuat dosa..  tapi, bencilah pada dosa yang manusia lakukan..”  Safaa membuatkan Redza terkedu.  Jadi, benarlah…?  Safaa bangun dari kerusi dan membiarkan Redza terus tertanya.  Dia memanggil Adam untuk masuk.  Jus oren dihadapannya diteguk rakus.  Redza menghela nafas. 

“ASSALAMUALAIKUM..”  Ada suara memberi salam di luar pagar.  Kereta Honda Civic Type R berwarna hitam metalik itu diperhati.  Redza bangun serta menjawab salam itu di dalam hati dan lantas dia membuka pintu. 
            “Im?  Astaghafirullah..  mana hilang Im?”  Redza memeluk tubuh yang berdiri di hadapannya. 
            “Ibuuuuuuu…  tengok siapa datang, bu..”  Redza menjerit.  Puan Azizah juga kelihatan terkejut dengan kehadiran insan yang sudah lama menghilang itu.  Airmatanya jatuh melihat lelaki itu masih seperti dahulu. 
            “Masuk Im.. masuk..” 
            “Im nak minta izin ibu dengan Redza.  Nak bermalam di sini.  Saya rindu masakan ibu..”  Petah bicaranya menjadikan Puan Azizah makin sebak.  Terkilan kerana arwah suaminya tidak dapat berada bersama-sama mereka hari ini.  Hidupnya seolah lengkap setelah Im pulang kembali di hadapan matanya. 
            “Im.. ini rumah Im.. bila-bila Im boleh tidur sini..”  Puan Azizah menepuk bahu lelaki itu.  Redza mengambil beg Im dan mereka melangkah bersama masuk ke rumah. 

            SAFAA sibuk menyiapkan hidangan makan malam.  Masakannya tidaklah istimewa mana.  Cuma dia terdengar ada suara asing di rumah ibu itu.  Mungkin teman Redza.  Namun, dia tersentuh saat mendengar suara lelaki itu mengalunkan bacaan suci ketika melintasi ruang hadapan tempat semua berjemaah.  Dia terasa larut dalam kenangan lama.  Merindui seseorang dari jauh.  Mungkin dia terbawa-bawa kisah lama kerana berbual dengan Redza petang tadi rasanya.  Safaa menghela nafas.  Menenangkan perasaan sendiri. 
            “Dah siap ke hidangannya, Fiy?”  Teguran dari Puan Azizah dijawab dengan senyuman.  Meja makan memang sudah terhidang dengan lauk-pauk. 
            “Kita ada tetamu hari ni..”  Puan Azizah memberitahu. 
            “Fiy tahu..  Fiy dengar suara lain tadi.  Siapa, bu?  Kawan Redza ke?” 
            “Lebih kurang la.. tapi dia dulu masuk Islam dengan ayah Redza.  Dah lama dia tak jenguk kami..  dulu dia rajin datang belajar dengan ayah Redza..”  Penerangan itu dijawab dengan anggukan faham dari Safaa.  Rugi juga dia ‘bercuti’ solat kerana pahala jemaah diimamkan oleh muslim yang diislamkan oleh ayah Redza.  Pastinya istimewa.  Safaa tersenyum sendiri. 
            “Haaaiii.. senyum sorang-sorang ni kenapa?  Berkenan ke?”  tegur ibu. 
            “Hishh.. ibu ni.. Fiy tak kenal pun dia.. nak berkenan tiba-tiba pulak..”  tangkis Safaa yang sedang menyusun buah-buahan yang baru dipotong. 
            “Dia duda tauuu..  handsome pulak tu..”  Puan Azizah mula melobi untuk anak angkatnya itu.  Safaa ketawa kecil. 
            “Ibu ni… macam-macam.. jangan nak jadi agensi mencari jodoh pulak yeee..”  Safaa memeluk Puan Azizah dari tepi. 
            “Ishhh.. untung Fiy… ada dua pilihan.. pilih je.. nak yang duda ke nak yang bujang..”  Puan Azizah makin giat mengusik. 
            “Ibuuuuuuuu…”  Safaa mula ketawa sambil menggeleng.  Saat jemari Safaa meletakkan piring terisi buah, pandangan matanya bertaut pada sepasang mata jernih.  Segaris senyum dihulur padanya namun mata Safaa mula membulat seperti belon yang makin diisi dengan angin. 

            HANS IMTIAZ ABDULLAH..?!  Nama itu hanya bergema di dalam hatinya.  Terasa matanya tidak mampu mengecil dan lelaki itu memang bijak menyembunyikan rasa terkejut.  Dan, meja makan yang semakin rancak dengan suara-suara ibu, Adam, Redza dan Hans semakin jauh dari pendengaran Safaa.  Nasi yang ditelan terasa seperti begitu lambat ditelan oleh esofagusnya.  Hadirnya lelaki itu ke meja makan telah membawa fikiran Safaa ke lautan kisah silamnya. 
Kediaman Aman Damai

            “AKU tak ada anak macam kau!!  Berani kau menconteng arang ke muka keluarga aku?  Kau keluarrrrrrr!!  Keluar aku kata!  Jangan kau tunjukkan muka kau ke sini lagi!”  Suara walid mengegar jantung Safaa.  Mata walid yang memerah itu membuktikan yang dia memang sedang marah.  Umi hanya menangis dan mengusap airmatanya.  Safaa masih duduk.  Dia sanggup dihukum bunuh sekalipun.  Dia tidak pernah mahu mengecewakan keluarga sendiri. 
            “Jangan buang Faa, walid.. umi..  Faa salah.  Tapi jangan buang Faa macam ni.  Mana Faa nak pergi, umi…”  Tangisan Safaa makin lebat.  Saat begini, dia mahu menceritakan semuanya agar walid dan umi faham namun dia tahu tiada siapa yang akan percaya padanya.  Apa yang mampu dia lakukan, mengaku salah sahaja. 
            “Kau dah malukan aku, baru kau nak mengaku salah??  Kau keluar.  Aku tak nak tengok muka kau lagi!  Aku jijik!  Aku bela kau dengan kasih sayang.  Aku beri pengetahuan agama, ini yang kau bagi aku??”  Suara walid makin keras.  Melutut di kaki walid dan umi tidak akan menyejukkan hati mereka dengan kebenaran yang mereka tahu. 
            “Kenapa Faa buat kami begini, Faa?  Kenapa tak fikir dulu, Faa?”  Suara umi seolah kesal. 
            “Siapa punya kerja?  Beritahu Aqi..  beritahu!!!”  Suara Syauqi bergema.  Di tangannya ada sebilah parang yang masih berkilat.  Safaa menelan liurnya.  Membayangkan kepala yang terpisah dari badan kerana parang itu. 
            “Masa kau menyedap… kau tak ingat dosa pahala.. masa kau dah memboyot, kau cari keluarga?  Kau tak fikir ke masa kau buat kerja berdosa ni pada maruah walid?  Maruah umi?  Maruah Syauqi?  Apa aku nak cakap dengan orang kampong??  Anak aku mengandung anak luar nikah?  Tak ada bapak?”  Suara walid makin meninggi.  Nada kesal kedengaran. 
            “Assalamualaikum…”  Suara garau memecah suasana yang semakin tegang.  Ada sesusuk tubuh mendaki anak tangga.  Semua yang ada di situ terkaku seketika. 
            “Saya… lah bapa kepada anak Safaa tu.. pakcik.. makcik..”  Safaa berpaling apabila suara lelaki yang mengaku itu datang dari pintu rumahnya.  Hans masuk dan melutut. 
            “Kaaauuuuuu??  Kau berani datang sini??  Kau nak mampus sangat dahhh?”  Syauqi mula kehilangan sabar.  Parang mula diangkat. 
            “Jangannnnnnnn Aqiiiiii..  jangannnnnn… jangan bunuh dia…”  Safaa menjerit nyaring.  Sesak nafasnya melihat parang itu terangkat.  Dia tidak mahu sesiapa terkorban.  Hans kelihatan tenang.  Mungkin dia sudah berserah.  Safaa menelan liurnya.  Dia tidak sanggup andai ada yang terkorban di rumah walid ini. 
            “Sekaranggggg.. kau cakap dengan akuuuu.. kau nak nikah dengan kakak aku ke tidakkk??”  Syauqi mencekak kolar leher Hans.  Hans menelan liur.  Dia mengangguk.  Dia sanggup.  Dia tidak sanggup melihat Safaa melalui semua ini sendirian. 
            “Bangun!!  Kita pergi pejabat agama..  selesaikan semua ni..”  Suara walid mula kedengaran semula.  Esak Safaa masih belum reda. 

            “MULAI hari ni, kau bukan lagi keluarga aku.. jangan kau tunjukkan muka kau depan aku..”  Walid memalingkan wajahnya apabila Safaa dan Hans menghulurkan salam meminta restu selepas selesai pernikahan mereka. 
            “Abanggg.. sudahlah tu…”  Suara umi memujuk walid kedengaran.  Perkarangan pejabat agama itu hening.  Syauqi meraup wajahnya.  Dia jadi marah melihat pasangan itu.  Entah kenapa kakaknya boleh terjebak begini.  Dia kesal.  Setahu dia, Safaa bukan sebegini orangnya.  Safaa sangat mementingkan maruah diri.  Namun, siapa sangka, manusia tetap akan berubah. 
            “Kalau awak nak pilih ikut dia, pergilah.. saya dah tak ada anak perempuan lagi.  Bagi saya, Safaa Hafiya dah mati!!”  Dan ungkapan itu telah membuatkan Safaa rebah menyembah bumi.   Penolakan walid bagaikan hukuman bunuh dalam hidupnya.  Hans menyambut tubuh Safaa yang rebah itu. 
           
HANS memerhatikan tubuh tidak bermaya itu.  Dugaan untuk Safaa ini memang besar.  Dibuang keluarga dan mengandung memang satu dugaan yang maha hebat buat Safaa.  Hans menghela nafas.  Sejak dinikahkan, bilangan kosa kata yang keluar dari kotak suara Safaa boleh dikira.  Jika semua jawapan boleh dijawab dengan anggukan dan gelengan, lagi sukar untuk berkomunikasi dengan Safaa. 
Setiap hari, dia semakin senyap.  Dia hanya akan berbaring dan menangis dari pagi sampai ke malam.  Malah, dia kerap kali pengsan dan terpaksa dimasukkan air ke dalam tubuhnya.  Wajah bersemangatnya makin pudar.  Yang ada cuma mata yang membengkak dan sembap.  Tubuhnya semakin tidak seimbang dengan keadaan ibu hamil. 
Hans semakin bimbang.  Doanya tidak pernah berhenti agar Safaa terus tabah dan dapat menerima semua dugaan.  Dan dia tahu ALLAH Maha Mendengar. 
“Fiyy… janganlah macam ni…”  Hans memujuk Safaa.  Safaa masih berbaring.  Bantalnya masih basah.  Entah bila dia akan berhenti menangis. 
“Awak tak rasa.. mana awak tahu..  saya rasa saya tak patut hidup..  saya tak nak hidup.. kenapa kahwin dengan saya?  Biarlah walid bunuh saya.  Biar Aqi parangkan saya..”  Perlahan Safaa meluah rasa. 
“Astaghafirullah.. jangan macam ni, Fiy..  ALLAH menduga kita kerana Dia tahu kemampuan kita, Fiy..  Jangan macam ni Fiy.  Anak ini rezeki.  Ada sebabnya ALLAH kurniakan dia, Fiy..”
“Awak takkan faham.  Saya hilang kesemuanya.. semua…”  Tangisan Safaa kedengaran.  Hans duduk di sisi Safaa. 
“Saya ada, Fiy.. Saya suami awak dan saya akan sentiasa bersama awak..”  Tubuh lesu Safaa ditarik lembut.  Sebuah pelukan lembut dan kejap diberikan.  Menyalurkan semangat buat sang isteri. 

Wake up, Fiy.. mereka akan maafkan awak suatu hari nanti.  Saya akan pastikan semuanya kembali pulih.  Mereka terkejut sebenarnya.  Awak tak salah.  Tak pernah salah. Cuma ini takdir buat awak… terimalah dengan redha.  Bayi ini pun tak pernah salah, Fiy.  Saya tak nak dengar apa-apa yang negatif dari awak..  ingat Fiy.  Saya ada.  Sentiasa ada untuk awak… Saya terima segala takdir ALLAH ini.  Saya terima Fiy dan bayi ni..  ingat pada ALLAH, Fiy..  Banyakkan bersabar, Fiy..”  Kata-kata Hans itu menyerap satu demi satu ke dalam jiwa Safaa.  Tangisannya masih bersisa di dada Hans.  Hans yang baru memeluk Islam itu begitu positif dengan takdir dan mengapa dia tidak?  Safaa memejam mata.  Perlahan-lahan dia memupuk diri agar mula menerima kenyataan yang pahit itu.  ALLAH, besar sungguh kurnia-MU.  

Monday 21 October 2013

Dia... Safaa Hafiya

Lapan

Rainbow Cake House

            WANGIAN manis yang bertebaran membuatkan perut Razzy mula berkeriut.  Hari ini, dia sengaja muncul dengan lebih awal untuk melihat keriangan anak buahnya.  Sejak sebulan lalu, Atiya kelihatan lebih bersemangat. 
            “Haii.. Mama Zola..”  Razzy mengusik Safaa yang sedang sibuk melayan pelanggan.  Safaa hanya tersenyum nipis.  Ella sedang melayan Atiya dan Adam yang sedang bermain di ruang tengah. 
            “Assalamualaikum…”  Safaa datang menghulurkan secangkir kopi dan sepotong kek pelangi buat Razzy.  Razzy bersandar dan mengukir senyum.  Lantas, bibirnya menyambut salam yang dihulur di dalam hati.  Terasa tersindir dengan ibu muda itu. 
            “Mama Zola sibuk nampaknya…  anyway, thanks.. memang G tengah lapar..” 
            “Jangan lupa baca bismillah.. Tiya pun pandai baca doa sebelum makan tau..”  Safaa mengusik jejaka itu. 
            “Ye mama Zola…”
            “Bukan mama Zola la.. saya mummy Zola..”  Safaa menyambut gurauan lelaki itu dengan baik.  Agak pelik juga kebelakangan ini lelaki ini sering muncul awal di kedainya. 
            “Hmmm.. sedapnya kek ni… Mummy Zola memang terror bab buat kek ni ye..?”  Safaa hanya memandang reaksi Razzy dari tadi.  Lelaki ini juga tidak kering idea untuk berbual.  Ella memberikan isyarat kepada Safaa.  Safaa mengerutkan dahinya. 
            “Alaaa.. Kak Fiy ni kerut-kerut pulak… si G ni duk berkenan dengan mummy Zola.. tu yang asyik melekat je kat sini je… Tiya pun melekat, papa G pun duk melekat..”  Ella memulakan mukadimahnya. 
            “Ellaeeeee…  apa yang duk mengarut ni?”  Safaa menepis gossip yang cuba disebar itu.  Razzy ketawa suka. 
            “Kalau berkenan pun tak salah kan?  Sama-sama kosong..”  Razzy mula bersuara semula.  Safaa membulatkan matanya.  Tanda tidak suka. 
            “Ehh..  mana pulak sama-sama kosong..  Awak kosong, saya satu..”  Safaa mebidas. 
            “Habislah Abang G..  kak Fiy ni ramai peminat.  Yang kat rumah, mentua duk tunggu green light, anak duk cari gaduh, kat kedai, papa Zola duk menghimpit..”  Tawa Ella dan Razzy berpadu.  Safaa bangun lantas menutup mulut Ella dengan tangannya.  Tawa mereka masih bersisa.  Mereka harus dipisahkan.  Ella sudah berada di bahagian depan.  Melayan pelanggan yang baru muncul. 
            “Awak hantar Adam mengaji kat mana?”  Razzy mula bersuara semula.  Safaa terdiam seketika.  Ini pasti berikutan Atiya yang mahu sama-sama mengaji dengan Adam kebelakangan ini. 
            “Saya hantar rumah ibu..  ibu yang tolong ajar.  Kadang-kadang saya ajar.  Mengaji sama-sama.  Kenapa?” 
            “Saja tanya..  papa dia kursus sebulan, Tiya pun cuti sebulan jugak..  sebab tu dia nak mengaji sama dengan Adam tu..” 
            “Awak tak ajar ke?”  Safaa tiba-tiba terdiam.  Razzy turut terkedu. 
            “Saya sibuk sikit.. mana ada masa nak ajar dia..” 
            “Masa itu turut patut dibahagi bersama masa untuk ALLAH..”  Safaa mengingatkan.  Razzy kelihatan menggaru-garu kepalanya.  Safaa hanya tersenyum manis. 
            “Tak apa.. awak boleh cuba perlahan-lahan lepas ni.. Cuma G kena ingat.. mati itu boleh berlaku pada bila-bila masa..  cubalah luangkan masa untuk ALLAH..”  Safaa menasihati Razzy.  Jauh di sudut hati, Razzy terasa tenang.  Tenang bersama wanita yang seperti Safaa. 

            “MUMMY… pedasss..”  Muka Adam memerah menahan pedas.  Safaa sedikit terkejut.  Rasanya dia tidak memasak yang pedas untuk anak itu.  Puan Azizah turut mengasingkan ayam masak kicap yang ada di dalam pinggan Adam.  Safaa merasa kuah yang ada di dalam pinggan anak itu.  Ada rasa menyengit ke deria rasanya.  Pantas, matanya menuntang ke arah Redza.  Redza hanya memandangnya sinis. 
            “Minum ni sayang… mummy ambil gula-gula kejap…”  Safaa bangun dan mencari gula-gula. 
Apa yang dirisaukan, perut Adam tidak begitu ramah menerima makanan pedas.  Perut pun ikut keturunan ayah dia.  Safaa mengeluh.  Dia tahu pasti kerja Redza.  Sebab, dia sudah merasa masakan itu sebelum terhidang tadi.  Tak mungkin Puan Azizah tidak tahu.  Puan Azizah yang memasak hari ini.  Safaa mengusap kepala Adam ketika anak kecil itu mencicip gula-gula yang diberikan.  Redza masih berselera makan.  Safaa terasa seleranya tumpul dengan tiba-tiba.  Mahu ditengking, mereka di meja makan.  Dia diamkan sahaja. 
            “Adam okay ke?  Sakit perut tak?”  Safaa mengusap perut anaknya.  Adam menggeleng.  Mukanya masih memerah.  Safaa mengeluh tanda tidak puas hati.  Dan tiba-tiba Adam terus termuntah.  Safaa lantas bangun dan mengambil kunci di atas meja.  Dia mendukung Adam. 
            “Bu, Fiy hantar hospital kejap..” 
            “Fiy.. ibu ikut.. tunggu…”  Puan Azizah bergegas mengekori Safaa. 
            “Redza.. nak ikut tak?”  Puan Azizah bertanya.  Safaa sudah meletakkan Adam ke dalam kereta.  Redza dalam keadaan serba salah.  Dia mengangguk. 
            “Saya drive..”  Redza berdiri di pintu hadapan bahagian pemandu. 
            “Saya boleh drive sendiri..”  Jemari Safaa menggigil untuk menghidupkan enjin.  airmatanya sudah berjuraian.  Mukanya memerah.  Redza menarik lengan Safaa keluar dari tempat duduk itu. 
            “I said, I’ll drive..”  Safaa mengesat airmatanya.  Redza terus mengambil tempat duduk dan memandu ke hospital berhampiran. 

            REDZA mencuri pandang ke arah Safaa yang baru duduk di sisi katil terlantarnya Adam.  Puan Azizah menunaikan solat sebentar.  Hatinya jadi belas dengan tindakannya kepada Adam.  Dia tahu, rasa tidak suka pada anak kecil itu telah membawanya menjadi lelaki yang tak baik.  Dia tidak pernah berperasaan begini.  Dia sukakan Safaa dari sejak mula.  Namun, dia tidak suka dengan kisah hitam Safaa.  Dan tanggapannya terhadap wanita makin teruk saat Aula meninggalkannya.  Dia rasa sakit.  Sakit kerana wanita.  Namun, kini dihadapannya, dia telah menyakiti budak yang tidka berdosa. 
            “Redza.. jom kita balik.. esok pagi-pagi kita datang..”  Puan Azizah memegang lengan anaknya yang sedang melamun. 
            “Fiy macam mana?” 
            “Fiy tak nak balik. Dia nak tunggu anak dia..  tak apalah.. esok kita take turn..”  Puan Azizah meminta diri daripada Safaa.  Safaa hanya mengangguk.  Matanya mulai membengkak kerana terlalu banyak menangis.  Dan Safaa tidak mengangkat mukanya pada Redza.  Membuat rasa bersalah Redza makin tebal. 

            “SUDAH-sudahlah tu, Redza.. kalau Redza tak suka, jangan sampai membunuh..”  Puan Azizah memulakan mukadimahnya sebaik masuk ke perut kereta.  Redza menelan liurnya.  Ibunya juga tahu? 
            “Berapa kali ibu nak cakap?  Adam tu tak bersalah..  Fiy pun tak salah..  keadaan yang menyebabkan dia jadi macam tu.. penat ibu hantar Redza pergi belajar tinggi-tinggi, Redza tak boleh nak bezakan perkara yang betul dengan tak betul??  Adam tu sakit, Za.  Perut dia sensitif..  Fiy dan ibu tak manjakan dia.  Kami buat perkara yang betul sebagai seorang wanita dan ibu..  kenapalah ibu ada anak yang besar panjang macam ni tapi tak boleh fikir dengan waras?  Lagi lama, Za simpan dendam pada Fiy.. pada Adam.. makin tak tenang hidup Redza.  Macam nilah, Redza.. kalau Za tak suka, lepas ni, ibu jelah yang jenguk diorang.  Tak payah suruh Fiy datang rumah..”  Dan lama-kelamaan, suara Puan Azizah berubah sendu.  Ada tangisan yang jatuh.  Mencambahkan rasa bersalah yang paling dalam. 
            “Za tak faham.. ibu sayangkan Fiy dengan Adam sebab diorang la peneman ibu masa Redza kerja jauh hari tu..  sakit pening ibu, dia yang tolong..  Redza tak boleh fikir untuk diri sendiri..” 
            “Redza mintak maaf, bu.  Redza yang salah..”  Berkali-kali liurnya ditelan.  Puan Azizah hanya terdiam.  Dia kesal dengan sikap anak bujangnya itu.  Keluhan kecil terlepas. 
            “Ibu tahu, Redza.. ibu nampak semua tu.. tapi tak adil untuk Fiy dan Adam bila Redza hukum Adam.  Ingat, Redza.  ALLAH tidak pernah membezakan hambaNYA dengan dosanya.  Yang penting amal ibadatnya.  Siapapun Fiy dan Adam, kita kena terima seadanya.  Redza sendiri..  sudah cukup baik ke?  Jangan kata dengan ibu, Redza tak pernah jeling pada Aula.  Kita bukan maksum seperti nabi tapi kita boleh berusaha untuk menjadi lebih baik..” 
            “Redza salah..bu..”
            “Kita tak berhak menghukum sesiapa. Kerana kita tidak berada di tempatnya.  Kalau ikutkan hati ibu, ibu nak bongkar semua.. tapi Fiy tak beri.  Ibu menyimpan amanah yang besar.  Kalaulah Redza tahu macam mana hidup Hafiya…”  Puan Azizah memejam matanya.  Dari A hingga Z, dia tahu sejarah silam Safaa.  Kerana itu, dia sentiasa melindungi Safaa.  Dia tidak mahu Safaa rapuh dalam hidup. 

            SAFAA masih tertunduk membisu.  Pandangan dihala ke taman yang mendamaikan.  Suasana dari tingkat dua hospital itu masih tenang.  Redza sedang menanti jawapannya. 
            “Redza tau.. apa yang Redza buat, melukakan hati Fiy.. Redza minta maaf.  Dari awal perkenalan kita sampai hari ni, Redza tak pernah buat Fiy tenang..”  Lembut bicara sang arjuna.  Dan dapat dirasakan lelaki itu tulus memohon maaf. 
            “Lupakanlah, Redza..  perkara dah nak jadi..” 
            “You sound like not forgiving me yet..”  Redza menghela nafas.  Benarlah, bukan mudah untuk memaafkan tapi paling mudah untuk melukakan. 
            “I can’t bare losing him..  what you’ve done to him, just make me unsecure..”  Safaa bersuara.  Airmatanya berjuraian.  Mencarik rasa bersalah di dalam jiwa Redza.  Betapa dia bersalah sekiranya Adam terkorban malam itu. 
            “I am truly sorry, Fiy.  I promise that I will never do this again… please..”  Redza memandang Safaa.  Dia mahu Safaa tahu yang dia ikhlas. 
            “Mohon ampun pada ALLAH dan minta maaf pada Adam.. saya hanya akan maafkan awak andai anak saya memaafkan awak..”  Safaa beristighafar.  Tiba-tiba dia terasa seperti dia mementingkan diri sendiri.  Siapa dia untuk menolak maaf dari seorang manusia?  Di dasar hatinya, dia perlahan-lahan mencari jalan untuk memaafkan Redza.  Redza masih kaku di beranda itu.  Mencari semangat untuk kembali bertentang mata dengan Safaa selepas ini. 

            “MUMMY..!!”  Sebuah suara comel menegur Safaa saat dia menolak pintu wad itu.  Wad Adam itu kini dipenuhi dengan belon-belon dan gula-gula.  Pelukan kecil dari Atiya dibalas penuh rasa kasih.  Razzy menghulurkan senyuman semanis gula.  Safaa tersenyum.  Dia bersyukur kerana lelaki itu sanggup menggembirakan hati anak kecilnya. 
            “Fiy.. sepatutnya, kena beritahu G yang Adam masuk wad.  Nasib baik pergi kedai tadi, Ella inform..”  Razzy bersuara.  Sebaik sahaja menjemput Atiya hari ini, dia sedikit terkedu apabila Atiya mengatakan Adam tidak datang ke tadika.  Puas memandu laju di luar alam, Ella memberitahu kisah dan tempat Safaa bertapa. 
            “Saya tak sempat nak inform sesiapa.  Ella dengan Ros je..  risau sangat..” 
            “Adam da sihat??”  Razzy duduk di sisi Adam.  Wajah yang ceria itu membuang rasa gusar.  Safaa memerhatikan Razzy dan Adam.  Safaa teringat kisah dahulu di mana dia pernah hampir kehilangan Adam kerana tindakan bodohnya dahulu dan dia tidak mahu kerana tindakan bodoh orang lain, anaknya menjadi mangsa. 
            “Papa G datang, Adam rasa sihatttt..”  Suara ceria Adam bergema.  Safaa ketawa melihat anaknya kembali ceria.  Razzy mengusap kepala Adam. 
            “Anak mummy rasa sihat sebab tengok banyak gula-gula ni.. Papa G ni nak kena sebat ni.. rosak gigi Adam, mummy rotan Papa G..”  Safaa mengusik.  Razzy mengangkat keningnya. 

            “Haihhh.. kita pulak yang kena??  Kejam betul mummy Zola ni…”  Razzy dan Safaa berkongsi tawa.  Mereka memerhatikan Atiya dan Adam yang sedang berbual dan bermain dengan bahasa mereka.  

Dia... Safaa Hafiya

Tujuh

            “EXCUSE me…  siapa yang buat cupcakes ni?”  Seluruh mata yang berada di pejabat itu memandang pada sang bos yang sedang serius bertanya.  Masuk cup yang berada di tangannya itu, sudah lima biji cupcakes ditelannya. 
            “Haii.. bos. Dah makan dekat 5, 6 biji baru tanya siapa yang buat?  Saya la yang bakar malam tadi.. special untuk birthday celebration bos hari ni..”  Fiona  bersuara sambil ketawa.  Seluruh pejabat tahu yang bos mereka itu tidak ada pantang dalam pergaulan atau gurauan asalkan kerja mereka menepati piawaiannya. 
            “Serious??  Awak yang bakar?  It’s taste like one of my memorable taste of cakes..”  Lelaki itu seolah menggumam sendiri. 
            “Yuuuhuuu…memorable taste dari siapa ni, bos? Girlfriend ke, bos?”  Razlan mengusik bosnya. 
            “She’s more than that..”  Lelaki itu seakan berbisik.  Semua yang mendengar terdiam.  Bosnya itu kedengaran serius menuturkan kata itu. 
            “It comes from Rainbow Cake House..  one pretty girl owned it..”  Fiona menghulurkan kad nama dari kedai berkenaan.  Lelaki itu tersengih sambil menyambut kad nama itu.  Senyumannya makin melebar.    
            “Okay..  I will sponsor cakes for three days..”  Lelaki itu bersuara sambil tangannya mengambil 3 biji kek cawan yang dihidangkan. 
            “Ohh… no.. habislah diet saya bos..”  Fiona melaung. 
            “Siapa kata bos nak bagi kau?  Bos nak payung opis.. kau tak nak, jangan makan..” 
            “Hellooooo.. kek dia ni memang terbaik dari ladang tau..  mana boleh missed..”  Fiona mula membebel membidas kata-kata Razlan.  Beberapa pekerja ketawa dan menggeleng mendengar mereka berbalah. 

            Suasana hingar semakin tenggelam dari pendengaran Imtiaz.  Hans Imtiaz memejamkan matanya.  Menggali memori dari sebuah rasa yang terbit dari kek-kek cawan yang baru dinikmatinya.  Wangiannya sama dengan wangian yang pernah menemaninya dalam beberapa tahun ini.  Entah apa khabar wanita tabah itu?  Tidak pernah dalam sesaat dia terlupa untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan wanita itu walau di mana sekali pun dia berada.  Kolam matanya terasa penuh dengan air.  Rasa sebak sudah menular.  Mengingati kenangan demi kenangan sebenarnya lebih melukakan dari membahagiakan. 

Di Pearl Apartment beberapa tahun lalu…

            HANS memerhatikan daun pintu bilik di hadapan biliknya.  Isterinya masih tidak keluar-keluar.  Jika dihitung, masuk hari ini, wanita itu telah mengurung diri dan menyeksa diri selama 44 hari (wahh.. dah macam pantang-pantang orang melayu pulakk).  Hans mengatur langkah ke dapur.  Dia terasa lapar apabila menghidu bau manis dari arah dapurnya.  Tudung saji diangkat.  Mata Hans membulat. 
            Susunan kek-kek cawan yang terukir indah berada di bawah tudung saji itu.  Tiba-tiba senyuman di bibirnya terukir dengan sendiri.  Kek cawan yang terlukis ‘Happy 31 Birthday Hans Imtiaz’.  Beberapa ukiran comel seperti gambar keretanya, gitarnya dan ukiran hati memenuhi kek-kek cawan itu.  Jemarinya ingin mengambil kek cawan yang terlukis gambar hati yang merah dan penuh, tiba-tiba ada jemari menepuk tangannya.  Hans memalingkan wajahnya ke arah jemari itu. 
            “Haiipp.. sabar sikit ye.. penat-penat kita buat, dia nak makan sorang??”  tegur wanita itu membuatkan sengihan Hans semakin lebar.  Akhirnya wanita itu mahu bercakap dengannya sepeti dahulu. 
            “Thanks for remembering my birthday..”
            “Luckily wallet you kat luar..  nasib baik juga, I terbuka pintu hati nak tengok..”  Wanita itu mencebik. 
            “Opss.. I can sue you for accesing my private information..”  Hans mengusik sang isteri.  Safaa membuat muka selamba. 
            “Ohhh.. pleaseee… please sue me… remember Mr. Imtiaz, I am Puan Safaa Hafiya.  Your legal wife.. What’s yours are mine..”  Safaa mencebik.  Semalaman dia berteleku.  Memikirkan kehidupannya yang makin sempit.  Dan dia telah membuat keputusan untuk menutup buku lama dan membuka lembaran baru di buku baru.  Dia ada Imtiaz yang sudi menemaninya sepanjang kesukaran dan dia harus menghargai kurniaan ALLAH itu. 
            “I really appreciate this.. this is first time, I have celebrating my birthday with someone that really special to me..”  Hans bersuara.  Dia memandang reaksi sang isteri.  Wanita itu mengukir senyum.  Jemarinya lincah membancuh air.  Bihun goreng Singapura disenduk buat lelaki bergelar suami itu. 
            “So, what’s your wishes for this birthday?”  Wanita itu duduk di sisinya.  Lengkap sudah hidupnya.  Dia tidak memerlukan perkara lain.  Isteri yang sempurna begini. 
            “Wahhh.. boleh tunaikan semua ke??”  Mata Hans bercahaya. 
            “Depends..” 
            “My lovely wifey, Puan Safaa Hafiya..  mulai saat ini, detik ini, I want you to call me as abang..  no you, no I..  deal?”  Hans memandang isterinya.  Safaa terpinga-pinga.  Dia terdiam seketika.  ‘Aiii.. cina pun pandai nak guna gelaran abang?’ 
            “Deal, abang..”  Safaa menghabiskan kunyahan dan mengangguk.  Hans serasa mahu melompat.  Dia gembira dengan perubahan wanita ini.  Musim untuk wanita itu berkabung sudah tamat dan Hans harus memikirkan cara untuk wanita ini terus tersenyum dan gembira. 
            “Okay… I have another 24 hours to think about my birthday wish..”  Hans mengecilkan matanya.  Dia sekadar mahu mengusik sang isteri.  Safaa membesarkan anak matanya. 
            “Hello incik abang… please minus about eight hours ye… your birthday just valid for 12 midnight until 11:59 midnight today..”  Safaa mencebik manja. 
            “Second wishes..  please don’t think about anything that will make you sad..  it’s not good for both of you.. please… think about the baby inside you..  one fine day, your family will accept this.  We can just pray for the best.. I’ll be beside you.. ALLAH will be with us.. always..”  Hans memegang jemari Safaa.  Sebut tentang keluarga, dia tahu suis di kelopak mata Safaa akan secara automatik berkaca.  Betapa wanita itu telah disisih oleh insan-insan kesayangannya. 

            “ABANG…”  Safaa memanggil lembut suaminya.  Hans yang sedang menonton televisyen itu mengalihkan pandangan ke arah Safaa.  
            “Hmmm..?  Kenapa, Fiy..  Ada nak makan apa-apa?” 
            “Fiy.. teringin nak naik kereta..” 
            “Haiii… lain macam je mengidam ni?”  Hans mengangkat keningnya.  Dia berasa pelik. 
            “Fiy teringin nak naik kereta laju-laju… Jommm..  please..”  Safaa seolah merayu.  Entah mengapa, dia teringin sangat untuk berada di dalam kereta yang dipandu laju.  Mengidam jenis apa, dia pun tak tahu. 
            “Whattt?  Nope..  A big NO..  until the baby come out..”  Keputusan Hans seolah muktamad.  Bahaya bagi dia jika mengikut sahaja kehendak bukan-bukan seperti itu.  Walaupun dia merasakan permintaan wanita itu sebagai tidak munasabah, dia masih menimbang-nimbang sendiri.  Pelik!  Kerana dia tidak pernah berpengalaman mengendali seorang wanita hamil. 
            “Pleaseeee..  I wanna drive car.. very fasttt..”  Wajah Safaa mencebik. 
            “Driving??  Don’t dare to dream, hun..”  Hans kelihatan tegas. 
            “Hukkk..”  Safaa mula merasa emosinya kurang stabil.  Hans mengeluh melihat wajah sayu Safaa. 
            “Helloo hun.. today is my birthday.  I am the one who should set wishes..”  Hans bersuara seolah tidak puas hati. 
Dia mencapai handphone dan menelefon seseorang.  Dia berbicara dalam bahasa ibundanya sehingga dahi Safaa berkerut-kerut kerana tidak faham.  Safaa lantas bangun dan mahu memerap di dalam bilik.  Saat dia bangun, jemarinya diraih.  Hans tersenyum manis. 
            “Hun..  Go and change yourself..  kita pergi..”  Hans meluru untuk menukar pakaian. 
            “Haa..?  Pergi mana??”  Wajah Safaa terpinga-pinga. 
            “Kata nak pergi bawak kereta laju-laju??  Jadi ke tak ni?” 
            “Serius abang??”  Safaa seolah mahu melompat.  Hans tidak pernah mengecewakannya.  Senyuman Safaa mula lebar ke telinga. 
            “Serius but jangan lompat.  Fiy lompat, kita cancel..”  Hans mengugut.  Dia tahu sangat perangai Safaa yang suka melompat sekiranya dia gembira.  Safaa mencebik.  Jemarinya memutar tombol bilik. 
            “Guna kereta abang tau.. kereta Fiy tak best..”  Sayup-sayup Hans mendengar suara Safaa.  Hans menggeleng dalam senyuman. 
            “Banyak cantikkk..  dia yang mengidam, nak guna kereta kita pulak.  Guna je Myvi Fiy tu..”  Hans menjawab dari dalam bilik. 
            “Alaaaa… kalau guna Myvi Fiy, Fiy tak nak pergiii..”  Safaa tersenyum sendiri di balik pintu.  Hans akan mengalah sekiranya Safaa mengugutnya. 
            “Ishh.. yelahhhhh.. cepat..”  Safaa terlompat sedikit apabila mendengar persetujuan Hans.  Mana feel kalau naik kereta laju-laju dengan Myvi.. lainlah kalau kereta Honda Type R si Hans tu.  Barulah terasa feel sporty sikit..  Safaa tersengih-sengih sendiri. 
            “I said, we will cancel all this kalau Fiy melompat..”  Lelaki itu bersuara.  Safaa menggigit bibir bawahnya tanda bersalah.  Tahu saja Hans yang dia terlompat tadi.  Safaa terus mengambil tas tangannya.  Hans sudah menanti dengan kemeja Polo dan seluar bermudanya.  ‘Apex.. lu sangat hensemmmmmm..’  jerit Safaa dari dalam hati. 

            “ASSALAMUALAIKUM…”  Salam yang dihulur itu disambut.  Hans mengucup lembut dahi Safaa.  Makin hari, dia merasakan hatinya semakin terikat pada wanita itu.  Perut Safaa yang semakin membesar itu dipegang perlahan.  Dia menunduk sedikit. 
            “Sayang daddy..  buat apa tu?  Susahkan mummy ke hari ni?”  Hans berbicara bersama bayi di dalam kandungan Safaa. 
            “Baby baik je hari ni..”  Safaa menjawab.  Setiap hari, dia akan meluangkan masa untuk berbual dengan kandungan Safaa.  Katanya, dia mahu anak itu kenal dengan suara daddynya. 
            “Fiy masak apa hari ni?”  Hans memeluk bahu Safaa yang melangkah ke dapur.  Segelas air oren dihulur.  Hans menyambut perlahan.  Air sejuk itu diteguk.  Syukur diucapkan. 
            “Semalam abang kata nak makan baby sawi ala park choy..  Fiy buat lauk budak-budak je..”  Safaa mengusik Hans.  Hans mengangkat keningnya.  Dia tahu Safaa mengusiknya. 
            “Yelaaa..  makan masakan tak pedas kot.. makanan budak-budak la tu..”  Safaa menyambung usikannya. 
            “Ehhh..  bukan abang tak nak makan pedas, perut abang ni yang tak tahan..”  Hans menepuk-nepuk perutnya.  Safaa ketawa.  Dia sudah cukup faham dengan selera si cina terbakar tu.  Jadi, jika dia teringin untuk makan makanan pedas, dia akan mengasingkan yang tidak pedas untuk sang suami. 
            “Abang… esok kita pergi makan dim sum boleh??  Baby teringin la..”  Safaa bersuara.  Sejak tengah hari tadi, dia teringin untuk menikmati dim sum.  Tekaknya kini makin pelik.  Yang bukan-bukan sahaja yang diingini. 
            “Tak apalah.. malam ni, kita pergi..” 
            “Esok jelah.. hari ni abang penat..”  Safaa mengurut bahu Hans perlahan.  Hans tersenyum.  Safaa sentiasa membuat perasaannya tenang. 
            “Ehhh.. dah solat ke belum?  Dah nak dekat maghrib ni..”  Safaa menegur sang suami. 
            “Uhh.. baru nak terlayang kena urut..  Asar dah.. abang solat kat office tadi..” 
            “Pergi mandi cepat.  Dah pukul berapa ni.. karang, berlumba dengan syaitan pulak..”  Safaa mula membebel.  Hans mengerutkan dahinya.  Tidak faham dengan kata-kata Safaa. 
            “Kenapa berlumba dengan syaitan??” 
            “Abang.. waktu azan, semua syaitan akan bertempiaran lari masuk ke dalam tandas.  Jadi, kalau dah maghrib, abang masuk tandas, berebutlah dengan syaitan.. jadi, sebaiknya kena mandi sebelum azan berkumandang.. atau selepas azan.. Ada setengah jam lagi nak masuk waktu ni, pergi mandi cepat..” 
            “Ai.. ai.. captain!!”  Hans tabik pada Safaa.  Safaa ketawa dengan suara ala-ala Spongebob yang dibuat oleh Hans. 

            “FIY…  abang ganggu ke?”  Wajah bersih Hans yang baru lepas solat itu dipandang.  Berkain pelikat, bersongkok dan berbaju melayu.  Hans kelihatan seperti orang melayu yang lain.  Safaa mengucapkan syukur di dalam hati.  Tidak susah mendidik dan membantu Hans yang sentiasa ingin belajar tentang agama Islam itu. 
            “Taklah.. masuklah abang..”  Safaa menyuruh Hans masuk.  Usai solat maghrib tadi, Safaa bersandar sebentar.  Perutnya terasa memulas. 
            “Fiy sakit ke?  Nampak macam tak selesa je?”  Hans melabuhkan duduknya di birai katil.  Safaa kelihatan sedikit lesu. 
            “Sakit biasa je..”
            “Betul??  Nak pergi klinik tak ni?  Abang bawa..  jom..” 
            “Ishh.. sakit biasa je ni.. nanti okay la tu.  Kalo Fiy tak tahan, Fiy ajak abang pergi ye?”  Safaa memegang jemari Hans.  Dia tahu Hans bimbang. 
            “Okay then.. hmm.. ni.. abang nak baca surah Luqman..  untuk baby.  Fiy dengar ye..”  Safaa mengangguk.  Jemari dia dan Hans bertaut di atas perutnya yang terisi si kecil.  Alunan bacaan ayat suci itu membuatkan Safaa terasa sebak.  Tekunnya lelaki ini berusaha untuk menjadi khalifah yang baik dalam rumahtangga mereka.  Safaa bersyukur ke hadirat Illahi. 
            “Fiy.. kenapa ni?  Esok abang bacakan surah Maryam pulak.. ye?”  Usai bacaannya, Hans mengusap pipi Safaa.  Safaa di hadapannya ini banyak bersedih.  Safaa tersenyum mengangguk.  Dia memegang lembut jemari Hans.  Meminta sedikit semangat dari sang suami.  Safaa memejam matanya.  Dia ingin berehat seketika.  Melihat perubahan demi perubahan dari Hans membuatkan dia selalu terfikir, rahmat ALLAH itu tidak terhitung. 
            “Syyy.. jangan sedih..  rehat dulu..  abang sediakan makanan ye..  Fiy rehat..”  Hans bangun.  Dia menutup lembut daun pintu bilik Safaa.  Hatinya terusik.  Dia sudah pasti yang hatinya kini hanya ada Safaa.  Dia menelan liurnya berkali-kali.  Meneutralkan perasaan sendiri.  Songkoknya dibuka.  Rambut diraup perlahan.  Langkah diatur ke dapur selepas Hans meletakkan songkoknya di dalam bilik. 
            Peti sejuk dibuka perlahan.  Tangannya meraba-raba minuman kegemarannya.  Namun kosong.  Hatinya tiba-tiba berdebar.  Matanya teralih pada bakul buah di atas meja.  Buah itu juga?  Telah hilang?  Kakinya menekan kaki tong sampah di dapurnya.  Liurnya ditelan.  Kesat!  Apa yang Safaa cuba lakukan?  Darahnya naik ke kepala.  Dia menyepak dengan kuat tong sampah itu.  Sungguh!  Dia marah!  Berterabur kulit nanas yang berada di dalam tong sampah itu. 
            “FIYYYYY!!!”  Suara keras yang memanggil namanya itu membuatkan Safaa terjaga.  Kepalanya terasa berat.  Perutnya semakin senak dan sakit.  Tolakan keras di daun pintunya, wajah Hans yang sedang kemerahan itu samar-samar di anak matanya.  Hans marah?  Urat-urat kepalanya turut nampak jelas.  Saat itu, tekaknya mula mual dan muntah terhambur.  Hans tergamam.  Dia terus meluru ke arah Safaa.  Mata Safaa makin melayu.  Hans terus mendukung Safaa. 
            “Fiy… be strong Fiy.. I am taking you to hospital right now.  Be strong!!”  Hans seolah terasa jantungnya terhenti.  Melihat tubuh layu di dalam dukungannya ini, dia terasa darahnya hampir kering. 
            “Baby… be strong.. daddy ada..”  Dia bersuara untuk anak kecil di dalam perut Safaa.  Dia marah dengan tindakan Safaa tapi dia tahu sebab utama Safaa berfikiran cetek begitu.  Namun, dia perlu memperbetulkan Safaa.  Safaa dalam keadaan tertekan sebenarnya. 

            MATANYA dibuka perlahan.  Suasana pagi itu masih hening.  Telinganya mendengar sayup-sayup bacaan suci.  Tubuh yang membelakanginya itu sedang bersolat.  Airmatanya terus mengalir.  Kotak fikirannya mula berputar mencari kisah semalam.  Ada semakin jelas kisah semalam di fikirannya, semakin kuat esakan Safaa.  Hans berpaling usai doanya.  Dia mengukir senyum.  Kerana esakan itu telah membawa Safaanya terjaga. 
            “Fiy… kenapa ni?  Kenapa menangis ni?”  Hans memujuk lembut wanita itu.  Mata yang memerah itu membuatkan Hans terus sejuk.  Dia tidak tahu bagaimana hatinya boleh sejuk secepat ini saat sepasang mata berwarna coklat cair itu merenungnya. 
            “I am sorry.. truly sorry.. very .. very.. sorry.. sorry… sorry..”  Berulang kali ucapan maaf itu diucap.  Safaa mengucup jemari Hans.  Dosanya terasa besar.  Dia telah melakukan dosa besar.  Dan jika Hans boleh menerima takdir ini, kenapa dia harus menolak? 
            “Syyy.. it’s okay, sayang..  Please don’t do this again, dear..  I don’t want you to regret this.. please..”  Hans berbicara lembut.  Dia mahu pesanannya sampai ke dasar hati Safaa.  Safaa dan bayi itu adalah amanah yang ALLAH berikan.  Dia mahu menjadi khalifah yang berjaya memimpin mereka ke syurga nanti.  Insya-ALLAH. 
            “Sorry again… sorry…”  Safaa mengucapkan berkali-kali.  Airmatanya mengalir laju.  Tindakan bodohnya menghabiskan sebiji nanas Sarawak yang manis dan setengah tin air Coke milik Hans mengakibatkan dia berbaring di atas katil ini.  Dan dosanya tidak terampun sekiranya tindakan bodoh itu telah membawa pergi bayinya.  Kenapa dia harus takut?  Mengapa dia rasa keseorangan sedangkan Hans sentiasa menyokongnya?  Dia rasa keseorangan namun Hans sentiasa di sisi.  Apa lagi yang dia mahu?  Sesungguhnya dia menjadi manusia yang tidak bersyukur jika dia meminta lebih.  Terima seadanya dan bersyukur.  ALLAH tidak menurunkan dugaan yang tidak dapat dipikul oleh hambanya.  Percayalah.  Melihat perutnya yang masih membukit itu, dia memanjatkan syukur.  Kerana ALLAH masih memberinya peluang untuk memperbaiki kesilapannya.  Untuk dia dan Hans berpeluang mendidik seorang khalifah yang sedang membesar di dalam rahimnya. 
            “Fiy..  abang nak Fiy fikir dalam-dalam.  Don’t ever think to abort my baby.. please.. abang tahu Fiy takut.. I am with you..”  Hans bersuara.  Dia mahu Safaa jelas mengenai perkara ini. 
            “Truly sorry, abang… I am sorry..”  Sayu suara Safaa.  Hans mengusap lembut kepala sang isteri.  Dia hanya mengangguk.  Yang penting bayi itu telah stabil. 
            “Teka abang bawa apaaaaa…”  Hans menayangkan sebuah beg kertas di hadapan Safaa. 
            “Hmmm… tak tahu..  coklat?”  Safaa bersuara.  Hans menggeleng. 
            “Mana boleh makan coklat banyak-banyak.  Nanti anak abang warna coklat nanti..”  Safaa mencebik mendengar jawapan Hans.  Pipinya dicubit lembut oleh Hans. 
            “Jangan selalu buat muka macam ni. Nanti terkenan kat anak abang nanti..”  Hans mengucup lembut pipi Safaa.  Safaa tersenyum.  Dia bahagia. 
            “Abanggg.. cuba rasa.  Baby berdenyut.  Dia dengar abang asyik cakap pasal dia ni..”  Jemari Hans diletakkan di atas perutnya.  Hans membulatkan matanya.  Terkedu apabila dia merasa denyutan itu.  Safaa hanya mengangguk.  Mengiyakan bahawa denyutan itu adalah benar. 
            “Baby.. daddy bawa dim sum…”  Hans seolah berbisik.  Safaa membulatkan matanya tanda tidak percaya.  Hans mengangguk-angguk. 
            “Hellooo.. daddy.. mummy yang nak makan dim sum tau..”  Hans ketawa mendengar nada rajuk dari Safaa. 
            “Tapi sejuk lahhh.. abang beli malam semalam.  Nak makan tak lalu pulak tengok Fiy tengah terlantar..” 
            “Sejuk pun sejuk la..”  Safaa membuka mulutnya saat Hans mahu menyuapnya.  Sejuk atau panas makanan tersebut, bukan itu yang utama.  Yang pentingnya, dia bersama seseorang yang tersayang.  Hans turut menjamah makanan.  Semalaman perutnya kosong.  Bimbangkan sang isteri, seleranya turut patah. 

            “FAA..?”  Teguran seseorang itu membuatkan Safaa seolah mahu lari dan menyorokkan mukanya.  Kak Rania, Aleesya dan seorang wanita tua berada di sisinya.  Fuhh.. hatinya berdoa agar Hans segera muncul menyelamatkannya. 
            “Kak Rania..”  Jemari dihulur untuk bersalaman.  Dia tunduk hormat pada wanita tu yang turut mengiringi mereka. 
            “Mama.. kenalkan ni, kawan Nia, Safaa..”  Puan Aisya merenung lembut ke arah wanita itu.  Wanita itu tampak kurang bermaya.  Tidak sesuai dengan situasi tubuhnya yang sedang mengandung.  Mengandung?  Faa?  Ini bukan teman Rayyan yang pernah dibicarakan dahulu kah?  Fikiran tuanya melilau mencari jawapan. 
            “Ehh..  Faa tahu yang Ean dah fly bulan lepas?”  Rania bersuara perlahan.  Esya sedang bergayut pada tubuh Safaa yang semakin kurus walaupun sedikit membukit perutnya. 
            “Oh.. ye ke?  Tak tahu pulak.. Faa dah kahwin, kak..”  Akhirnya, Safaa mengaku di depan bekas-bakal-mak-mentuanya.  Mata tua itu asyik melilau ke tubuhnya.  Dia mengharap Hans datang membawa oksigen namun entah ke mana lelaki itu hilang.  Suasana supermarket itu tidaklah sesibuk mana. 
            “Akak tak tahu pun.. kenapa tak ajak?  Mana suami?”  Rania kelihatan kecewa.  Sedih dengan kehilangan Safaa.  Pasti Safaa tidak akan menjadi adik iparnya.  Patutlah Rayyan beria-ia mahu menyambung pelajarannya dan meninggalkan perniagaan kesayangannya. 
            “Faa buat kecil-kecil je kak..  suami Faa pergi cari barang tadi.. hilang pulak dia..”  Safaa tersenyum.  Puan Aisya memegang jemari Safaa.  Safaa agak terkejut dengan perbuatan Puan Aisya itu. 
            “Jaga kesihatan ye Faa..  ibu mengandung kena banyak berehat.  Faa kelihatan tak seimbang dengan kandungan.  Apapun yang ada dalam fikiran, jangan terlalu stress..”  Puan Aisya memeluk tubuh kurus itu.  Safaa menangis tiba-tiba.  Dia rasa sedih dengan perhatian yang diberikan.  Rania turut memeluk lembut tubuh Safaa. 
            “Faa mengandung?  Alhamdulillah… Esya ada kawan la lepas ni..  apa-apa hal beritahu la akak.  Putusnya Faa dengan Ean bukan bermakna putusnya hubungan kita.. ye dik?”  Rania tersenyum lebar.  Semua menerima kehadiran bayi ini dengan senang. 
            “Terima kasih aunty.  Faa akan cuba jaga diri lepas ni..  terima kasih kak Nia.  Thank you..”  Safaa mengangguk lembut sambil mengesat airmatanya.  Dan di sudut sana, dia ternampak sesusuk tubuh sedang memerhatikannya.  Hans mengukir segaris senyum. 

            “YOU knew it?”  Safaa membiarkan Hans menolak troli yang terisi barang-barang dapur untuk rumah mereka.  Jemarinya masih lincah mengoyakkan kertas yang membalut aiskrim Cornetto Royale yang Hans berikan tadi.  Walaupun, masih belum dibayar, Hans tidak banyak bising saat Safaa mahukan aiskrim itu.  Hans hanya mengangguk. 
            “Yeap..  you promised me not to think about him and not to hear even his name..”  Hans memandang ke arah Safaa.  Dia terasa kalah saat berbalah tentang Rayyan. 
            “You are jealous??”  Safaa tersenyum saat wajah Hans mulai memerah dan tidak memandangnya. 
            “I have right..  you are my wife.. and you are thinking about your ex..”  Hans bersuara.  Safaa menyimpul senyum.  Dia berhenti dari berjalan.  Membiarkan Hans meneruskan langkah menolak troli.  Saat menyedari Safaa tidak mengekori langkahnya, Hans berpaling. 
            “Now what?”  Hans bertanya. 
            “You have right to be jealous..  and I am not breaking any promises.  He’s my past.  You are my future.  I wanna be with my future more than my past..  can I?”  Safaa membuat muka kasihan.  Hans menyimpul senyum. 
            “Of course you can..  the future is all yours..”  Hans menghulurkan jemarinya.  Safaa menyambutnya dengan senyuman.  Tinggal Ean.  Tinggallah kenangan.